Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KUIZ

KARNIVAL PENDIDIKAN ISLAM


SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR
TAHUN 2014M/1435H
SYARAT-SYARAT AM PERTANDINGAN
1. Kuiz ini dijalankan dalam tiga pusingan iaitu pusingan 1, pusingan 2 dan
pusingan 3.
2. Skop soalan meliputi sukatan mata pelajaran Pendidikan Islam dari darjah 1
hingga 6 bagi sekolah Rendah dan tingkatan 1 hingga 5 bagi sekolah
Menengah serta soalan pengetahuan am.
3. Peserta yang akan menjawab soalan dikehendaki berada di meja menjawab
yang telah disediakan, manakala kedua-dua rakan yang berada di belakang

tidak dibenarkan memberi apa-apa isyarat jawapan.


berkumpulan sahaja yang dibenarkan untuk berbincang.

Hanya

soalan

4. Pembahagian markah: Jawapan tepat 3 markah, seterusnya 2 markah, 1


markah dan 0 markah bagi jawapan yang salah.
5. Keputusan juri / hakim adalah muktamad.

PUSINGAN PERTAMA (INDIVIDU)


Arahan kepada peserta
1. Terdapat 12 soalan dalam pusingan ini. 6 soalan berbentuk objektif dan 6
soalan berbentuk subjektif. Setiap peserta akan menjawab 4 soalan dalam
pusingan ini.
2. Setiap jawapan hendaklah ditulis pada papan tulis yang disediakan.
3. Masa menjawab bagi soalan 1dan 2 ialah 30 saat, masa menjawab soalan 3
ialah 40 saat, manakala masa menjawab soalan 4 ialah 1 minit. Peserta
hanya dibenarkan menjawab sebaik sahaja loceng pertama dibunyikan dan
dikehendaki berhenti menulis apabila loceng kedua dibunyikan.
4. Semua peserta dikehendaki mengangkat papan tulis untuk diberikan markah
oleh pihak juri.

PUSINGAN KEDUA (BERKUMPULAN)


Arahan kepada peserta
1. Terdapat 6 soalan dalam pusingan ini yang akan dijawab secara berkumpulan
(boleh bincang).
2. Setiap jawapan hendaklah ditulis pada papan tulis yang disediakan.
3. Masa menjawab ialah 1 minit. Peserta hanya dibenarkan menjawab sebaik
sahaja loceng pertama dibunyikan dan dikehendaki berhenti menulis apabila
loceng kedua dibunyikan.
4. Ketua kumpulan dikehendaki mengangkat papan tulis untuk diberikan markah
oleh pihak juri.

PUSINGAN KETIGA (INDIVIDU)


Arahan kepada peserta
1. Terdapat 9 soalan dalam pusingan ini yang berbentuk subjektif. Setiap
peserta akan menjawab 3 soalan dalam pusingan ini.

2. Setiap jawapan hendaklah ditulis pada papan tulis yang disediakan.


3. Masa menjawab bagi soalan ialah 45 saat. Peserta hanya dibenarkan
menjawab sebaik sahaja loceng pertama dibunyikan dan dikehendaki
berhenti menulis apabila loceng kedua dibunyikan.
4. Semua peserta dikehendaki mengangkat papan tulis untuk diberikan markah
oleh pihak juri.

Disediakan :
Unit Pengurusan Dakwah Dan Syiar Islam
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pendidikan Johor

MAC 2014

You might also like