Pengurusan PPKI 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

Pengurusan PPKI

1.
Pentadbiran Pendidikan Khas
1.1 Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah
Sekolah hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Pendidikan Khas :
Penasihat
: Pengetua / Guru Besar
Pengerusi
: Penolong Kanan / Guru Kanan Pendidikan Khas
N. Pengerusi 1
Penolong Kanan / Guru Kanan Pentadbiran
N. Pengerusi 2
: Penolong Kanan / Guru Kanan Hal Ehwal Murid
N. Pengerusi 3
: Penolong Kanan / Guru Kanan Kokurikulum
Penyelaras
: Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
Pen. Penyelaras : Guru pendidikan khas
Setiausaha
: Guru pendidikan khas
Bendahari
: Guru pendidikan khas
AJK-AJK
: Guru pendidikan khas
Ahli-ahli Jawatankuasa termasuk guru kelas, guru mata pelajaran, guru kokurikulum, guru
disiplin, guru stok, guru keceriaan dan guru bertugas mingguan.
1.2

Jawatankuasa Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas

Sekolah hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Program Inklusif bagi tujuan menyelia
pelaksanaan program inklusif di sekolah.
Penasihat
:
Pengetua / Guru Besar
Pengerusi
:
Penolong Kanan / Guru Kanan Kokurikulum
Penyelaras
:
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
Pen.
:
Guru pendidikan khas
Penyelaras
Setiausaha
:
Guru pendidikan khas
Bendahari
:
Guru pendidikan khas
AJK-AJK
:
Guru-guru sukan
1.3 Jawatankuasa Program Inklusif
Sekolah hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Program Inklusif bagi tujuan menyelia
pelaksanaan program inklusif di sekolah.
Penasihat
:
Pengetua / Guru Besar
Pengerusi
:
Penolong Kanan
Penyelaras
:
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
Pen.
:
Guru pendidikan khas
Penyelaras
Setiausaha
:
Guru pendidikan khas
Bendahari
:
Guru pendidikan khas
AJK-AJK
:
Guru-guru kelas aliran perdana yang terlibat
:
Guru mata pelajaran yang terlibat

1.4

Jawatankuasa Disiplin Kelas Pendidikan Khas

Sekolah hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Program Inklusif bagi tujuan menyelia
pelaksanaan program inklusif di sekolah.
Penasihat
:
Pengetua / Guru Besar
Pengerusi
:
Penolong Kanan
Penyelaras
:
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
Pen.
:
Guru pendidikan khas
Penyelaras
Setiausaha
:
Guru pendidikan khas
Bendahari
:
Guru pendidikan khas
AJK-AJK
:
Guru-guru disiplin
1.3 Perjawatan Guru Pendidikan Khas
Jawatan guru pendidikan khas adalah satu jawatan sepenuh masa dan tidak boleh digunakan
sebagai guru ganti di kelas aliran perdana (Atas dasar murid ini memiliki surat perakuan doktor,
memerlukan penjagaan rapi & hendaklah dibawah guru yang diberikan kuasa serta
tanggungjawab khas).
Perkiraan perjawatan guru pendidikan khas adalah seperti berikut:
Guru Pendidikan Khas = Bilangan Kelas X 1.5

Jumlah

1.4 Bilangan Kelas Pendidikan Khas


Pada masa ini, perkiraan bilangan kelas pendidikan khas adalah seperti berikut:
Bilangan Kelas Pendidikan Khas = Bil Murid / 6.5
( Perkiraan di atas adalah tertakluk kepada pindaan oleh Bahagian Pendidikan Khas, KPM )
1.5 Mesyuarat
1.5.1 Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas
Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas peringkat sekolah hendaklah diadakan sekurangkurangnya 4 kali dalam setahun dan minit mesyuarat hendaklah dicatat dan difailkan di dalam
Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas. Ini bertujuan untuk memastikan pihak pentadbir dan semua
guru pendidikan khas mengambil bahagian yang aktif di dalam hal-hal berkaitan perjalanan kelas
pendidikan khas dan sentiasa dimaklumkan dengan maklumat terkini.
Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas hendaklah dipengerusikan oleh Penolong Kanan
Kurikulum/Guru Kanan dengan Pengetua/Guru Besar sebagai penasihat.
1.5.2 Mesyuarat Pemuafakatan Bersama dengan Ibu Bapa
Mesyuarat Pemuafakatan Bersama dengan Ibu Bapa perlu diadakan sekurang-kurangnya dua kali
dalam setahun bagi tujuan perkongsian maklumat dan menjalinkan hubungan baik.
1.6 Perlantikan Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas dilantik dari kalangan guru-guru pendidikan khas oleh pihak
pentadbir sekolah berdasarkan kriteria-kriteria yang berikut :

Kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pendidikan khas

Daya kepimpinan

Perwatakan

Komitmen atau kesungguhan

Kekananan (seniority)

Sokongan dari guru-guru pendidikan khas yang lain

Sokongan dari pihak pentadbir sekolah

Cadangan nama guru pendidikan khas yang telah dilantik menjadi Penyelaras Pendidikan Khas
hendaklah dipanjangkan ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri N.Sembilan supaya
surat perlantikan yang rasmi dapat dikeluarkan.
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas yang telah dilantik boleh dilucutkan jawatannya di
bawah syarat-syarat berikut:

tidak berupaya melaksanakan bidang tugas dan tanggungjawabnya dengan baik,

tidak lagi dapat memenuhi kriteria perlantikan seperti yang dinyatakan di atas,

mendapat aduan bertulis daripada guru-guru (terutamanya di kalangan guru-guru


pendidikan khas), pihak pentadbir sekolah, ibu bapa dan juga pihak luar dan apabila
disiasat serta didapati aduan itu berasas.

Setelah dilucutkan jawatan, penolong penyelaras akan dilantik untuk mengambilalih tempat
tersebut.
1.7 Perlantikan Penolong Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
Penolong Penyelaras Kelas Pendidikan Khas adalah dilantik secara lantikan dalaman
sekolah dan tidak ada surat perlantikan untuk jawatan ini.
Calon guru pendidikan khas untuk jawatan ini juga perlu memenuhi kriteria seperti dalam
pemilihan Penyelaras Kelas Pendidikan Khas.
Beliau juga boleh dilucutkan jawatannya sepertimana Penyelaras Kelas Pendidikan Khas.

1.8 Elaun Mengajar Kanak-Kanak Khas untuk Guru Pendidikan Khas


Pentadbir Sekolah/ Penyelaras Kelas Pendidikan Khas hendaklah memastikan semua guru
pendidikan khas di bawah seliaannya mendapat
elaun mengajar kanak-kanak khas.
Dokumen yang diperlukan untuk memohon pembayaran elaun tersebut adalah :

Salinan Jadual Waktu Peribadi guru berkenaan, dan

Salinan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas, atau

Salinan Diploma Pendidikan Khas, atau

Salinan Sijil Kehadiran ke Kursus Pendedahan Pendidikan Khas, atau

Sijil-sijil berkaitan bidang pendidikan khas.

Guru pendidikan khas layak menerima elaun ini bermula dari tarikh dia mengajar di kelas
Pendidikan Khas. (Semua salinan dokumen berkaitan hendaklah disahkan oelh Pentadbir)
2.

Bidang Tugas dan Tanggungjawab Guru-Guru Pendidikan Khas


2.1 Penyelaras Kelas Pendidikan Khas

2.11 Pentadbiran Umum


1. Membentuk dan menggerakkan Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah,
2. Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum, Kokurikulum dan Kewangan peringkat sekolah,
3. Menyediakan takwim kelas pendidikan khas bersama dengan guru-guru pendidikan khas;
merancang, menyelia dan membantu
perjalanan aktiviti kelas pendidikan khas sepanjang tahun,
4. Memberi taklimat kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru tentang pengurusan kelas
pendidikan khas,
5. Menyampaikan maklumat dan dapatan mesyuarat Penyelaras bersama dengan Ketua Unit
Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran
N.Sembilan kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas,
6. Memastikan fail-fail kelas pendidikan khas seperti berikut diwujudkan dan sentiasa
dikemaskini :
6.1.
Fail Am Kelas Pendidikan Khas Sekolah,
6.2.
Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas,
6.3.
Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas,
6.4.
Fail Mata Pelajaran,
6.5.
Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas,
6.6.
Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas,
6.7.
Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI)

6.8.
Fail Kokurikulum Pendidikan Khas,
6.9.
Fail Program Inklusif,
6.10. Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas,
6.11. Fail Stok (Alatan dan Perabot),
6.12. Buku Stok
6.13. Laporan Mingguan Guru Bertugas.
7. Mengadakan perjumpaan bulanan bersama dengan semua guru pendidikan khas,
8. Menguruskan perjumpaan guru-guru pendidikan khas dengan ibu bapa murid khas,
9. Mengendalikan aduan ibu bapa bersama-sama dengan guru-guru pendidikan khas,
10. Merancang, melaksana dan menyelia Program Inklusif (jika ada),
11. Memastikan aktiviti kokurikulum kelas pendidikan khas dilaksanakan,
12. Memastikan semua guru dan murid pendidikan khas berada di perhimpuan pagi pada setiap
hari (tertakluk kepada amalan sekolah
dan keupayaan murid pendidikan khas),
13. Penyelaras Kelas Pendidikan Khas Sekolah Rendah hendaklah menyenaraikan nama muridmurid yang akan meneruskan
persekolahan ke sekolah menengah dan menghantarnya ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan
Pelajaran N.Sembilan pada bulan Oktober
setiap tahun bagi tujuan penempatan,
14. Memastikan semua dokumen berkaitan setiap murid yang akan menyambung persekolahan
ke sekolah menengah dihantar ke
sekolah yang berkenaan,
15. Penyelaras Kelas Pendidikan Khas Sekolah Menengah bertanggungjawab memastikan
borang permohonan murid-murid untuk
melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional atau Sekolah
Menengah Teknik/Vokasional dilengkapkan
dan dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan mengikut tarikh yang
ditetapkan dari masa ke semasa,
2.1.2 Pengurusan Hal Ehwal Guru
1. Mencalonkan nama guru-guru pendidikan khas belum mengikuti kursus pendedahan
pendidikan khas kepada Unit Pendidikan Khas,
Jabatan Pelajaran N.Sembilan supaya mereka dapat dihantar berkursus,
2. Memastikan semua guru pendidikan khas di bawah jagaannya mendapat elaun mengajar
kanak-kanak cacat,
3. Memastikan semua guru pendidikan khas di bawah jagaannya tidak disalahgunakan oleh
pihak sekolah.
2.1.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid
1. Memastikan nama murid pendidikan khas yang baru didaftarkan ke dalam Buku Daftar
Kemasukan Murid.
2. Memastikan murid pendidikan khas yang telah tamat tempoh percubaannya dinilai (bersama
dengan semua guru pendidikan khas)
dan keputusannya dicatatkan dalam Lampiran A (Borang Pengesahan Penempatan) dan
seterusnya dihantar ke Unit Pendidikan
Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan,

3. Menghantar permohonan kemasukan dan pertukaran murid pendidikan khas ke Unit


Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan
atau melalui Pejabat Pelajaran Daerah,
4. Memastikan semua murid pendidikan khas yang baru didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan
Masyarakat,
5. Memastikan permohonan sebarang bantuan kewangan bagi semua murid pendidikan khas
yang layak menerimanya diproses dan
dihantar sebelum tarikh tutup,
6. Memastikan bantuan kewangan yang diterima untuk murid pendidikan khas diuruskan
dengan cekap,
7. Memastikan murid pendidikan khas yang akan menduduki peperiksaan atau yang
diinklusifkan mendapat pinjaman buku teks.
8. Membantu menguruskan permohonan pertukaran murid sama ada di dalam atau ke luar
negeri dan memastikan dokumen murid ini
dihantar ke sekolah barunya.
9. Memastikan murid pendidikan khas yang tamat persekolahannya diberikan Sijil Berhenti
Sekolah.
2.1.4 Pengurusan Data
1. Memastikan data dan laporan status kelas pendidikan khas dikemaskini dan dihantar kepada
Pejabat Pelajaran Daerah masingmasing sebelum atau pada 10 haribulan setiap bulan,
2. Memastikan sesalinan data dan laporan status itu disimpan di dalam Fail Laporan Status
Program Pendidikan Khas.
2.1.5 Pengurusan Stok
1. Memastikan barangan yang dihantar ke kelas pendidikan khas oleh Jabatan Pendidikan
Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia dan
Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan diletakkan di dalam kelas
pendidikan khas,
2. Memastikan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) dilengkapkan sebelum dihantar ke Unit
Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan
dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan,
3. Memastikan alatan kepunyaan kelas pendidikan khas tidak disalahgunakan oleh mana-mana
pihak,
4. Menyemak Buku Stok yang disediakan oleh Guru Stok.
2.1.6 Pengurusan Kewangan
1. Memastikan peruntukan PCG kelas pendidikan khas dituntut sepenuhnya pada awal setiap
tahun,
2. Memastikan tuntutan pelarasan peruntukan PCG kelas pendidikan khas dibuat apabila
terdapat pertambahan bilangan murid
pendidikan khas (mengikut syarat pekelilingan kewangan semasa),
3. Membuat Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bersama-sama dengan pihak pentadbir
sekolah dan guru-guru pendidikan khas,

4. Menyemak baki peruntukan PCG kelas pendidikan khas dari masa ke semasa dan
memaklumkan kepada semua guru pendidikan
khas,
5. Menyemak status kewangan dan penyata akaun tabung kelas pendidikan khas yang
disediakan oleh bendahari kelas.
2.1.7 Pengurusan Kelas
1. Menyediakan satu peraturan untuk kelas pendidikan khas dan mendapatkan persetujuan
daripada pihak pentadbir sekolah sebelum
diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga,
2. Memastikan suasana kelas pendidikan khas selesa untuk pengajaran dan pembelajaran,
3. Memastikan keperluan alatan pengajaran dan pembelajaran kelas pendidikan khas
mencukupi,
2.1.8 Pengurusan Jadual Waktu
1. Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru pendidikan khas untuk menyediakan jadual waktu
yang sesuai dengan opsyen guru
masing-masing.
2. Menyerahkan sesalinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah dan Pejabat Pelajaran
Daerah.
2.1.9 Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran
1. Menyediakan jadual penyeliaan dan menyelia pengajaran dan pembelajaran di kelas
pendidikan khas dari masa ke semasa,
2. Memastikan Buku Persediaan Mengajar dan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) sentiasa
berada bersama dengan guru pendidikan
khas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan kedua-dua dokumen ini hendaklah
dikemaskini,
3. Menyemak dan memastikan rekod prestasi murid dikemaskini sebelum diedarkan kepada
ibu bapa atau penjaga,
4. Berhubung dengan Setiausaha Peperiksaan sekolah untuk mendaftarkan murid pendidikan
khas di kelasnya yang berpotensi untuk
menduduki peperiksaan awam,
2.1.10 Pengurusan Diri
1. Menjadi `role-model dan menunjukkan teladan yang baik kepada semua guru pendidikan
khas,
2. Memainkan peranan sebagai guru pembimbing dan kaunseling kepada semua guru
pendidikan khas.
2.2 Penolong Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
1.
Melaksanakan bidang tugas dan tanggungjawab Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
sekiranya beliau tidak berada di sekolah,
2.3 Setiausaha Kelas Pendidikan Khas

1.
Berbincang dengan Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk menetapkan tarikh mesyuarat
Jawatankuasa Pendidikan Khas atau
mesyuarat Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas atau perjumpaan dengan ibu bapa /
penjaga,
2.
Menyedia dan mengedarkan surat panggilan mesyuarat berkenaan bersama dengan minit
mesyuarat yang lepas dalam masa 7
hari sebelum tarikh mesyuarat,
3.
Menyediakan minit mesyuarat bagi setiap mesyuarat tersebut dan failkan dalam fail-fail
berkenaan,
4.
Mengemaskini salinan Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas dan Fail Jawatankuasa Panitia
Pendidikan Khas,
5.
Menyediakan surat-surat rasmi untuk aktiviti pendidikan khas,
6.
Mengumpul dan menjilidkan laporan aktiviti-aktiviti kelas pendidikan khas pada akhir
tahun dan dihantar ke Pejabat Pelajaran
Daerah dan Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan.
2.4 Bendahari Kelas Pendidikan Khas
1.
Mengumpul sumbangan ikhlas daripada ibu bapa/penjaga atau pihak lain,
2.
Menyediakan penyata akaun untuk merekodkan kemasukan dan pengeluaran wang dari
tabung kelas pendidikan khas,
3.
Mengemaskini akaun tabung kelas pendidikan khas pada setiap hujung bulan,
4.
Membentangkan kedudukan kewangan tabung kelas pendidikan khas dalam setiap
mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas
dan mesyuarat Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas.
2.5 Guru Kelas Pendidikan Khas
Pengurusan Dokumen
1. Merekod dan mengemaskini jadual kedatangan murid pada setiap hari,
2. Melengkapkan jadual kedatangan murid pada awal tahun dan mengemaskini maklumat di
dalamnya sekiranya berlaku sebarang
perubahan pada bilangan murid di dalam kelas pendidikan khas,
3. Memastikan Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI) muridnya sentiasa dikemaskini,
4. Menyedia dan memastikan Fail Peribadi semua muridnya lengkap,
5. Menguruskan surat menyurat berkaitan seperti surat kebenaran, surat rawatan, surat
panggilan mesyuarat dan lain-lain,
Pengurusan Hal Ehwal Murid
1. Membawa semua murid pendidikan khas di kelasnya ke perhimpunan pagi,
2. Memastikan bilangan murid pendidikan khas di kelasnya adalah sama sebelum dan selepas
rehat (untuk mengelak murid
pendidikan khas daripada ponteng),
3. Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan, keselamatan dan disiplin murid-murid
pendidikan khas di kelasnya,
3. Menguruskan pendaftaran kemasukan murid pendidikan khas yang baru,
4. Memaklumkan kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas tentang murid pendidikan khas di
kelasnya yang telah tamat tempoh
percubaan,

5. Memaklumkan kepada Penyelaras kelas Pendidikan Khas tentang murid akan melanjutkan
pelajaran ke sekolah menengah atau
Sekolah Vokasional,
6. Menguruskan pinjaman buku teks bagi murid pendidikan khas di kelasnya yang akan
menduduki peperiksaan awam,
7. Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid pendidikan khas berkenaan jika berlaku sebarang
kesulitan,
8. Menguruskan Sijil Berhenti Sekolah murid-murid pendidikan khas,
Pengurusan Data
1. Melaporkan status kedudukan bilangan murid-murid kepada Penyelaras Kelas Pendidikan
Khas supaya maklumat Laporan Status
Program Pendidikan Khas pada setiap bulan adalah tepat.
Pengurusan Kewangan
1. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan yuran murid dan mengeluarkan resit,
Pengurusan Kelas
1. Memastikan kelas sentiasa dalam keadaan kemas dan ceria,
2. Menyedia dan mempamerkan jadual waktu kelas,
3. Melantik Jawatankuasa Kelas, membuat Carta Organisasi Kelas dan mempamerkan carta
tersebut,
4. Menyediakan jadual bertugas kelas dan menjaga kebersihan kelas,
5. Memastikan kelasnya dibuka pada setiap pagi dan ditutup sebelum balik.
Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran
1. Memastikan rekod prestasi murid-murid pendidikan khas di kelasnya dilengkapkan sebelum
diserahkan kepada ibu bapa untuk
ditandatangani,
2. Mengenalpasti murid pendidikan khas di kelasnya yang layak diinklusifkan dan yang
berpotensi menduduki peperiksaan awam dan
memaklumkan kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk tindakan lanjut,
2.6 Guru Mata Pelajaran
1.
Menganggotai Ahli Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran Sekolah,
2.
Menyimpan maklumat Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Buku Panduan,
Buku Kerja dan senarai Bahan Bantu
Mengajar (BBM) yang digunapakai,
3.
Melengkapkan Fail Mata Pelajaran masing-masing,
4.
Menggubal soalan penilaian dan menjalankan ujian penilaian,
5.
Menyimpan soalan-soalan dalam Fail Mata Pelajaran untuk Bank Soalan,
6.
Mencatatkan prestasi murid ke dalam Rekod Prestasi Murid selepas setiap ujian dan
menyerahkan markah-markah itu
kepada guru kelas,
7.
Mengemaskini nota dan bahan pengajaran dan pembelajaran,
8.
Menyimpan minit mesyuarat panitia di dalam Fail Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas,
9.
Mengemaskini Rancangan Pengajaran Individu (RPI) untuk mata pelajaran yang diajar,

10. Menyenaraikan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang diperlukan dan membentangkannya di
dalam mesyuarat Jawatankuasa
Panitia Pendidikan Khas supaya dapat diambilkira dalam ABM kelas pendidikan khas.
2.7 Guru Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas
1.
Merancang aktiviti tahunan kokurikulum kelas pendidikan khas seperti sukan,
kebudayaan, kelab, persatuan dan pasukan
beruniform,
2.
Mendaftarkan kelab atau persatuan unit beruniform murid pendidikan khas dengan pihakpihak yang berkenaan (rujuk
kepada Guru/Penolong Kanan Kokurikulum sekolah),
3.
Mendokumentasikan segala hal yang berkaitan dengan kelab seperti pendaftaran,
peraturan, yuran, pakaian, masa
perjumpaan dan lain-lain; failkan di dalam Fail Kokurikulum Pendidikan Khas,
4.
Menyediakan kertas kerja untuk aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang,
5.
Menyediakan segala surat menyurat, dokumen dan membuat permohonan untuk
mendapatkan kebenaran bagi
melaksanakan setiap aktiviti kokurikulum,
6.
Menyediakan laporan tahunan bagi setiap aktiviti kokurikulum yang telah dilaksanakan;
satu salinan untuk Fail Kokurikulum
Pendidikan Khas dan satu salinan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pendidikan Khas.
2.8 Guru Disiplin Kelas Pendidikan Khas
1.
Mengendalikan kes-kes disiplin murid,
2.
Berbincang dengan Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk mengadakan perjumpaan
bersama guru-guru pendidikan khas
lain bagi membincang dan menyelesaikan masalah tingkahlaku murid pendidikan khas,
3.
Berbincang dengan Penyelaras Kelas Pendidikan Khas dan pihak pentadbir sekolah untuk
mengadakan perjumpaan dengan
ibu bapa kepada murid pendidikan khas yang menunjukkan masalah tingkahlaku yang
membimbangkan,
4.
Merekodkan segala maklumat dan tindakan yang diambil dan disimpan ke dalam Fail
Disiplin Kelas Pendidikan Khas.
2.9 Guru Keceriaan Kelas Pendidikan Khas
1.
Membentuk Jawatankuasa Keceriaan Kelas Pendidikan Khas,
2.
Merancang projek keceriaan kawasan sekitar kelas pendidikan khas,
3.
Mendokumentasikan program keceriaan yang telah dilaksanakan,
4.
Memastikan penglibatan di dalam pertandingan keceriaan kelas peringkat sekolah, daerah
dan negeri,
5. Melengkap dan mengemaskini maklumat di Bilik Gerakan Pendidikan Khas.
2.10 Guru Stok Kelas Pendidikan Khas
1.
Mendapatkan salinan invois pesanan barangan daripada pembekal sebagai bukti pembelian
barangan dan serahkan kepada
kerani pejabat yang menguruskan akaun kelas pendidikan khas,

2.
Mencatatkan setiap barangan yang dibeli ke dalam Buku Stok berdasarkan maklumat di
dalam salinan invois dalam tempoh
7 hari dari tarikh penerimaan barangan tersebut,
3.
Menyedia dan merekodkan nombor siri alatan atau perabot kekal yang dibeli atau diterima
pada Kad Stok,
4.
Melabel nombor siri pada alatan atau perabot kekal yang dibeli atau diterima seperti
contoh di bawah:
5.
Bagi barangan atau perabot yang dibekalkan oleh Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran
Perak, lengkapkan Sijil Akuan
Penerimaan (SAP) bagi setiap barangan tersebut dan menyerahkannya kepada Penyelaras
Kelas Pendidikan Khas untuk
dikembalikan ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan,
6.
Satu salinan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) bagi setiap barangan berkenaan hendaklah
disimpan di dalam Fail Stok (Alatan
dan Perabot),
7.
Mengemaskini Fail Stok (Alatan dan Perabot),
8.
Memeriksa stok barangan dan mengemaskini Buku Stok pada pertengahan dan akhir
tahun,
9.
Menyerahkan Fail Stok (Alatan dan Perabot) dan juga Buku Stok kepada Penyelaras Kelas
Pendidikan Khas untuk disahkan
sebelum diserahkan kepada pejabat.
2.11 Guru Bertugas Mingguan Kelas Pendidikan Khas
1.
Menulis laporan tugas harian di dalam Buku Laporan Bertugas Mingguan Kelas
Pendidikan Khas,
2.
Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid pendidikan khas yang sakit,
3.
Membawa murid pendidikan khas yang sakit ke hospital (jika perlu),
4.
Memastikan keceriaan, keselamatan dan kebersihan kelas pendidikan khas dalam keadaan
terurus sepanjang minggu
bertugas,
5.
Membantu guru kelas menguruskan murid-murid pendidikan khas semasa perhimpunan
pagi.

3.

Pengurusan Fail-fail Pendidikan Khas

3.1 Fail Am Kelas Pendidikan Khas


Penyelaras Kelas Pendidikan Khas perlu memohon kepada pihak sekolah supaya mewujudkan
satu Fail Am bagi kelas pendidikan khas dengan nombor rujukan untuk menyimpan segala surat
menyurat berkaitan urusan kelas pendidikan khas di sekolah.
Satu salinan fail tersebut hendaklah disimpan di kelas pendidikan khas untuk memudahkan
rujukan.
3.2 Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyediakan Fail Jawatankuasa
Pendidikan Khas dan memuatkan dokumen-dokumen berikut :


o Minit mesyuarat,
o Takwim Tahunan Kelas Pendidikan Khas,
o Kertas Kerja Aktiviti / Projek Kelas Pendidikan Khas,
o Surat menyurat setiap Aktiviti / Projek Kelas Pendidikan Khas,
o Laporan Aktiviti / Projek Kelas Pendidikan Khas,
o Jadual Pencerapan,
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas perlu memastikan Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas ini
dikemaskini dari masa ke semasa.
Fail ini hendaklah disimpan di bilik Pengetua / Guru Besar dan di kelas pendidikan khas supaya
mudah dirujuk oleh Penyelaras Kelas Pendidikan Khas, guru-guru pendidikan khas, pihak
pentadbir sekolah dan pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran
Negeri Sembilan pada bila-bila masa.
3.3

Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyediakan Fail Maklumat Kelas


Pendidikan Khas dan memuatkan dokumen-dokumen berikut :

Pekeliling-pekeliling Pendidikan Khas,

Borang Biodata Guru,

Borang Biodata Murid,

Statistik Murid Pendidikan Khas,

Jadual Waktu Induk Kelas dan Jadual Waktu Peribadi Guru,

Rekod keputusan UPSR, PMR dan SPM

Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas juga bertanggungjawab mengemaskinikan Fail Maklumat


Kelas Pendidikan Khas ini dari masa ke semasa.
Fail ini hendaklah disimpan di bilik Pengetua / Guru Besar dan di kelas pendidikan khas supaya
mudah dirujuk oleh Penyelaras Kelas Pendidikan Khas, guru-guru pendidikan khas, pihak
pentadbir sekolah dan pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran
Negeri Sembilan pada bila-bila masa.
3.4

Fail Mata Pelajaran

Guru Mata Pelajaran bertanggungjawab menyedia dan mengemaskini Fail Mata Pelajaran
masing-masing. Fail ini mengandungi dokumen-dokumen berikut :

Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran,

Maklumat semasa mengenai mata pelajaran,

Senarai Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang digunapakai,

Jadual peperiksaan / penilaian,

Soalan-soalan peperiksaan / penilaian,

Rumusan pencapaian setiap murid selepas setiap peperiksaan / penilaian,

Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.

3.4 Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas


Fail ini diwujudkan untuk menyimpan sesalinan Laporan Status Program Pendidikan Khas yang
wajib dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah pada setiap bulan.
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail
Laporan Status Program Pendidikan Khas.
3.5

Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas

Guru kelas pendidikan khas bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Peribadi
Murid bagi setiap anak muridnya. Fail ini memuatkan dokumen-dokumen berikut :

Surat Penempatan Murid ke Program Pendidikan Khas dari Unit Pendidikan Khas,
Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan,

Salinan Lampiran A,

Salinan Borang Pendaftaran dan Cadangan Penempatan Kanak-Kanak Keperluan Khas


( 0 - 18 Tahun ),

Salinan Borang Pertukaran Sekolah - (jika ada),

Salinan Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan,

3 keping gambar murid berukuran pasport,

Salinan permohonan Kad Orang Kurang Upaya,

Salinan Kad Orang Kurang Upaya,

Kad atau Buku Kesihatan Murid,

Salinan Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan yang diterima oleh murid,

Rekod Prestasi Murid,

Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan murid.

3.6

Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI)

Guru mata pelajaran bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Rancangan


Pengajaran Individu (RPI) bagi setiap muridnya mengikut mata pelajaran yang diajarnya.
3.7 Fail Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan Guru Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas
bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas.
Kandungan Fail Kokurikulum adalah berikut :

Jawatankuasa Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas,

Jadual Waktu pelaksanaan aktiviti kokurikulum,

Rekod kehadiran guru dan murid pendidikan khas,

Maklumat mengenai jenis-jenis aktiviti kokurikulum yang dijalankan pada setiap sesi,

Kertas kerja program / aktiviti kokurikulum yang akan dilaksanakan,

Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan setiap kokurikulum kelas


pendidikan khas,

Laporan program / aktiviti kokurikulum yang telah dilaksanakan,

Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.

3.8

Fail Program Inklusif

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan guru-guru dalam Jawatankuasa Program
Inklusif bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Program Inklusif. Fail ini
mengandungi dokumen-dokumen seperti :

3.9

Jawatankuasa Program Inklusif,

Kertas kerja perancangan dan pelaksanaan Program Inklusif,

Jadual Waktu guru dan murid yang terlibat,

Biodata murid yang diinklusifkan,

Rekod kehadiran murid ke kelas inklusif,

Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan Program Inklusif,

Laporan semasa pelaksanaan Program Inklusif,

Rekod prestasi murid,

Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.


Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan Guru Disiplin Kelas Pendidikan Khas
bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas. Fail ini
merekodkan tingkahlaku murid-murid pendidikan khas yang serius dan memerlukan satu kaedah

pengubahsuaian tingkahlaku untuk membantunya. Fail ini mengandungi dokumen-dokumen


berikut :

Jawatankuasa Disiplin Kelas Pendidikan Khas,

Biodata murid pendidikan khas yang dikenalpasti menghadapi masalah tingkahlaku,

Catatan jenis masalah tingkahlaku, masa dan tarikh ia berlaku,

Cadangan model pengubahsuaian tingkahlaku untuk membantu murid tersebut,

Surat pemakluman kepada ibu bapa / penjaga,

Surat perjanjian dengan ibu bapa / penjaga berhubung dengan pelaksanaan


pengubahsuaian tingkahlaku ke atas anak mereka,

Rekod perkembangan semasa tingkahlaku murid tersebut,

Laporan akhir setelah masalah tingkahlaku itu berjaya ditangani.

3.10

Fail Stok (Alatan dan Perabot)

Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan Guru Stok Kelas Pendidikan Khas
bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Stok (Alatan dan Perabot). Fail ini
bertujuan untuk merekodkan alatan dan perabot yang dibeli atau diterima daripada Jabatan
Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia atau Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran
Negeri Sembilan.
Maklumat yang perlu akan di dalam fail ini ialah :

Daftar senarai item,

Maklumat setiap item yang dibeli atau diterima iaitu tarikh penerimaan, jumlah unit
dibeli atau diterima, syarikat pembekal, harga seunit, jenama, dan lain-lain,

Salinan dokumen untuk setiap item berkenaan iaitu invois pembelian, dokumen
penghantaran oleh syarikat pembekal dan Sijil Akuan Penerimaan (SAP).

Sijil Akuan Penerimaan (SAP) hendaklah dilengkapkan bagi setiap barangan yang diterima
daripada Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia atau Unit Pendidikan Khas,
Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

SAP yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar kepada Unit Pendidikan Khas, Jabatan
Pelajaran Negeri Sembilan dalam masa 7 hari dari tarikh penerimaan supaya Unit Pendidikan
Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Perak dapat mengetahui status penghantaran barangan tersebut
ke sekolah-sekolah.
3.11 Buku Stok
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab mendapatkan buku stok daripada pejabat
sekolah. Guru Stok bertanggungjawab merekod dan mengemaskinikan semua alatan pejabat atau
jenis-jenis alatan gunapakai yang dibeli menggunakan peruntukan PCG kelas pendidikan khas ke
dalam Buku Stok. Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyemak dan
mengesahkan maklumat-maklumat dalam Buku Stok sebelum diserah kepada pejabat sekolah
pada hujung tahun.
3.12 Laporan Mingguan Guru Bertugas
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama semua guru pendidikan khas perlu menetapkan satu
format laporan harian yang dipersetujui oleh semua untuk kegunaan di sekolah masing-masing.
Laporan mingguan ini boleh direkodkan dalam buku atau helaian borang laporan ini difailkan.
Laporan harian bertujuan mencatatkan peristiwa yang berlaku di kelas pendidikan khas pada
setiap hari sepanjang minggu berkenaan. Antara peristiwa yang perlu dicatat di dalam laporan
harian adalah berikut :

guru yang tidak hadir pada hari berkenaan,

murid yang tidak hadir pada hari berkenaan,

murid-murid yang balik awal,

guru-guru yang keluar untuk tugas rasmi pada hari berkenaan,

murid yang ponteng selepas rehat,

lawatan atau kunjungan dari pihak luar,

lain-lain peristiwa.

4.

Pengurusan Data Pendidikan Khas

4.1

Laporan Status Program Pendidikan Khas

Laporan Status Program Pendidikan Khas hendaklah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah
sebelum atau pada 10 haribulan setiap bulan.

Laporan Status Program Pendidikan Khas yang lengkap perlu dihantar juga walaupun tidak
terdapat perubahan.
Salinan laporan status program pendidikan khas bagi setiap bulan hendaklah difailkan di dalam
Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas.
Format Laporan Status Program Pendidikan Khas boleh didapati dalam bentuk bercetak
(hardcopy) dan juga dalam disket (softcopy) daripada Pejabat Pelajaran Daerah dan Unit
Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.
4.2

Maklumat Guru dan Murid Pendidikan Khas

Maklumat guru dan murid pendidikan khas hendaklah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah pada
bulan Januari setiap tahun. Maklumat guru dan murid pendidikan khas hendaklah dihantar dalam
bentuk bercetak (hardcopy) berserta dengan disket (softcopy ).
Selepas itu senarai maklumat perlu dihantar sekiranya ada perubahan pada bilangan guru atau
murid pendidikan khas.
Format maklumat guru dan murid pendidikan khas boleh didapati dalam bentuk bercetak (
hardcopy ) dan juga dalam disket ( softcopy ) daripada Pejabat Pelajaran Daerah dan Unit
Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.
5.

Bantuan Per Kapita ( PCG ) Pendidikan Khas

5.1

Tuntutan PCG Kelas Pendidikan Khas

Tuntutan PCG bagi tahun semasa hendaklah dibuat berdasarkan enrolmen murid pendidikan khas
pada 30 September tahun sebelumnya.
Sekolah dibenarkan membuat tuntutan pelarasan sekali sahaja dalam setahun dengan syarat ada
pertambahan enrolmen murid pendidikan khas sebanyak 5%.
Kelas yang baru beroperasi boleh menuntut peruntukan PCG berdasarkan enrolmen murid
pendidikan khas pada tarikh mula beroperasi.
Rujuk Surat Pekeliling Kewangan semasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran N.Sembilan
pada setiap tahun.
5.2 Buku Tunai PCG
Bagi sekolah integrasi yang mempunyai lebih daripada satu program, setiap program hendaklah
mempunyai buku tunainya sendiri supaya segala perbelanjaan bagi setiap program dapat diselia
secara berasingan.
5.3

Penggunaan Peruntukan PCG untuk Membiayai Projek Sekolah dan Daerah

Merujuk surat Jabatan Pelajaran N.Sembilan ________ bertarikh ______ jelas menyatakan
bahawa sebarang projek yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan daerah hanya boleh
ditampung menggunakan peruntukan PCG bahagian LPBT sahaja.
6.
Kutipan Yuran Persekolahan Murid Pendidikan Khas
Murid pendidikan khas yang berdaftar di sekolah kerajaan hendaklah membayar yuran
persekolahan mengikut kadar semasa yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia.
7.

Pengurusan Kelas Pendidikan Khas

7.1 Peraturan Kelas Pendidikan Khas


Penyelaras Kelas Pendidikan Khas perlu mengedarkan satu salinan peraturan kelas pendidikan
khas yang telah diluluskan oleh sekolah kepada semua ibu bapa atau penjaga untuk supaya
mereka sedia maklum dan dapat mematuhi peraturan tersebut.
7.2

Suasana Kelas Pendidikan Khas

Sebuah kelas pendidikan khas yang piawai hendaklah mempunyai item-item yang berikut :

Jadual Waktu Kelas,

Catatan Aktiviti Bulanan pada papan kenyataan kelas,

Carta Organisasi Kelas,

Jadual Bertugas Kelas Pendidikan Khas,

Carta bergambar murid-murid pendidikan khas,

Carta-carta maklumat kelas,

Carta Aliran Pendaftaran Murid Berkeperluan Khas,

Carta-carta lain yang berkaitan.

Selain itu, guru kelas pendidikan khas adalah digalakkan untuk menceriakan lagi kelasnya
mengikut kreativiti masing-masing.
8.

Pengurusan Jadual Waktu

8.1

Jadual Waktu

Jadual Waktu perlu dipamerkan di depan kelas.


Salinan jadual waktu perlu diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga bagi tujuan makluman.
Tempoh Pembelajaran bagi Sekolah Rendah - 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari Tempoh
Pembelajaran bagi Sekolah Menengah
- 7.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempoh Pengajaran dan Pembelajaran bagi satu waktu ialah 30 minit.

Masa rehat hendaklah dibuat 10 minit lebih awal bagi tujuan memudahkan murid pendidikan
khas membeli makanan dan tamat 10 minit lebih lewat daripada masa rehat bagi murid lain
untuk memberikan masa mereka berinteraksi dengan murid lain.
Agihan waktu yang dicadangkan :
Sekolah
Subjek
Sekolah Rendah
Menengah
Bahasa
5 waktu
6 waktu
Melayu
Bahasa
5 waktu
5 waktu
Inggeris
Matematik
6 waktu
6 waktu
Pendidikan
2 waktu
2 waktu
Seni
Agama /
5 waktu
5 waktu
Moral
Pendidikan
4 waktu
4 waktu
Jasmani
Sosial Alam
6 waktu
4 waktu
Sekitar
Kemahiran
11 waktu
8 waktu
Hidup
Muzik
2 waktu
2 waktu
Perhimpunan
2 waktu
2 waktu
Jumlah
48 waktu
44 waktu
Salinan jadual waktu induk dan peribadi perlu dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan
Pelajaran N.Sembilan dan Pejabat Pelajaran Daerah bagi memudahkan pegawai untuk
mengatur jadual penyeliaan.
9.

Pendaftaran Masuk Murid Pendidikan Khas yang baru

9.1

Prosedur Kemasukan ke Kelas Pendidikan Khas

Murid yang dikenalpasti memerlukan pendidikan khas perlu menjalani pemeriksaan dan
mendapatkan pengesahan dari pegawai perubatan di hospital kerajaan atau pusat kesihatan
kerajaan menggunakan BORANG PENDAFTARAN DAN CADANGAN PENEMPATAN
KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS (0-18 TAHUN).
Borang tersebut boleh diperolehi di hospital kerajaan, pusat kesihatan kerajaan, Unit Pendidikan
Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan dan Pejabat Pelajaran Daerah.
Selepas menjalani pemeriksaan, borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke ke Unit
Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan atau melalui Pejabat Pelajaran Daerah.

Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan kemudiannya akan memproses borang
permohonan itu dan membuat penempatan berdasarkan laporan perubatan tersebut ke program
pendidikan khas yang sesuai.
9.2 Tempoh Percubaan
Murid Pendidikan Khas yang baru akan diberikan tempoh percubaan selama sebulan bagi
menyesuaikan diri dengan pembelajaran di kelas pendidikan khas dan juga suasana sekolah.
Setelah tamat tempoh percubaan, Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan semua
guru pendidikan khas hendaklah membuat laporan penilaian ke atas murid berkenaan dengan
melengkapkan Lampiran A dan menghantarnya ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran
N.Sembilan.
Murid baru tersebut yang dapat menyesuaikan diri akan meneruskan persekolahannya manakala
murid yang masih belum dapat menyesuaikan diri akan dilanjutkan tempoh percubaannya
sehingga tiga bulan bergantung kepada keadaan.
Kalau murid baru berkenaan masih lagi didapati tidak sesuai selepas dilanjutkan tempoh
percubaannya, murid itu boleh ditangguhkan persekolahannya bagi satu tempoh tidak lebih dari
12 bulan bermula dari tarikh dia melaporkan diri ke sekolah. Tujuan dicadangkan penangguhan
ini adalah atas sebab murid berkenaan belum lagi dapat berdikari semasa berada di sekolah dan
diharap sepanjang tempoh penangguhan itu, murid itu dapat belajar menguruskan dirinya dengan
baik.
Murid pendidikan khas yang baru hendaklah didaftarkan ke dalam Buku Daftar Kemasukan
Murid pada hari pertama dia melaporkan diri ke sekolah tanpa mengambilkira sama ada dia
akan melepasi tempoh percubaannya atau tidak.
10.

Pengurusan Pertukaran Murid Pendidikan Khas

10.1

Pertukaran Murid Pendidikan Khas Dalam Negeri

Murid pendidikan khas yang ingin bertukar sekolah di dalam negeri hendaklah mengisi Borang
Pertukaran Dalam Negeri (sebanyak lima salinan) dan menghantarnya terus ke Unit Pendidikan
Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan atau melalui Pejabat Pelajaran Daerah. Selepas permohonan
diproses, surat kelulusan dan arahan pertukaran ke sekolah baru akan dikeluarkan.
Bagi pertukaran murid pendidikan khas dalam negeri, BORANG PENDAFTARAN DAN
CADANGAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS (0-18 TAHUN) dan
Lampiran A tidak perlu disertakan kerana murid berkenaan telah pun dinilai di sekolah lama
dan telah lulus tempoh percubaannya.
Apabila berlaku pertukaran sekolah, Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas dan lain-lain
dokumen murid berkenaan hendaklah dihantar ke sekolah baru.
10.2 Pertukaran Murid Pendidikan Khas Keluar Negeri
Murid pendidikan khas yang ingin bertukar sekolah ke luar negeri hendaklah mengisi Borang
Pertukaran Ke Luar Negeri ( sebanyak enam salinan ) dan menghantarnya terus ke Unit
Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan atau melalui Pejabat Pelajaran Daerah. Selepas
permohonan diproses, surat kelulusan dan arahan pertukaran ke sekolah baru akan dikeluarkan.

Apabila berlaku pertukaran sekolah, Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas dan lain-lain
dokumen murid berkenaan hendaklah dihantar ke sekolah baru.
10.3 Pertukaran dari Kelas Aliran Perdana ke Kelas Pendidikan Khas
Murid dari kelas aliran perdana yang dikenalpasti menghadapi masalah pembelajaran dan
mendapat persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga supaya dimasukkan ke kelas pendidikan
khas perlu menjalani pemeriksaan dan mendapat pengesahan dari pegawai perubatan.
Lima salinan Borang Pertukaran Dalam Negeri dan BORANG PENDAFTARAN DAN
CADANGAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS (0-18 TAHUN) yang
telah dilengkapkan hendaklah dihantar terus ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak
atau melalui Pejabat Pelajaran Daerah. Selepas permohonan diproses, surat kelulusan dan arahan
pertukaran ke kelas pendidikan khas akan dikeluarkan.
Murid yang baru ini akan diberikan tempoh percubaan selama sebulan untuk menyesuaikan diri
dengan pembelajaran di kelas pendidikan khas.
Murid yang dapat menyesuaikan diri akan meneruskan persekolahannya. Murid yang masih
belum dapat menyesuaikan diri akan dilanjutkan tempoh percubaannya sehingga tiga bulan atau
ditangguhkan tempoh persekolahannya selama satu tempoh tidak melebihi 12 bulan bermula dari
tarikh dia melaporkan diri ke sekolah.
11.
Pengajaran dan Pembelajaran
11.1 Kurikulum
Setiap mata pelajaran atau kemahiran yang diajar di kelas pendidikan khas hendaklah memenuhi
keperluan dan kemampuan murid berdasarkan Rancangan Pengajaran Individu (RPI).
Bagi murid pendidikan khas yang berkemampuan belajar, guru hendaklah memperbanyakkan
mata pelajaran berbentuk akademik.
Bagi murid pendidikan khas yang kurang kemampuan belajar, guru hendaklah memperuntukkan
lebih masa untuk aktiviti-aktiviti berbentuk amali atau vokasional.
11.2 Kokurikulum
Waktu kokurikulum mesti dijalankan di luar waktu kurikulum. Masa yang diperuntukkan untuk
aktiviti kokurikulum adalah 120 minit.
Aktiviti kokurikulum boleh dijalankan selepas waktu sekolah atau pada hari Sabtu bekerja.
Sekolah digalakkan menubuhkan kelab atau persatuan dan unit beruniform untuk kelas
pendidikan khas.
Segala perancangan dan pelaksanaan aktiviti mesti direkodkan di dalam Fail Kokurikulum Kelas
Pendidikan Khas.
Murid pendidikan khas yang berkemampuan hendaklah diinklusifkan ke dalam aktiviti
kokurikulum bersama dengan murid aliran perdana.
11.2

Pencerapan Pengajaran Guru Pendidikan Khas

Pencerapan ke atas pengajaran guru pendidikan khas boleh dilakukan oleh pentadbir sekolah
mengikut jadual dan oleh pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri
pada bila-bila masa.
12.
12.1

Dokumen Rasmi Pengajaran dan Pembelajaran


Buku Persediaan Mengajar Guru Pendidikan Khas

Sehingga kini, belum ada Buku Persediaan Mengajar yang dicetak khas untuk Guru Pendidikan
Khas. Jadi semua guru pendidikan khas masih menggunakan Buku Persediaan Mengajar sekolah
masing-masing.
Buku Persediaan Mengajar Guru merupakan dokumen rasmi dan hendaklah sentiasa berada
bersama dengan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Butiran harian yang perlu
ditulis dalam Buku Persediaan Mengajar adalah seperti berikut :

Tarikh dan Masa

Kelas

Tajuk

Kemahiran

Isi Pelajaran

Objektif

Langkah Pengajaran / Aktiviti

Bahan Bantu Mengajar

Refleksi ( hanya boleh ditulis selepas habis sesi pengajaran dan pembelajaran )

12.2 Rancangan Pengajaran Individu (RPI)


Rancangan Pengajaran Individu (RPI) merupakan dokumen rasmi yang merekodkan
perkembangan dan pencapaian murid pendidikan khas bagi satu-satu kemahiran atau tajuk yang
diajar.
Rancangan Pengajaran Individu (RPI) membantu guru mengetahui perkembangan murid bagi
membolehkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran seterusnya. RPI mesti ditulis dan
dikemaskinikan dari masa ke semasa.
Garis panduan pelaksanaan RPI boleh dirujuk di dalam buku Panduan Rancangan Pengajaran
Individu terbitan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.
13.
Persekolahan Murid Pendidikan Khas
Seperti juga murid-murid di aliran perdana, jumlah tempoh belajar murid-murid pendidikan khas
adalah selama sebelas tahun iaitu enam tahun di sekolah rendah dan lima tahun di sekolah
menengah. Namun mereka diberi pilihan untuk melanjutkan tempoh tersebut selama dua tahun
menjadikan tempoh belajar mereka selama tiga belas tahun. Tempoh lanjutan belajar itu boleh
diambil sama ada di peringkat persekolahan rendah ataupun menengah ataupun kedua-duanya
iaitu satu tahun di peringkat rendah dan satu tahun lagi di peringkat menengah. Rujuk Pekeliling
KP(BS)8591/Jld.XVII(16) bertarikh 3 Disember 2002.

13.1 Sekolah Rendah


Umur persekolahan murid pendidikan khas sekolah rendah bermula dari 7 tahun hingga 12
tahun. Tempoh persekolahan boleh dilanjutkan 1 hingga 2 tahun jika murid masih belum
menguasai kemahiran dengan memuaskan dan kemahiran belajarnya masih di tahap rendah.
Murid yang tamat persekolahan peringkat rendah akan disyorkan ke program percantuman
pendidikan khas sekolah menengah.
13.2 Sekolah Menengah
Umur persekolahan murid pendidikan khas sekolah menengah bermula dari 13 tahun hingga 17
tahun (jika murid berkenaan tidak memilih untuk melanjutkan tempoh persekolahannya sama
ada di rendah atau menengah).
Murid yang tamat persekolahan peringkat menengah dan telah menduduki peperiksaan Penilaian
Menengah Rendah (PMR) boleh membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah
Menengah Pendidikan Khas Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik/Vokasional. Borang
permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan
Pelajaran N.Sembilan tidak lewat dari tarikh yang ditetapkan.
Walau bagaimanapun, tawaran tempat dan tarikh kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan
Khas Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik/Vokasional adalah tertakluk kepada pindaan
semasa.
Rujuk Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Khas untuk maklumat lanjut.
14.
Peperiksaan Awam
Murid-murid pendidikan khas juga berpeluang untuk menduduki Peperiksaan UPSR dan PMR.
Pada kebiasaannya, mereka akan diberikan beberapa kelonggaran syarat semasa menduduki
Peperiksaan Awam tersebut. Hubungi Setiausaha Peperiksaan sekolah masing-masing atau Unit
Peperiksaan, Jabatan Pelajaran N.Sembilan untuk maklumat selanjutnya.
14.1 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
Murid-murid pendidikan khas sekolah rendah yang berkemampuan belajar hendaklah diberikan
peluang untuk menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Walau bagaimanapun had
umur untuk menduduki peperiksaan berkenaan adalah sehingga 14 tahun sahaja.
Keputusan peperiksaan murid pendidikan khas berkenaan hendaklah dihantar ke Unit Pendidikan
Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan dan salinan kepada Pejabat Pelajaran Daerah dalam masa 7
hari selepas keputusan rasmi UPSR diumumkan.
14.2 Penilaian Menengah Rendah (PMR)
Murid-murid pendidikan khas sekolah menengah yang berkemampuan belajar hendaklah diberi
peluang untuk menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Walau
bagaimanapun had umur untuk menduduki peperiksaan berkenaan adalah sehingga 19 tahun
sahaja.
Keputusan peperiksaan murid pendidikan khas berkenaan hendaklah dihantar ke Unit Pendidikan
Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan dan salinan kepada Pejabat Pelajaran Daerah dalam masa 7
hari selepas keputusan rasmi PMR diumumkan.
Calon pendidikan khas yang akan menduduki peperiksaan awan perlu mengikuti peperiksaan di
bawah kelolaan sekolah untuk membolehkan mereka membiasakan diri dengan suasana
peperiksaan.

Calon hanya boleh menduduki peperiksaan UPSR dan PMR sekali sahaja. Calon yang telah
mengambil peperiksaan berkenaan semasa dia berada di kelas aliran perdana tidak dibenarkan
menduduki peperiksaan yang sama selepas dia telah diterima memasuki kelas pendidikan khas.
15.
Penilaian dan Rekod Prestasi Murid
Penilaian secara `formal dan informal hendaklah dilaksanakan bagi menilai pencapaian murid
pendidikan khas. Soalan penilaian dan pelaksanaan ujian adalah tanggungjawab Guru Mata
Pelajaran masing-masing.
Penilaian perlu dibuat sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
Keputusan mesti direkodkan dalam Rekod Prestasi Murid Pendidikan Khas dan disahkan oleh
pihak pentadbir sekolah.
Rekod Prestasi Murid Pendidikan Khas mesti diserahkan kepada ibu bapa atau penjaga untuk
ditandatangani.
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama semua guru pendidikan khas perlu menetapkan satu
format laporan prsetasi yang dipersetujui oleh semua untuk kegunaan di sekolah masing-masing.
Helaian laporan ini perlu dijilidkan untuk dijadikan satu buku.
16.

Pembukaan Kelas Pendidikan yang Baru

Semakin hari semakin ramai ibu bapa yang mendaftarkan anak-anak istimewa mereka ke sekolah
untuk menerima pendidikan formal. Justeru itu, lebih banyak program integrasi pendidikan khas
perlu dibuka untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak ini.
Sebelum sesebuah kelas pendidikan khas baru itu mula beroperasi, Unit Pendidikan Khas,
Jabatan Pelajaran N.Sembilan akan memastikan segala kemudahan tempat dan keperluan asas
untuk proses pengajaran dan pembelajaran mencukupi.
Guru pendidikan khas akan dihantar ke sekolah berkenaan untuk membuat persiapan awal bagi
menyediakan kelas pendidikan khas yang bakal dibuka nanti.
Satu senarai semak telah dirangka oleh Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan
untuk membantu guru pendidikan khas tersebut.

Penasihat
Pengerusi
N. Pengerusi 1
N. Pengerusi 2
N. Pengerusi 3
Penyelaras
Pen. Penyelaras
Setiausaha
Bendahari
AJK-AJK

:
:
:
:
:
:
:
:
:

Pengetua / Guru Besar


Penolong Kanan / Guru Kanan Pendidikan Khas
Penolong Kanan / Guru Kanan Pentadbiran
Penolong Kanan / Guru Kanan Hal Ehwal Murid
Penolong Kanan / Guru Kanan Kokurikulum
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
Guru pendidikan khas
Guru pendidikan khas
Guru pendidikan khas
Guru pendidikan khas

You might also like