Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Kertas Cadangan Kajian Tindakan Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Bahagian

Tajuk
Kajian

Penulisan

Tajuk Kajian:
Penggunaan tanda baca noktah (.) dan huruf besar semasa menulis ayat Bahasa
Melayu melalui Program Masihkah Kau Ingat murid-murid Tahun 2 Amanah

Nama
penyelidik

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Ibrahim Bin Sebehi (SKA Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Kuching)
Azrul Bin Isa (SMK Agama Igan, Mukah)
Saryani Binti Pandikal (Sekolah AgamaTun Sakaran)
Shahrum Binti Amin (SM Islamiah Tawau)
Mohd Najmi Abdullah (SK Agama(MIS) Miri
Rinawaty Mohd Sahari (SK (A) Majlis Islam Sarawak Bintulu)

Nama Sekolah

1.
2.
3.
4.
5.
6.

SKA Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Kuching


SMK Agama Igan, Mukah
Sekolah AgamaTun Sakaran
SM Islamiah Tawau
SK Agama(MIS) Miri
SK (A) Majlis Islam Sarawak Bintulu

Refleksi P&P

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu


Sewaktu saya menyemak hasil kerja tulisan murid-murid tahun 2 Amanah , saya
dapati ada dalam kalangan murid-murid masih tidak meletakkan noktah (.) pada
akhir ayat dan tidak tahu penggunaan huruf besar sama ada pada permulaan ayat
atau pada Kata Nama Khas walaupun kemahiran ini telah pun didedahkan kepada
mereka sejak tahun 1 lagi.
Didapati 8 daripada 33 orang murid-murid masih gagal menggunakan huruf besar
untuk memulakan ayat masing-masing dalam buku latihan untuk kerja rumah dari
buku teks Bahasa Melayu.
Manakala, dalam buku aktiviti, didapati 7 daripada 33 orang murid masih gagal
meletakkan noktah (.) di hujung ayat.
Guru telah berkali-kali menegur murid akan kecuaian mereka dan mengingatkan
murid-murid agar lebih berhati-hati semasa menulis ayat terutamanya dalam
penggunaan huruf besar dan noktah. Walau bagaimanapun, masalah kecuaian ini
tetap juga berlaku dalam kalangan segelintir murid-murid.

Isu
Keprihatinan
yang dikaji

Isu Keprihatinan / Fokus Kajian


Isu ini adalah serius kerana penggunaan tanda baca ini adalah sebahagian
daripada standard pembelajaran dalam kemahiran menulis dan akan menjejaskan
pencapaian murid-murid dalam peperiksaan.

Program yang akan dilaksanakan akan melibatkan semua murid dari kelas 2
Amanah, tetapi kajian ini akan berfokuskan kepada murid-murid yang kerap kali
melakukan kecuaian berdasarkan hasil kerja mereka sama ada di dalam buku
aktiviti mahupun dalam buku latihan dalam kesalahan tanda baca.

Objektif Kajian

Objektif Kajian
Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid
diharap akan mencapai objektif berikut:
i. Objektif Umum
Meningkatkan peratus kelulusan Bahasa Melayu di sekolah.

ii. Objektif Khusus


Murid-murid akan sentiasa dapat:
Menulis ayat dengan memulakannya dengan huruf besar.
Menulis kata nama khas dengan betul
Mengakhiri ayat dengan tanda baca noktah (.)

Kumpulan Sasaran Umum


Murid-murid dari kelas 2 Amanah
Kumpulan Sasaran Khusus
Melibatkan 8 orang murid-murid dari kelas 2 Amanah, yang terdiri dari 5 muridmurid Melanau dan 3 murid-murid Melayu.

Tindakan yang dicadangkan


i. Tinjauan Masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam
menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang
dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami
dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan
dilakukan dengan mengutip data seperti yang berikut:
1
2
3

Pengenalpastian masalah melalui hasil kerja penulisan murid-murid.


Pengenalpastian kekerapan masalah ini berlaku.
Pengenalpastian sasaran kajian.

ii. Program Masihkah Kau Ingat


4

Ujian penggunaan tanda baca (diintegrasikan dalam sesi pdp) - (rujuk


lampiran 1)

Pelaksanaan Masihkah Kau Ingat.


Cara Pelaksanaan:
1

2
3
4
5
6
7

Guru memperkenalkan program Masihkah Kau Ingat dan menerangkan


maksudnya.
_
(huruf besar)
....... (perkataan dalam ayat)
( . ) (noktah)
Guru meletakkan poster Masihkah Kau Ingat di dalam kelas untuk
mengingatkan murid-murid agar menulis dengan betul.
Guru meletakkan flash card Masihkah Kau Ingat dan dilekatkan di atas
meja setiap murid-murid kelas 2 Amanah.
Sesi interaktif dengan murid-murid dengan menggunakan teknik .....(.)
Guru mengedarkan lembaran kerja (lampiran 1)
Murid-murid mempraktikkan Masihkah Kau Ingat........(.) dalam hasil kerja
tulisan mereka untuk lembaran kerja tersebut.
Murid-murid juga akan mempraktikkan Masihkah Kau Ingat dalam hasilhasil kerja penulisan Bahasa Melayu yang lain.

6. Guru menganalisis hasil kerja murid-murid.


iii. Program Menjejak Kata Nama
7. Guru mengaitkan program inovatif sekolah Buku Di Tangan dengan
program Menjejak Kata Nama Khas yang lebih berfokus kepada bukubuku Bahasa Melayu.
8. Murid dikehendaki menyediakan satu buku catatan khas untuk program
Menjejak Kata Nama Khas untuk mencatat yang berikut:

Tajuk Buku:
Pengarang:
Glosari:
Senarai Kata Nama Khas dalam buku:

9. Murid diingatkan untuk menggunakan huruf besar dalam penulisan


semua perkara tersebut.
10. Guru menyemak hasil kerja murid pada setiap hari Jumaat.
11. Ganjaran diberikan pada murid yang berjaya mengaplikasikan
penggunaan huruf besar yang betul dalam tugasan tersebut.
Aktiviti-aktiviti ini akan diubah suai mengikut keperluan setelah saya melaksanakan
tinjauan awal.

Jadual Pelaksanaan Kajian


Bil
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15

Aktiviti
Mengenal pasti masalah dan
pengumpulan data awal
Menulis Kertas Cadangan / Proposal
Kajian
Merancang Tindakan (Individu / Panitia)
Melaksanakan Tindakan
(aktiviti 1)
Membincangkan masalah yang timbul
dalam tindakan 1
Melaksanakan tindakan (aktiviti 2)
Mengenal pasti masalah dan
pengumpulan data awal
Menulis proposal kajian
Merancang Tindakan (Individu Panitia)
(aktiviti 3)
Melaksanakan tindakan
Membincangkan masalah yang timbul
dalam tindakan 3 (dalam panitia)
Ujian untuk mengesan pencapaian murid
Refleksi Kajian
Menulis laporan kajian
Pembentangan Dapatan

Tarikh Pelaksanaan
05 Januari 2014
05 Januari 2014
07 Januari 2014
08 Januari 2014
14 Januari 2014
20 Januari 2014
28 Januari 2014
30 Januari 2014
4 Februari 2014
11 Februari 2014
12 Mac 2014
18 Mac 2014
24 Mac 2014
26 Mac 2014
01 April 2014

Kos Kajian
Bil
1
2
3
4
5
6
7

Bahan
Kertas A4 (Lembaran kerja & ujian)
Ink Catrdrige
Kertas warna (multicoloured papers)
Liminating film
Buku catatan
Fotostat bahan laporan kajian
Ganjaran untuk program Menjejak Kata
Nama Khas
JUMLAH

Kos
1 X RM9.50
2 X RM85
1 X RM10.00
1 X RM40
33 X RM0.60
RM20
RM10 X 8
RM349.30

You might also like