Hakim Tetap 18 Februari Keputusan Sama Ada Tarik Diri Dengar Kes Anwar

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Hakim tetap 18 Februari keputusan sama

ada tarik diri dengar kes Anwar


KUALA LUMPUR- Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd
Diah menetapkan 18 Februari depan untuk memutuskan sama ada beliau
akan menarik diri daripada terus mendengar kes liwat membabitkan Datuk
Seri Anwar Ibrahim.

Mohamad Zabidin berkata, beliau memerlukan masa untuk meneliti hujah


pihak pendakwaan dan pembelaan serta nas undang-undang yang
dikemukakan oleh kedua-dua pihak kepada permohonan Anwar yang
meminta beliau menarik diri daripada mendengar kes itu atas alasan hakim
dianggap berat sebelah.

Beliau menetapkan tarikh tersebut setelah mendengar hujah peguam


Anwar, Karpal Singh dan hujah jawapan oleh Peguam Cara Negara II
Datuk Mohamed Yusof  Zainal Abiden.

Pihak pembelaan yang seharusnya membuat pemeriksaan balas terhadap


saksi pertama pihak pendakwaan, iaitu pengadu, Mohd Saiful Bukhari
Azlan, 25, pada Isnin lalu telah menangguhkan dua kali prosiding tersebut
untuk membolehkan Anwar memfailkan afidavit untuk menyokong
permohonannya serta pihak pendakwaan memfailkan afidavit jawapan.

Pihak pembelaan membuat permohonan supaya Hakim Mohamad Zabidin


menarik diri berdasarkan keputusan hakim berkenaan berhubung dua
artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai
mempunyai elemen berat sebelah.

Anwar, 63, Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen


Permatang Pauh, didakwa meliwat Mohd Saiful, di Unit 11-5-1
Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara,
antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26
Jun 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh


dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.-
Bernama

You might also like