Laporan Kecemerlangan Sukan Sekolah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

LAPORAN KECEMERLANGAN SUKAN SEKOLAH

Saya Noraini Binti Jumain dari unit Pendidikan Jasmani semester 5 telah
menjalani praktikum 1 di Sekolah Kebangsaan Taman Tasik Jaya selama satu bulan.
Sekolah Kebangsaan Taman Tasik Jaya ini merupakan salah sebuah yang cemerlang
dari aspek akademik dan kokurikulum. Individu penting yang terlibat dalam pengurusan
dan pentadbiran sekolah ini pertamanya ialah Tuan Haji Zolkply Bin Omar yang
merupakan guru besar sekolah tersebut dibantu oleh Puan Sarina Binti Yahaya yang
merupakan Guru Penolong Kanan 1, Puan Halimatun Saadiah Binti Mohd Said yang
merangkap Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Puan Hafniza Binti Abd Latib
yang merupakan Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Penulisan laporan ini adalah
tentang kecemerlangan sukan di sekolah tersebut.
Antara sukan yang menonjol dan cemerlang di sekolah tersebut ialah sukan
hoki dan sepak takraw. Sukan hoki dan sepak takraw merupakan sukan yang terkenal
di sekolah tersebut oleh kerana sukan tersebut telah banyak mengharumkan nama
sekolah dengan pencapaian yang memberansangkan hasil daripada kecemerlangan
atlet atau murid yang telibat dengan sukan tersebut. Pasukan hoki sekolah di bawah
pimpinan En Md Isa Bin Sidek selaku jurulatih pasukan sering mengharumkan nama
sekolah dengan pencapaian yang baik diperingkat daerah dan negeri. Pasukan hoki
sekolah terdiri daripada 18 orang pemain lelaki dan 17 orang pemain perempuan yang
rata ratanya terdiri daripada murid murid tahun 4, 5 dan 6. Pasukan hoki sekolah ini
telah banyak memenangi kejohanan hoki yang disertai. Pasukan hoki lelaki telah
memperolehi tempat pertama dalam kejohanan hoki peringkat daerah Seremban 2 dan
terdapat beberapa orang murid yang terpilih mewakili daerah Seremban 2 bagi
kejohanan hoki peringkat negeri. Antara pemain yang terpilih mewakili daerah ialah :
1. Ahmad Zaid Bin Ibrahim
2. Danish Farhan Shah Bin Nazry Norazam Shah
3. Azri Syazwan Izzat Bin Azhar
4. Iman Hakimi Bin Mohd Lokman
5. Khaled Saladin Bin Kameel
6. Mizwar Zuhaily Bin Mumtaz

7. Muhammad Haziq Bin Saifula'azizi


8. Muhammad Irsyad Bin Mohd Adha Thangarajah.

Selain itu, pasukan hoki perempuan juga tidak ketinggalan dalam mencapai
kecemerlangan yang sangat memberansangkan. Pada peringkat daerah, pasukan hoki
perempuan telah memperolehi johan keseluruhan dan terdapat beberapa orang murid
telah terpilih untuk ke peringkat negeri. Antaranya ialah :
1. Denicia Desrie Daniel
2. Intan Adriana Binti Zulkarnain
3. Haizatul Azween Hanny Binti Hamdan
4. Fatin Nur Ain Binti Baharudin

Kecemerlangan pasukan hoki sekolah ini adalah kerana perancangan dan


persediaan latihan yang baik dari jurulatih serta kemudahan peralatan yang mencukupi.
Selain itu, komitmen murid dalam pasukan adalah sangat tinggi dan hal ini turut
membantu ke arah kecemerlangan pasukan hoki sekolah tersebut. Pasukan hoki
sekolah ini menjalani latihan di padang SK Taman Tasik Jaya.Pasukan hoki ini
menjalankan latihan sebanyak 4 kali seminggu bermula hari isnin sehingga khamis.
Masa yang diambil bagi setiap sesi latihan ialah bermula pada jam 3 petang sehingga 6
petang.
Terdapat

beberapa

kekuatan

yang

dapat

dikenalpasti

hasil

daripada

kecemerlangan sukan hoki di sekolah tersebut. Pertama sekali ialah pengurusan


pasukan hoki sekolah tersebut. En Md Isa yang merupakan jurulatih serta pengurus
pasukan tersebut sangat mementingkan kecergasan serta kebajikan pemain disamping
komitmen yang tinggi dalam kalangan pemain. Selain itu, sokongan yang tinggi
daripada pihak pentadbir turut membantu kepada kecemerlangan pasukan hoki sekolah
tersebut. Selain itu, jadual dan rancangan latihan yang dijalankan sangat teratur dan
sistematik dalam menyediakan murid untuk menguasai dan meningkatkan kemahiran
serta kecergasan dalam sukan tersebut. Malahan, kemudahan yang mencukupi dari

segi peralatan dan padang memudahkan perjalanan latihan kepada para pemain. Hal
ini turut membantu ke arah pencapaian yang cemerlang para pemain. Disamping itu,
motivasi yang tinggi dalam diri murid turut membantu dalam membentuk pasukan yang
hebat dan terbaik. Pihak sekolah sering memberikan imbuhan kepada pasukan hoki
yang telah banyak menjuarai kejohanan yang disertai. Malahan jurulatih juga turut
memberikan motivasi secara instrinsik bagi memberikan semangat bertanding yang
lebih tinggi dalam diri para pemain. Tidak ketinggalan, usaha sama komuniti dalam
memberikan sokongan dalam bentuk kewangan dan dorongan turut menjadi pencetus
kepada kecemerlangan pasukan hoki sekolah ini.
Namun terdapat juga beberapa kelemahan yang dapat dikenalpasti. Pertama
sekali ialah dari aspek kejurulatihan. Jurulatih yang terlibat pada dasarnya tidak
mempunyai sijil bertauliah tentang kejurulatihan hoki. Disamping itu, peralatan yang
terhad juga dilihat sebagai kelemahan kepada pasukan hoki tersebut. Hal ini
menyukarkan jurulatih untuk menjalankan latihan yang melibatkan penyertaan secara
keseluruhan pemain. Seterusnya ialah masa latihan. Masa yang digunakan adalah
terlalu awal. Jurulatih perlu menilai aspek cuaca dan persekitaran bagi merancang
masa sesuatu set latihan.
Antara langkah atau cadangan penambaikan yang dicadangkan ialah
pertamanya menyediakan jadual dan perancangan latihan yang lebih sistematik yang
mana menitikberatkan aspek yang menyeluruh dimana meliputi aspek pemain, alatan,
kemudahan serta persekitaran. Hal ini membolehkan jurulatih merancang jadual latihan
yang lebih baik. Seterusnya ialah dari aspek kejurulatihan. Jurulatih yang terlibat dalam
melatih pasukan hoki sekolah tersebut merupakan jurulatih berpengalaman namun
tidak bertauliah. Jurulatih tersebut sewajarnya mengambil kursus kejurulatihan supaya
pelaksanaan latihan dapat dijalankan dengan lebih baik dan berkesan disamping
mampu menjaga kebajikan setiap pemain yang dilatih. Apabila seseorang jurulatih itu
berpengalaman dan bertauliah maka perancangan sesuatu latihan itu dapat dijalankan
dengan lebih baik dan berkesan dengan mengambil kira banyak aspek secara
keseluruhan.
Sekolah Kebangsaan Taman Tasik Jaya ini merupakan antara sekolah yang
digeruni oleh kerana kelebihannya dalam sukan hoki dan sepak takraw. Selain itu
terdapat juga sukan lain yang turut menyumbang kepada kecemerlangan sukan

sekolah. Antaranya ialah seperti badminton, bola tampar, bola jaring, bola baling, dan
bola sepak.
Komitmen daripada atlet atlet sekolah serta usaha sama jurulatih telah banyak
membantu ke arah pencapaian sukan yang terbaik bagi sekolah ini. Sokongan dan
kerjasama daripada pihak pengurusan sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru
( PIBG ) sedikit sebanyak turut menyumbang kepada pencapaian kecemerlangan
sukan sekolah ini. Kesimpulannya, Sekolah Kebangsaan Taman Tasik Jaya ini
merupakan sebuah sekolah yang mementingkan kecemerlangan kedua dua aspek
iaitu akademik dan kokurikulum. Justeru, kerjasama para guru dan murid sangat
penting dalam mengekalkan momentum kecemerlangan sukan di sekolah ini.

Disediakan oleh :

____________________
Noraini binti Jumain
930531-01-5254
PJK ( SK )
PISMP SEM 5

Lampiran
Antara peralatan sukan yang digunakan untuk latihan.

You might also like