Dasar Agama Oleh Sepanyol Di Filipina

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

PENGENALAN

Fokus utama esei ini ialah membahaskan tentang misi agama yang
dibawa oleh Sepanyol ke Filipina. Pelbagai bukti yang kukuh dan hujahan
sampingan diselitkan bagi menguatkan isi yang dibahaskan.
Sebelum kedatangan Sepanyol ke Filipina, masyarakat Filipina ketika itu
sudah

mempunyai

sistem

kepercayaan

mereka

sendiri.

Agama

masyarakat Filipina terbahagi kepada dua bahagian, iaitu agama Islam di


bahagian selatan dan agama animisme di bahagian utara. Dunia Islam
Asia Tenggara merentang dalam kawasan 3000 batu dari hujung
Sumatera utara hingga ke kepulauan Filipina selatan.

Masyarakat

bahagian utara Filipina, mereka menyembah mahadewa yang dikenali


sebagai batala. Satu mahadewa ada banyak dewa di bawahnya dan
masyarakat awal Filipina percaya kepada hantu-hantu yang dikenali
sebagai amito. Hantu-hantu ini pula terbahagi kepada dua iaitu hantu
baik dan hantu jahat. Hantu baik ialah roh nenek moyang mereka dan
hantu jahat ialah roh musuh. Selain itu, bagi mengelak bencana alam,
mereka akan memberi korban kepada hantu dan upacara ini dilakukan
oleh paderi sama ada lelaki atau perempuan yang digelar badelan atau
balana atau katalona. Upacara korban yang biasa dilakukan ialah
1 Steinberg D.J, Wyatt D.K, Smail J.R.W, Alexander Woodside, Roof W.R dan
Chander D.P (1971), Mengenali Sejarah Asia Moden, (terj) Azizah Abbas, Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm. 57.

makanan seperti buah-buahan, manusia dan haiwan seperti khinzir.


Dengan melakukan korban, mereka berharap agar mendapat perdamaian
ataupun mendamaikan kemarahan hantu-hantu tersebut. Selain itu,
masyarakat Filipina juga percaya kehidupan di Akhirat. Pada fikiran
mereka, manusia terdiri daripada jasad yang halus dan roh yang abadi. 2
Roh-roh yang semasa hidupnya bersikap baik dan adil serta roh orang
yang mati dalam perang serta roh orang-orang yang saudara-maranya
memberi korban akan masuk ke syurga. Sebaliknya roh orang-orang jahat
dan

pengecut

akan

masuk

ke

neraka

selama-lamanya.

Selepas

pendudukan Sepanyol, Sepanyol mula untuk memperkenalkan agama


Kristian kepada penduduk Filipina iaitu berasaskan kepada agama khatolik
yang dianggap sebagai pemangkin era penjajahan Sepanyol di Filipina.
Usaha penyebaran agama Kristian bermula dengan perjumpaan Pulau
Cebu oleh Magellan pada 1521. Di Pulau Cebu, Magellan telah bekerja
keras

untuk

menyebarkan

agama

Kristian

sehingga

berjaya

mengkristiankan kira-kira 500-800 orang Cebu. Sebagai mengingati


peristiwa orang Cebu menukar agama itu, satu salib besar telah
dicacakkan di tepi pantai.3
ISI KANDUNGAN

2 Gregorio F. Zaide (1972), Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid 1, Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm. 100.
3 Gregorio F. Zaide (1972), Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid 1, Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm. 177.

Tujuan penjajahan Sepanyol yang pertama dan yang utama sekali ialah
untuk menyebarkan agama Kristian.4 Hal ini demikian kerana penaklukan
sebenarnya negara Filipina adalah dicapai dengan salib iaitu melalui
agama Kristian. Tujuan ini adalah berdasarkan wasiat terakhir oleh Queen
Isabella (1479-1504) yang mengatakan tujuan utama mereka adalah
untuk menukarkan agama penduduk kepada agama Kristian dengan
menghantar kepada mereka biskop, mubaligh dan orang-orang yang
berpendidikan untuk mengajar dan melatih mereka menjadi masyarakat
yang bertata-tertib. Dr. Rafael Palma mengatakan, penjajahan Sepanyol di
Filipina ialah untuk menunjukkan dasar utama menukarkan agama anakanak negeri kepada agama Kristian, iaitu bukanlah untuk mendapatkan
hasil-hasil pulau itu tetapi ialah untuk menyelamatkan roh pendudukpenduduknya.
Semasa penjajahan, Sepanyol hampir meninggalkan Filipina kerana tidak
mampu untuk menanggung perbelanjaannya lagi. Filipina sebenarnya
menjadi suatu tanggungan dan bukannya suatu harta yang memberikan
keuntungan kepada pihak Sepanyol. Malah, kerajaan Sepanyol terpaksa
memberikan bantuan tahunan yang disalurkan ke Filipina dari Mexico
untuk meneruskan pentadbirannya. Oleh sebab ini, terdapat menterimenteri diraja menasihatkan Raja Philip II supaya meninggalkan pulaupulau itu kerana kos untuk mentadbir negeri itu tidak memberikan
keuntungan. Tetapi baginda telah tersemadi dengan semangat Kristian
Queen Isabella The Catholic, menolak nasihat itu dan menjawab bahawa
4 Gregorio F. Zaide (1972), Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid 1, Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm. 243.

tujuan utama penjajahan Sepanyol ialah untuk menukarkan agama


penduduk-penduduk negeri itu kepada agama Kristian, dan bahawa untuk
menjayakan tujuan itu baginda berazam hendak membelanjakan segala
harta Pulau-pulau Hindia dan bahkan juga harta baginda sendiri. 5
Walaupun demikian, penasihat-penasihat diraja sekali lagi bercadang
untuk meninggalkan Filipina pada 1619 kerana belanja yang tinggi
diperlukan bagi menguruskan Filipina. Apabila mengetahui akan hal ini,
seorang mubaligh iaitu paderi Moraga telah belayar pulang ke Sepanyol
dari Filipina bagi menyembah sujud ke kaki Raja Philip III dan merayu
kepada baginda agar tidak meninggalkan Filipina demi agama Kristian.
Ekoran daripada tindakan paderi ini, Raja Philip III amat terharu akan
rayuan paderi itu dan memperkenankan permohonannya. Seterunya,
pada tahun 1621, masalah ini sekali lagi diutarakan. Tetapi kali ini
Sepanyol mempunyai dua pilihan, sama ada meninggalkan Filipina atau
menyerahkannya kepada pihak Portugis. Semasa perbincangan ini sedang
berjalan di istana Raja Philip IV, seorang Penguasa Jeneral Filipina
bernama Fr. Hernando de los Rios
kewajiban

Sepanyol

dalam

Coronel mengingatkan Raja akan

menyebarkan

agama

Kristian

dan

mengenangkan jasa-jasa Raja-raja Philip sebelumnya dalam menghadapi


masalah yang sama. Sehubungan dengan ini, dapat dilihat bahawa
Sepanyol sanggup bersusah-payah demi membawa agama mereka ke
nagara Filipina. Walaupun berlakunya masalah ekonomi yang tidak
menentu,

Sepanyol

tetap

akan

misinya

untuk

mengkristiankan

5 Gregorio F. Zaide (1972), Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid 1, Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm. 247.

masyarakat di Filipina selari dengan wasiat yang ditinggalkan oleh Queen


Isabella.
Kedatangan Mubaligh-mubaligh Sepanyol
Kedatangan

mubaligh-mubaligh

dari

Sepanyol

dianggap

sebagai

pengorbanan yang mulia kerana berjaya menyebarkan agama Kristian


dalam kalangan masyarakat di Filipina. Selain itu, kedatangan paderi juga
dianggap sebagai pahlawan-pahlawan yang menawan hati Filipina untuk
Sepanyol kerana sanggup untuk menemui maut dalam mewujudkan
sebuah negara Kristian di timur.
Mubaligh Augustinian merupakan mubaligh pertama yang tiba Filipina
iaitu pada tahun 1565. Mubaligh ini tiba bersama rombongan Legazpi.
Sehingga ke tahun 1898, seramai 2368 orang mubaligh telah datang dan
berjaya membuka 385 buah bandar yang mentadbirkan agama untuk
2000 orang masyarakat di sana. Mubaligh Augustinian juga bukan sahaja
menyebarkan Kristian di Filipina sahaja, malah di China dan juga Jepun.
Mubaligh Franciskan pula merupakan kumpulan agama kedua yang
sampai di sana. Mubaligh-mubaligh Franciskan yang pertama diketui oleh
Fr. Pedro de Alforo tiba di Manila pada tahun 1577. Rombongan ini terdiri
daripada 2367 orang mubaligh, membuka 233 bandar dan mentadbirkan
agama

untuk

1124

278

orang

penduduk.

Kumpulan

ini

juga

mengembangkan Kristian ke negara-negara Timur yang lain juga.


Rombongan mubaligh ketiga diikuti oleh Mubaligh Jesuit. Rombongan ini
tiba di Manila pada 1581.

Mubaligh-mubaligh ini berjumlah 132 orang,

menguruskan 33 buah bandar iaitu penduduk yang seramai 200 184


orang.
Seterusnya, diikuti pula oleh Mubaligh

Dominican. Biskop Domingo de

Salazar dan seorang rakannya datang bersama-sama Mubaligh-mubaligh


Jesuit yang pertama dalam bulan September 1581.6 Sehingga ke tahun
1587, jumlah mubaligh ialah seramai 1755 orang, mentadbir 90 buah
bandar yang mempunyai penduduk seramai 672 812 orang. Mubaligh
Recollect merupakan kumpulan kelima yang datang ke Filipina. Kumpulan
pertamanya diketui oleh Fr. Juan de San Jeronimo tiba pada tahun 1606.
Hingga ke tahun 1898, 1623 mubaligh telah tiba dan berjaya menbuka
235 buah bandar untuk ditadbir yang mempunyai penduduk seramai 1
606 759 orang. Mubaligh Benedictine merupakan mubaligh terakhir yang
sampai di Filipina. Rombongan pertama daripada mubaligh ini diketuai
oleh Fr. Jose Deas y Villard dan terdiri daripada 14 orang mubaligh dan
tiba di Manila pada tahun 1895. Sungguhpun terdapat huru-hara politik
pada masa Rebolusi tahun 1896, Peperangan Sepanyol-Amerika tahun
1899-1902

yang

banyak

menumpahkan

darah

itu,

pengembang-

pengembang agama mubaligh St. Benedict terus menyebarkan agama


Kristian di Surigao.7
Ini jelas menunjukkan bahawa, kedatangan Sepanyol adalah untuk
menyebarkan agama Kristian. Mubaligh-mubaligh ini dianggap sebagai
6 Gregorio F. Zaide (1972), Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid 1, Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm. 288.
7 Gregorio F. Zaide (1972), Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid 1, Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm. 290.

pembina negara Filipina semasa penjajahan Sepanyol. Para mubaligh


terdiri daripada orang-orang yang berani dan penuh dengan semangat
dalam menyebarluaskan misi agama mereka. Tanpa sebarang senjata
selain daripada tasbih dan salib, mereka meneroka hutan belantara yang
belum dijelajah dan merentas gunung-gunung yang belum tercatit dalam
peta untuk membawa sinar agama Kristian kepada orang-orang Filipina
dalam menjalankan usaha-usaha ini mereka mengalami azab sengsara
yang tidak terhingga, bahkan menemui maut.8 Dr. Morga mengatakan
orang-orang di pulau ini telah menerima ajaran ini dengan hati yang tetap
kerana mereka adalah orang-orang yang bijak.

Kesan-kesan agama Kristian ke atas penduduk Filipina


Pengaruh agama Kristian telah membawa pengaruh yang besar dalam
kalangan masyarakat di Filipina. Pelbagai perubahan dapat dilihat pada
sebelum dan selepas kedatangan agama ini. Selapas agama ini diterima,
masyarakat disana tidak lagi bermusuhan antara satu kaum dengan kaum
yang lain dan menghentikan segala peperangan yang boleh membawa
kepada kecederaan. Selain itu, perbuatan mengambil untung yang
berlebihan dalam jual beli, minum minuman keras, membunuh kanakkanak dan amalan-amalan kejam lain telah dihapuskan sepenuhnya.
Seterusnya, dalam ajaran Kristian, perkahwinan dianggap sebagai suci,
oleh itu agama ini melarang keras sebarang kesalahan seperti berzina,
8 Gregorio F. Zaide (1972), Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid 1, Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm. 291.

mempunyai gundik dan beristeri dua. Pada masa yang sama juga, agama
ini telah membawa kepada penyatuan antara kaum-kaum di Filipina
daripada yang berpecah belah kepada satu bangsa yang bersepadu.
Perkara ini jelas menunjukkan bahawa agama Kristian telah membawa
pengaruh yang besar kerana mampu membawa perubahan dalam
kegiatan masyarakat di Filipina.

KESIMPULAN
Tuntasnya, dapat dilihat bahawa, kedatangan Sepanyol ke Filipina telah
membawa satu lembaran baru kepada negara tersebut. Agama Kristian
yang dibawa telah berjaya disebarkan dengan baik oleh para mubaligh.
Pelbagai perubahan dapat dilihat dengan adanya agama ini dan telah
dianggap sebagai permulaan tamadun Filipina yang lebih maju dan
tersusun. Walaupun semasa penyebaran agama ini menerima pelbagai
halangan, namun para mubaligh tetap berusaha sebaik mungkin dalam
menyampaikan agama Kristian. Sudah semestinya kedatangan Sepanyol
mempunyai misi yang penting iaitu dalam menyebarkan agama kepada
masyarakat di Filipina. Walaupun pada peringkat permulaan ia kurang
diterima oleh masyarakat, namun paderi-paderi tetap berusaha dengan
sebaik mungkin dalam menyebarkan agama ini. Tanpa mereka sudah
pasti akan melambatkan proses penjajahan Sepanyol ke atas Filipina dan

pelbagai masalah akan menanti Sepanyol dalam menjalankan dasar-dasar


mereka di Filipina. Para mubaligh iaitu pihak paderi-paderi sememangnya
memainkan peranan yang penting dalam aspek ini dan kesannya agama
Kristian menjadi agama majority penduduk Filipina sehingga sekarang.
Menurut Thomas de Comyn, sesungguhnya usaha keberanian dan
ketabahan Legazpi dan rakan-rakan mengalahkan penduduk Filipina tidak
akan

bermakna

menyebarkan

sekiranya

agama

Kristian

tanpa
di

kegiatan

belakangnya

mubaligh-mubaligh
serta

menyokong

penaklukan ini.

BIBLIOGRAFI
Gregorio F. Zaide. (1972), Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid 1,
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Gregorio F. Zaide. (1972), Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid 2,
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
D.G.E. Hall. (1981), Sejarah Asia Tenggara, Hulu Kelang Selangor: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Onofre D. Corpuz. (1972), Filipina, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan


Pustaka
Mohd. Dahlan Mansoer. (1979), Pengantar Sejarah Nusantara Awal, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Maruwiah Ahmat. (2006), Penjajahan Portugis Dan Sepanyol Ke Atas Asia
Tenggara, Shah Alam: Karisma Publications.
Steinberg D.J, Wyatt D.K, Smail J.R.W, Alexander Woodside, Roof W.R dan
Chander D.P (1971), Mengenali Sejarah Asia Moden, (terj) Azizah
Abbas, Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like