Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Bahagian Pembangunan Modal Insan


Aras 4, Blok C1 Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA.
(u/p : Pelajar Tajaaan ( Dalam Negara))
Tuan/Puan,
PERMOHONAN TUNTUTAN BAYARAN BALIK YURAN SEMESTER PENDEK
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2.

Saya, Nama ( ic num ), pelajar tahun dua Kursus Sarjana Muda Sains Seni Bina, Fakulti

Alam Bina di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor bagi semestar 1 2014/2015 ingin
membuat permohonan untuk menuntut bayaran balik yuran semester pendek iaitu pada semester
3 2013/2014.
3.

Sehubungan ini, jumlah bayaran yang ingin dituntut adalah sebanyak RM 628.00 iaitu

yuran subjek sebanyak RM 380.00 dan yuran asrama (holiday) sebanyak RM 248.00 dimana
kami diwajibkan menetap dan berada di dalam kampus sehingga semester pendek berakhir. Sila
rujuk lampiran yang disertakan iaitu resit pembayaran semester 2 2013/2014 dan semester 1
2014/2015.
4.

Untuk makluman tuan/puan saya dikehendaki melunaskan bayaran semester pendek ini

bagi membolehkan saya mendaftar subjek bagi semester 1 2014/2015 dan melihat keputusan
peperiksaan semestar 2 2013/2014 dan semester pendek ini.
5.

Justeru itu, saya amat berharap agar pihak anda dapat meluluskan permohonan ini bagi

pihak saya. Segala kerjasama pihak anda amat saya hargai. Pertimbangan dan keputusan
Tuan/Puan didahului dengan ribuan terima kasih.
Sekian.
Yang benar,

( NAMA )
Pelajar Tahun Dua
Kursus Sarjana Muda Sains Seni Bina (UTM)

You might also like