Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Berani bertindak demi hak - Sikap berdiam diri

merugikan mangsa keganasan rumah tangga


BERSAMA PROF. DATIN NOOR AZIAH MOHD. AWAL
15 April 2015 2:15 PM

PENDERAAN ke atas isteri oleh suami pasti menjejaskan


kesejahteraan hidup isteri. Ada isteri yang menanggung
penderitaan sepanjang hayat, malah ada yang menemui
ajalnya dalam usia muda. Sebenarnya mangsa keganasan
rumah tangga boleh mendapat perlindungan daripada
Akta Keganasan Rumahtangga 1994 dan akta ini terpakai
kepada orang Islam dan bukan Islam.
Ini bermakna, seorang mangsa tidak perlu berdiam diri
dan menanggung segala kesakitan sendirian tetapi perlu
bertindak menamatkan penyeksaan dengan membuat
laporan polis. Daripada laporan polis itu, mangsa juga
boleh mendapatkan perintah perlindungan interim
supaya dia tidak terus didera dan dicederakan.
Perintah interim sangat penting kerana ia melarang
pesalah daripada mengulangi keganasan terhadap
mangsa. Mahkamah semasa mengeluarkan perintah
perlindungan interim boleh memasukkan dalam perintah
tersebut suatu peruntukan yang melarang pelaku
keganasan daripada menghasut orang lain untuk
melakukan keganasan terhadap mangsa.
Seksyen 12 menyatakan bahawa perintah perlindungan
interim hanya boleh diminta sementara menunggu
penyiasatan yang melibatkan perlakuan suatu kesalahan
keganasan rumah tangga. Mahkamah juga boleh
meletakkan syarat tambahan dalam perintah tersebut

untuk melarang pesalah daripada melakukan keganasan


terhadap orang dilindungi.
Seksyen 13 memperuntukkan perintah perlindungan
adalah satu syarat untuk membebaskan tertuduh dengan
jaminan atau pada mana-mana peringkat prosiding itu,
atau semasa mengkompaunkan kesalahan itu di bawah
seksyen 260 Kanun Tatacara Jenayah.
Perintah tambahan sangat diperlukan oleh mangsa untuk
memastikan ia mendapat perlindungan dan menjamin
keselamatan diri.
Mangsa juga boleh memohon hak penghunian eksklusif di
mana mangsa boleh terus tinggal di rumah perkahwinan
dan tidak diganggu oleh pendera.
Seksyen
6(1)(a)
memperuntukkan
bahawa
hak
penghunian eksklusif kepada mangsa untuk menduduki
tempat kediaman bersama secara keseluruhan atau
bahagian tertentu dan mengeluarkan pendera walaupun
rumah tersebut milik pendera.
Perintah tambahan boleh menghalang pelaku keganasan
daripada memasuki tempat kediaman, tempat kerja atau
sekolah atau institusi lain di mana mangsa ditempatkan.
Perintah
ini
juga
melarang
pendera
daripada
menghampiri mangsa atau orang yang dilindungi pada
jarak sekurang-kurangnya 50 meter atau apa-apa jarak
yang munasabah.
juga melarang pendera daripada menghubungi mangsa
secara persendirian kecuali dengan kehadiran seorang
pegawai penguatkuasa atau orang lain yang dinyatakan.

Di samping itu, perintah juga boleh diberikan untuk


mengkehendaki pendera membenarkan orang dilindungi
memasuki kediaman dengan ditemani oleh pegawai
penguatkuasa untuk mengambil barangnya.
Pendera atau suspek boleh dihalang daripada melakukan
perhubungan dengan mangsa atau menyatakan hal
keadaan terhad sahaja. Pelaku keganasan juga boleh
dikehendaki supaya membenarkan orang dilindungi
menggunakan kenderaan yang sebelum ini digunakan
oleh mangsa.
Selain daripada perintah perlindungan interim dan kekal,
seksyen 10 Akta 521 telah memperuntukkan tuntutan
pampasan yang boleh dibuat oleh mangsa terhadap
pelaku keganasan bagi kecederaan dan kerosakan yang
dialami.
Mahkamah boleh memberi pampasan berkenaan kepada
mangsa keganasan rumah tangga sebagaimana yang
difikirkannya adil dan munasabah jika mereka mengalami
kecederaan diri atau kerosakan kepada harta atau
kerugian kewangan akibat daripada keganasan rumah
tangga.
Faktor yang diambil kira dalam tuntutan pampasan;
(1) kesakitan dan penderitaan mangsa itu, dan jenis dan
takat kecederaan fizikal atau penderaan psikologi yang
termasuklah kecederaan emosi yang dialami;
(2) kos rawatan perubatan bagi kecederaan itu;

(3) apa-apa kehilangan pendapatan yang berbangkit


daripadanya;
(4) amaun atau nilai harta
dimusnahkan atau dirosakkan;

yang

diambil

atau

(5) perbelanjaan perlu dan munasabah yang ditanggung


oleh atau bagi pihak mangsa apabila mangsa terpaksa
berpisah atau dipisahkan daripada pendera, seperti;
(a) perbelanjaan penginapan yang disumbangkan kepada
tempat selamat atau tempat berlindung;
(b) perbelanjaan pengangkutan dan pemindahan;
(c) perbelanjaan yang dikehendaki untuk membina
sebuah rumah yang berasingan, tertakluk kepada
subseksyen (3), boleh meliputi amaun yang merupakan
pembayaran pinjaman perumahan atau bayaran sewa
atau sebahagian daripadanya, berkenaan dengan
kediaman bersama atau kediaman alternatif, mengikut
mana-mana yang berkenaan, bagi tempoh sebagaimana
yang mahkamah fikirkan adil dan semunasabah perlu.
Semasa membuat pertimbangan tentang perbelanjaan
perlu dan munasabah di bawah seksyen 10 (2)(e)(iii),
mahkamah boleh mengambil kira tentang:
(a) kedudukan kewangan mangsa itu serta juga pendera
itu;
(b) perhubungan yang wujud di antara pihak-pihak itu
dan kemunasabahannya menghendaki defendan itu

membuat
sedemikian;

atau

menyumbangkan

pembayaran

(c) kemungkinan prosiding lain diambil di antara pihakpihak itu dan sama ada perkara itu lebih sesuai
diperlakukan
di
bawah
undang-undang
relevan
berhubungan dengan peruntukan kewangan bagi isteri
atau suami atau bekas isteri atau suami dan orang
tanggungan lain.
Pampasan yang diberikan dapat menampung kos
perubatan, kos pengangkutan, kerugian dan kerosakan
harta benda, kehilangan pendapatan, perbelanjaan
penginapan dan sebagainya.
Rumah perlindungan
Selain itu, mahkamah juga boleh menimbangkan
kemampuan pendera dan hubungan antara kedua-dua
pihak supaya keputusan yang paling tepat dapat dibuat
untuk meminimumkan kesengsaraan. Akta Keganasan
Rumahtangga yang lengkap dan baik telah wujud sejak
1994 namun jarang digunakan.
Ini kerana mangsa keganasan tidak membuat laporan
polis. Kebanyakan mangsa memilih untuk menangis dan
menutup keaiban kerana malu, akui kekurangan, renda
diri yang sekali gus mengakibatkan hilang keyakinan diri.
Undang-undang yang cantik di kertas akan terus tinggal
cantik tetapi mangsa keganasan terus meningkat. Semua
pihak seperti polis, pegawai kebajikan masyarakat, doktor
dan ahli masyarakat perlu memainkan peranan masing-

masing dalam melindungi wanita daripada terus menjadi


mangsa keganasan.
Rumah perlindungan bagi mangsa keganasan juga perlu
dibina kerana seorang mangsa keganasan tidak akan
merasa selamat, apataha lagi selepas pembebasan
suami.
Kebanyakan isteri meninggalkan rumah perkahwinan
tetapi tidak mempunyai tempat lain untuk tinggal. Jika
melarikan diri, isteri juga mahu membawa anak-anaknya
bersama kerana merasa khuatir anak akan dicederakan.
Persoalannya lari ke mana?
Undang-undang yang ada juga tidak menjamin
keselamatan
mangsa.
Bagaimanakah
meyakinkan
mangsa selepas laporan polis dibuat? Realitinya, ia bukan
perkara mudah. Oleh itu, ia sangat bergantung kepada
keyakinan diri mangsa untuk melaporkan kes kepada
polis dan berdoa polis akan mengambil tindakan.
See
more
at:
http://www.utusan.com.my/gayahidup/keluarga/berani-bertindak-demi-hak1.81196#sthash.4jBlvM4G.dpuf

You might also like