Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

ISU PEMULIHARAAN SUMBER AIR

1. Nyatakan maksud air


Air (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan
pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini
memerlukan air untuk terus hidup.
2. Senaraikan semua kegunaan air kepada manusia
Kegunaan harian
Tujuan komersil
Tujuan industri
Tujuan pertanian
Tujuan penternakan
3. Nyatakan sumber sumber air kepada manusia
Sungai
Tasik
Kolam
Air bawah tanah
Lautan
Hujan
Air perigi/telaga
4. Bincangkan aspek aspek yang telah menjejaskan kualiti dan bekalan air di Malaysia
sehinggakan mendorong kerajaan mengalakkan rakyat Malaysia memulihara sumber ini
Perlombongan
Pertanian
Penternakan
Pembalakkan
Tumpahan minyak
Perindustrian
Petempatan
Pembersihan hutan
Perubahan cuaca dan suhu dunia pula yang mengubah kepada musim banjir dan kemarau
5. Bincangkan kenapa penduduk di bandar lebih sukar mendapatkan bekalan air berbanding
penduduk di luar bandar
Terlalu bergantung kepada air paip
Tidak terdapat sumber air bersih
Bilangan penduduk yang ramai
6. Cadangkan bagaimana penghuni penghuni kawasan perumahan dapat menjimatkan
penggunaan air
Mengurangkan penggunaan air yang tidak perlu
Mengawal kebocoran paip air
Mengurangkan isipadu curahan air dalam tandas
7. Cadangkan bagaimana penduduk luar bandar dapat menjamin kemapanan sumber air
mereka
Mengurangkan pencemaran air
Memulihara sungai
Mengawal selia penggunaan air
Mengantikan paip paip lama

8. Jelaskan dengan member contoh setempat maksud perkataan krisis air


Istilah "krisis air" digunakan di seluruh dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk
menunjukkan situasi sumber air mentah ketika ini. Aspek utama krisis air adalah kekurangan
sumber air yang boleh digunakan dan pencemaran air.
9. Nyatakan 4 aspek yang mungkin penyumbang kepada krisis air di masa akan datang
Perubahan suhu dunia
Kecurian air
Peningkatan jumlah penduduk
10. Nyatakan sekurang kurangnya satu krisis air yang telah berlaku di Malaysia
Krisis air Lembah Kelang 1998 merujuk kepada krisis yang berlaku di Malaysia pada bulan
Februari 1998 apabila tiga empangan air di Lembah Kelang iaitu Empangan Klang
Gates, Empangan Batu dan Empangan Semenyih mengalami tahap penurunan air yang serius
disebabkan fenomena El Nino. Ini menyebabkan berlaku kekurangan bekalan air yang
melibatkan hampir kesemua penduduk di Lembah Kelang. Krisis ini menyebabkan kerajaan
melakukan catuan air yang dibuat sebelum Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur.
11. Air laut sememangnya adalah sumber air tetapi tidak dapat digunakan oleh manusia
secara langsung sebagai keperluan harian. Jelaskan
Air laut memiliki kadar garam secara purata sebanyak 3.5%. Maksudnya dalam setiap
1 liter (1000 mL) air laut, terdapat 35 gram. Kehadiran garam ini membolehkan air laut tidak
dapat digunakan secara langsung kecuali setelah melalui proses penyahgaraman.
12. Jelaskan dengan sokongan fakta mengapa kajian mengatakan Malaysia bertuah
mempunyai banyak sumber air.
Kedudukannya di garisan Khatulistiwa memberikannya hujan sepanjang tahun berjumlah lebih dari
2,000 mm setahun sementara di kawasan pantai timur pula purata sebanyak 5,000 mm.
Mempunyai lebih dari 150 buah sungai yang merupakan sumber air

You might also like