Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Soalan Contoh:

Anda ingin menulis rencana tentang faktor-faktor yang menarik kehadiran pelancong ke negara kita
untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Tulis rencana tersebut selengkapnya.
Ulasan:
Sebelum menjawab soalan karangan ini, pelajar mestilah menentukan tema karangan tersebut. Karangan ini
bertemakan peperangan (T= Pelancongan). Kata kunci soalan karangan ini ialah faktor (K= Faktor), manakala
format karangan ini ialah berformat umum, iaitu karangan jenis pendapat yang memerlukan perenggan
pengenalan, perenggan isi dan penutup. (F= Rencana). Ringkasnya:
Tema : Pelancongan
Kata Kunci : Faktor
Format : Rencana
Selepas aspek ini ditentukan, barulah calon menulis rangka karangan tersebut seperti yang di bawah ini:
Isi:
1. memiliki pantai yang bersih dan cantik.
2. banyak mempunyai tempat yang menarik
3. mempunyai makanan tradisi yang enak dan lazat
4. negara kita yang aman dan damai
Perenggan Pengenalan
Perenggan pengenalan hendaklah mempunyai dua jenis ayat, iaitu ayat rangsangan (AR) dan Ayat Arahan
(AA). Ayat rangsangan(AR) ialah ayat yang berkaitan dengan tema, manakala ayat arahan (AA) ialah ayat
yang menjawab soalan atau kata kunci karangan. Contoh:
(AR) Akhir-akhir ini, negara kita menjadi tumpuan pelancong dari seantero dunia. (AR)Hal ini menyebabkan
sektor pelancongan memberikan sumbangan yang besar kepada pendapatan negara. (AR) Selain itu, industri
pelancongan telah membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. (AA) Sebenarnya, terdapat banyak
faktor yang menyebabkan pelancong menjadikan negara kita sebagai destinasi mereka.

Perenggan Isi
Secara keseluruhan, perenggan isi hendaklah sekurang-kurangnya mengandungi empat ayat dalam
setiap perenggan, iaitu Ayat Judul (AJ), Ayat Huraian (AH), Ayat Contoh (AC), dan Ayat Penegas
(AP).
Ayat Judul ialah ayat yang mengandungi kata kunci jawapan yang menjawab pokok persoalan
karangan. Ayat judul ini boleh diletakkan pada bahagian awal, di tengah atau di hujung sesuatu
perenggan.

Ayat Huraian pula ialah huraian lanjut tentang isi utama yang dikemukakan yang bertujuan
untuk memberikan penjelasan tentang perkara yang diperkatakan atau menyokong isi-isi utama.
Ayat Contoh pula ialah ayat-ayat yang mengandungi bukti atau contoh yang berkaitan dengan
isi yang diperkatakan yang bertujuan untuk memperkuat hujah.
Ayat Penegas ialah ayat yang memberikan penegasan terhadap isi dan huraian yang
dikemukakan. Ayat ini biasanya mempunyai penanda wacana sepertitegasnya, oleh itu, sehubungan
dengan itu, pendek kata, dan sebagainya.
Jawapan Contoh untuk Perenggan Isi
(AJ) Salah satu faktornya ialah negara kita memiliki pantai yang bersih dan cantik.
(AH) Kebanyakan pantai di negara kita sesuai untuk ahli keluarga berehat dan bersiarsiar. (AC) Sebagai contohnya, pantai yang selalu menjadi tumpuan pelancong ialah Pantai Port
Dickson di Negeri Sembilan dan juga pantai Tanjung Bidara di Melaka. (AP) Dengan adanya pantai
yang seperti ini, mereka akan datang ke negara kita untuk bersantai bersama ahli keluarga.
Perenggan Penutup
Ayat dalam perenggan penutup ini terdiri daripada ayat kesimpulan (A Ksmpln) , ayat
cadangan (A.Cdgn), ayat pendapat (A.Pdpt), ayat Harapan, (A.Hrpn), Ayat Penutup (Apntp),
dan sebagainya.
Contoh
Sebagai kesimpulannya, (A Ksmpln) sektor pelancongan di negara kita mempunyai masa
depan yang cerah untuk berkembang maju disebabkan negara kita mempunyai pelbagai
kelebihan. (A Cdgn) Oleh itu, kita mestilah mengeksploitasikan segala kelebihan yang ada untuk
menarik kehadiran pelancong ke negara kita. (A Cdgn) Oleh itu, kita mestilah berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk memajukan sektor pelancongan kita.
Dari segi ayat dalam perenggan, terdapat perbezaan antara ayat dalam karangan berformat umum
dengan jenis ayat dalam karangan berformat khusus. Dalam karangan berformat khusus pula, selain
ayat rangsangan (AR), terdapat juga Ayat Format (AF). Ayat ini dinamakan ayat format (AF) kerana
bentuk-bentuk ayat tersebut perlu ada dalam karangan yang berformat khusus. Contoh ayat format
adalah seperti yang berikut:
1.
Menemui sahabatku yang kini berada di Pulau Pinang semoga berada dalam keadaan
sihat dan sejahtera. (Surat Kiriman Tidak Rasmi)
2.
3.

Merujuk kepada perkara di atas (Surat Kiriman Rasmi)


Sekian, terima kasih. (Surat Kiriman Rasmi)

4.

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis.(Syarahan)

5.

Selamat pagi, Tuan Haji Zainudin. (Wawancara)

Selain itu, perenggan bagi karangan yang berformat berita dan laporan tidak memerlukan ayat judul,
ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegas. Ayat dalam perenggan jenis karangan ini memerlukan
isi tentang apa, siapa, mengapa, di mana, bila dan bagaimana (5W1H). Oleh hal yang
demikian, ayat-ayat yang terdapat dalam karangan jenis ini merupakan ayat yang berbentuk fakta
dan huraian lanjut.
Bagi karangan yang berbentuk keperihalan, gambaran, pengalaman atau cerita, perenggan yang
dibina mestilah terdiri daripada beberapa peringkat. Sebagai contohnya, karangan berbentuk
keperihalan
atau
gambaran
semasa dan selepas. Karangan

memerlukan
penceritaan
pada
peringkat sebelum,
yang berbentuk cerita pula hendaklah mempunyai

bahagian permulaan,perkembangan, puncak, ketegangan dan peleraian.


Kesimpulannya, terdapat sedikit perbezaan dari segi jenis ayat dalam perenggan karangan berformat
umum dengan perenggan karangan yang berformat khusus. Yang penting ialah setiap isi mesti
mempunyai huraian, contoh, dan penegasan atau kesimpulan kecil. Untuk melihat perbezaan jenis
ayat dalam setiap perenggan tersebut, setiap ayat ditandai dengan jenis ayat seperti Ayat Format
(AF), Ayat Rangsangan (AR), Ayat Arahan (AA), Ayat Judul (AJ), Ayat Huraian (AH), Ayat Contoh
(AC), Ayat Penegas (AP), Ayat Kesimpulan (A Kspln), Ayat Cadangan (A Cdgn), Ayat Penilaian ( A
Pnln), Ayat Komen (A Kmn), Ayat Pendapat (A Pndpt), Ayat Harapan (A Hrpn), Ayat Penutup (A
Pntp), dan sebagainya.

You might also like