Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Kawasan Tanah Pamah &

Dataran
Presented By Skala Linear

Tanah Pamah
Tanah Pamah
Walaupun negara kita bergunung-ganang, tetapi masih
mempunyai kawasan tanah pamah yang luas. Kawasan
tanah pamah negara kita terdiri daripadalembangan
sungai, delta,dandataran pantai.
Lembangan sungai adalah kawasan yang disaliri oleh
sebatang sungai serta cawangan-cawangan.Kawasan
tanah pamah adalah kawasan kurang daripada 180
meter tinggi di lembah sungai yang disempadani oleh
kawasan tanah tinggi. Dataran adalah kawasan rendah
yang lebih luas, biasanya rata , dan kurang daripada 15
meter. Umumnya , dataran adalah sempit kerana
banjaran gunung menganjur berhampiran dengan pantai.
Kawasan tanah pamah dan dataran yang ditimbuni
denga tanah aluvium yang subur sesuai untuk kegiatan
pertanian seperti di Dataran Kelantan dan Delta Rajang .

Kepentingan Kawasan Tanah


Pamah & Dataran Di Malaysia
-Merupakan kawasan tumpuan penduduk dan petempatan
kerana kebanyakan kegiatan ekonomi tertumpu di tanah
pamah.(Contoh : Sekitar Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bahru,
Kuching, Kota Kinabalu. )-Kaya dengan sumber mineral
seperti bijih timah yang menggalakkan kegiatan
perlombongan. (Contoh : Lembah Kinta, Kuala Lumpur. )
-Kawasan tumpuan jalan kereta api dan jalan raya kerana
kos pembinaan yang lebih murah. (Contoh : Kuala Lumpur,
Tumpat, Johor Bahru. )
-Sesuai dimajukan sebagai tapak perindustrian. (Contoh :
Lembah Klang, Perai, Sandakan, Bintulu, Likas. )
-Memajukan kawasan pertanian yang utama : Penanaman
padi kerana terdapat tanih aluvium yang subur. (Contoh :
Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan, Delta Rajang. )
: Penanaman getah dan kelapa sawit di kawasan yang
bertanih laterit dan bersaliran baik. (Contoh : Dataran
Johor. )

Kawasan Tanah Pamah Dan


Dataran di Malaysia

You might also like