Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

1.

0 PENGENALAN
Proses Membuat Keputusan
merupakan proses yang paling
penting untuk kesempurnaan
dalam bidang pengurusan
untuk semua organisasi.
Proses membuat keputusan
bukan hanya wujud dalam
bidang pengurusan tetapi juga
dihadapi oleh setiap individu,
baik keputusan tentang diri
sendiri, keluarga, di rumah dan
di tempat kerja. Kadang-kala
kehidupan kita boleh dirasakan
terdiri daripada beribu-ribu
keputusan, baik kecil mahupun
yang besar.
1.1 DEFINISI
Keputusan merujuk kepada
pilihan yang dibuat melalui
pelbagai alternatif yang sedia
ada. Pilihan merupakan suatu
fungsi kepada objektif si
pembuat keputusan tadi, maka
dalam penilaian alternatif
untuk dipilih, si pembuat juga
berminat untuk mengetahui
akibat daripada tindakan,
ekoran daripada pilihan yang
dibuatnya. Pilihan juga
melibatkan elemen
ketakpastian.
Banyak definisi wujud
mengenai proses membuat
keputusan dan perkataan
keputusan. Iaitu:
Menurut, Ofstad
To say that a person has made
a decision may mean:

(a) that he has started a series


of behavioral reactions in favor
of something, or it may mean
(b) that he has made up his
mind to do certain action,
which he has no doubts that he
ought to do. But perhaps the
most common use of the term
is this: to make a decision.
(c) To make a judgement
regarding what one ought to
do in a certain situation after
having deliberated on some
alternative courses of action.1
Menurut, Herbert A. Simon
dalam kerja atas Keputusan
bagi pengurusan sains,
menganggap pembuat
keputusan sebagai satu proses
yang sama dengan seluruh
proses pengurusan.
Decision making comprises
three principal phases: finding
occasions for making a
decision; finding possible
courses of action; and
choosing among courses of
action.

1.2 MATLAMAT

Tujuan kita mengadakan


membuat keputusan adalah
untuk memberi pendedahan
kepada teknik-teknik
penyelesaian masalah dan
mengutarakan cara
pembuatan keputusan secara
individu dan berkumpulan.
Biasanya dalam proses

membuat keputusan, kita


haruslah mengutamakan tiga
perkara iaitu: (i) Proses
Membuat Keputusan, (ii) Orang
yang Membuat Keputusan dan
(iii) Keputusan yang dijana itu.
1.3 KAEDAH KERAS &
KAEDAH LEMBUT

Terdapat dua kaedah yang


merupakan alat penilaian
dalam proses membuat
keputusan, iaitu keras dan
lembut. Kaedah membuat
keputusan secara keras berciri
objektif, kuantitatif,
menggunakan logik yang rasmi
serta berbentuk jangka
pendek. Pendekatan rasional
digunakan dan dijalankan
untuk masalah-masalah yang
berjurus kepada fizikal dan
teknikal.
Kaedah membuat keputusan
secara lembut adalah lebih
subjektif, kualitatif,
menggunakan logik yang tidak
rasmi serta berbentuk jangka
panjang. Di samping itu, ia
digunakan untuk masalah yang
berbentuk kemanusiaan atau
pengurusan.

2.0 PROSES PEMBUATAN


KEPUTUSAN YANG EFEKTIF

Terdapat enam langkah yang


penting dan terlibat dalam
proses pembuatan keputusan

yang efektif iaitu kenalpasti


keperluan, situasi dan
masalah, diagnosis dan
analisis sebab, pembentukan
alternatif, pemilihan alternatif,
pelaksanaan alternatif dan
penilaian dan maklum balas.
(Rajah 2.0-a)

2.1 Mengenalpasti Keperluan,


Situasi & Masalah

Ia merupakan langkah pertama


dalam membuat sesuatu
keputusan. Keperluan ini
selalunya dalam bentuk
masalah atau peluang. Dalam
memilih sesuatu masalah dan
peluang, kita bolehlah
menggunakan kriteria berikut:
a) Kawalan- Sejauh manakah
kita boleh mengawal masalah
tersebut dan penyelesaiannya?
b) Kepentingan- Darjah
kepentingan masalah tersebut.
c) Kerumitan- Bagaimanakah
rumitnya untuk mencari
penyelesaian.
d) Masa- Jangka masa yang
akan didapati daripada
menyelesaikan masalah
tersebut.
e) Sumber- Sumber-sumber
yang diperlukan.
Mengenalpasti masalah yang
betul adalah penting kerana
mengenalpastikan masalah
yang salah akan
mempengaruhi proses

membuat keputusan yang


selanjutnya.
2.2 Diagnosis & Analisis
Data
Dalam menganalisis sesuatu
masalah, kita boleh
mengumpulkan semua data
dan mempamerkan maklumat
yang berkaitan supaya
membantu dalam membuat
keputusan.
2.3 Pembentukan
Alternatif
Kita boleh mengembang atau
satukan alternatif atau
menciptakan alternatif baru.
Adalah dicadangkan supaya
kita berwaspada dengan
alternatif yang tersedia. Juga
dicadangkan supaya
pertimbangkan dibuat tentang
batasan dan peluang dalam
membincangkan setiap idea
dan juga pertimbangkan
alternatif lama kepada
masalah yang sama.
2.4 Pemilihan Alternatif

Dalam pemilihan sesuatu


alternatif, kita perlu
pertimbangkan kriteria berikut:
a) Kawalan: Adakah
pelaksanaan alternatif ini
dalam kawalan anda/kita?
b) Kesesuaian: Adakah
alternatif ini menyelesaikan
masalah tersebut?
c) Keperluan Sumber:
Mampukah kita

melaksanakannya (manusia,
wang, peralatan, dsb)?
d) Faedah: Adakah ia
berfaedah?
e) Masa: Berapa lama sebelum
kita dapat lihat hasilnya?
f) Kebolehterimaan: Adakah
ahli dalam organisasi akan
menerimanya?
2.5 Perlaksanaan
Alternatif
Pelaksanaan alternatif yang
terpilih memerlukan
perancangan yang terperinci.
Ini boleh dilakukan dengan
memikirkan strategi
pelaksanaan. Soalan-soalan
berikut boleh digunakan untuk
membentuk strategi
pelaksanaan:
a) Kebolehterimaan:
Bagaimanakah kita boleh
mendapatkan penerimaan dari
orang lain? Apakah faedah
yang boleh kita tonjolkan dari
alternatif ini? Bagaimana boleh
kita tunjukkan faedah
tersebut?
b) Jangkaan: Apakah tentangan
yang boleh kita jangka kepada
alternatif ini? Bagaimanakah
patut kita mengatasinya?
c) Bantuan: Bagaimanakah kita
boleh mendapat bantuan dari
orang atau kumpulan lain?
d) Lokasi: Di manakah patut
kita laksanakan alternatif ini?
e) Masa: Bagaimanakah boleh
kita mengambil kesempatan
hari, masa dan tarikh tertentu

untuk melaksanakan alternatif


ini?
f) Berhati-hati: Bagaimanakah
boleh kita uji keberkesanan
alternatif ini?

2.6 Penilaian & Maklum


Balas
Semasa pelaksanaan, kita
patut memastikan bahawa
alternatif yang dipilih itu
merupakan alternatif yang
paling berkesan. Untuk
mengukur keberkesanan
alternatif tersebut, kita
haruslah fikirkan:
a) Ukuran: Maklumat apakah
yang perlu dikumpulkan?
Awasi?
b) Alat Analisis: Alat apakah
yang akan digunakan untuk
menganalisis dan
mempamerkan maklumat?
c) Ujian: Apakah ujian atau
trial run yang akan kita awasi
untuk melihat keberkesanan
alternatif itu? Bagaimanakah
akan kita menilai
keputusannya?
d) Keputusan: Apakah kriteria
yang akan kita gunakan?
Bilakah kita menjalankan
penilaian terakhir? Apakah
bukti alternatif kita berkesan?

3.0 KAJIAN KES


Untuk mempraktikan teoriteori Proses Membuat
Keputusan dalam keadaan

yang sebenar, saya akan


menggunakan projek yang
telah kumpulan kami kaji
dalam Studio Pengurusan 300.
Projek Bayan World Megamall
merupakan projek yang telah
terbenkalai selama lebih
kurang 2 tahun. Projek ini
adalah jenis komersil. Saya
akan mengaplikasikan
sekurang-kurangnya satu
pendekatan untuk mengatasi
masalah yang akan wujud
dalam keenam-enam peringkat
proses pembuatan keputusan.
Pemilihan dan penggunaan
teknik-teknik yang sesuai
untuk penyelesaian masalah
adalah penting dalam proses
membuat keputusan yang
baik.
3.1 KENALPASTI
KEPERLUAN, SITUASI DAN
MASLAH
Dalam Projek Bayan World
Megamall, masalah yang
menyebabkan kebengkalaian
projek adalah disebabkan oleh
faktor dalaman dan faktor
luaran.
Faktor-faktor Dalaman adalah
terdiri daripada;
Sistem Pengurusan yang
lemah.
Masalah Kewangan.
Faktor-faktor Luaran adalah
terdiri daripada;
Keadaan Pasaran
Kegawatan Ekonomi.
Persaingan dalam
Industri Binaan.

SWOT Analysis digunakan


untuk mengenalpasti masalah
yang wujud ini dengan lebih
teliti dan jelas lalu mencari
penyelesaian dan
mengenalpasti faktor-faktor
strategi yang berkaitan dalam
membuat keputusan. Analisis
SWOT merupakan kaedah
lembut dalam proses membuat
keputusan.
Tujuan utama ialah analisis
SWOT adalah mengenalpasti
sifat-sifat seperti Kekuatan
(strength), Kelemahan
(weakness), Peluang
(opportunities), dan Ancaman
(threats). Tujuan utama ini
bukan sahaja membina analisis
SWOT tetapi adalah untuk
menterjemahkan keputusan
analisis itu kepada langkahlangkah yang khusus untuk
membantu mengembangkan
sesebuah firma dengan
jayanya. Walaupun analisis
SWOT merupakan satu
pandangan ringkas terhadap
situasi analisis, hal ini adalah
berdasarkan 4 asas yang
penting iaitu:
a) Mengenalpasti trend dalam
industri
b) Mengenalpasti pesaingpesaing industri
c) Menilai firma sendiri
d) Menyelidik pelanggan yang
sedia ada dan perspektifnya.
Jadual di bawah adalah Analisis
SWOT dengan menganalisis
faktor dalaman dan faktor
luaran yang mempengaruhi

peluang dan ancaman pasaran


oleh Projek Bayan World
Megamall dengan secara am.

Faktor Dalaman
Kekuatan
Kelemahan
Pengurusan
Merupakan syarikat yang
terkenal dan mempunyai
pengalaman dalam bidang
pembinaan.
Kontraktorkontraktor yang
mengakibatkan projek berhenti
sebab masalah pengurusan
dan kewangan.
Kewangan
Syarikat Anson Perdana
merupakan syarikat yang
public listed dan mempunyai
banyak modal.
Kebanyakan
modal terikat dalam plantation
estate kerana hasil plantation
ini tidak dapat dijual.

Faktor Luaran
Peluang
Ancaman
Pasaran
Lokasi yang strategi, sistem
pengangkutan yang baik dan
merupakan bangunan komersil
yang terbesar di kawasan itu.
Pasaran terhadap ruang
niaga di Pulau Pinang adalah
mengalami lebihan
penawaran.
Ekonomi
Pendapatan penduduk semakin
meningkat dan ini

menggalakkan. Kegawatan
ekonomi berlaku.
Persaingan
Rekabentuk dan teknologi
binaan yang canggih.
Kompleks Bukit Jambul
dan Kompleks Pasific.

3.2 DIAGNOSIS DAN


ANALISIS SEBAB

Jika masalah-masalah telah


dikenalpasti maka kita boleh
menggunakan alat-alat
penganalisis untuk mengumpul
dan mempamerkan maklumat.
Pada peringkat ini, Analisis
Sensitiviti digunakan dan ia
merupakan Kaedah Keras
dalam proses membuat
keputusan. Maklumatmaklumat yang perlu untuk
menghasilkan Analisis
Sensitiviti boleh didapati
daripada pelbagai sektor,
seperti laporan ekonomi,
jabatan-jabatan berkanun dan
kerajaan seperti Jabatan
Penilaian dan perkhidmatan
harta dan sebagainya untuk
mendapat maklumat terkini
tentang kajian pasaran yang
terkini.
Dalam analisis Sensitiviti,
perubahan harga buruh dan
masa dapat mempengaruhi
kos pembinaan keseluruhan
projek. Dalam analisis ini, kita
dapat memerhatikan secara
jelas bagaimana perubahan
yang sedikit dalam sebahagian

kos pembinaan akan


memberikan perubahan yang
ketara dalam bahagian yang
lain. Dengan ini, maka dapat
dijangkakan risiko dan
ketidakpastian yang wujud.
Melalui analisis ini, adalah
senang memberikan gambaran
yang jelas kepada pelabur
sejauh mana sesuatu projek
pembangunan dapat
dilaksanakan atau tidak kerana
keputusan dalam analisis ini
memberikan penyelesaian
yang cepat dan mengambilkira
risiko yang akan dihadapi
supaya memberi satu batasan
kepada pelabur tentang
kejayaan projek.

3.3 PEMBENTUKAN
ALTERNATIF
Apabila masalah-masalah dan
keperluan telah dikenalpasti
dan telah mendapat
penyelesaian maka kita akan
memasuki dalam proses
pembentukan alternatifalternatif baru.
Teknik Brainstorming adalah
digunakan dalam peringkat itu
untuk menjanakan alternatif
dan ia merupakan Kaedah
Lembut dalam proses
membuat keputusan.
Brainstorming merupakan satu
teknik yang menggalakkan
ahli-ahli kumpulan untuk
melahirkan seberapa banyak
idea yang aneh dan ganjil yang
mungkin dalam sebuah topik
tanpa menilaikannya. Terdapat

empat peraturan semasa


menggunakan teknik
Brainstorming, iaitu:
a) Tiada penilaian tentang idea
yang dijanakan.
b) Galakan idea yang gila
(freewheel).
c) Tambahkan kepada idea
yang telah diberikan.
d) Fokuskan kepada kuantiti
idea, bukan kualiti.
Walaupun Brainstorming
adalah khususnya dijalankan
dalam satu kumpulan,
hukumnya boleh digunakan
secara individu. Pengurus
mengambil beberapa langkah
penyelesaian yang mungkin
termasuk idea-idea yang
bernilai dan cuba melahirkan
satu kapasiti idea yang tinggi
dan menggabungkan idea-idea
semasa. Cara-cara yang lain
untuk melahirkan idea-idea
baru akan dinilaikan dengan
lebih lanjut apabila kita
membincangkan kekreatifan.
Dalam pada itu, hal ini adalah
penting untuk memberi
perhatian kepada sejumlah
alternatif yang harus dilahirkan
semasa fasa membuat
keputusan.
Selain itu, Nominal Group
Technique (NGT) juga
diaplikasikan dalam peringkat
ini dan teknik ini merupakan
Kaedah Lembut dalam proses
membuat keputusan. NGT
merupakan teknik yang
menggabungkan kerja individu
dan kumpulan yang saling

bertindak dalam ground rules


yang tertentu. Teknik ini
dimajukan adalah untuk
memelihara individu dan
kumpulan, dan untuk
mengatasi kecenderungan ahli
kumpulan untuk mengkritik
idea-idea yang telah dibentuk.
Selepas menggunakan teknik
Brainstorming dan teknik
Nominal Group, alternatifalternatif yang terbentuk untuk
mengatasi Projek Bayan World
Megamall yang terbenkalai
adalah seperti berikut:
Alternatif 1
Ruang Niaga 70% dijual dan
30% disewakan.
Anchor Tenant Disewa
Pembinaan mini water world
dibatalkan.
Alternatif 2
Ruang Niaga- 80% dijual dan
20% disewa.
Anchor Tenant dijual
Pembinaan mini water world
dibatalkan.

3.4 PEMILIHAN
ALTERNATIF
Terdapat 2 alternatif telah
dibentuk dalam projek
megamall itu. Pendekatan
Groupthink telah digunakan
dalam menjalankan pemilihan
alternatifdan ia merupakan
jenis Kaedah Lembut.
Groupthink merupakan satu

kecenderungan dalam
perpaduan sesuatu kumpulan
untuk mencari persetujuan
bagi isu dalam merealistikkan
penilaian dalam situasi.
Menurut teori dalam
Groupthink, ahli kumpulan
adalah menumpukan perhatian
dalam memelihara perpaduan
dalam kumpulan dan mereka
adalah enggan
membangkitkan isu yang akan
menyebabkan perselisihan
atau membekalkan maklumat
yang akan membuktikan
kecemasan dalam
perbincangan.
Kelebihan-kelebihan yang
wujud dalam Groupthink ialah:
a) Banyak maklumat dan
pengetahuan yang akan
difokuskan pada sesuatu isu.
b) Pertambahan bilangan dan
mempelbagaikan alternatif
yang boleh dimajukan.
c) Pemahaman yang baik
dalam penerimaan keputusan
akhir.
d) Ahli kumpulan akan
membentukkan pengetahuan
dan kemahiran untuk
kegunaan masa depan.
Kaedah Nilai Kini Bersih (NKB)
juga digunakan dalam memilih
alternatif dan ia merupakan
Kaedah Keras dalam membuat
keputusan. NKB untuk menguji
kedayamajuan kedua-dua
alternatif yang dijanakan ini,
maka, aliran tunai disediakan
dan didiskaunkan dengan
kadar diskaun tertentu.
Andaian-andaian juga

dinyatakan secara jelas dan


terang supaya ia adalah
penting dalam meneruskan
sesuatu penilaian dengan
kaedah-kaedah ini.
Untuk kaedah NKB, nilai kini
semua pendapatan masa
hadapan dari sesuatu
pelaburan dibandingkan
dengan semua perbelanjaan
masa depan. Jika nilai kini
pendapatan melebihi nilai kini
perbelanjaan , maka boleh
diperkatakan projek itu
menguntungkan.
Selepas menggunakan
pendekatan Groupthink dan
pendekatan Nilai Kini Bersih,
maka alternatif 1 telah dipilih
untuk dilaksanakan.

3.5 PELAKSANAAN
ALTERNATIF YANG TERPILIH
Selepas diketahui bahawa
alternatif telah dipilih, maka
satu strategi pelaksanaan
telah disediakan untuk
menjayakan pelaksanaan
alternatif itu. Strategi
pelaksanaan yang digunakan
ialah Teknologi, Struktur &
Human Resources. Strategi ini
merupakan Kaedah Lembut
dalam proses membuat
keputusan.
Strategi Teknologi melibatkan
pengetahuan, peralatan,
lekapan dan teknik kerja yang
digunakan oleh sesebuah

organisasi untuk
melaksanakan sesuatu projek.
Teknologi merupakan faktor
yang penting dalam strategi
pelaksanaan.
Strategi Struktur organisasi
merupakan contoh yang formal
dalam mengeratkan dan
mengkoordinasikan individu
dan kumpulan untuk mencapai
maklamat organisasi.
Strategi Human Resources
adalah pekerja-pekerja dalam
sesebuah organisasi.
Pengalaman dan kemahiran
pekerja merupakan satu
kelebihan aset dalam
persaingan.
Dalam melaksanakan alternatif
1 yang telah dipilih maka
pemaju akan membawa
teknologi binaan dan
rekabentuk yang canggih dan
kontraktor-komtraktor dan
konsultant-konsultant yang
berpengalaman dan mahir
untuk meneruskan projek itu.
3.6 PENILAIAN DAN
MAKLUM BALAS
Kriteria keputusan yang telah
dibentuk bagi menghuraikan
jenis keputusan yang telah
dibuat adalah Pendekatan
Maksimin. Pendekatan ini telah
dikemukakan oleh Wald dan
andaian dibuat dalam
pendekatan terlalu pesimistik.
Keputusannya pula melibatkan

risiko yang minimum dan


keterjaminan pulangan yang
positif. Faktor yang boleh
merosakkan keputusan ialah
kejatuhan pasaran harta.
Pemaju Projek Bayan World
Megamall adalah lebih bersifat
konservatif dan pemaju yang
ingin menggunakannya secara
tekal. Oleh itu pendekatan
Maksimin telah dipilih.

3.7 RUMUSAN

Jadual berikut adalah Matrik


Proses Kajian Kedayamajuan
Berdasarkan Projek Bayan
World Megamall Yang
Terbengkalai.
Proses
Membuat Keputusaan
Jenis Masalah
Kaedah Keras
Jenis Masalah
Kaedah Lembut
1. Kenalpasti Keperluan,
Situasi & Masalah
Analisis SWOT
2. Diagnosis & Analisis Sebab
Analisis Sensitiviti
3. Pembentukan Alternatif
Brainstorming & Nominal
Group Technique.
4. Pemilihan Alternatif
Kaedah Nilai Kini Bersih
Groupthink
5. Pelaksanaan Alternatif
Terpilih
Teknologi, Struktur & Human
Resources

6. Penilaian & Maklum Balas


Pendekatan Maksimin

4.0 KESIMPULAN

Projek Bayan World Megamall


merupakan projek yang
terbengkalai selama lebih
kurang dua tahun. Masalah
atau punca utama projek ini
terbengkalai adalah
disebabkan oleh kewangan.
Dengan itu, projek ini telah
dikaji semula dan keputusan
haruslah dibuat dengan cermat
dan berwaspasda dengan
mengambilkira ketidakpastian
dan risiko yang wujud dalam
projek ini. Keputusan yang
efektif mungkin dapat
menghidupkan projek ini dan
mungkin dapat mengaut
keuntungan dan sebaliknya
jika keputusan yang dibuat
adalah tidak efektif maka
projek ini mungkin akan
diberhentikan sahaja. Oleh itu,
penghasilan keputusan yang
efektif adalah penting.
Dalam pada itu, enam langkah
membuat keputusan yang
efektif telah diaplikasikan
dalam projek ini supaya dapat

menghasilkan keputusan yang


efektif dan mengenalpasti
masalah dan peluang untuk
mencari penyelesaian kepada
projek itu. Biasanya, terdapat 2
keputusan yang umum akan
wujud dalam proses ini, iaitu
terpogram dan tidak
terpogram.
Pada pendapat saya,
pembuatan keputusan
berkumpulan harus digalakkan
dalam menghasilkan
keputusan atau mencari jalan
penyelesian. Oleh itu dalam
enam proses pembuatan
keputusan yang telah
dibincangkan atas, saya amat
fokus kepada pembuatan
keputusan berkumpulan dan
saya telah mengaplikasikan
teknik-teknik seperti
Groupthink, Nominal Group
Technique dan Brainstorming.
Ini adalah disebabkan
pembuatan keputusan
berkumpulan dapat
menghasilkan perspektif yang
lebih besar mengenai masalah
dan analisis. Selain itu, juga
lebih pengetahuan, fakta dan
alternatif yang boleh dinilai.

You might also like