LDK Sayang

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

AKTIVITI 2

IMEJ KENDIRI

Aktiviti 2.1.2.1

: kusayang Diriku

Masa

: 30 minit

Alat

: Borang soalan bagi setiap ahli

Objektif
mereka.

: # Membolehkan ahli menilai, memahami imej kendiri


# menggalakkan ahli menilai kelemahan dan kekuatan diri supaya
menjadi lebih
Realistik.

Langkah:
1. Terangkan kepada ahli bahawa setiap orang mempunyai perasaan kendiri
yang terpendam. Ada
yang berasa dirinya tidak berharga dan ada pula yang berasa dirinya serba
sempurna. Mempunyai
imej kendiri yang tinggi membolehkan seseorang itu membina keyakinan diri
dan memandang
sesuatu perkara dengan positif.
2. Edarkan boring soalan kepada ahli dan nyatakan bahawa mereka perlu
mengisinya dengan jujur
tanpa melihat penerangan skor. Setelah semua soalan diberikan respond dan
dijumlahkan skornya
barulah mereka boleh melihat dan memahami maksud skor mereka.
3. Bincangkan maksud skor itu dengan ahli kelompok. Nyatakan juga bahawa
alat ini hanyalah sebagai
petunjuk untuk membantu ahli mendapat celik akal tentang diri mereka.
4. Fasilitator membuat rumusan bahawa:
Jika kita mempunyai imej kendiri yang rendah, kita selalu mengutuk diri
sendiri dan kerap berasa rendah diri serta tidak berkeyakinan. Kita perlu
selalu bercakap dengan positif kepada diri sendiri dan jangan mudah
berputus asa. Setiap orang pernah melakukan kesilapan dalam hidupnya.
Oleh itu, kita perlu belajar daripada kesilapan itu.
Jika kita mempunyai imej kendiri sendiri terlalutinggi pula, kita
mungkinmenjadi seorang yang angkuh dan menimbulkan masalah
perhubungan dengan orang lain. Di samping itu, mempunyai imej kendiri
yang terlalu tinggi akan membuatkan seseorang itu tidak dapat menerima
kegagalan dan kerap menyalahkan orang lain. Justeru itu, kita harus
membina imejkendiri yang seimbang.

SOALAN IMEJ KENDIRI


Jawab soalan berikut dengan jujur. Jangan lihat penerangan analisis skor. Semak
skor anda di bawah dan fahamkan pengertiannya selepas anda memberi respon
kepada semua soalan.
1. Pernahkah anda berasa bahawa orang akan kurang menyukai anda sekiranya
mereka mengetahui
banyak maklumat tentang diri anda?
a) selalu
b) kadang-kadang
c) Tidak pernah
2. Apabila anda dipuji, biasanya anda:
a) Tidak begitu selesa
b) Sangat suka
c) Rasa sangat malu
3. Apabila anda membuat kesilapan di rumah, di tempat kerja atau tempat
belajar, adakah anda:
a) ketepikan sahaja dan mengatakan tiada siapa yang sempurna
b) Berasa susah hati sehingga anda diberitahu perkara kecil sahaja.
c) Berasa sangat runsing tentang kesilapan yang telah anda buat.
4. Dalam keadaan bagaimana anda menerima cabaran?
a) secara sendiri
b) Dengangalakan orang lain
c) Apabila terdapat desakan daripada keadaan kerja, belajar atau di rumah
5. Apabila secara tiba-tiba anda terlihat bayangan wajah anda di cermin kereta
atau di cermin lain,
bagaimana anda melihat imej anda?
a) Lebih menarik daripada apa yang anda percaya
b) kurang menarik
c) Lebih kurang sama menarik daripada apa yang anda fikirkan.
6. Anda telah mencuri masa kerja atau belajar, atau masa menyempurnakan
tugas-tugas rumah
Untuk berehat. Adakah anda berasa:
a) Sangat bersalah sehingga tidak dapat berseronok?
b) Seronok dengan sedikit perasaan bersalah
c) Tidak berasa apa-apa dan sedia berseronok
7. Apabila anda membandingkan diri anda dengan kawan rapat anda,adakah
anda merasakan
bahawa mereka:

a) Lebih bijak daripada anda?


b) Sebijak anda?
c) Tidak Sebijak anda?
8. Apabila anda bertemu seseorang yang kelihatan tidak menyenangi anda, anda
akan berasa:
a) Risau Tentang apa yang anda mungkin telah lakukan terhadapnya.
b) mengesyaki dia berasa iri hati terhadap anda.
c) Terima keadaan kerana merasakan anda tidak boleh memenangi hati semua
orang.

9. Burung manakah yang anda rasa kasihan


a) Burung merak
b) Burung pipit
c) burung helang

SKOR
Setiap jawapan a,b atau c yang anda pilih, berilah poin berikut:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

a=0
a=1
a=2
a=2
a=0
a=0
a=0
a=0
a=2

b=1
b=2
b=1
b=1
b=2
b=1
b=1
b=2
b=0

C=2
C=0
C=0
C=0
C=1
C=2
C=2
C=1
C=1

Jumlah skor anda :


.
ANALISIS SKOR
1. Skor 0 hingga 6 poin:
Anda mempunyai imej kendiri yang sangat rendah kerana telah membina
gambaran kendiri yang
tidak tepat. Anda tidak berlaku adil terhadap diri sendiri. Sebenarnya orang
lain menghargai anda.
Bercakap dengan diri secara positif apabila anda melakukan sesuatu dengan
baik. Janga mengutuk
diri apabila anda membuat kesilapan. Belajarlah menjadi lebih objektif.
2. Skor 7 hingga 12 poin:
Anda mempunyai imej kendiri yang baik. Penilaian diri anda memang realistic.
Anda melihat diri

anda seperti orang lain melihat juga.


3. Skor 12 hingga 18 poin:
Anda mempunyai imej kendiri yang sangat tinggi yang mungkin menimbulkan
maslah kerana anda
meninggi diri. Ramai yang mempunyai imej kendiri terlalu tinggi meletakkan nilai
diri yang tinggi
dalam sesuatu aspek sehingga dianggap angkuh. Nilai balik diri anda dan berfikir
dengan lebih
realistik. Tidak ada seorang pun yang bijak dalam semua aspek. Anda akan
menjadi lebih berjaya
dan mendapat ramai kawan jika anda menerima hakikat bahawa ada masanya
elok bagi anda
merendah diri.

You might also like