Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Hak wanita berkahwin - Islam menjelaskan

kedudukan
dan
hak
setiap
orang
dalam
perkahwinan
BERSAMA PROF. DATIN NOOR AZIAH MOHD. AWAL
06 Mei 2015 1:41 PM

DALAM Islam, hak wanita


berkahwin atau tidak.

diiktiraf,

sama

ada

dia

ISLAM melarang perzinaan dan sesiapa yang berzina


melakukan dosa besar. Larangan berzina kerana
perzinaan menyebabkan nasab menjadi keliru dan tidak
menentu. Apa tidaknya, bagi sepasang kekasih,
hubungan luar nikah mereka boleh menyebabkan
kelahiran zuriat yang tidak sah taraf.
Tidak sah taraf bermakna anak itu tiada hubungan sah
dengan lelaki yang menyebabkan ibunya mengandung.
Anak tersebut hanya ada hubungan dengan ibu kerana
ibu itu yang mengandungkannya.
Malah ibunya tidak boleh menuntut nafkah untuk dirinya
atau untuk anak daripada lelaki yang menyebabkan dia
mengandung kerana hak hanya lahir daripada pernikahan
yang sah.
Bagi orang Islam, perkahwinan bukan sahaja satu ibadah
tetapi
satu
kontrak
yang
membawa
pelbagai
tanggungjawab. Perkahwinan membawa hak dan
memberi hak.
Di Barat, sedikit demi sedikit apabila manusia
meninggalkan amalan agama, kepentingan perkahwinan
juga menipis. Ia bermula dengan menganggap hubungan

seks sebagai hak peribadi dan terpulanglah kepada


seseorang itu, sama ada mahu melakukannya melalui
perkahwinan atau tanpa perkahwinan.
Orang Barat menganggap orang Islam sebagai kuno
kerana berpegang kepada agama dan budaya lama iaitu
hanya mengadakan seks apabila telah bernikah atau
berkahwin secara sah.
Di Barat mengadakan hubungan seks bukan bermakna
mereka akan berkahwin atau mempunyai hubungan intim
melebihi kawan biasa tetapi hubungan seks hanyalah
untuk bersuka-suka.
Akhirnya, ramai pasangan di Barat tidak berkahwin atas
berbagai alasan. Ada yang menyatakan mereka belum
bersedia, tidak mahu tanggungjawab dan moden. Apabila
bertemu dengan pasangan yang mereka benar-benar
mahu hidup bersama, mereka tidak berkahwin kerana
merasakan kahwin atau tidak, ia tidak menjejaskan
perasaan mereka.
Mereka hidup bersama, mempunyai anak, membeli dan
mengumpul harta. Tapi di sisi undang-undang mereka
tidak ada hubungan walaupun telah mempunyai anak.
Apabila telah tinggal bersama bertahun-tahun seperti
orang
berkahwin
mereka
beranggapan
mereka
mempunyai hak yang sama seperti orang berkahwin,
tetapi realitinya di bawah kebanyakan undang-undang di
dunia ini, sama ada Common Law atau Civil Law,
pasangan yang tidak berkahwin tidak mempunyai hak.
Dalam persidangan yang saya hadiri di Paris pada 24-25
April anjuran Persatuan Antarabangsa Undang-undang

Keluarga, perbincangan tertumpu kepada hak selepas


perceraian atau perpisahan.
Orang Islam beruntung
Sebagai satu-satunya wakil yang membincangkan hukum
Islam, saya merasakan kita orang Islam sangat beruntung
kerana kita mewajibkan orang berkahwin jika ingin
melakukan hubungan seks.
Perkahwinan
dalam
Islam
membawa
hak
dan
tanggungjawab kepada setiap pasangan dan anak-anak.
Ia bukan hak satu orang tetapi hak semua orang dalam
perkahwinan itu.
Dalam perbincangan di Paris, negara Barat merasakan
ketidakadilan berlaku kepada orang yang telah hidup
sebagai suami isteri tetapi tidak berkahwin kerana
mereka tiada hak yang diiktiraf dalam undang-undang
Barat yang mereka cipta.
Jika mahukan hak, mereka perlu berkahwin atau
membuat perjanjian sehinggakan orang yang sama
jantina pun perlu kahwin untuk mendapat hak yang
sama. Maka tidak hairanlah mereka membuat undangundang menghalalkan perkahwinan atau penyatuan
orang yang sama jantina.
Di England misalnya, orang yang berkahwin mempunyai
hak yang jelas di bawah status, sama ada hak semasa
berkahwin atau selepas berkahwin. Ini termasuk hak
melibatkan anak dan pemilikan harta semasa berkahwin.

Pasangan sama jantina mempunyai hak yang sama jika


mereka berkahwin tetapi ramai dalam kalangan
masyarakat di England tidak berkahwin tetapi tinggal
bersama. Perbincangan tertumpu kepada negara dengan
jumlah penduduk yang bersekedudukan sangat tinggi
daripada jumlah yang berkahwin.
Mereka menyatakan betapa rugi, jika mereka tidak
berkahwin kerana apabila berpisah mereka menghadapi
masalah membuktikan hak kerana undang-undang tidak
memberi hak kepada orang yang bersekedudukan.
Ia lebih merugikan wanita bekerja yang menyara
keluarga, sedangkan rumah yang didiami dimiliki
pasangan lelakinya dan jika pasangan ini pernah
berkahwin dan mempunyai anak daripada perkahwinan
terdahulu, maka jika pasangan tersebut meninggal dunia
tanpa wasiat, maka anak-anak daripada perkahwinan
pertamanya mempunyai hak terhadap harta tersebut.
Anak-anak
hasil
daripada
bersekedudukan
tidak
mempunyai hak. Ini kerana mereka ketiadaan dokumen
untuk menunjukkan pertalian.
Wanita tersebut juga perlu membuktikan kepada
mahkamah dia yang membayar rumah secara bulanan.
Semua
masalah
yang
dihadapi
oleh
pasangan
bersekedudukan di Barat ini berlaku kerana di Barat
sendiri tiada undang-undang yang mengiktiraf kedudukan
orang bersekedudukan.
Jika undang-undang diwujudkan untuk mengiktiraf orang
bersekedudukan, ini akan menimbulkan kekeliruan kerana
tujuan utama mereka tidak berkahwin ialah kerana
mereka
tidak
mahu
terikat
dengan
hak
dan

tanggungjawab
yang
perkahwinan itu sendiri.

terlahir

daripada

ikatan

Tuntut hak
Orang Barat perlu kembali ke pangkal jalan dan melihat
bagaimana Islam telah mengatur kehidupan manusia
dengan jelas dan teratur. Saya mengambil contoh isu
wanita atau isteri.
Di England, di bawah undang-undang Common Law,
wanita sememangnya tidak mempunyai sebarang
kedudukan dari kecil hingga dewasa.
Mereka tidak boleh memiliki harta dan apabila
perundangan mengenai perceraian diwujudkan, mereka
tidak
boleh
memohon
pemeliharaan
anak.
Ini
menyebabkan wanita di England bangkit menuntut hak
asasi mereka dan Parlimen England, sedikit demi sedikit
memberi wanita Inggeris hak dalam perkahwinan.
Harta perkahwinan tidak wujud dalam undang-undang
Common Law kerana harta milik lelaki. Anak perempuan
boleh mendapat harta daripada bapanya melalui
perkahwinan dan harta itu diurus suami.
Apabila Parlimen Inggeris meluluskan undang-undang
Married Women Property Act 1880an, wanita Inggeris
boleh memiliki harta, boleh menyaman dan disaman.
Sehingga hari ini hak harta perkahwinan diwujudkan
melalui status kerana sebelum ini, pasangan suami isteri
yang memiliki harta semasa berkahwin, setelah bercerai,
isteri sering tidak mendapat apa-apa hak kerana harta di

atas nama suami. Kesukaran mendapat hak walaupun


berkahwin
merumitkan
tuntutan
terhadap
harta
pasangan bersekedudukan.
Islam iktiraf hak wanita
DALAM Islam, hak wanita diiktiraf, sama ada dia
berkahwin atau tidak. Wanita bertanggungjawab atas
dirinya sendiri, boleh disaman dan menyaman dan boleh
memiliki harta. Hartanya menjadi milik mutlaknya dan
suami bertanggungjawab menanggung isteri semasa
berkahwin.
Jika isteri menyumbang kepada rumah tangga maka ia
dikira sebagai sedekah dan mendapat pahala. Jika
semasa dalam perkahwinan harta dibeli oleh suami,
misalnya rumah, isteri tetap dapat menuntut rumah
tersebut sebagai harta perkahwinan jika pasangan
bercerai.
Sekiranya si suami meninggal dunia, isteri boleh
menuntut harta sepencarian sebelum harta difaraidkan.
Islam juga mewajibkan suami membiayai anak-anak dan
ini memudahkan proses tuntutan. Bersekedudukan itu
berzina dan berdosa, maka Islam tidak mengiktirafnya
dan tidak memberi sebarang hak.
Orang Barat terlupa bahawa bersekedudukan juga
dilarang oleh agama mereka dan sebab itu menuntut hak
daripada bersekedudukan tidak diiktiraf.
Orang Islam perlu berkahwin kerana perkahwinan
menjelaskan kedudukan dan hak setiap orang dalam

perkahwinan tersebut. Hak dalam Islam itu lengkap. Ada


hak dan tanggungjawab suami isteri serta anak-anak
terhadap ibu bapa dan ibu bapa terhadap anak-anak.
Dalam sistem perundangan Barat, hanya hak dan
tanggungjawab pasangan yang ada. Anak-anak ada hak
tetapi tiada tanggungjawab. Islam agama yang lengkap.
Kembalilah kepada ajarannya.
See
more
at:
http://www.utusan.com.my/gayahidup/keluarga/hak-wanita-berkahwin1.88490#sthash.xQbZ1RIA.dpuf

You might also like