Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Falsafah

Malaysia
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi garis panduan untuk semua
aktiviti pendidikan di Malaysia untuk mengembangkan potensi pelajar secara
menyeluruh dalam lima aspek iaitu jasmani,emosi,rohani dan intelek. Sukatan
pelajaran bahasa Jerman juga menggunakan FPK dalam merangka silibus dan akan
diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kewujudan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan secara tidak lansung melonjakkan sistem pendidikan
Malaysia untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pendidikan di negaranegara lain yang sedang membangun.
Tujuan dan matlamat pendidikan, secara jelas dinyatakan dalam FPK iaitu
mengembangkan potensi individu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak
mulia dan bertanggungjawab serta menjadi warganegara yang baik dan produktif.
Rakyat yang produktif ialah rakyat yang mampu memberi sumbangan kepada
keluarga, masyarakat dan Negara. Dengan adanya rakyat seperti ini, Negara dapat
maju di samping bertambah dari segi ekonomi, politik, dan sosial kerana modal insan
memberi sumbangan tidak kira daripada sebarang aspek pun.
Secara keseluruhannya, terdapat 7 konsep utama FPK iaitu memperkembang
potensi individu, rakyat yang berilmu, Kepercayaan kepada Tuhan, rakyat Malaysia
yang berketrampilan, rakyat yang berakhlak mulia, berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri dan sumbangan rakyat menerusi FPK.Konsep yang telah
dinyatakan ini bertujuan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang terdiri
daripada berbilang kaum dan etnik demi melahirkan masyarakat yang berintegriti dan
mampu bermesra dengan pelbagai kaum yang terdapat di Semenanjung Malaysia
mahupun di Sabah dan Sarawak.
Matlamat yang terkandung dalam falsafah ini memberi impak besar kepada
sistem pendidikan Malaysia. Menurut Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki
Miskon (2005), kandungan, hasrat dan cita-cita yang dinyatakan dalam FPK akan
memberikan kesan kepada keseluruhan perjalanan sistem pendidikan.

Antara implikasi FPK ialah perkembangan potensi individu, rakyat Malaysia


yang berpengetahuan, kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan,rakyat Malaysia
yang berketrampilan, rakyat Malaysia yang berakhlak mulia dan mampu mencapai
kesejahteraan diri.
Amerika syarikat
Setelah melakukan kajian dan beberapa pembacaan, saya mendapati bahawa
Amerika syarikat tidak menyatakan secara khusus tentang falsafah pendidikan yang
digunakan oleh negara tersebut. Namun begitu, mereka percaya kepada kuasa
pendidikan berpusatkan guru dan pelajar. Ini dapat dilihat daripada silibus dan cara
mereka melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Falsafah yang berpusatkan guru seperti esensialism dan perennialism bersifat
autoritarian

dan

konservatif.

Manakala

falsafah

yang

berpusatkan

pelajar

menumpukan terhadap keperluan individu dan menyediakan pelajar untuk


menghadapi masa hadapan.Oleh itu, mereka percaya bahawa pelajar dan guru
harus berkerjasama dalam menentukan apa dan bagaimana sesuatu ilmu itu harus
dipelajari.
Prinsip atau falsafah yang dipegang oleh Amerika Syarikat dapat dilihat dalam
kuasa yang diberikan kepada para guru dalam memilih kokurikulum dan cara mereka
menjalankan aktiviti di dalam kelas. Selain itu, guru juga menggunakan minat dan
keperluan pelajar sebagai panduan untuk mereka mengajar, disini juga dapat dilihat
bahawa guru berfungsi sebagai fasilitator dan pembimbing dalam membantu pelajar
mencapai matlamat mereka. Para guru juga turut memberi penekanan kepada
pelajar untuk menjadi seorang individu yang berdikari dan sentiasa bersedia untuk
menghadapi masa depan.

You might also like