Temu Bual Dengan Ketua Panitia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

TEMU BUAL DENGAN KETUA PANITIA (MENTOR)

Tarikh
Masa
Nama

Guru Pelatih
Guru

: 8 September 2014
: 9.30 a.m.
: Pn. Tan Seok Thuan

: Apakah jawatan yang dijawat oleh cikgu sekarang?


: Saya merupakan ketua panitia bagi mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual.

Guru Pelatih

: Apakah cabaran yang dihadapi oleh cikgu sepanjang anda

Guru

melibatkan diri dalam bidang ini?


: Saya mempunyai jadual masa yang amat padat kerana
tugas sebagai ketua panitia adalah mencabarkan. Selain
mengajar kelas PSV, saya juga merupakan guru kelas bagi
Tahun

2.

Banyak

urusan

dokumentasi

yang

perlu

disempurnakan mengikuti jadual yang ditetapkan.Pada


masa yang sama, saya juga perlu mengurus kesemua
perkara yang berkaitan dengan Pendidikan Seni Visual
termasuk

menghadiri

menyediakan

kursus-kursus

rancangan

mengelenggarakan

fail-fail,

dan

mengajar
laporan

mesyuarat,
tahunan,

mesyuarat

dan

sebagainya.
Guru Pelatih

: Apakah cadangan cikgu bagi mewujudkan suasana belajar

Guru

PSV yang lebih kreatif dan menyeronokan?


: Saya akan membawa spesimen dan bahan-bahan yang
berkaitan dengan topik yang saya ajar. Biasanya saya akan
menunjukkan video yang berkaitan. Kadang kala saya akan
memimpin pelajar menyanyi lagu,contohnya menyayi lagu
<Keluarga Saya > sebagai permulaan bagi tajuk melukis
Rumah

Saya.

membuat

Sekiranya

persediaan

saya

sebelum

mempunyai

mengajar,

saya

masa
akan

menyediakan aktiviti-aktiviti lain yang lagi kreatif seperti


membuat puzzle dan teka-teki.
Guru Pelatih

: Apakah

Guru

penambahbaikan prestasi P&P ?


: Saya akan memastikan guru PSV berpeluang menghadiri
kursus

langkah

berkaitan

pengajaran

dalam

yang

boleh

demi
mata

cikgu

lakukan

meningkatkan
pelajaran

PSV.

untuk

kemahiran
Saya

juga

mengalakkan perkongsian kepakaran dan pengalaman di


kalangan guru PSV supaya potensi pelajar dalam bidang ini
dapat diperkembangkan. Selepas berpindah ke sekolah
baru, saya akan memastikan bilik seni yang disediakan
dilengkapi dengan alat peralatan dan bahan rujukan yang
berguna.
Guru Pelatih
Guru

: Bolehkah saya tahu tentang sumber kewangan?


: Sumber kewangan yang diperlukan disediakan

oleh

kerajaan, lebih kurang RM 20,000 untuk setiap tahun. Ia


digunakan untuk pembelian alat peralatan, buku rujukan,
latihan, bahan bantuan mengajar dan fasiliti PSV yang
diperlukan untuk tujuan P&P.
Guru Pelatih

: Bagaimana

cikgu

menguruskan

kepelbagaian

Guru

peralatan PSV yang sedia ada?


: PSV memang suatu matapelajaran

yang

alat

melibatkan

banyak alat dan bahan. Saya telah menyediakan buku


rekod

stok

supaya

bilangan

dan

keadaan

peralatan

dikenalpasti dari semasa ke semasa. Masalahnya tempat


penyimpanan di sekolah ini adalah terhad dan tidak
mencukupi. Pada masa kini, kami hanya mempunyai bilik
seni yang kecil untuk mempamerkan spesimen karya seni
dan kertas serta kad warna. Bahan dan peralatan seperti
glu, gunting dan bahan berkaitan disimpan dalam almari
dan kotak yang disediakan. Keadaan akan bertambahbaik
selepas kami berpindah ke sekolah baru pada bulan depan.
Bilik

seni

yang

luas

akan

disediakan

dan

masalah

pengurusan peralatan kini akan diselesaikan.


Guru Pelatih

: Sebagai panitia PSV, apakah harapan cikgu terhadap

Guru

sekolah ini?
: Saya berharap matapelajaran PSV dapat dipertingkatkan
supaya potensi pelajar dalam bidang ini dapat mencapai
tahap yang cemerlang. Pelajar yang berpotensi boleh
mewakili sekolah menyertai pelbagai pertandingan yang
berunsur seni dan menjadikan matapelajaran PSV sebagai
salah satu niche areas yang dapat
sekolah.

menyerlahkan watak

5.7

CARTA ORGANISASI PENDIDIKAN SENI VISUAL2014


2013

Penasihat
WEE HIAU KEE
( Guru Besar)

Penolong & Penasihat


YAP KWAI HEONG
(GPK HEM)
TAN SEOK THUAN

Penolong & Penasihat


LEE BOAY KEE
(GPK 1)
TAN SEOK THUAN

Penolong & Penasihat


TEAH PENG PENG
(GPK KK)
WEE POI SEE

Pengerusi
TAN SEOK THUAN
LAI HOE CHIN

Setiausaha
WEE POI SEE

Tahun 1
CHIN SIN YUET
LOO CHOON YING
TAN MEEI YAU
WAH KEN LI
LEE KIM YING
TAN AI LING
SAW HUI PENG

Tahun 2
NG KOOI KIM
CHEAH WAN LOR
LIM HO GUAT
WONG YEE
WOON SOOK KEAN
THIANG KEK HIANG
TAN SEOK THUAN

Tahun 3
LIM SEOK HIANG
ZUL HALIF
SAW BOON SIANG
TEOH CHIN TEE
MOHD FARID
MARIATIE

Tahun 4
Tahun 5
NUR ISWANAH
LIEOW SOK HOONG
Tahun 6
MARIATIE
WEE POI SEE
LAI HOE CHIN
SIOK YOK PIN
SIM MOI CHIN
CHOW MAY FONG
AIMA NAJWA
LAW CHIN YIN
LIEOW SOK HOONG
TAN MOY SUAT TAN SEOK THUAN LIM SEOK HIANG
MOHD KHAIRUL
TAN AI LING
MOHD FARID
CHONG FONG
TAN SEOK THUAN
TAN SEOK THUAN MOHD FARID
LIEOW SOK HOONG
TAN SEOK THUAN
TAN SEOK THUAN

TAN SEOK THUAN


TAN SEOK THUAN

Peranan Panitia PSV


Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenalpasti untuk panita
mata pelajaran:

Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran dan


pembelajaran PSV.

Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang


inovatis dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para
pelajar terhadap pembelajaran.

Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan yang berasaskan


sekolah dan awam dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atai
berasaskan kepada prestasi/target yang ditunjukkan dalam rancangan
akademik sekolah.

Mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan


persatuan atau kelab akademik.

Peranan Panitia
Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia
sejajar dengan peranannya sebagai badan ikhtisas:
1. Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan
ahli-ahli panitia.
2. Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun
persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam
sesuatu darjah dan juga di antara darjah di mana ada kaitan.
3. Memilih dan mencadangkan kepada pentadbiran sekolah buku teks untuk
digunakan oleh pelajar-pelajar berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari
segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka.
4. Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan
tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajran para pelajar dan
kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah.
5. Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah) yang
disediakan bagi tiap-tiap darjah dan jika perlu menubuhan bank soalan.
6. Mengkaji dan menganalisasi keputusan peperiksaan pelajar-pelajar dalam tiaptiap peperiksaan berasaskan sekolah(khususnya peperiksaan pertengahan dan
akhir tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-

kelemahan pengajaran dan pembelajaran.


7. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurag-kurangnya sekali
sepenggal dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara" ad-hoc " bila dan
jika perlu.
8. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia untuk
memikirkan atau membincangkan masalah-masalah dan isu-isu yang berkaitan
dengan kaedah mengajar dan mencari penyelesaikan kepada masalah-masalah
atau isu-isu tersebut.
9. Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah
mengikut kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain.
10.menwujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan
menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat
pengajaran dan pembelajaran.
11.bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan
panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan,
12.bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam ussha ke arah
memajukan pelajar-pelajar yang lemah dalam mata pelajaran tertentu.
13.melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit
mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia.
14.Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat,
surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan.

Jadual Masa Guru PSV


KELAS
1A
1B
1C
1D
1E
1F
1G
2A
2B
2C
2D
2E
2F
2G
3A
3B
3C
3D
3E
3F
3G
4A
4B
4C
4D
4E
4F
4G
5A
5B
5C
5D
5E
5F
5G
6A
6B
6C
6D
6E
6F
6G

NAMA GURU PSV


CHIN SIN YUET
LOO CHOON YING
TAN MEEI YAU
WAH KEN LI
LEE KIM YING
TAN A LINH
SAW HUI PENG
NG KOOI KIM
CHEAH WAN LOR
LIM HO GUAT
YAP KENG PENG
WOON SOOK KEAN
THIANG KEK HIENG
TAN SEOK THUAN
LIM SEOK HIANG
ZUL HALIF
ZUL HALIF
SAW BOON SIANG
TEOH CHING TEE
MOHD FARID
MARIATIE
ISWANAH
SITI NOOR ASHIKIN
SIOW YOK PIN
AIMA
TAN MOY SUAT
TAN AI LING
CHONG PEI FONG
LIEOW SOK HOONG
WEE POI SEE
SIM MOOI CHIN
LAW CHIN YIN
LIM SEOK HIANG
MOHD FARID
TAN SEOK THUAN
LAI HOE CHIN
CHOW MAY PONG
LIEOW SOK HOONG
LAI HOE CHIN
KHAIRUL
MOHD FARID
LIEOW SOK HOONG

WAKTU PSV
KHAMIS 11:05am 12:05pm
SELASA
7:45am 8:45am
ISNIN 11:35am 12:35pm
JUMAAT 10:35am 11:35am
KHAMIS 10:35am 11:35am
SELASA 10:05am 11:05am
SELASA 11:35am 12:35pm
KHAMIS 10:35am 11:35am
SELASA 11:34am 12:35pm
ISNIN 11:35am 12:35pm
SELASA 10:05am 11:05am
RABU 10:35am 11:35am
SELASA 10:05am 11:05am
SELASA 11:35am 12:35pm
JUMAAT 10:05am 11:05am
JUMAAT 10:35am 11:35am
RABU
11:05am 12:05pm
JUMAAT 11:05am 12:05pm
RABU 10:05am 11:05am
JUMAAT 10:35am 11:35am
SELASA 8:45am 9:45am
SELASA 12:05pm 1:05pm
JUMAAT 11:05am 12:05pm
JUMAAT 10:35am 11:35am
RABU 11:35am 12:35pm
JUMAAT 10:35am 11:35am
JUMAAT 10:05am 11:05am
SELASA 11:35am 12:35pm
SELASA 7:45am 8:45am
KHAMIS 11:35am 12:35pm
JUMAAT 10:35am 11:35am
JUMAAT 10:05am 11:05am
RABU 11:05am 12:05pm
ISNIN 10:05am 11:05am
JUMAAT 10:35am 11:35am
ISNIN 12:05pm 1:05pm
JUMAAT 10:35am 11:35am
KHAMIS 7:15am 8:15am
SELASA 10:05am 11:05am
JUMAAT 11:35am 12:35pm
RABU 10:35am 11:35am
RABU 11:05am 12:05pm

PERANCANGAN TAHUNAN

PANITIA PSVSJK (C) KEPONG 2


PELAN TAKTIKAL TAHUN 2014
PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
Bil

Progra
m/
Aktiviti

Objekti
f

Tanggungjawab

Tempo
h

Kos
/
Su
mb
er

1.

Cerama
h
Motivasi

Memasti
kan
tahap
keyakin
an diri
murid
bertamb
ah.

1. Guru
Besar
2. Guru
Penolong
Kanan
3. Semua
guru
Pendidika
n
Seni
Visual
4. Ketua
Panitia
Pendidika
n
Seni
Visual

April

JanSept

2.
Pengaja
ran dan
Pembela
jaran
Berkesa
n

3.
Latihan
Dalam
Perkhid
matan

Memasti
kan
semua
murid
tahun 16
mengua
sai
kemahir
an
melukis
dan
mewarn
a

Guru
Pendidik
an Seni
Visual
lebih

1. Semua
guru
Pendidikan
Seni Visual
2. Ketua
Panitia
Pendidikan
Seni Visual
1. Guru
Besar
2. Guru
Penolong
Kanan
3. Semua
guru
Pendidika
n
Seni
Visual
4. Ketua
Panitia
Pendidika
n

Mei

TOV

ETR

Indikator
Pencapaia
n

90%
murid
dapat
menguas
ai

100%
murid
dapat
menguas
ai

Peratus
murid suka
belajar
Pendidikan
Seni Visual
akan
meningkat

90%
murid
dapat
menguas
ai

100%
murid
dapat
menguas
ai

90%
murid
dapat
menguas
ai

100%
murid
dapat
menguas
ai

Peratus
murid
menguasai
minimum
gred C bagi
mata
pelajaran
Pendidikan
Seni Visual

Murid lebih
menguasai
kemahiran
asas
Pendidikan
Seni Visual

memah
ami
kemahir
an
melukis
dan
mewarn
a

Seni
Visual

SJK (C) KEPONG 2


PELAN STRATEGI TAHUN 2010-2014
PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
Isu
Pencapaia
n
Pendidikan
Seni Visual
kurang
memuaska
n dalam
kemahiran
melukis
dan
mewarna

Masalah
1. Peratus
murid
mendapat
C
dalam
mata
pelajaran
Pendidikan
Seni Visual
bagi PKSR
masih
tinggi.
2. Peratus
murid
yang
mandapat
gred
A
bagi mata
pelajaran
Pendidikan
Seni Visual
tidak
mencapai
100%
dalam
PKSR .

1.

.
2.

Matlamat
Meminim
umkan
Peratusan
murid
mendapat
gred C

1.

2.

3.
Meningka
tkan
peratus
gred
A
untuk
mata
pelajaran
Pendidika
n
Seni
Visual
dalam
PKSR iaitu
100% .

Strategi
Meningkatk
an
kualiti
pengajaran
guru .
Meningkatk
an
kualiti
pembelajara
n murid .
Program
Kecemerlan
gan Galus .

Indikator
Peratus
murid
yang
mendap
at gred
C dalam
mata
pelajara
n
Pendidik
an Seni
Visual
dalam
PKSR .
2. Peratus
murid
yang
mendap
at gred
A
bagi
mata
pelajara
n
Pendidik
an Seni
Visual
dalam
PKSR .
1.

Laporan Hari Pertama


Pada hari pertama PBS, saya telah berjumpa dengan pentadbir
sekolah, iaitu guru besar. Sebelum memberitahu tujuan saya, saya
telahpun berkenalan dengan beliau. Selain itu, saya juga memberi salam
kepada beliau. Beliau merupakan seorang yang mesra dan tidak disangka
bahawa beliau juga pernah mengambil pendidikan seni visual semasa
beliau berada di universiti.

Saya berasa sangat gembira kerana saya

boleh dikatakan berpeluang untuk berjumpa dengan abang senior saya.


Beliau telah banyak memberi info yang amat berguna mengenai alam
pendidikan saya pada masa depan.
Setelah

bertegur

sapa

dengan

beliau,

beliau

telah

pun

memperkenalkan saya dengan penolong kanan sekolah. Saya didapati


bahawa penolong kanan di sekolah ini terdiri daripada 3 bahagian, iaitu
bahagian urusan guru, bahagian urusan murid dan bahagian urusan
kokurikulum. Setiap penolong kanan telah memainkan peranan yang amat
penting dalam menguruskan sesebuah sekolah. Dengan ini, ia telah
memberi saya satu mesej yang penting, iaitu saya haruslah berusaha
untuk menjadi sebagai seorang pendidik yang dapat melibatkan diri dalam
mewujudkan sebuah sekolah yang dapat melahirkan insan yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Selanjutnya, saya telah berjumpa dengan ketua panita Pendidikan
Seni Visual (PSV). Ketua panitia PSV merupakan seorang wanita yang
bernama Puan Tan dan saya telah mengambil kesempatan ini bagi
menemu bual beliau. Dalam sesi temu bual ini, saya telah mengetahui
bahawa sebagai seorang ketua panitia PSV, selain perlu mengurus
kesemua

perkara

menghadiri

yang

kursus-kursus

berkaitan
dan

dengan

mesyuarat,

PSV,

beliau

menyediakan

juga

harus

rancangan

mengajar tahunan, mengelenggarakan fail-fail, laporan mesyuarat dan


sebagainya.

Tambahan

pula,

saya

telah

mendapati

bahawa

beliau

akan

membawa spesimen dan bahan-bahan yang berkaitan dengan topik yang


beliau ajar bagi mewujudkan suasana belajar PSV yang lebih kreatif dan
menyeronokan. Biasanya beliau akan menunjukkan video yang berkaitan.
Kadang

kala

beliau

juga

akan

memimpin

pelajar

menyanyi

lagu,

contohnya menyayi lagu <Keluarga Saya > sebagai permulaan bagi tajuk
melukis Rumah Saya. Sekiranya beliau mempunyai masa membuat
persediaan sebelum mengajar, beliau akan menyediakan aktiviti-aktiviti
lain yang lagi kreatif seperti membuat puzzle dan teka-teki.
Selain itu, saya juga mendapati bahawa sumber kewangan yang
diperlukan disediakan oleh kerajaan, lebih kurang RM 20,000 untuk setiap
tahun. Ia digunakan untuk pembelian alat peralatan, buku rujukan, latihan,
bahan bantuan mengajar dan fasiliti PSV yang diperlukan untuk tujuan
P&P. Ini jelas kelihatan bahawa PSV merupakan subjek yang telah
dipandang berat oleh pihak kerajaan. Melalui PSV, ia dapat melatih murid
untuk berfikir secara kreatif. Di samping itu, dalam kurikulum terkini,
pengintegrasian pendidikan seni visual dalam mata pelejaran lain amat
digalakkan kerana melalui visual yang disampaikan, murid dapat lebih
memahami perkara-perkara yang ingin disampaikan.
Bagi sukatan pelajaran PSV Tahun 4, ia diggubal berdasarkan
kurikulum terkini, iaitu kurikulum standard sekolah rendah (KSSR).
Manakala bagi tahun 5 dan tahun 6, ia masih terpakai kurikulum yang
lama, iaitu kurikulum bersepadu sekolah rendah (KBSR). Kedua-dua
kurikulum ini telah membentuk mata pelajaran PSV sekolah rendah.
Namun, ia terdapat perbezaan antara kedua-dua kurikulum ini. Bagi KBSR,
mata pelajaran PSV dikehendaki untuk mengajar kesemua teknik,
manakala dalam KSSR, guru mata pelajaran Dunia Seni Visual hanya
mengajar sedikit dalam satu bidang. Mereka tidak perlu mengajar
kesemua sekaligus. Dengan ini, murid-murid dapat belajar dengan secara
terperinci dan guru boleh memasti mereka dapat menguasai kemahiran
yang diajar ini.
Kesimpulannya, saya telah berjumpa dengan pihak pentadbir,
berkenalan dengan ketua panitia PSV, menganalisis sukatan pelajaran PSV

Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6, merekodkan carta organisasi Panitia PSV


dan menemu bual guru-guru Panitia PSV.

Laporan Hari Kedua


Pada hari ini, apa yang saya hendak fokuskan ialah kedudukan
bengkel pendidikan seni visual (PSV), pengurusan bengkel PSV dan
amalan penstoran yang diaplikasikan di sekolah. Bilik PSV merupakan
tempat di mana sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Biasanya,
murid hanya akan berada di sana semasa waktu pengajaran dan
pembelajaran

(PdP)

sahaja.

Walau

bagaimanapun,

semasa

saya

mengadakan pengalaman berasaskan sekolah (PBS) di SJK (C) Kepong 2,


saya didapati bahawa murid-murid di sekolah ini suka pergi ke bengkel
seni visual tidak kira apa- apa masa, iaitu waktu rehat dan juga waktu
tamat persekolahan. Hal ini mungkin disebabkan kedudukan bengkel PSV
terletak di tempat yang strategik, iaitu dekat dengan bilik-bilik darjah. Ini
dapat memudahkan murid-murid untuk bertolak ke tempat tersebut.
Dalam bengkel PSV, ia dilengkapi dengan kemudahan asas seperti
kerusi yang tidak bersandar, meja besar yang dibuat daripada kayu,
almari dan tempat mempamer karya murid. Bahan PdP seperti glu,
gunting dan bahan berkaitan disimpan dalam almari dan kotak yang
disediakan. Manakala alat PdP seperti ruang LCD projektor, komputer,
printer dan lain-lain tidak disediakan atas ruang yang terhad. Walau
bagaimanapun,

bagi

bahagian

pameran

hasil

kerja

murid,

poster

keselamatan dan papan maklumat dapat disediakan walaupun ruang


pamerannya agak terhad. Dengan ini, murid-murid dapat mengapresiasi
karya yang dipamerkan ini.

Bengkel seni visual merupakan tempat interaksi antara guru dan


murid. Di sekolah ini, didapati bahawa kekuatan bagi bengkel PSV ialah ia
diletakkan di tempat yang strategik. Seterusnya, tempat persekitaran
adalah bersih dan kemas. Bukan begitu sahaja, ia juga mempunyai tempat
yang mempamerkan hasil kerja murid. Walau bagaimanapun, ia terdapat
kelemahan dari segi ruangnya. Ruang yang terhad telah menjadikan
bengkel ini tidak mempunyai alat PdP yang lengkap, iaitu kekurangan LCD
projektor, komputer dan printer. Ini telah menyebabkan jika guru PSV yang
ingin menunjukkan video atau mengaplikasikan kemudahan teknologi
dalam aktiviti seni, mereka tidak dapat menjalankan aktiviti seni dalam
bilik seni. Mereka perlu menjalankan aktiviti seni dalam kelas masingmasing kerana hanya dalam kelas ia merupakan tempat yang mempunyai
alat teknologi yang canggih. Selain itu, amalan penstoran yang diamalkan
adalah kurang berkesan. Hal ini juga disebabkan ruang yang terhad. Oleh
sebab itu, bagi stok seni, ia hanya diletakkan dalam satu almari yang kecil
dan banyak bahan masih tidak lengkap seperti poster color, krayon dan
kertas lukisan.
Bagi menambahbaik keadaan ini, guru haruslah berusaha untuk
mewujudkan bengkel yang menarik apabila masuk, iaitu mempunyai ciri
kebersihan, keindahan, mesra pengguna dan terasa selesa. Di samping
itu, guru juga perlulah mengetahui cara menyusun tempat duduk pelajar
dan peralatan. Dengan ini, walaupun ruang yang disediakan adalah
terhad, namun guru juga boleh menggunakan ruang yang terdapat
dengan sepenuhnya. Seterusnya, guru boleh mengurus tempat pelekatan
bahan-bahan pengajaran agar bengkel PSV dilengkapi dengan bahanbahan asas yang dapat membantu dalam melaksanakan aktiviti seni.
Bahan bahan PdP perlulah disimpan dalam rak dan kedudukan rak rak
simpanan perlu separas dengan ketinggian murid supaya alatan yang
disimpan mudah untuk diambil.
Suasana dalam bengkel seni ini sepatutnya menjadi daya penarik
dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan
kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar,
contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai juga
haruslah dipamerkan dalam bengkel seni. Alat P&P seperti LCD projektor,
komputer, printer dan lain-lain juga perlu disediakan dalam bengkel seni

untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Alat-alat ini hendaklah


berada di ruang akses ICT. Ruang ini digunakan untuk mendapatkan
sebarang

maklumat

yang

dikehendaki

oleh

pengguna-pengguna

khususnya maklumat yang berkaitan dengan pendidikan seni dan visual


atau digunakan bagi menunjukkan video demi memupuk minat murid
terhadap PSV.
Melalui PSV, ia dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Dalam mencapai matlamat PSV
dan juga matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, peranan guru
amat penting dalam pengurusan terutamanya dalam menghasilkan
bengkel seni khusus yang memberi impak yang maksimum kepada murid.
Ini kerana kekuatan PSV di sesebuah sekolah terletak kepada guru dan
tempat operasi iaitu bengkel PSV.
Pendek kata, seiring dengan era globalisasi, pendidikan seni juga
turut berubah ke arah kesenian yang lebih kontemporari. Sebagaimana
yang telah kita sedia maklum, melalui peredaran masa dan zaman telah
berlaku banyak perubahan di sekeliling kita tanpa kita sedari. Murid-murid
semakin kreatif dalam menterjemahkan idea secara lisan tulisan mahupun
melalui seni khususnya melalui subjek PSV. Justeru, perlu ada satu arena
yang kondusif dan sesuai serta lengkap prasarana juga infrastruktur
supaya bakat-bakat seni dapat digilap.

Laporan Hari Ketiga


Penilaian
melibatkan
keseluruhan.

dalam

pengujian
Penilaian

Pendidikan
dan

Seni

pengukuran

secara

Visual

(PSV)

tetapi

keseluruhan

bukan

penilaian

membolehkan

hanya
secara
murid

mengabungkan kefahaman kognitif, psikomotor dan afektif mereka.


Keberkesanan program mata pelajaran ini dapat diukur melalui Penilaian
Kendalian Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan di peringkat sekolah.
Penilaian berasaskan sekolah perlu dirancang dan dikendalikan secara
berterusan dan sistematik dari segi pembinaan alat penilaian dan
pentadbirannya.
Bagi sekolah SJK (C) Kepong 2, para guru telah menggunakan
dokumen standard prestasi PSV bagi membuat penilaian PSV. Dokumen
Standard Prestasi PSV telah dibuat secara offline. Dalam membuat
penilaian bagi matapelajaran PSV, guru-guru akan memberi tahap
pencapaian murid dengan menggunakan band 1 hingga band 6 dan band

6 merupakan tahap tertinggi. Semasa sesi temu bual dengan ketua panitia
PSV, beliau pernah memberitahu bahawa dalam pemberian tahap ini,
kebiasaannya murid-murid akan mendapat band 5 dan kurang orang yang
boleh mendapat band 6. Hal ini kerana bagi mendapat band 6, murid
tersebut haruslah dapat mengajar murid yang lain.
Bagi penilaian tersebut, guru telah membuat penilaian secara
pemerhatian dan dari segi kognitif, para guru akan melihat kefahaman
murid terhadap unsur seni, prinsip rekaan, pengetahuan tentang alat serta
teknologi bahan, bentuk gubahan serta kemasan dan pemahaman dan
penghargaan. Sebagai contoh, guru melihatkan hasil karya murid sama
ada karya mereka meliputi asas seni reka dan pengunaan teknologi dalam
karyanya. Manakala dari aspek psikomotor pula, guru membuat penilaian
terhadap murid semasa proses menghasilkan karya. Bagi penilaian aspek
afektif pula, ia boleh dijalankan melalui pemerhatian, sikap dan perlakuan
murid yang direkod.
Cadangan

bagi

menambahbaik

kaedah

penilaian

ialah

guru

haruslah membuat penilaian bukan sahaja dari segi pemerhatian, malah


guru juga haruslah menggunakan kaedah lisan dan interaksi dan kaedah
penulisan. Dalam kaedah pemerhatian guru boleh memerhati, membuat
inerpretasi dan menilai aspek-aspek yang diperhatikan. Melalui kaedah ini,
penilaian dapat dijalankan ke atas proses dan hasil kerja murid. Semasa
pemerhatian

proses,

guru

perlu

memerhati

cara

murid

mentafsir,

mengelola idea, pewujudan idea dan cara mereka menggunakan alat.


Sekiranya proses tidak dilakukan dengan betul, guru perlu memberi
bimbingan yang sewajarnya. Selain itu, perkara-perkara yang perlu
dititikberatkan

adalah

pewujudan

idea

yang

mana

proses

murid

menentukan tema dan peningkatan idea mereka perlu diambil kira. Selain
daripada itu, pemilihan dan penyediaan alat dan bahan, proses dan teknik
yang

dipilih

dan

kemasan

adalah

beberapa

elemen

yang

perlu

diperhatikan.
Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan
kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja. Kriteria-kriteria yang
relevan dalam penilaian adalah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi,
keaslian, kreativiti dan kemasan. Aspek afektif juga boleh dinilai oleh guru

semasa menggunakan kaedah pemerhatian. Semasa proses pengajaran


dan

pembelajaran

Pendidikan

Seni

Visual,

nilai-nilai

yang

sesuai

diperhatikan adalah kebersihan dan keteraturan, keselamatan, ketekunan,


bekerjasama, ketelitian dan kesempurnaan.
Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian di
mana guru berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap penguasan
murid terhadap aspek seni, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni
dan menilai potensi murid dalam kemahiran berfikir. Aktiviti-aktiviti lisan
yang boleh dijalankan ialah soal jawab, peta minda, kuiz, temubual, teka
teki, forum, seminar, lakonan dan sumbangsaran. Perkara-perkara yang
boleh dinilai secara lisan adalah penguasan pengetahuan, pemahaman
konsep, penguasan kemahiran berfikir dan belajar, kemahiran berbahasa
seni dan sosial, perkembangan daya kreatif dan mengenalpasti perlakuan
emosi, perasaan dan perubahan sikap murid.
Bagi penilaian secara penulisan pula, guru dapat mengesan dan
mengukur perkembangan dan pemahaman murid dalam pelbagai aspek.
Penilaian menggunakan kaedah penulisan dapat merangsang pemikiran
murid secara logikal, kritikal dan analitikal. Murid juga digalakkan
membuat kajian, eksperimentasi serta membuat perancangan. Melalui
penilaian

ini,

guru

dapat

menilai

tahap

penguasan

pengetahuan,

pemahaman konsep, proses dan teknik serta kemahiran bahasa seni dan
kemahiran

berfikir.

Pembinaan

soalan-soalan

obejktif

harus

menggambarkan pembelajaran secara keseluruhan yang menitikberatkan


aras kesukaran berasaskan taxonomy Bloom seperti ingatan, kefahaman,
aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Di samping itu, guru juga boleh mengalakkan murid menilai
kekuatan dan kelemahan masing-masing dalam pembelajaran serta
menilai

amalan

dan

sikap

masing-masing

bagi

mempertingkatkan

pembelajaran masing-masing. Murid boleh menjalankan penilaian kendiri


dengan menilai hasil kerja sendiri, mengadakan perbincangan dengan
guru atau rakan sebaya dan membuat perbandingan hasil kerja. Penilaian
kendiri

lebih

bermakna

sekiranya

kelemahan yang dikenalpasti.

murid

berupaya

memperbaiki

Secara tuntasnya, guru boleh menggunakan kaedah yang berlainan


bagi menguji tahap penguasaan murid dan dengan ini guru dapat
membetulkan mereka apabila mendapati kesalahan yang telah dilakukan
dengan segera.

Laporan Hari Keempat


Pada hari keempat, saya berpeluang untuk mengikuti dua orang
guru Pendidikan Seni Visual (PSV) bagi memerhati pengajaran dan
pembelajaran (PdP) PSV di dalam kelas. Seorang guru adalah pengajar
PSV daripada murid tahap 1 manakala seorang guru lagi merupakan

tenaga pengajar daripada tahap dua. Kedua-dua guru ini merupakan guru
yang berpengalaman. Oleh sebab peperikasaan Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR) dijalankan pada minggu itu, maka, bilik PSV telah dijadikan
sebagai salah satu tempat untuk pusat peperiksaan. Oleh itu, PdP PSV
telah dijalankan dalam kelas masing-masing.
Bagi kelas tahap 1, iaitu tahun 3, guru telah memberi aktiviti lukisan
semasa

PdP.

Sepanjang

PdP

ini

dijalankan,

murid-murid

telah

menggunakan krayon masing-masing yang dibawa dari rumah. Guru telah


memberi kebebasan kepada murid untuk melukis apa sahaja yang mereka
suka tetapi dengan temanya ayam. Para murid berasa sangat gembira
apabila mereka mendengar tajuk ini. Mereka telah menggunakan daya
imaginasi masing-masing bagi menghasilkan karya agungnya. Semasa
menghasilkan karya, murid-murid telah mendisiplinkan diri dan mereka
telah fokus dalam lukisan mereka. Melalui pemerhatian, saya didapati
bahawa terdapat beberapa orang murid akan menggunakan kain untuk
membersihkan krayon mereka selepas mereka mewarna lukisan. Ini jelas
menunjukkan bahawa murid-murid dapat memupuk nilai-nilai semasa
aktiviti PSV dijalankan.
Setelah mereka menyiapkan lukisannya, saya didapati bahawa
lukisan mereka mempunyai nilai estetika yang tinggi dan mereka telah
memenuhi beberapa syarat yang diutarakan oleh Victor Lowenfeld.
Menurut Victor Lowenfeld, kanak-kanak pada peringkat ini sedang
mengalami

peringkat

skematik.

Oleh

itu,

lukisan

mereka

banyak

menggunakan simbol tetapi sifatnya tidak kekal dan berubah mengikut


tahap perkembangan. Mereka akan melukis manusia dan objek yang
dapat menarik perhatian mereka dan dalam penghasilan karyanya,
mereka akan banyak menggunakan bentuk geometri. Selain itu, dalam
lukisan mereka, ruang digambarkan melalui 1 garisan dasar satah.
Manakala bagi murid tahap 2 pula, iaitu murid tahun 5, guru telah
memberi aktiviti catan. Guru telah memberi tema pesta tanglung dan
murid-murid boleh melukis apa-apa sahaja yang mereka suka asalkan
memenuhi tema yang ditetapkan. Murid-murid bagi tahun ini telah boleh
menggunakan poster color dalam menghasilkan karya masing-masing.
Dalam penghasilan karya, murid-murid telah melibatkan diri secara

sepenuhnya bagi menghasilkan karya yang mempunyai nilai estetika yang


tinggi. Semasa menghasilkan karya, murid-murid telah berkongsi apa
yang hendak dilukiskan dengan kawan mereka dan murid-murid berasa
sangat gembira apabila kegiatan seni dilaksanakan.
Setelah karya mereka dihasilkan, saya mendapati bahawa catan
mereka telah memenuhi beberapa syarat yang diutarakan oleh Victor
Lowenfeld. Menurut Victor Lowenfeld, kanak-kanak pada peringkat ini
sedang mengalami peringkat realism. Pada peringkat ini, lukisan mereka
menampakkan ciri-ciri perbezaan jantina bagi manusia. Objek yang dilukis
berdasarkan kesedaran tampak dan bukan melalui pengamatan mereka.
Kefahaman mereka terhadap ruang digambarkan dengan kesan tindihtindih objek. Objek yang dilukis oleh mereka akan tertumpu di bahagian
bawah iaitu tanah dan pada peringkat ini, mereka akan melukis figura
secara naturalistik.
Secara kesimpulannya, terdapat pelbagai kaedah, pendekatan,
teknik

serta

strategi

yang

boleh

diaplikasikan

oleh

guru

dalam

melaksanakan proses PdP di sekolah. Para guru seharusnya bijak


menggunakan kemahiran mengajar berpandukan elemen-elemen tersebut
untuk menarik minat pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan seperti
yang terdapat dalam sukatan pelajaran yang ditetapkan. Para guru juga
seharusnya bijak mengawal atau mengetahui keadaan serta keperluan
semasa pelajar agar proses PdP tidak akan dilaksanakan dalam keadaan
bosan. Bukan begitu sahaja, para guru juga haruslah menguasai ilmu
mengenai teori pengutaraan tampak. Dengan ini, guru dapat lebih
memahami ciri-ciri pelajar pada peringkat yang berlainan dan ini dapat
membantu guru dalam menyusun aktiviti yang bersesuaian dengan tahap
murid-muridnya.

You might also like