Isl 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

ISL

Tajuk: Mengakses maklumat daripada internet dan sumber rujukan tentang


Peristiwa 13 Mei 1969.
Peristiwa 13 Mei 1969
Pengenalan
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak
meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia.
Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu
rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya.
Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang
turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan
penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut.
Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi
hubungan antara kaum di Tanah Melayu.

Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negetif
terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya.
Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada
persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas
penjajahan British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada
1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan
ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.

ISL
Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969
1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara
berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk
oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini
berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini
menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar
dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan
antara orang-orang Melayu dan Cina.
2. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah
merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya
jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum.
Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan
perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan
merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat
Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani
atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar
kerajaan dan pekerja di ladang.1 Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orangorang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan
kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah
dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan
ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak
seimbang

ISL
3. Latar belakang pendidikan yang berbeza

Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca
yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila
sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi
kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan
Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah
Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar
keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India
pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan
guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India .4
Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah
sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina
dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.

4. Pertelingkahan Parti Politik

Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah
turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku
dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan
raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu
berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang .
Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap
mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untuk
menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO
dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa
orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut
dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu.
Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal

ISL
dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia
(KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu
Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang
Malaysia" (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang
Melayu atau bumiputera dihapuskan .

5. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu


PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang
disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka
mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih
daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya
"Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu
sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati
terhadap hak istimewa orang Melayu.
Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah
terkebawah berbanding dengan kaum Cina .
6. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada
peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957,
sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya
menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.10 Selepas sepuluh tahun
merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris
dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya
bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai
tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan
bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang
dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan dan
Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan

ISL
telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed
Nasir bin Ismail.

Kesimpulan
Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan
kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan
dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia
pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan
ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andaikata petanda-petanda
yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina
Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan
sahaja.

Sumber rujukan: http://tatiuc.edu.my/syahrul/peristiwa_13_mei.h

You might also like