Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 33

Rasionalisme

New Li Fong
Amy Ling Siew Fang
Linda Ling Siew Peng
Nur Ain Amirah Binti Mohd Kanapiah
Siti Nur Izzaty Binti Salit
Noor Sajaratul Akma Binti

Pengenalan
A.R Lacey : sebuah pandangan yang berpegang
kepada akal yang merupakan sumber bagi
pengetahuan.
Aliran ini berpegang pada prinsip akal yang perlu
diberi peranan utama dalam penjelasan.
Rasionalisme mengajar kita cara berfikir secara
rasional untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.
Pengertian lain boleh didefinisikan sebagai
kebenaran yang perlu dibuktikan dengan
pembuktikan logik & analisis berdasarkan fakta.

Sudut Sejarah
Perintis awal aliran rasionalisme ialah Heraclitus,
yang menyatakan bahawa akal melebihi
pancaindera sebagai sumber ilmu pengetahuan.
Menurut beliau akal manusia boleh berhubung
dengan akal ketuhanan yang memancarkan sinaran
cahaya tuhan dalam diri manusia.
Rasionalisme telah menguasai tamadun Yunani
sehinggalah kepada zaman Helenisme. Antara
aliran moden yang berpaksi kepada rasionalisme
ialah aliran idealisme yang dipelopori oleh Rene
Descartes (1596-1650 M) Spinoza(1632-1677) dan
Leibniz (1646-1716).

RENE DESCARTES (1596-1650)

ahli falsafah yang paling unggul di Perancis


lahir di La Haye, Touraine
dari 1629 hingga 1649, beliau menetap di Netherlands
Discourse on Method (1637); Meditations on the First
Philosophy (1641); Principles of Philosophy (1664); dan 2 buah
buku diterbitkan selepas kematian beliau, The Passions of the
Soul (1650) dan The World (1664).

Beliau mendapati apa-apa yang dipelajarinya melalui bukubuku dan kitab-kitab adalah palsu.
berusaha untuk mencari sesuatu asas baru untuk membina
suatu sistem ilmu yang tidak musnah.
Kaedahnya ialah meragui semua benda yang boleh diragui
untuk menemui kebenaran yang tidak dapat disangkal iaitu
idea dalaman.
Idea dalaman adalah jelas dan benar berasal daripada alam kita
sendiri.
Descartes berpegang kepada sebab, didefinisikan sebagai idea
gerak hati semula jadi yang jelas dan tepat merupakan satusatunya kriteria kebenaran yang sah.

PRINSIP RASIONALISME
1. Jangan menerima apa-apa sebagai benar jika tidak diketahui
dengan jelas dan nyata.
2. Membahagikan masalah-masalah yang kompleks kepada
sebanyak mungkin bahagian untuk diselesaikan dengan cara yang
terbaik.
3. Menyusun idea-idea dalam urutan, bermula daripada yang
paling mudah kepada yang paling kompleks.
4. Mengambil kira idea atau kenyataan yang paling terperinci
dan memastikan tidak ada apa-apa yang tertinggal.

beliau mencadangkan beberapa peraturan seharian yang boleh


dipraktikkan;
1. Mematuhi peraturan atau undang-undang dan adat sesuatu
bangsa, kepercayaan agama dan tradisi keluarga serta
mengelakkan sikap yang ekstrem.
2. Berdiri dengan keyakinan yang dibentuk dan tegas dengan
tindakan yang dipilih.
3. Menyesuaikan diri dan cita-cita diri kepada persekitaran
dan nasib daripada melawan mereka.
4. Pilih kehidupan kerja yang baik untuk diri sendiri.

KEWUJUDAN JIWA
Descartes juga merumuskan falsafah beliau mengenai
kewujudan jiwa.
Walaupun seseorang itu menafikan kesedaran diri sendirinya,
penafian itu sendiri boleh membuktikan bahawa dia wujud
sebagai makhluk berfikir.
Keraguan mengenai seseorang wujud merupakan satu tindakan
berfikir yang membuktikan seseorang itu wujud.
Oleh itu, keraguan adalah untuk berfikir dan berfikir adalah
untuk wujud.
Kewujudan jiwa merupakan satu contoh idea semula jadi.
Kebenaran idea semula jadi adalah kekal dan tidak
memerlukan bukti yang fakta atau daripada pengalaman deria.

Descartes menyenaraikan idea-idea semula jadi seperti


berikut;
1) Tuhan sebagai semula jadi kepada diri sebagai jiwa sendiri.
2) Prinsip bahawa ia adalah mustahil sesuatu perkara boleh
wujud daripada sesuatu yang tidak wujud pada satu masa yang
sama.
3) Prinsip kemustahilan perkara yang sama kedua-duanya boleh
wujud dan tidak boleh wujud pada satu masa masa yang sama.
4) Idea bahawa apa-apa saja yang dilakukan tidak boleh dibuat
kepada seperti asal.
5) Idea semula jadi, iaitu apabila berfikir, kita tidak boleh tidak
wujud selagi kita berfikir.

KEWUJUDAN TUHAN
Descartes menawarkan 2 hujahan untuk kewujudan Tuhan.
1. Tuhan sebagai idea semula jadi makhluk yang tidak
terhingga.
2. Tuhan sebagai makhluk yang sempurna dan dibuktikan
melalui kewujudan-Nya.

DUALISME
Dalam bukunya Principles of Philosophy, beliau mendefinisikan
bahan sebagai sesuatu yang wujud sendiri tanpa bantuan sebarang
bahan lain.
Bagi Descartes, alam semesta dipecahkan kepada 2 entiti yang
berbeza iaitu bahan berfikir/bahan jiwa dan bahan berkaitan
dengan badan/bahan zahir.
Bahan yang berkaitan badan/bahan zahir mempunyai kualiti
untuk memenuhi sejumlah ruang
manakala bahan berfikir mempunyai kualiti kesedaran.
Apa-apa yang wujud mesti salah satu sama ada badan ataupun
minda.
Menghadapi masalah kerana memisahkan minda dan badan.
masalah tindak balas/interaksi antara minda dan badan.

Beliau mencuba untuk menyelesaikan masalah tersebut


dengan dakwaan bahawa minda dan badan dihubungkan di
bahagian tengah otak oleh pineal gland.
Tetapi beliau gagal untuk menjelaskan apa yang berlaku
apabila pineal gland mengalami pelisutan (proses badan atau
sebahagian badan menjadi kurus kerana kurang zat atau kurang
digunakan) semasa remaja. Bagaimana minda dan badan akan
berinteraksi kemudian?
Walau bagaimanapun, beliau meninggalkan persoalan
tersebut kepada pengikutnya kerana beliau meninggal dunia pada
Februari 1650 akibat keadaan udara di Stockholm.
Pada tahun 1649, beliau menerima undangan Queen Christina
yang meminati falsafah dari Sweden untuk datang Stockholm.

ARNOLD GEULINCX DAN NICOLAS


MALEBRANCHE
Pengikut-pengikut Descartes
Mereka menggabungkan idea dualisme dengan Neo-Platonic
dunia idea-idea dalam Tuhan.
Tuhan akan mengubah suai tindakan bahan berfikir kepada
perlakuan dengan perubahan dalam bahan yang berkaitan
dengan badan.
Teori mereka hanya digunakan sementara dalam persoalan
mengenai interaksi antara minda dan badan.
Hal ini kerana Benedict Spinoza, berbalik ke asal kepada idea
dualisme.
minda dan badan disimpulkan kepada satu iaitu Tuhan.

BLAISE PASCAL (1623-1662)

kawan sekampung Descartes


Beliau dikenali terutamanya ajaran mistik yang diasaskan
daripada keraguan.
Beliau menerima idea dualisme Descartes dan menyimpulkan
bahawa sebab atau tujuan sesuatu perkara tidak dapat
diketahui.
Tambahan pula, manusia tidak dapat membuktikan keabadian
atau kewujudan Tuhan.
Hujahan Pascal untuk Tuhan ialah manusia boleh memilih
untuk mempercayai atau menafikan kewujudan Tuhan.

Baruch De Spinoza ( 16231677)

Merupakan seorang ahli falsafah


Belanda.
Dilahirkan pada 24 November 1632
di Amsterdam
Karya terpenting Spinoza adalah
Ethica, ordine geometrico
demonstrate (Etika yang
dibuktikan dengn cara
gemetris) yang diterbitkan setelah
kematiannya.

Pemikiran
Banyak dipengaruhi oleh Descartes
Berpendirian bahawa sumber pengetahuan manusia
terletak pada akal.
Tetapi bukan dimaksudkan bahawa rasionalisme
mengingkari pengalaman tetapi pengalaman dianggap
sebagai perangsang bagi pemikiran. Mereka percaya
bahawa kebenaran dan kesesatan berasal dari idea
kita sendiri.
Rasionalisme menurut Spinoza lebih luas dan
berbanding dengan Rasionalisme menurut Descartes.
Baginya di dalam dunia tiada hal yang bersifat rahsia ,
kerana akal manusia telah mencakup segalanya,
termasuklah Tuhan. Bahkan Tuhan menjadi sasaran
akal yang terpenting.

Bagi Spinoza, Tuhan adalah


suatukesatuanumum,
yangmengungkapkan diri didalam dunia.
Segala yang ada adalah Tuhan, tiada
sesuatu pun yang tidak tercakup di dalam
Tuhan dan tiada sesuatupun dapat berada
tanpa Tuhan.
Itulah sebabnya pendirian Spinozadisebut
sebagai panteisme, iaitu Tuhan disamakan
dengan segala yang ada.
Oleh itu, Spinoza memandang Allah dan
Alam sebagai dua nama untuk realiti yang
sama iaitu alam semesta.

Bukunya Ethics membincangkan tiga masalah iaitu metafizik,


psikologi hasrat dan kehendak.
Menurut Spinoza, segala sesuatu diatur oleh sebuah ketentuan
logik yang mutlak. Tidak ada kehendak bebas di wilayah mental
atau peluang di dunia fizikal. Segala yang berlaku adalah
manifestasi dari sifat Tuhan yang ghaib, dan logiknya, suatu
peristiwa tidak mungkin menjadi peristiwa lain.
Baruch Spinoza juga mempunyai teori emosi yang dikemukakan
selepas perbahasan metafizik tentang sifat dan permulaan
fikiran, yang membawa kepada dalil yang mengejutkan bahawa
"minda manusia boleh mengetahui intipati Tuhan yang abadi dan
tak terbatas.
Tidak diperlukan pengalaman, idea-idea atau perkara untuk
dapat memahami tentang Tuhan.
Kata kunci dari ajaran Spinoza ini adalah Deus sive Natura (Tuhan
atau Alam). sebagai Tuhan alam adalah Natura Naturans (alam
yang melahirkan). Sebagai dirinya sendiri alam adalah Natura
Naturata (alam yang dilahirkan) iaitu nama untuk Tuhan dan Alam
yang sama.

Spinoza membantah ajaran Descartes bahawa keseluruhan realiti


terdiri daripada 3 bahan iaitu Tuhan, jiwa dan perkara. Bagi
Spinoza hanya ada satu bahan yang ada di dunia ini yang sering
disebut dengan pemikiran bahan tunggal yaitu Allah atau alam.
Bahan merupakan sesuatu yang ada pada diri seseorang atau
ada pada dirinya yang bersifat abadi, tidak terbatas, mutlak dan
utuh. Sifat tersebut hanya dimiliki oleh Tuhan. Apabila bahan
tunggal itu adalah Tuhan maka segala yang ada di dunia ini sama
ada jasmani atau rohani adalah kehendak Tuhan.
Spinoza menyatakan bahawa segala sesuatu yang ditentukan oleh
Tuhan adalah baik jika bernilai positif dan hanya yang buruklah
yang bernilai negatif. Semua perkara yang baik maupun buruk itu
tergantung dari pemikiran manusia tentang perkara tersebut.
Pemikiran manusia berbeza-beza dan sesuatu yang dianggap
seseorang buruk belum tentu diangap buruk oleh orang yang lain.
Jadi baik atau buruk itu bersifat subjektif bergantung dari
pemikiran atau akal manusia yang memikirkannya. Spinoza,
seperti Socrates dan Plato, percaya bahawa semua perbuatan
salah disebabkan oleh kesalahan intelektual.

Wilhelm Leibniz
Gottfried Wilhelm
Leibniz dilahirkan di
Jermam
Tokoh teragung ketiga
dari aliran rasionalisme
Karya masyhur
Individualism (1663),
Discourse on
Metaphysics (1690),
Theodicy (1710)

Maklumat Asas
Beliau pernah mengembara
hingga Paris & menjawat jawatan
diplomatik di sana.
Beliau mempelajari falsafah
Descartes seperti Arnauld (16121694) dan Malebranche (16831715) di sana.
Kemudian, baliau tertarik dengan
falsafah Spinoza (1632-1677)
semasa mengembara di
Netherland.
Alam falsafah Leibiz agak luas
kerana beliau juga mengkaji
falsafah terdahulu seperti
Aristotle, Aquinas, Francis Bacon
dan Thomas Hobbes.

Beliau cuba mengharmonikan


pandangan sains - pandangan
teologi & pandangan falsafah
kuno - falsafah moden
Beliau tidak menafikan bahawa
universe is a harmonious whole
yang ditadbir oleh prinsip-prinsip
hisab dan logik.
Dengan demikian, beliau
menerima bahawa hisab dan
metafizik merupakan sains asas
dan metode yang betul bagi
falsafah ialah metode yang
ditunjukkan oleh kaedah hisab
dan logik tertentu.

Metodologi
Ahli-ahli falsafah seharusnya
menggunakan perkataan setepat
yang mungkin dan selogik yang
mungkin seperti ahli-ahli matematik
menggunakan angka.
Berhubung dengan falsafah, satu
sistem logik yang menggunakan
simbol atau letters mesti digunakan
'sebagai ganti kepada sistem subjek
dan predikat kerana dengan
demikian ketepatan kebenaran akan
dapat ditunjuk oleh sistem tersebut.
Impiannya yang utama ialah untuk
membentuk satu sains umum yang
mempunyai satu sistem simbol atau
bahasa sejagat yang dapat
digunakan oleh semua cabang ilmu.

Sangat kagum dengan ideal dan bentuk


matematik yang sangat tepat itu.
Contohnya, dua campur dua menjadi
empat.
Hal ini diasakan kepada logik
semestinya logical nesessity yang
sangat tepat jawapannya.
Bentuk-bentuk pengalaman yang
diperolehi dari kaedah empririkal tidak
boleh diketepikan begitu sahaja.
Adakalanya fakta-fakta tertentu hasil
daripada metode empririkal itu perlu
diberi perhatian.
Berhubung dengan dunia rasional dan
dunia empririkal, beliau mengatakan
bahawa kedua-duanya mempunyai ciri
logiknya yang tersendiri, kerana masingmasing mempunyai kebenaran yang
tersendiri.

Epistemologi
membuat perbezaan yang jelas
antara dua jenis kebenaran.
i) kebenaran yang diterima sebagai
kebenaran yang masuk akal
(reason) iaitu pengetahuan semula
jadi.
ii) Kedua, kebenaran fakta iaitu ilmu
yang diperolehi melalui pengalaman
tetapi kebenaran ini bukanlah
kebenaran yang diperolehi melalui
kerja-kerja akal logik atau kerjakerja akal matematik.
)kebenaran kerja-kerja akal
merupakan kebenaran yang kekal
kerana kebenaran demikian tidak
dapat disangkal lagi (garis sempadan
bentuk 3 segi selalunya sama kepada
semua sudut)

Manakala kebernaran fakta yang


diperolehi melalui pengalaman belum
boleh lagi dikatakan tetap kerana
kebenaran tersebut hanya merupakan
data empririkal yang mampu
dikhayalkan oleh deria.
Oleh itu, ia bukan kebenaran yang
tepat.
Walau bagaimanapun, bagi kedua-dua
jenis kebenaran tersebut hanya
terdaoat satu ciri sahaja yang boleh
dikatakan sah, iaitu yang dikenali
sebagai "Kriteria Idea-idea Terkhusus
dan Jelas Pegangan Rationalists"
(Rationalists Criterion of Clear and
Distinct Ideas), iaitu satu kriteria yang
digunakan tidak hanya bergantung
semata-mata kepada pancaidera
dalam menentukannya.

Leibniz berpendapat bahawa


setiap kebenaran di atas
ditentukan oleh satu prinsip
khas.
Kebenaran akal (truth of
reason) dikawal oleh prinsip
pertentangan (principle of
contradiction) dan kebenaran
fakta (truth of facts) mesti
sejajar dengan prinsip hujah
yang memadai (principles of
sufficient reason).
Kebenaran fakta mengatakan
bahawa semua perkara yang
berlaku adalah masuk akal dan
boleh diberikan sebab kenapa
ia berlaku atau tidak berlaku.

Sebagai contoh, Tuhan tidak


akan menjadikan sesuatu
tanpa sebarang sebab, maka
sudah tentulah setiap apa
yang ada dalam alam ini
mempunyai sebabnya
tersendiri dari kewujudannya.
Jika ditinjau pula prinsip
pertentangan dalam
menentukan kebenaran akal,
maka didapati teori tersebut
mengatakan bahawa setiap
apa yang bersifat selfcontradictory adalah
dianggap palsu dan dengan
demikian lawannya pastilah
benar.

Pemikiran Leibniz Mengenai


Substansi
Menurutnya ada banyak substansi
yang disebut dengan monad
(monos= satu; monad= satu unit)
Jika dalam matematik yang terkecil
adalah titik, dan dalam fizik disebut
dengan atom, maka dalam
metafizik disebut dengan monad
Monad-monad bukanlah sebuah
kenyataan jasmaniah melainkan
kenyataan mental, yang terdiri dari
persepsi dan hasrat. Leibniz
membayangkan monad sebagai
force primitives (daya purba)
yang tidak material, melainkan
spiritual.

Descartes membahagi subtansi menjadi


tiga (Tuhan, Pemikiran, dan keluasan),
Spinoza mempercayai hanya ada satu
subtansi (Tuhan atau alam).
Pandangan Leibniz pula berbeza, beliau
mengatakan bahawa terdapat banyak
sekali subtansi, jumlahnya tidak tidak
terhingga.
Tiap substansi disebut dengan monade,
yang berasal dari kata yunani monas,
ertinya kesatuan.
Monade ini bukanlah bahagian terkecil
dari material yang masih mempunyai
bentuk dan keluasan spasial atau ruang,
melainkan suatu titik yang bersifat
murni metafizik (points metaphysics).

Sebagai subtansi non-material,


monade bersifat;

Menurut Leibniz, monade ada


pelbagai jenis:

i.

i.

Abadi, tidak boleh dihasilkan, ataupun


dimusnahkan;

ii. Tidak boleh dibahagi (bertentangan


dengan substansi keluasan.
Descartes yang mengandaikan sifat
dapat dibahagi);
iii. Individual atau berdiri sendiri,
sehingga tidak ada monade yang
identik dengan monade lain
(bertentangan dengan substansi
Spinoza yakni bahawa subtasi hanya
tuhan atau Alam)
iv. Mewujudkan kesatuan yang tertutup
atau tidak berjendela, seolah-olah
sesuatu bisa masuk atau keluar
v. 5Mampu bekerja berkat daya aktif
dari dalam dirinya sendiri. Kerja dari
dan oleh dirinya sendiri ini terdiri dari
kegiatan mengamati (perceptio) dan
meninginkan (appetitions).

monade yang hanya memiliki


gambaran gelap dan sama sekali
tidak disedari, yakni monademonade yang menyusun bendabenda anorganik.

ii. monade yang telah memiliki


gambaran agak terang yaitu,
yaitu monade yang memberi
pengenalan inderawi dan memori,
misalnya monade-monade
penyusun manusia dan haiwan
iii. monade yang memiliki gambaran
yang terang dan kesadarn diri
(apperceptio), yakni jiwa manusia
yang mengenal hakikat segala
sesuatu secara sadar dan mampu
mengungkapkan apa yang
dilihatnya ke dalam suatu definisi.

Argumen Leibniz Tentang


Kewujudan Tuhan
membuktikan kewujudan Tuhan dengan
empat argumen.

Jiwa merupakan suatu monade dan tubuh


terdiri dari banyak monade.

a) manusia memiliki idea kesempurnaan,


maka adanya Tuhan terbukti. Bukti ini
disebut dengan ontologism.

Suatu monade tidak dapat mempengaruhi


monade lain, sebab masing-masing monade
harus dianggap tertutup.

b) adanya alam semesta dan tidak


lengkapnya membuktikan adanya
sesuatu yang melebihi alam semesta ini,
dan yang transenden ini disebut dengan
Tuhan.
c) selalu ingin mencapai kebenaran abadi,
iaitu Tuhan.
d) adanya keselarasan antara monademonade membuktikan bahawa pada
mulanya, ada yang menyesuaikan
mereka satu sama lain, yang
menyesuaikan itu adalah Tuhan.

Tuhan memiliki kekuatan kreatif, sehingga


dalam pandangan Leibniz bahawa modal
bergerak menyusun dunia, yang telah
diprogramkan ke dalam diri mahluk pada
saat penciptaan.
Leibniz yakin bahawa alam semesta dikuasai
oleh akal, dan Tuhan telah menciptakan
bumi sebagai dunia yang terbaik di antara
segala dunia.
Hubungan akal dengan wahyu menurut
Leibniz adalah wahyu itu dinyatakan dengan
Injil, dan akal merupakan kurniaan Tuhan
maka keduanya harus diserasikan.

Kesimpulan
Aliran rasionalisme berpendapat bahawa
akal merupakan sumber bagi
pengetahuan dan kebenaran atau ajaran
yang berdasarkan rasional iaitu idea-idea
yang masuk akal (logik)
Aliran rasionalisme merupakan dasar bagi
perkembangan ilmu pengetahuan
khususnya ilmu-ilmu alam yang menjadi
peneraju kepada terbentuknya manusia
dan masyarakat moden pada hari ini.

You might also like