Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Tajuk 1

PENGURUSAN PERMAINAN TRADISIONAL

Sinopsis
Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pengenalan kepada permainan
tradisional, jenis-jenis permainan tradisional, peraturan-peraturan permainan
tradisional dan pengurusan pertandingan tradisional. Modul ini juga dibekalkan
dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:


1. Menjelaskan konsep permainan tradisional
2. Mengurus permainan tradisional dalam bentuk pertandingan
3. Menghuraikan peraturan permainan tradisional
4. Bekerjasama dan berinteraksi dalam kepelbagaian budaya

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Pengurusan Permainan
Tradisional

Pengenalan
kepada
Permainan
Tradisional

Peraturan
Permainan
Tradisional

Jenis-Jenis
Permainan
Tradisional

KANDUNGAN
1

Pengurusan
Pertandingan
Tradisional

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

1.0

Pengurusan permainan tradisional

1.1 Pengenalan kepada permainan tradisonal


Permainan tradisional berkaitan dengan adat resam dan kebudayaan sesuatu
bangsa. Ia merupakan permainan yang diwarisi dari satu generasi ke generasi
yang lain.
Permainan tradisional selalunya dimainkan untuk mengisi masa lapang,
merayakan sesuatu pesta atau perayaan disamping memupuk nilai-nilai murni
dan mengeratkan nilai persahabatan di kalangan peserta. Melalui permainan
sukan tradisional ini, ia juga dapat meningkatkan kemahiran psikomotor dan
kecergasan di kalangan peserta. Undang-undang dan sistem pertandingan yang
piawai dalam pertandingan permainan tradisional tidak dinyatakan secara jelas.
Ia lebih bergantung kepada situasi semasa ditempat pertandingan dan juga
melalui peserta yang mengambil bahagian.

1.2 Jenis-jenis permainan tradisional


Sebenarnya permainan tradisional ini wujud dalam variasi pertandingan yang
banyak dan berbeza-beza. Keadaan ini disebabkan permainan tradisional lahir
daripada budaya dan sosiologi masyarakat yang pelbagai. Permainan tradisional
dipertandingkan dalam dua jenis sama ada dalam bentuk individu dan juga
secara berkumpulan iaitu melebihi daripada seorang.

Jadual 1.1: Jenis Permainan Tradisional

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Individu

Kumpulan

Wau

Tating lawi

Dam

Usung balak

Gasing

Sorong kereta

Congkak

Galah panjang

Laga Ayam

Sepak raga bulatan

Kategori Pertandingan
Kategori pertandingan permainan tradisional dibahagikan kepada dua iaitu
pertandingan anjung dan pertandingan laman.
Jadual 1.2: Ciri-ciri Kategori Permainan Tradisional
Permainan Anjung
Tempat
permainan

Permainan Berpasukan
melibatkan Tempat
permainan

kawasan yang tidak luas

melibatkan

kawasan permainan yang luas

Melibatkan bilangan pemain yang Melibatkan pemain yang ramai dan


tidak ramai
Kawasan

biasanya dalam bentuk kumpulan


permainan

di

dalam

Kawasan permainan di luar rumah

ruangan rumah contohnya di anjung atau di kawasan lapang contohnya di


rumah

padang

Tempat permainan di leparan simen Tempat permainan di ruang tanah,


atau lantai kayu

rumput atau simen

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

1.3 Peraturan Permainan Tradisional


Sebenarnya undang-undang dan sistem pertandingan yang piawai dalam
pertandingan permainan tradisional tidak mempunyai peraturan khas yang
termaktub dan tidak dinyatakan secara jelas. Ia lebih bergantung kepada situasi
semasa di tempat pertandingan dan juga melalui peserta yang mengambil
bahagian.
Semenjak kebelakangan ini didapati Kementerian Belia dan Sukan dan
Kementerian Kebudayaan Dan Warisan telah mula memberi perhatian terhadap
sukan rakyat ini. Sistem pertandingan sukan ini mula dipiawaikan tetapi
mengikut keadaan tempat, peserta dan situasi pertandingan permainan
tradisional itu.
Permainan tradisional biasanya dipertandingkan dalam bentuk individu,
berpasangan atau berkumpulan. Bagi pertandingan permainan tradisional yang
mempunyai penyertaan individu yang ramai contohnya pertandingan gasing
sistem yang dipertandingkan sesuai dalam bentuk kalah mati. Namun bagi
pertandingan yang terdiri dari kumpulan yang kurang daripada 10 penyertaan
adalah di cadangkan sistem pertandingan secara liga.

1.4 Pengurusan Pertandingan Tradisional


Permainan tradisional berkaitan dengan adat resam dan kebudayaan sesuatu
bangsa. Ia merupakan permainan yang diwarisi dari satu generasi ke generasi
yang lain. Biasanya adalah sukar bagi kita hendak menjawab persoalan yang
berkaitan dengan sejarah permainan tradisional seperti dari mana asal
permainan tradisional, siapa pelopor permainan ini, di manakah permainan ini
mula diperkenalkan dan berbagai lagi. Ini disebabkan permainan tradisional
disebar dari mulut ke mulut dan tiada dokumen atau rujukan khas yang boleh
kita rujuk.
Permainan

tradisional

dimainkan

bertujuan

bagi

mendapat

kepuasan,

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Dalam aktiviti


permainan tradisional biasanya tiada peraturan tertentu yang piawai digunakan.
Aktiviti permainan yang dipilih pula adalah secara sukarela dan tanpa paksaan
atau tekanan.
Permainan

tradisional

yang

dimainkan

kebiasaannya

dicetuskan

dari

pengalaman kehidupan sendiri seperti berdasarkan pekerjaan, sumber ekonomi


dan kehidupan sosial sesuatu bangsa atau keturunan. Dari segi peralatan,
kebanyakan permainan tradisional di Malaysia tidak memerlukan alat yang
khusus. Selalunya alatan yang digunakan dalam permainan tradisional boleh
diperolehi di alam sekeliling yang berdekatan sama ada dalam bentuk bahan
tempatan yang mudah dan murah atau bahan kitar semula.
Syarat dan peraturan permainan sukan tradisional ini lebih terarah kepada
persetujuan pemain di antara dua pihak. Peraturannya juga berbeza mengikut
keadaan sesuatu tempat, begitu juga dari satu generasi ke satu generasi yang
lain. Permainan tradisional juga boleh dijalankan dan diberhentikan pada
bila-bila masa serta wujud dalam bentuk sejagat. Dalam erti kata lain permainan
tradisional tidak mempunyai masa yang piawai. Permainan tradisional adalah
kehidupan di luar rutin harian dan memberi kesan yang positif terhadap aspek
jasmani emosi dan rohani dan intelektual.

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Aci sorok

Di beberapa tempat permainan ini dinamakan juga sebagai main sorok-sorok.


Kanak-kanak lelaki dan perempuan amat menggemari permainan ini, ia amat
mudah dan jumlah pemain yang tidak terhad. Lebih ramai yang bermain lebih
mendatangkan keseronokan dan bertambah meriah lagi bagi mereka.
Jenis permainan luar rumah dan memerlukan kawasan yang luas, persekitaran
rumah akan dijadikan gelanggang. Sebatang pokok atau tiang akan dijadikan ibu
atau rumah iaitu induk untuk pemain yang akan mencari rakan mereka yang
menyorok.
Undian
Sebelum permainan dijalankan, kesemua pemain akan mencari seorang yang
dinamakan pencari. Undian secara lai lai li tam plong dijalankan kepada semua
pemain.
Cara Bermain dan Peraturan
Setelah pencari ditentukan, ia hendaklah berdiri dengan menutup matanya di
6

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

rumah induk. Kiraan akan dibuat 1 hingga 100 atau kurang bilangannya secara
kuat. Setelah selesai kiraan dibuat, pencari akan mula mencari rakan pemain
lain yang menyorok di sekitar kawasan yang telah ditetapkan. Jika terdapat
pemain yang menyorok di luar kawasan yang telah ditetapkan ia dikira jadi dan
akan mengambil peranan sebagi pencari pula.
Sekiranya pencari telah menjumpai salah seorang dari mereka, hendaklah
disebut dengan kuat namanya dan dituruti dengan sebutan ibu. Dalam masa
yang sama pencari hendaklah berlari ke rumah induk serta mencuit induk,
dengan tujuan mematikan pemain yang ditemui agar pemain itu tidak boleh
mencuit induk pula. Pencarian ini akan dilakukan berterusan hingga kesemua
pemain yang menyorok ditemui.
Setelah selesai, kesemua pemain yang menyorok ditemui dan tiada seorang
pun yang dapat membantu membatalkan cuitan pencari ke rumah induk, maka
pemain yang mula-mula ditemui itu akan jadi pencari pula.
Seandainya pemain yang ditemui itu sempat mencuit terlebih dahulu dari
pencari ke rumah induk, maka pencari ini akan jadi semula sebagai pencari dan
permainan dimulakan semula. Hal yang sedemikian juga boleh terjadi sekiranya
salah seorang dari pemain mencuit rumah induk dengan menjeritkan perkataan
ibu, maka permainan akan dimulakan semula dan pencari akan tetap
memegang peranannya.

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Bulu Ayam

Permainan ini dikenali juga sebagai sepak bulu ayam, sebuyam atau chapteh.
Dimainkan di luar rumah oleh kanak-kanak lelaki seramai dua atau lebih. Jika
terdapat ramai yang bermain, kumpulan dengan terdiri beberapa orang boleh
dibentuk.
Permainan ini adalah seperti permainan sepak raga, tetapi bola yang digunakan
adalah dari bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga.
Membuat Bola
Beberapa bahan asas diperlukan bagi membuat bola bulu ayam ini. Beberapa
helai bulu ayam yang terdapat pada ekor atau kepak ayam (tidak kurang dari
tiga helai). Sebatang paku sederhana besar, kepingan tiub tayar yang telah
dibentuk bulat berukuran antara 4 cm. garis pusat dan getah skrap atau getah
gelang sebagai pengikat.
Beberapa keping getah tiub yang telah dibentuk bulat hendaklah dicucuk paku
menembusi ditengah-tengahnya. Lima helai bulu ayam sama panjang dilekatkan
disekeliling paku tadi dan diikat dengan getah skrap atau getah gelang dengan
kemas. Jika untuk mendapatkan kekemasan bola tersebut sejenis gam yang
kuat boleh digunakan sebelum ikatan dibuat.
Cara Bermain
8

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

TUGASAN TERARAH

Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan


mengumpulkan maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia
yang berkaitan pengurusan permainan tradisional.

LAMAN WEB
Laman Web Kementerian Belia dan Permainan
Laman web Kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan Malaysia

PORTFOLIO
Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada
pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

10

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

RUJUKAN

Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan


Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan
Malaysia
Bucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby
Company
Colfer, G. R., Hamilton, K. E. & Magill, R. A. (1986). Contemporary physical
education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur.

pelajaran

Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala
Lumpur: Longman Malaysia.
Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah
Alam: Karisma Production Sdn. Bhd.

11

You might also like