Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

KOLEJ VOKASIONAL SERI ISKANDAR

BANDAR SERI ISKANDAR


32610, PERAK

KERTAS PENERANGAN

KURSUS

TEKNOLOGI ELEKTRONIK

SEMESTER / TAHUN

1 / 2014

KOD MODUL & TAJUK

CEEN 102 LUKISAN KEJURUTERAAN ELEKTRONIK

K1 LUKISAN SIMBOL ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK


K2 GAMBARAJAH SKEMA
BIL KOMPETENSI

K3 GAMBARAJAH BLOK
K4 LITAR ELEKTRONIK KEPADA LUKISAN SKEMA
K5 CARTA ALIRAN

NAMA PELAJAR /
KELAS

PENERANGAN MODUL:
Modul ini adalah pengenalan kepada lukisan elektrik dan elektronik. Modul ini
menyediakan pelajar untuk melukis simbol elektrik / elektronik, gambarajah skema dan
gambarajah blok, mengubah litar elektronik kepada gambarajah skema dan membina
carta aliran dengan menggunakan alat lukisan teknikal mengikut spesifikasi standard.

PERATURAN
KOMPETENSI 1 :
KESELAMATAN UMUM
_____________________________________
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
KOMPETENSI 2 :
PEKERJAAN (OSH)
_____________________________________

KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA


KOMPETENSI 3 :
DAN LANGKAH-LANGKAH
PENCEGAHAN
_____________________________________

A.

Kemalangan elektrik boleh berlaku dan meninggalkan kesan buruk jika sikap
mengambil berat tentang keselamatan diabaikan.
B.

Antara punca kemalangan elektrik adalah:

i.

Kerosakan penebatan kabel yang menyebabkan litar pintas.

ii.

Kerosakan sistem pembumian

iii.

Kegagalan peranti pelindung berfungsi

Peranti pelindungan akan gagal berfungsi apabila :


a)

Penggunaan kadaran fius yang melebihi had

b)

Beban berlebihan.

c)

Penggunaan peranti yang telah rosak.

iv.

Kelalaian manusia

v.

Percikan bunga api

vi.

Kerosakan penangkap kilat


C.

Kesan kemalangan elektrik dapat dilihat pada keadaaan mangsa dan kerosakan atau
kemusnahan di tempat kejadian.

1. RENJATAN ELEKTRIK

A. Renjatan elektrik berlaku disebabkan oleh pengaliran arus elektrik dengan


kadar tertentu ke adalam tubuh mangsa.
B. Kesan renjatan elektrik dibahagikan kepada tiga peringkat, mengikut kadaran
arus yang mengalir ke dalam tubuh mangsa.
C. Jadual 1 menunjukkan kadaran arus dan kesan renjatan elektrik

2.

Kadaran Arus

Renjatan

Kesannya

1 mA
10 mA
100 mA

Ringan
Kuat
Kuat

Kebas
Lecur dan kehilangan kawalan otot
Kematian

LECUR

A.

Lecur boleh berlaku pada bahagian luar dan dalam tubuh mangsa.

B.

Lecur terbahagi kepada 3 tahap


Tahap lecur
Pertama
Kedua
Ketiga

3.

Kesannya
Tanda-tanda kemerahan pada kulit
Kulit mengelembung dan mengandungi cecair
Lecur hingga ke bahagian dalam tubuh yang
menyebabkan kegagalan otot berfungsi.

LETUPAN

A.

Letupan terjadi apabila berlaku litar pintas antara kabel hidup dan neutral.

B.

Letupan yang kuat boleh menyebabkan kebakaran.

4.

KEBAKARAN
i.

Kebakaran akan menyebabkan kemusnahan harta benda dan kadang kala


turut menyebabkan kehilangan nyawa.

ii.

Kebakaran boleh dikawal dengan menggunakan alat pemadam api yang


sesuai dengan kelas kebakaran.

iii.

Jenis alat pemadam api dan kegunaannya.

iv.

Jenis Kebakaran dan jenis alat pemadam api yang bersesuaian.


Punca kebakaran

Alat pemadam api yang

bersesuaian
Kebakaran bahan pepejal berunsur organik
seperti kayu, kertas dan kain

Air, buih kimia dan debu kering

Kebakaran bahan cecair seperti minyak,


petrol, cat, varnish, diesel, turpentine dan
bahan pepejal mudah cair

Karbon dioksida,buih kimia dan


debu kering

Kebakaran gas seperti metana, butane dsb

Karbon dioksida dan debu kering

Kebakaran bahan logam

Karbon dioksida dan debu kering

v.

Peraturan menggunakan sesuatu jenis alat pemadam api tercatat pada tabung
masing-masing.

vi.

Kelas-kelas kebakaran yang sesuai dipadam dengan jenis alat pemadam api
turut tercatat pada tabung tersebut.

5. BAHAN KIMIA BERBAHAYA


i.

Bahan kimia ertinya unsur kimia. Sebatian atau campuran daripadanya, samada
asli atau tiruan, tetapi tidak termasuk mikro organisma.

ii.

Bahan kimia berbahaya adalah mana-mana bahan kimia yang mempunyai manamana sifat seperti di bawah:-

iii.

Meletup

Pengoksidan

Terbakar

Hakisan

Darjah bahaya bahan kimia ini bergantung kepada;

Mudah meletup

Pengoksidan

Amat mudah terbakar

Sangat mudah terbakar

Toksid

Menghakis

Memudaratkan

6. PERALATAN PERLINDUNGAN (PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT PPE)

Dalam mengurus bahan kimia berbahaya, penggunaan PPE sangat penting dan
diutamakan. Diantara PPE tersebut ialah seperti Alat Perlindungan Mata, Perlindungan
Pernafasan, Perlindungan Kulit dan Tubuh Badan. Penggunaan peralatan Ini bergantung
kepada jenis bahan kimia yang hendak diuruskan dan juga jenis material alat PPE tersebut.

7. PROSEDUR MENGENAI BAHAN KIMIA


Mengurus bahan kimia memerlukan prosedur yang jelas samada mengguna, memindah,
menyimpan, membuang dan membungkus. Ada tanda-tanda bagi langkah-langkah
keselamatan dalam mengurus bahan kimia berbahaya ini.

MENCEGAH DAN MEMADAM


KOMPETENSI 4 :
KEBAKARAN
_____________________________________
Pencegahan kebakaran adalah langkah awal yang mesti diambil bagi mengelakkan api
kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal bagi mengelakkan kebakaran yang baru
bermula daripada merebak kepada peringkat yang tidak boleh dikawal lagi.
Adalah penting mengetahui tentang kelas-kelas api supaya anda dapat menggunakan media
pemadaman yang sesuai.

Kelas
Penerangan
Api

Memadam kebakaran pepejal seperti kayu, kertas, kain dan sebarang bahan mudah
bakar.

Memadam kebakaran cecair seperti minyak, cat, varnish, plastik dan lain-lain.

Memadam kebakaran gas seperti gas butana, gas acetylene, pendawaian elektrik,
kotak fius, perkakasan elektrik dan lain-lain.

Memadam kebakaran logam seperti logam potassium, logam sodium, logam


kalsium dan logam magnesium.
Memadam kebakaran minyak masak yang digunakan secara komersial.

1. Kelas-Kelas Api
Secara umumnya terdapat 4 kelas api. Anda perlu mengetahuinya supaya anda dapat
mengenal pasti kelas api yang terlibat serta media pemadaman yang sesuai untuk
memadamkannya. Sila lihat jadual di atas yang memperincikan kelas api dan media
pemadaman yang sesuai.
Berdasarkan jadual di atas, terdapat 4 kelas api dan setiap kelas menggunakan alat pemadam
api yang berbeza. Namun demikian bagi mengelakkan kekeliruan dalam memilih media
pemadaman yang sesuai, anda disyorkan membeli alat pemadam api jenis ABC. Jenis ini

besifat serba guna dan dapat memadamkan api dari jenis kelas A, B, dan C yang
dikategorikan sebagai common fires.

2. Kebakaran Logam
Kebakaran melibatkan logam jarang berlaku dirumah kerana ianya memerlukan satu sumber
haba yang amat tinggi untuk membakar, dengan itu adalah tidak praktikal untuk mengadakan
media pemadaman untuk kelas D kerana ianya dikategorikan sebagai uncommon fires.
Berikut adalah jenis pemadam api yang biasa digunakan:
1) Pemadam Api Serbuk Kering ABC

Berat: 12kg atau 3kg


Warna: Biru
Jenis api yang boleh dipadamkan: A,B dan C
Catatan: Boleh digunakan sekali sahaja,
serbuknya boleh merosakkan logam, enjin
dan badan kenderaan, berbahaya kepada
makanan.

2) Pemadam Api Karbon Dioksida

Berat: 3kg
Warna: Hitam
Jenis api yang boleh dipadamkan: Api dari
peralatan elektrik
Catatan: Tidak sesuai untuk persekitaran
terbuka

3) Pemadam Api Serbuk Kering ABC

Berat: 12kg dan 3kg


Warna: Merah
Jenis api yang boleh dipadamkan: A, B, C
dan api dari peralatan elektrik
Catatan: Boleh digunakan sekali sahaja.

3. Pemadam Api Jenis Debu Kering ABC


Pemadam api jenis debu kering ABC biasanya menggunakan bahan Sadium Bicarbonate iaitu
sejenis bahan yang terbukti selamat digunakan dan amat berkesan untuk memadam
kebakaran dari kelas A, B dan C dengan cara menyelimut serta mengganggu tindakbalas
berantai sesuatu kebakaran.

4. Pemadam Api Jenis CO2


Pemadam api jenis CO2 (karbon dioksida) adalah agen pemadam yang bersih (clean agent)
dan tidak akan merosakkan komponen-komponen sensitif peralatan elektrik seperti
komponen komputer. Sekiranya anda tidak mempunyai pemadam api jenis CO2, pemadam
api jenis ABC debu kering boleh digunakan.

5. Teknik Mengawal Kebakaran Kecil

Pastikan keselamatan anda dan orang lain terjamin.


Pastikan semua penghuni telah meninggalkan / keluar rumah.
Pastikan Jabatan Bomba telah dipanggil.
Pastikan saiz api masih kecil dan belum merebak.
Pastikan paras asap tidak menjejaskan pernafasan dan mengaburkan pemandangan
anda.
Pastikan anda membelakangkan jalan pelepasan ketika melawan kebakaran, kerana
sekiranya anda gagal memadamkan kebakaran, maka anda tahu bahawa jalan
pelepasan adalah dibelakang anda.
Sekiranya api gagal dipadamkan dan menjadi tidak terkawal, tinggalkan tempat
tersebut. Pastikan anda menutup pintu terlebih dahulu untuk melambatkan api dan
asap dari merebak ke ruang lain.

6. Tempat Menyimpan Alat Pemadam Api

Mudah dilihat.
Mudah dicapai.
Tempat berisiko tinggi
Laluan keluar

7. Kaedah Menggunakan Alat Pemadam Api

Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

P- Pull - Cabutkan pin


A- Aim - Halakan nozel ke pangkal (base) api
S- Squeeze - Tekan tuil (lever)
S- Sweep - Layangkan nozel ke kiri dan kanan

8. Panduan Membeli Alat Pemadam Api


Sekiranya anda ingin membeli alat pemadam api, pastikan anda mendapat maklumat
dan keterangan yang lengkap daripada pihak pembekal mengenai pemasangan,
penyelenggaraan, pengujian dan penggunaannya ataupun hubungi Balai Bomba dan
Penyelamat yang berhampiran untuk nasihat.
Pastikan anda membeli pemadam api yang mempunyai kelulusan SIRIM.

9. Peringatan
Alat pemadam api adalah amat penting untuk memadam kebakaran di peringkat awal.
Sekiranya anda tidak memiliki alat pemadam api dirumah, peluang untuk memadamkan
kebakaran diperingkat awal adalah amat tipis.

10. Langkah Pencegahan Kebakaran

Pencegahan kebakaran merupakan satu tindakan langkah awal yang mesti diambil bagi
mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal bagi mengelakkan
kebakaran yang baru bermula (infant stage) daripada merebak kepada peringkat
yang boleh dikawal lagi ( uncontrollable stage ).
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.

Mengadakan laluan-laluan khas yang mencukupi untuk menyelamatkan diri


(mean of escape).
Mengadakan pelan pengunsian bangunan.
Mengadakan poster/notis pelan pengunsi bangunan
Mengadakan latihan pengunsian bangunan secara berkala
Mengadakan sistem semboyan/amaran kecemasan yang berkesan
Menyediakan peralatan melawan kebakaran yang mencukupi.
Mempunyai pengurusan pengendalian rumah (housekeeping) yang bagus.
Memastikan pemeriksaan dan ujian peralatan elektrik dilakukan secara
berkala.

11. Tindakan Jika Berlaku Kebakaran

i.

Tindakan/isyarat amaran.
Jenis yang boleh didengar atau boleh dilihat.

ii.

Tenaga elektrik.
Hentikan sebarang proses atau mesin, pisahkan tenaga elektrik yang tidak
perlu.

iii.

Memanggil pihak bomba.


Arahan ringkas dan tepat (alamat, jenis kejadian,bangunan/kawasan
berhampiran yang diketahui umum,bilangan mangsa,nama pemanggil, no.
telefon pemanggil dan no. kad pengenalan pemanggil) agar pihak bomba
dapat bertindak dengan segera.

iv.

Pengunsian bangunan.
Semasa operasi atau latihan, pastikan semua pintu ditutup. Lantik orang yang
dipertanggungjawabkan untuk mencari penghuni di tandas dan sebagainya jika
disyaki masih ada yang belum keluar.

v.

Pengumpulan.
Jauh dari bangunan. Penghuni telah diberitahu atau dinyatakan di
papan kenyataan kaedah/laluan yang perlu dalam pengunsian
bangunan.

vi.

Berbaris (Roll Call)


Pendaftaran senarai kakitangan dan melapor kepada Pegawai Bomba

ASAS PERTOLONGAN CEMAS


KOMPETENSI 5 :
_____________________________________
Definisi - Suatu rawatan pertama atau bantuan permulaan yang diberikan kepada pesakit atau
mangsa kemalangan sebagai usaha rawatan pertama di dalam keadaan kecemasan sebelum
ketibaan ambulan atau sebelum pesakit mendapat rawatan dari doktor atau pakar perubatan.
Matlamat utama anda sebagai ahli pertolongan cemas adalah:

1.

untuk menyelamatkan nyawa


mengelakkan kecederaan dari bertambah teruk
mengurangkan kesakitan
sebagai persediaan sebelum diambilalih oleh ambulan atau doktor

Peti Pertolongan Cemas

2.

Sebab-Sebab Kesakitan Kecil


A. Pendarahan eksternal ( di bahagian luar)
i.
Luka terhiris
- disebabkan benda tajam seperti pisau
ii.
Luka terkoyak - disebabkan cakaran binatang atau dawai
iii.
Luka berdarah - kena pukulan tepat benda tidak tajam
iv. Luka tembus - seperti kena tikaman pisau, jarum atau peluru
B. Pendarahan internal ( di bahagian dalam )
i.
Perut - muntah berdarah
ii.
Paru-paru / salur penafasan - batuk berdarah
iii.
Tali usus - darah pada dubur
iv. Rahim - tumpah darah
v. Buah pinggang - kencing berdarah
vi.
Tengkorak - darah mengalir melalui telinga dan hidung
C. Pendarahan internal tanpa kesan
i.
Limpa dan hati pecah
ii.
Pendarahan dalam otak
D. Terseliuh atau patah
i.
pukulan secara langsung
ii.
pukulan sipi
iii.
kecederaan otot (strain)
iv. terseliuh
v. dislokasi (dislocation)
E. Terkejut (Shock) atau Renjatan

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.

pendarahan yang banyak


cirit-birit dan muntah yang berterusan
kulit terbakar
kejutan elektrik
serangan jantung
kesakitan yang amat kuat
gangguan emosi
alahan kepada benda asing seperti bias tebuan
penicillin atau makanan
kecederaan urat saraf tunjang

F. Lemas - air dan sesak nafas


i.
udara dihalang daripada memasuki mulut dan hidung
ii.
udara yang memasuki saluran pernafasan dicemari asap yang beracun seperti
asap daripada kebakaran plastik, getah dan ekzos kenderaan.
iii.
tertimbus di dalam pasir
iv. leher yang dijerut atau muka ditutup oleh sesuatu
G. Pengsan
Salur udara bagi seseorang yang pengsan mungkin sempit atau tersekat. Ini terjadi
kerana mangsa kehilangan kawalan otot di dalam tekak, mengakibatkan lidah
mengendur ke belakang dan menutup tekak.
H. Melecur
i.
terpegang seterika panas
ii.
terkena tumpahan minyak
iii.
tersentuh ekzos kenderaan terutamanya motor
iv. terkena kejutan elektrik

3.

Kecederaan Dan Kesakitan Kecil (Langkah Rawatan)


A. Pendarahan eksternal ( di bahagian luar)
i.
ii.
iii.
iv.
v.

bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.
cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan
luka.
keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang steril.
lekatkan pembebat atau plaster mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk ke
arah tempat luka.
gunakan pembalut untuk memegang pembebat.

B. Terseliuh atau patah


i.
ii.

memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang mengancam nyawa


seperti gangguan pernafasan dan pendarahan yang banyak.
jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam. Lakukanrawatan
ditempat kejadian.

iii.
iv.
v.

kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang cedera. Jangan cuba
meluruskan bahagian yang cedera. sekiranya kulit dibahagian patah terluka,
jangan sentuh. Tutup dengan kain yang bersih.
halang/ampu pergerakan anggota yang patah menggunakan belat (splin),
anduh dan pembebat.
periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan jari-jari tangan
tidak menjadi kebas akibat pembebatan yang terlalu ketat.

C. Terkejut (Shock) atau Renjatan


Langkah-langkah rawatan mangsa kejutan elektrik:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

baring pesakit. Jika kepala tak cedera, angkat kaki 8 - 12 inci tinggi.
Jika sakit dada atau sukar bernafas, letak dalam keadaan duduk atau separuh
duduk. Jangan biarkan pesakit berdiri. Lakukan pemeriksaan ABC.
tahan darah dari keluar ( jika berdarah )
longgarkan pakaian dan pastikan suhu badan pesakit terkawal. Pesakit pucat dan
kesejukan hendaklah diselimut.
jangan bagi pesakit minum kerana pesakit akan merasa loya dan makan/minum
akan menyebabkan muntah. Jika hospital jauh, beri pesakit menghisap kain basah
untuk kurangkan kekeringan tekak.
usahakan pesakit dapat udara segar. Jangan biarkan pesakit dapat udara kering.
Beri bantuan perubatan.

Langkah-langkah rawatan mangsa kejutan elektrik:


i.
ii.
iii.
iv.

jika mangsa tidak sedarkan diri, bukalah salur udara dengan serta merta. Periksa
pernafasan dan nadi mangsa. Bersedia untuk melakukan pemulihan pernafasan
bantuan dan CPR, jika perlu.
jika mangsa tidak sedar tetapi masih bernafas, letakkan dalam kedudukan
pemulihan.
sejukkan sebarang luka terbakar dengan air sejuk yang banyak seperti rawatan
terbakar.
rawat mangsa dari serangan renjatan.

D. Lemas - air dan sesak nafas


Rawatan lemas kerana air
i.
ii.
iii.
iv.

Bawa mangsa lemas naik ke darat, dengan kedudukan kepalanya lebih rendah
daripada dada. Ini untuk mengurangkan risiko menyedut air dan muntah.
Baringkan mangsa sebaiknya di atas selimut atau sebagainya.
Bersedia untuk lakukan kaedah pemulihan pernafasan bantuan mulut ke mulut.
Bagi mengelakkan terjadinya hipotermia, gantikan pakaiannya yang basah dan
hindari daripada kesejukkan dengan memberi minuman panas.

v.

Bawalah mangsa lemas ke hospital walaupun kelihatan telah pulih sepenuhnya.

Rawatan lemas kerana asap


i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Bawa atau alihkan mangsa ke tempat udara yang bersih. Walaupun begitu anda
jangan cuba masuk ke dalam bilik yang dipenuhi asap tanpa memakai sebarang
peralatan keselamatan.
Jika mangsa pengsan, periksalah denyutan nadi dan pernafasannya.
Bersedia untuk lakukan kaedah pemulihan pernafasan bantuan mulut ke mulut.
Letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan.
Jika terdapat alat oksigen, berikanlah kepada mangsa dengan syarat anda telah
dilatih menggunakannya.
Tunggu mangsa sehingga bantuan tiba. Periksa nadi dan pernafasan setiap 10
minit.

E. Pengsan
i.
ii.
iii.
iv.
v.

buka salur udara dengan mengangkat dagu dan rebahkan kepala mangsa ke
belakang. Lakukan pemeriksaan ABC
periksa nadi dan pernafasan mangsa.
bersedia untuk melakukan pemulihan pernafasan bantuan mulut ke mulut.
jika mangsa hendak muntah letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan.
periksa tahap kesedaran mangsa dengan pantas.

F. Melecur
i.

ii.
iii.

4.

alirkan atau curahkan air sejuk ke atas bahagian anggota yang terbakar selama 10
minit untuk menghentikan panas terbakar dan mengurangkan kesakitan. Jika tidak
terdapat air paip, sebarang cecair sejuk yang lain juga boleh digunakan seperti
susu dan air minuman dalam tin.
tanggalkan sebarang barang kemas atau pakaian yang ketat dari bahagian yang
cedera sebelum ia menggelembung.
balut bahagian cedera dengan pembalut steril atau sebarang bahan bersih dan
nipis.

Cara-Cara Menyedarkan Semula Akibat Pengsan (CPR)

Resusitasi kardiopulmonari atau lebih dikenali dengan nama ringkasnya CPR adalah bantuan
kecemasan yang diberikan kepada mangsa kecederaan yang tidak mempunyai denyutan nadi
dan tidak bernafas. Ia merupakan kombinasi teknik pernafasan bantuan mulut ke mulut (atau
bantuan pernafasan dengan kaedah lain) dan juga tekanan dada.

Secara umumnya terdapat dua sebab utama CPR perlu dilakukan iaitu:
i.
ii.

terhenti pernafasan.
tiada nadi.

Sementara itu untuk melakukan CPR terdapat tiga prinisip asas yang perlu anda lakukan iaitu
ABC:
A
B
C

- AIRWAY - SALURAN PERNAFASAN


- BREATHING
- PERNAFASAN
- CIRCULATION - PEREDARAN DARAH

Antara punca-punca:
1) Lemas
Pakaian atau kain menutup muka
Lemas di air - tidak mendapat udara
Lemas di dalam bilik bergas - tidak mendapat oksigen
2) Tercekik
Tersekat benda atau tergantung
Terhalang (makanan masuk saluran paru-paru )
3) Kejutan
Arus elektrik
Kilat
Tanda-tanda am salur udara yang tersumbat adalah:

pernafasan yang berbunyi bising dan tercungap-cungap


pergerakan dada akan tersedut ke dalam dan perut menonjol ke luar
kulit kelihatan lebam kebiruan
lubang hidung menjadi kembang

Kaedah pemulihan pernafasan bantuan mulut ke mulut


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan.


Dapatkan bantuan.
Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.
Buang sebarang benda asing dari mulut.
Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.
Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda.
Tentukan mulutnya terbuka
Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada
mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan.

9.

Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama
sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi.
10. Tarik nafas kembali dan ulangi langkah 1 hingga 8. Buatlah hembusan pada kadar 10
kali seminit.
11. Jika mangsa telah mula bernafas secara normal, letakkan mangsa dalam kedudukan
pemulihan.
Catatan:
1. Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit tersumbat dan tidak boleh
dibersihkan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi agar udara yang ditiup melalui
hidung tidak keluar melalui mulut mangsa.
2. Gunakan kaedah mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah bayi atau
kanak-kanak yang kecil. Tiup dengan lembut dan perlahan agar tidak mencederakan
paru-paru mangsa.
3. Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya dada tidak naik ini
menunjukkan bahawa salur udara mungkin terhalang oleh muntah, darah atau
sebagainya. Anda mungkin perlu member rawatan mangsa yang tercekik.
5.
i.
ii.
iii.
iv.

v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.

Prosedur Asas Pertolongan Cemas Kepada Mangsa


Buat penilaian segera dan menyeluruh pada mangsa dan kawasan
Atasi punca kecemasan sekiranya ada atau pindahkan mangsa dari keadaan
merbahaya.
Bertindak dengan waspada dan penuh yakin
Cara terbaik untuk memeriksa pesakit ialah mulai dari muka, kemudian badan dan
seterusnya anggota. Perhatikan warna kulit dan air muka pesakit. Bibir kebiruan
menunjukkan masalah pernafasan disebabkan kekurangan oksigen. Muka pucat dan
berkeringat adalah tanda-tanda renjatan.
Periksa nadi dan pernafasan mangsa.
Kawal pendarahan
Tentukan tahap kesedaran mangsa
Jangan cuba beri bantuan berlebih-lebihan. Beri bantuan yang mustahak saja
dan elakkan kecederaan bertambah parah. Beri bantuan ikut keparahan.
Tenangkan dan kendali dengan cermat. Tanggalkan pakaian jika perlu.
Beri bantuan / maklumat kepada pihak hospital/ berkenaan

PERALATAN DAN ALATAN


KOMPETENSI 6 :
TANGAN
_____________________________________
BAHAYA PERALATAN TANGAN
Peralatan tangan adalah alat kerja manusia yang paling lama. Manusia biasa dengannya
sehingga mereka kurang sekali memikirkan tentang bahaya apabila menggunakannya. Walau
bagaimana pun kemalangan akibat penggunaan peralatan tangan telah berlaku sejak berpuluh
ribu tahun dahulu. Di kilang-kilang sahaja bilangannya adalah lebih 20,000 setahun.
Jenis peralatan tangan yang dinyatakan di sini adalah seperti penukul, pahat, gerudi, sepana,
pemutar skru, pisau , kikir dan pengikis serta peralatan tangan yang digunakan pada mesin
larik. Walaupun peralatan ini penting digunakan dengan tertib adalah amat sukar untuk
bekerja dengan selamat sekiranya ia rosak atau haus. Oleh itu adalah mustahak agar semua
peralatan yang tidak berkeadaan baik dikembalikan kepada kedai atau pembekal dan
ditunjukkan kecacatannya. Ini sering merupakan gangguan dan memerlukan sedikit usaha
namun demikian ia mungkin akan menyelamatkan mata atau jari seseorang. Oleh itu, bagi
mengelakkan kemalangan di tempat kerja;

Penggunaan bahan dan alatan perlu mendapat bimbingan daripada pensyarah sebelum
murid boleh menggunakannya.
Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah penting bagi memelihara peralatan
daripada cepat rosak.

Perancangan penggunaan alatan dan bahan dengan teliti sebelum memulakan sesuatu
projek.
Alatan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali ke stor setelah selesai
penggunaannya.
Penyimpanan bahan mudah terbakar, mudah pecah dan berbahaya perlu menepati
piawaian keselamatan yang terbaik oleh pensyarah.
Sentiasa berhati-hati sewaktu menggunakan sebarang peralatan di bengkel.

Langkah-Langkah Keselamatan
Bekerja dengan selamat dengan peralatan tangan seperti juga aktiviti-aktiviti lain adalah
gabungan di antara akal, prosedur keselamatan dan pemerhatian yang bijak. Terdapat empat
pedoman penting untuk bekerja dengan peralatan tangan:
i.
ii.
iii.
iv.

gunakan peralatan yang betul untuk setiap jenis tugas;


hanya gunakan peralatan yang berkeadaan baik;
simpan semua peralatan dengan selamat, khususnya ditempat tinggi; dan
Memakai pelindung mata apabila disediakan.

Berikut merupakan Peralantan Perlindungan Diri;


Prosedur keselamatan berikut juga perlu diperhatikan.
a)

Penukul

Kepalanya perlulah terlekat dengan selamat pada batangnya. Kepalanya perlulah berada di
dalam keadaan baik, dan mukanya bebas daripada tepi yang sumbing dan tidak membulat
akibat kehausan. Batangnya perlulah berada di dalam keadaan baik dan, sekiranya ia terbelah,
patah atau longgar, penukul tersebut tidak seharusnya digunakan.
b)

Spana dan Perengkuh

Jangan menggunakan set sepana dan perengkuh dengan rahang yang kembang, atau sepana
kotak yang menunjukkan tanda-tanda untuk pecah. Gunakanlah sepana yang kekal - sama ada
rahang yang tegar atau membulat - pada saiz yang betul apabila diperlukan daripada sebuah
sepana bolehubah. Jangan gunakan sebuah tiub untuk mendapatkan pengungkilan tambahan,
atau memukul hujung sepana tersebut. Jangan menggunakan sepana sebagai penukul.
Pastikan bahawa tangan adalah bebas daripada sebarang halangan apabila nat diputarkan.
Sentiasa gunakan sepana yang bersaiz betul untuk sesuatu tugas. Jangan menyumbat ruang di
antara sepana dan nat dengan sesendal. Jangan gunakan sepana sebagai baji.
c)

Pahat dan Gerudi

Jangan menggunakan pahat yang kepalanya kembang seperti cendawan. Apabila ada tandatanda awal keadaan tersebut, kepala pahat hendaklah diperbaiki dengan menggunakan

pencanai. Gunakan pahat untuk memahat ke arah yang jauh daripada badan. Mata pemotong
pada pahat perlulah dijaga sentiasa tajam agar bentuk dan sudut asal mata pemotong itu
dikekalkan. Pahat yang dipertajamkan perlulah diteguh dan dibaja dengan sewajarnya.
d)

Pemutar Skru

Kemalangan paling kerap berlaku akibat memegang workpiece pada tapak tangan sewaktu
mengetatkan skru, sekiranya tergelincir boleh mengakibatkan kecederaan serius pada tangan
atau pergelangan tangan akibat ditembusi. Workpiece tersebut tidak harus dipegang pada
satu tangan dan pemutar skru pada tangan yang satu lagi - kerja tersebut perlu dilakukan
dengan menggunakan ragum atau penyokong lain yang kukuh.
Pastikan bahawa pemegangnya adalah selamat. Jangan menggunakan pemutar skru sebagai
pahat atau memukulnya dengan penukul. Jangan gunakan pemutar skru dengan pemegang
yang terbelah, walaupun ia diikat dengan tali ataupun pita. Buang alat tersebut atau
pasangkan pemegang baru. Gunakan saiz pemutar skru yang betul untuk sesuatu tugas.
Bagi kerja-kerja elektrikal, pemutar skru dengan pemegang berpenebat harus digunakan
tetapi ia tidak harus dianggap sebagai pelindung sepenuhnya terhadap renjatan elektrik.

e)

Kikir

Jangan gunakan kikir yang mempunyai hulu yang terdedah, adalah lebih bijak jika dipasang
pemegang. Jangan gunakan kikir sebagai pengungkil atau toggle-bar, pengerasan
menjadikannya rapuh dan ia mudah patah. Jika mengikir pada mesin larik jangan meletakkan
tangan anda atau kikir berhampiran dengan cuk, adalah lebih selamat dan efisien untuk
melakukan pengikiran dengan tangan kiri. Sentiasa periksa bahawa pemegang kikir itu adalah
selamat. Dalam banyak kes penggunaan kikir pada mesin larik adalah satu cara malas untuk
melakukan kerja dan ini boleh dilakukan dengan lebih selamat dan efisien dengan
mengapitkan alat tersebut pada tiang pemegang.
f)

Pisau

Apabila digunakan untuk memotong bahan berminyak, pemegang perlulah direkabentuk agar
dapat memberikan pegangan yang kuat dan sebuah pelindung perlulah dipasang di antara
pemegang dan matanya. Adalah perlu juga untuk memakai apron kukuh untuk melindungi
abdomen sekiranya pisau itu tergelincir. Sebaik-baiknya potongan haruslah dilakukan jauh
daripada badan.
g)

Latihan dan Penyeliaan

Latihan dan Penyeliaan yang mencukupi adalah diperlukan:

i.

untuk memastikan peralatan tangan digunakan dengan tertib;

ii.

bahawa peralatan yang betul digunakan untuk kerja khusus;

iii.

bahawa ia dijaga dalam keadaan yang dapat digunakan sepenuhnya;

iv.

bahawa ia dikawal dengan baik dan disimpan dengan selamat apabila tidak
digunakan; dan

v.

bahawa ia dibuang dan diganti apabila rosak.

h)

Rekabentuk Ergonomik Peralatan Tangan.

Dari segi ergonomik beberapa keperluan asas untuk mereka satu peralatan tangan yang
efisien telah ditetapkan:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

ia harus menjalankan fungsinya seperti yang diharapkan dengan berkesan;


ia perlulah dibahagikan mengikut dimensi pengguna;
ia perlu bersesuaian dengan kekuatan dan ketahanan penggunanya;
ia perlu meminimakan keletihan pengguna; dan
ia perlu membekalkan maklumbalas sensory.

You might also like