PH - Graf Bar Kompaun

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Tarikh : 21.01.

2015

Hari : Rabu
Pengajian Am
Tingkatan 6 Atas 1
Tajuk : Graf Bar Kompaun

Objektif : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran semua pelajar dapat :

1. Mengemukakan 3 ciri utama graf bar Kompaun
2. Mengenalpasti bentuk asas graf bar Kompaun
3. Mengetahui cara-cara melukis graf bar Kompaun yang betul.
4. Melukis graf bar Kompaun berdasarkan kepada soalan yang diberi.
Isi Pelajaran : Graf Bar Kompaun
Aktiviti :

1. Pengenalan kepada bentuk asas graf bar Kompaun

2. Penerangan kepada cara-cara untuk melukis graf bar Kompaun yang betul.
3. Sesi soal jawab mengenai masalah yang berkaitan dengan graf bar Kompaun
4. Penjelasan dan penerangan kepada masalah / soalan.
5. Melukis graf bar Kompaun berdasarkan data yang diberikan dalam petikan
soalan.

Nilai :

Tekun dan berusaha

KBKK:

Pelajar dapat menukarkan data dari bentuk prosa kepada bentuk graf bar kompaun

Refleksi :

Berdasarkan kepada maklumat yang terkandung di dalam petikan di bawah, lukiskan satu graf bar kompaun yang
sesuai bagi menunjukkan kedudukan keahlian ikhtisas doktor perubatan di Malaysia mengikut kumpulan etnik dalam
tempoh masa yang berkenaan.
Semenjak Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada tahun 1970, salah satu perkara yang telah diberi
keutamaan dalam perncangan pembangunan negara ialah menseimbangkan kedudukan pegawai dan pakar perubatan dari
masa ke semasa supaya dapat memberikan kepuasan kepada semua pihak. Pada tahun 1970 terdapat seramai 2,131
orang doktor di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, seramai 79 orang atau 3.7% terdiri daripada doktor
perubatan Melayu berbanding dengan 953 orang atau 44.72% adalah doktor berbangsa Cina, 40.2% lagi merupakan
doktor perubatan berbangsa India, sementara selebihnya adalah doktor perubatan daripada kumpulan etnik yang lain.
Pada tahun 1975 pula terdapat peningkatan bilangan doktor perubatan Melayu seramai 34 orang, bangsa Cina
bertambah seramai 293 orang dan India bertambah seramai 135 orang berbanding dengan tahun 1970. Dalam
kumpulan etnik yang lain, terdapat pengurangan seramai 31 orang pada tahun 1975 dan menurun lagi kepada paras 159
orang pada tahun 1980, tetapi meningkat seramai 55 orang pada tahun 1990 berbanding dengan tahun 1980.
Bancian pada tahun 1980 pula menunjukkan bahawa terdapat seramai 272 orang doktor perubatan
Melayu daripada seramai 3,168 orang doktor perubatan di negara ini. Jumlah ini berbanding dengan doktor perubatan
berbangsa Cina seramai 1,400 orang dan 42.2% berbangsa India serta yang selebihnya adalah bagi doktor perubatan
kumpulan etnik yang lain.
Namun begitu melalui beberapa perancangan pendidikan tertentu, bilangan doktor perubatan Melayu
didapati meningkat ke paras 1,951 orang pada tahun 1985. Dari segi peratusan, pertambahan yang berlaku ini, jauh
lebih besar berbanding dengan pertambahan yang berlaku di kalangan doktor perubatan berbangsa Cina yang
meningkat seramai 1,031 orang dan doktor perubatan berbangsa India bertambah seramai 1,072 orang berbanding
dengan tahun 1980. Bilangan doktor perubatan dari etnik lain pula adalah seramai 534 orang. Namun begitu dari segi
jumlah sebenar, bilangan bilangan doktor perubatan berbangsa Cina dan India masih lagi jauh mendahului bilangan
doktor perubatan berbangsa Melayu di negara ini.
(Sumber : Laporan Majlis Perunding Ekonomi Negara (MAPEN),1991)

Tahun

1970

1975

1980

1990

Etnik
Melayu
Cina
India
Etnik Lain
Jumlah

79
953
857
242
2131

113
1246
992
211
2562

272
1400
1337
159
3168

1951
2431
2409
534
7325

You might also like