Pengertian Mustahil Pada Akal

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Pengertian Mustahil Pada Akal

Maka sebagai mukallaf, wajib bagi kita mengetahui dan


meyakini sifat-sifat yang mustahil pada ALLAH. Erti mustahil
di sini ialah mustahil pada akal, iaitu suatu perkara yang
akal tidak mahu menerima akan adanya. Akal tidak mahu
menerima akan wujudnya tetapi yang akal mahu menerima
ialah tiadanya.
Umpamanya, kalau dikatakan mustahil ALLAH itu lemah
dan lain-lainnya ertinya akal tidak mahu menerima yang
ALLAH itu lemah. Untuk lebih mudah memahaminya, cuba
kita kiaskan kepada makhluk. Katalah ada orang mengatakan,
anak lebih tua daripada ayah atau "anak lebih dahulu daripada
ayah. Mahukah akal kita menerimanya? Tentunya tidak.
Inilah yang dikatakan mustahil pada akal.
Satu lagi contoh yang boleh kita bawa ialah mustahil
terjadinya gerak dan diam dalam satu masa. Akal tidak akan
mahu menerimanya. Tetapi kalau gerak dan diam itu berlaku
secara bergilir-gilir, itu adalah harus Ia boleh berlaku. Kerana
kalau sesuatu itu bergerak, hilang diam, dan kalau ia diam,
hilang geraknya.
Dan demikianlah yang berlaku kepada ALLAH Taala.
Adalah suatu yang mustahil ALLAH itu bersifat lemah,
misalnya. Inilah yang dikatakan mustahil pada akal.

You might also like