Professional Documents
Culture Documents
Kaedah Pengajaran Pendidikan Jasmani
Kaedah Pengajaran Pendidikan Jasmani
Kaedah Pengajaran Pendidikan Jasmani
Pengenalan.
Spektrum pengajaran adalah satu rangka kerja model pendidikan berdasarkan
guru dan murid (Mosston & Ashworth, 1994). Spektrum ini dirangka berdasarkan dua
keadaan iaitu :
a) Gaya A: Guru Sebagai pembuat keputusan utama
b) Gaya K : Murid Sebagai pembuat keputusan utama.
Kesan awal
Keputusan pada pra-kesan berhubung kait dengan satu episod perancangan. Mc
Cullick, B & Byna, M (2002) mengenal pasti situasi ini sebagai Maksud
pernyataan atau perancangan. Keputusan major termasuk di dalam set kesan
awal ialah seperti tugasan terperinci yang akan diajar, objektif pengajaran, hasil
pembelajaran dan alat kelengkapan (ABM, BBM dan BBB)
Kesan Semasa
Keputusan kesan semasa berhubung kait dengan transaksi bersemuka antara
guru dan murid di dalam persekitaran belajar. Mosston & Ashworth
menggambarkan kesan semasa fasa membuat keputusan sebagai meletakkan
perancangan (keputusan kesan awal) kepada tindakan. Terdapat 3 komponen
dalam set keputusan kesan semasa :
a) Jangkaan peranan guru dan murid
b) Demonstrasi tugasan
penyelesaian masalah
pjm3110
yang
akan
dilakukan
atau
pembentangan
Kelompok reproduktif termasuklah arahan, latihan, tindak balas, tindak balas dan
pemasukan kaedah baru. Dalam gaya pengajaran reproduktif pelbagai jangkaan
guru-murid digambarkan. Isi yang spesifik diperlukan menerusi bilangan
pendekatan membuat keputusan, latihan kemahiran spesifik dan maklum balas.
Pengajaran behaviors merujuk kepada haya pengajaran A, B, C, D dan E.
Kelompok produktif termasuklah penemuan terbimbing, penemuan tertumpu,
penumpuan mencapah, reka bentuk pembelajaran individu, gaya pembelajaran
kendiri dan daya usaha dan ia merujuk kepada F, G, H, I, J dan K. Dalam gaya
pembelajaran produktif murid diberi gambaran satu masalah atau persoalan dan
kemudian diberikan masa untuk meneroka penyelesaian masalah. Semasa
penemuan sama ada menjurus atau mencapah, murid meneroka dan merentasi
pengetahuan dan menghasilkan ilmu baru. Proses kognitif merentasi memori dan
mencetuskan ingatan semula. Selalunya proses penemuan ini menghasilkan
motivasi intrinsik.
Spektrum yang menggabung pelbagai kaedah umum yang mana guru dan pelajar
masing-masing akan memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam hasil
pengajaran dan pembelajaran. Spektrum ini telah membahagikan gaya dan kaedah
pengajaran kepada dua aspek iaitu
Berpusatkan Guru
Berpusatkan Pelajar
pjm3110
Gaya ini mengkehendaki murid untuk melakukan latihan secara berpasangan namun
demikian secara dasarnya kaedah ini masih menetapkan guru menentukan apa yang
akan dipelajari dan memberikan penerangan terhadap aktiviti yang akan diajarkan
kepada murid. Guru juga akan melakukan demonstrasi lanjutan untuk menguji
perlakuan murid. Dalam pengajaran aktiviti secara berpasangan. Seorang murid akan
menjadi pemerhati dan seorang lagi akan melakukan sesuatu aktiviti. Penilaian
terhadap pelajar adakan berdasarkan kriteria perlakuan yang telah disediakan oleh
guru.
Pada permulaan P&P guru akan bertanggungjawab sepenuhnya. Murid akan
melakukan aktiviti secara berpasangan. Guru akan menyediakan senarai semak dan
lampiran gambar kepada pelajar. Pelajar akan menjadi penilai yang menilai perlakuan
pasangan mereka. Sebagai contoh ialah dalam mengajar kemahiran menghantar
permainan bola jaring. Guru akan membekal kepada pasangan murid senarai semak
butir-butir lakuan menghantar bola. Selain itu murid juga akan dibekalkan dengan
gambar lakuan yang betul. Oleh itu, murid yang bertindak sebagai penilai akan menilai
dan menandakan senarai semak lakuan yang betul. Kemudian murid ini akan bertukar
peranan.
Gaya Semak Kendiri (D)
Gaya ini sesuai bagi perlakuan yang mudah. Apabila perlakuan yang mudah dilakukan
oleh murid, maka akan muda bagi murid tersebut untuk mengenal pasti seterusnya
menilai sendiri akan kesilapan perlakuan yang dilakukannya. Namun kelemahan
kaedah pengajaran semak kendiri ini ialah ia menghadkan perhubungan interaksi sosial
guru dan murid.
Sama seperti gaya berpusatkan guru yang lain, gaya semak kendiri ini turut tidak
terkecuali. Guru akan menentukan apa yang dipelajari, memberikan penerangan
sebelum memulakan pengajaran. Namun murid akan bertanggungjawab dalam menilai
perlakuan diri. Misalnya, dalam melakukan kemahiran menyangga bola tampar, murid
akan dibekalkan dengan gambar turutan kemahiran menyangga yang betul manakala
murid pula akan melakukan aksi tersebut dengan berdasarkan gambar setelah
diberikan penjelasan dan penerangan oleh guru.
Gaya Inklusif/ peningkatan (E)
Satu-satunya pengajaran yang berpusatkan guru yang memberikan peluang kepada
murid satu keistimewaan untuk memilih tahap pembelajaran mereka mengikut tahap
dan kemampuan mereka. Murid akan memilih sendiri tahap dalam prestasi mereka
pjm3110
sebelum melakukan aktiviti. Aktiviti yang masih ditentukan oleh guru kriteria
pembelajarannya.
Kelebihan aktiviti ini ialah ia memberikan murid peluang untuk merasai kepuasan dan
kejayaan dalam Pendidikan Jasmani. Semua muri akan berupaya untuk melakukan
aktiviti walaupun berbeza kebolehan diri. Peningkatan kemahiran kendiri murid dan
motivasinya. Misalnya, dalam melakukan aksi kemahiran lompat tinggi, murid bebas
untuk memilih ketinggian palang lompat tinggi.
Penemuan terbimbing (F)
Kaedah yang juga dikenali sebagai kaedah limitasi juga merupakan satu kaedah yang
memberikan banyak peluang untuk meluahkan perasaan, mencuba dan menjadi
seseorang yang kreatif tetapi perlakuan yang terhad akibat tugas-tugas daripada guru.
Kelebihan gaya pengajaran ini ialah, ia membenarkan penglihatan yang lebih oleh
pelajar dalam proses pembelajaran dan mengambil kira perbezaan di kalangan murid
serta mempunyai peluang belajar mengikut tahapnya sendiri. Kaedah ini merupakan
kaedah yang mana guru akan menetapkan tugasan dengan menyediakan pelbagai
soalan yang hanya menjuruskan kepada satu jawapan sahaja. Kemudian, guru akan
memberikan peluang/ masa untuk murid berfikir mencari jawapan. Namun sekiranya
murid gagal untuk menjawab, guru akan menukar soalan kepada soalan yang lain
namun masih menjurus kepada jawapan yang sama. Pada kaedah ini, guru akan
merancang proses pengajaran dan pembelajaran. Namun murid tetap terlibat dalam
mencapai objektif. Guru bertindak sebagai penyoal (questioning) kepada murid.
Manakala murid akan bertindak sebagai penemu atau pembuka (uncovering) terhadap
persoalan yang dinyatakan oleh guru. Dalam hal ini guru biasanya akan membantu
murid sehingga murid memahami dan jelas terhadap sesuatu tajuk atau perkara.
Misalnya guru akan berbincang dengan murid terhadap ciri-ciri keselamatan pada
pakaian sukan yang ada pada masa kini dan masa depan. Guru akan membimbing
murid sehingga mencapai objektif seperti dapat menghasilkan satu jenis pakaian sukan
yang memiliki ciri-ciri keselamatan berdasarkan sukan.
Gaya pengajaran berpusat (G)
Guru akan merancang pembelajaran ini dengan menetapkan beberapa persoalan dan
tugasan. Murid pula akan bertindak untuk mencari jawapan yang paling hampir. Guru
akan bertindak sebagai pemandu arah. Murid pula bertindak sebagai pencari jalan
keluar. Contoh aktiviti ialah murid melakukan perbincangan berkenaan dengan sejarah
beberapa jenis sukan di Malaysia. Guru akan membantu murid dengan memberikan
klu-klu atau maklumat yang hampir berkaitan.
pjm3110
Guru akan bertindak sebagai pemerhati sahaja. Murid akan bertindak mengambil alih
tugas seorang guru. Murid akan menetapkan sendiri apa yang akan dipelajari dan
menetapkan pendekatan sendiri untuk mencapai objektif pembelajaran mereka. Murid
diberikan hak untuk membuat keputusan sendiri. Contoh aktiviti yang sesuai ialah
melakukan kemahiran servis bola tampar yang pelbagai. Murid akan menetapkan
sendiri objektif yang ingin dicapainya dalam melakukan servis yang pelbagai. Misalnya
murid ingin melakukan 2 daripada 3 kemahiran servis bola tampar dengan betul.
p/s : untuk gaya A-E ia merupakan strategi berpusatkan guru manakala F-K adalah
berpusatkan murid
pjm3110
Strategi Pengajaran.
Definisi strategi
Strategi merupakan kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
berdasarkan objektif pengajaran. Strategi lebih mengambil kira objektif jangka panjang
dan mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan
sebagainya.
Berpusatkan guru
Strategi paling lama diamalkan dalam proses PnP. Dengan adanya perkembangan
sistem perkembangan kita, strategi ini kurang dipraktikkan. Strategi ini mementingkan
guru memainkan peranan utama untuk menguasai dan mengawal proses PnP. Pelajar
hanya bersifat pasif. Maka, hanya komunikasi sehala sahaja yang berlaku semasa
proses ini. Strategi ini lebih kepada teknik hafalan daripada membuat interpretasi.
Guru tidak mengambil kira ciri-ciri perbezaan pelajar dari segi kebolehan dan minat
yang wujud. Kesannya, pelajar yang dihasilkan tidak kreatif dan tidak mempunyai
inisiatif untuk meneroka ilmu-ilmu yang baru. Walau bagaimanapun, strategi ini lebih
sesuai digunakan dalam teknik bercerita di mana guru perlu mengawal sepenuhnya
jalan cerita.
Berpusatkan murid
Ciri-ciri utama KBSR dan KBSM adalah menjadikan pelajar sebagai pemain utama
dalam proses PnP. Pelajar lebih digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap
sesi pembelajaran. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara. Masa
banyak diperuntukkan kepada pelajar untuk meneroka dan menyelesaikan masalah
pembelajaran dengan bantuan guru. Komunikasi dua hala berlaku dalam proses ini.
Guru mengamalkan corak kepimpinan demokratik di mana pelajar bebas untuk
bertanya dan memberikan pendapat mereka. Lebih diberi penekanan terhadap
pencapaian objektif pembelajaran . Teknik perbincangan dijalankan lebih banyak untuk
memupuk sifat kerjasama dan toleransi dalam kalangan pelajar yang mempunyai
pelbagai corak kebolehan dan minat.
Selain itu, guru berpeluang berinteraksi dengan pelajar dan boleh mengesan
kelemahan mereka di peringkat awal lagi. Masalah tersebut dapat diatasi lebih awal
lagi. Hasilnya, pelajar dapat berkembang mengikut kesediaan mereka.
Berpusatkan bahan
pjm3110
Strategi ini lebih memberi penekanan kepada alat-alat bantu(ABM) yang digunakan
bagi membantu pengajaran guru. Alat-alat bantu ini terbahagi kepada dua iaitu bahan
pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran ialah semua bahan yang
digunakan oleh guru. Bahan pembelajaran ialah semua bahan yang disediakan oleh
kegunaan pelajar. Bahan tersebut memudahkan guru untuk membantu pembelajaran
pelajar menjadi lebih mudah.
Bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan
berkesan. Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah penggunaannya dapat
meningkatkan minat dan kefahaman pelajar. Tidak semua sesi pengajaran memerlukan
bahan.
Penggunaan bahan yang berlebihan dalam satu-satu masa boleh mengakibatkan masa
terbuang dan isi pelajaran yang utama tidak dapat disampaikan. Oleh itu, guru
hendaklah menguasai kemahiran menggunakan alat-alat yang ada terutamanya alatalat teknologi. Selain itu, bahan pengajaran yang sistematik dapat membantu pelajar
mengikuti pelajaran tanpa kehadiran guru.
Peranan guru menjadi dominan apabila mengendalikan proses PnP. Pelajar hanya
perlu memberi tindak balas terhadap soalan-soalan yang diberikan. Dapat memupuk
sifat berdikari dalam kalangan pelajar kerana mereka perlu menghasilkan projek atau uji
kaji tanpa kehadiran guru. Dapat melatih diri menjadi satu pasukan yang saling
bekerjasama bagi memastikan sesuatu projek dapat disiapkan dengan sempurna dalam
masa yang ditetapkan.
Berpusatkan masalah
Dilaksanakan dengan penyeliaan guru. Boleh dilakukan secara kumpulan atau individu.
Pelajar harus dapat mengatasi rintangan untuk mencapai matlamat. Memerlukan
proses penaakulan yang agak tinggi. Antara langkah yang perlu dipatuhi ialah kenal
pasti masalah, mencari maklumat, membuat andaian (hipotesis), menguji hipotesis,
menilai dan membuat rumusan. Semasa proses penyelesaian dilakukan pelajar boleh
bertukar pendapat, bekerjasama, meningkatkan pemahaman dan ingatan Penglibatan
pelajar adalah dituntut sepenuhnya
pjm3110