Agama Islam Muamalat

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera, pertama sekali saya ingin merufukkan


kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan izin dan kurnia-Nya dapat juga saya
menyiapkan tugasan bagi subjek Pendidikan Islam (GPI 1083). Sepanjang saya
menjalankan tugasan ini, saya telah memperolehi pelbagai pengalaman sama ada pahit
mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup saya yang bakal
bergelar sebagai seorang pendidik kelak. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang
menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup saya.
Saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada Ustazah Fatihah pensyarah
bagi kursus Pendidikan Islam yang tidak mengenal erti penat lelah dalam memberi
tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang
berada di kampung yang selalu memberi sokongan moral dan nasihat sebagai
pembakar semangat kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang selalu menyumbang pendapat
dan idea-idea yang bernas ketika saya buntu dalam menyiapkan tugasan ini.
Akhirulkalam, ucapan ini ditujukan khas kepada semua pihak yang telah terlibat
secara langsung ataupun tidak langsung. Segala bantuan yang anda hulurkan amatlah
saya hargai kerana tanpa bantuan anda semua tugasan ini tidak akan dapat
dilaksanakan dengan sempurna.

1.0 PENDAHULUAN
Pada tanggal 22 September 2014, Malaysia telah dikejutkan dengan berita kejatuhan
ringgit Malaysia serta kejatuhan harga minyak dunia. Hal ini telah dijelaskan oleh
Professor Doktor Hoo Ke Ping iaitu pakar penganalisis ekonomi negara. Apabila beliau
diaju soalan adakah Malaysia telah mengalami krisis ekonomi, beliau menjawab belum
lagi, tetapi kita ke arah permulaan kegawatan ekonomi iaitu kita dalam putaran
menurun dalam cirlce economy.
Setiap perkara yang berlaku ini pasti ada puncanya. Samalah dengan hal krisis
ekonomi yang berlaku di negara Malaysia ini. Menurut keputusan mesyuarat Monetari
pada 18 September 2014, ahli mesyuarat telah menyatakan beberapa sebab atau
faktor berlakunya krisis ekonomi di negara Malaysia ini. Antara puncanya ialah,
pertumbuhan eksport barangan keluar negara telah mula perlahan sekurang-kurangnya
selama satu tahun berdasarkan data Julai yang dapat dikumpul pada tahun 2014.
Seterusnya, berdasarkan data Ogos 2014, kadar inflasi rakyat Malaysia sudah hampir
kepada pada paras tertinggi pada tempoh 3 tahun terakhir. Apa yang lebih teruk lagi
ialah, ahli mesyuarat telah memutuskan bahawa isi rumah di Malaysia merupakan
penghutang yang tertinggi di Asia. Hal ini amat memeranjatkan kerana rakyat Malaysia
telah diisytiharkan sebagai rakyat yang banyak berhutang di Asia. Akibat daripada itu,
kita boleh lihat terhadap penurunan nilai Ringgit Malaysia pada ketika ini.
Justeru itu, bagi mengelakkan perkara ini daripad terus berlaku, saya
mengesyorkan agar kita kembali ke arah cara Islam yang syumul yang mana ianya
merangkumi semua aspek kehidupan manusia termasuklah dalam perihal ekonomi. Hal
ini kerana, ajaran Islam telah memberi panduan yang lengkap kepada kita melalui kitab
Al-Quran dan juga hadis-hadis Nabi Muhammad S.A.W. Jikalau kita berpegang kepada
dua buah perkara ini, nescaya kita tidak akan lari dari landasan yang benar dan kita
juga akan dapat mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh dengan cabaran dan
dugaan dengan hati yang terbuka.

2.0 SISTEM EKONOMI ISLAM


Ekonomi Islam ialah satu ilmu yang mengkaji tingkah laku ekonomi manusia yang telah
diatur berdasarkan syariat Islam yang telah digariskan dalam Al-Quran dan As-sunnah
serta ditunjangkan dengan keimanan. Sistem ekonomi ini amat menitikberatkkan
tentang kejujuran, amanah, keadilan, dan lain-lain lagi dalam sebarang pekerjaan
khusunya perniagaan.
2.1 PENDAPAT ULAMA DALAM SISTEM EKONOMI ISLAM
Menurut Yusuf Qardhawi, ekonomi Islam adalah ekonomi yang didasarkan pada
ketuhanan. Sistem ini bertitik tolak dari Allah, bertujuan akhir kepada Allah, dan
menggunakan sarana yang tidak lepas dari syariat Allah SWT. Manakala Khursid
Ahmad ekonomi Islam adalah suatu upaya sistematis yang cuba untuk memahami
permasalahan dalam ekonomi serta serta perilaku manusia dalam hubungannya
dengan permasalahan tersebut dari perspektif Islam.
Dalam buku Islamic Economics, Theory and Practise yang ditulis Muhammad
Abdul Mannan menyatakan, Islamic Economics is Social science which studies the
economics problems of a people imbud with the value of Islam. Maksudnya ialah Ilmu
ekonomi Islam adalah ilmu pengetahuan sosial yang mempelajari masalah-masalah
ekonomi masyarakat yang diilhami oleh nilai-nilai Islam. Muhammad Nejatullah ashShiddiqi juga berpendapat bahawa ekonomi Islam adalah respons atau tanggapan dari
para pemikir Muslim terhadap pelbagai tentangan ekonomi pada masa tertentu. Dalam
hal ini, mereka dibantu oleh Al-Quran dan As-sunnah serta akal fikiran yang waras.
Tuntasnya, ekonomi Islam ialah satu ilmu pengetahuan yang mengkaji tentang
keperluan manusia berdasarkan sumber ekonomi yang terhad yang mana sumber ini
perlulah diagih samarata dan saksama dengan berlandaskan kitab Al-Quran dan AsSunnah.
2.2 SISTEM EKONOMI KONVENSIONAL
Ekonomi konvensional adalah satu sistem ekonomi yang sudah lama diterima pakai
dalam sesebuah masyarakat. Sehubungan dengan itu, jika ingin dikaitkan dengan
3

ekonomi, ekonomi konvensional ini telah lama wujud dan telah lama diaplikasikan
secara meluas dalam sesebuah masyarakat. Prinsip ekonomi ini sebenarnya agak
mudah. Sistem ini ditentukan oleh manusia iaitu pengguna dan pembekal dalam
sesebuah masyarakat tanpa mempunyai sifat yang mutlak tetap tetapi bersifat anjal dan
boleh berubah mengikut kehendak dan pasaran dalam sesebuah masyarakat. Sistem
ekonomi konvensional amat berbeza dengan sistem ekonomi Islam kerana sistem
ekonomi konvensional direka oleh manusia yang tidak tetap piawaiannya manakala
sistem ekonomi Islam adalah ekonomi yang bersumberkan wahyu daripada Allah SWT
yang mempunyai piawaian yang tetap.
3.0 PERBEZAAN DAN PERSAMAAN ANTARA SISTEM MUAMALAT ISLAM
DENGAN EKONOMI KONVENSIONAL
Sistem ekonomi Islam dan konvensional mempunyai beberapa ciri persamaan dan
perbezaan. Di sini saya tampilkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan dalam beberapa
bidang. Antaranya ialah:
i.
ii.
iii.
iv.

Jual beli
Gadaian
Pinjaman / hutang
Sewaan

3.1 JUAL BELI


Jual beli menurut bahasa ialah, pertukaran atau saling menukar. Manakala menurut
pengertian feqah pula, jual beli ditakrifkan sebagai menukar sesuatu barang dengan
barang yang lain dengan rukun serta syarat tertentu. Jual beli juga dapat diartikan
menukar wang dengan barang yang diinginkan selari dengan rukun dan syarat tertentu.
Setelah urusan jual beli dilakukan secara sah, maka barang yang dijual itu telah
menjadi milik pembeli manakala wang yang dibayarkan pembeli sebagai pengganti
harga barang, menjadi milik penjual.
Menurut mazhab Imam Syafii jual beli ialah akad tukaran harta yang membawa
kepada pemilikan sesuatu barangan ataupun manfaat yang kekal serta bukan sekadar
bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT. Para fuqaha telah bersepakat bahawa jual
4

beli disyariatkan dan hukumnya adalah harus.pensyariatnya telah tertulis dalam kitab
suci Al-Quran dan As Sunnah. Firman Allah SWT:





Ertinya: Dan Allah menghalakan jual beli
(Surah Al-Baqarah, ayat 275)

Firman Allah SWT lagi:


...
Ertinya: kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka
antara kamu.
(Surah An Nisa ayat 29)
Manakala dalam hadis pula, Nabi Muhammad SAW banyak menjawab serta
menghurai segala persoalan yang ditanya oleh para sahabat khususnya bidang
muamalat dalam Islam. Antara hadis Nabi yang paling masyhur berkaitan dengan
urusan jual beli ialah,
Sabda Nabi Muhammad SAW

: :

Ertinya: Nabi SAW pernah ditanya, pekerjaan yang palin baik? Baginda
menjawab , Pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang dengan tangannya
(usahanya), dan setiap jual beli yang mabrur.
5

Jual beli dalam ekonomi Islam sangat berbeza dengan ekonomi konvensional.
Hal ini kerana, sistem ekonomi Islam mempunyai undang-undang atau hukum-hukum
tertentu dalam sesuatu urusan jual beli yang telah diwahyukan oleh Allah SWT kepada
umat Islam. Manakala ekonomi konvensional tidak mempunyai undang-undang khusus
dalam sesuatu urusan jual beli melainkan kedua-dua belah pihak iaitu pembeli dan
penjual bersetuju dengan urusan jual beli yang dilakukan. Jika kedua-dua belah pihak
bersetuju dengan urusan jual beli itu, maka urusan mereka telah selesai dengan sah.
Hal ini amat berbeza dengan ekonomi Islam kerana, walaupun pembeli dan penjual itu
bersetuju dengan urusan jual beli mereka, namun mereka harus patuhi hukum hakam
Allah SWT yang telah termaktub dalam Al-Quran. Dalilnya ialah:
Firman Allah SWT:

...
.
Ertinya: padahal Allah telah menghalakan jual beli dan mengharamkan riba...
( surah al- Baqarah 2:275)
Ayat al-Quran di sini bermaksud, walaupun Allah SWT telah menghalalkan jual beli,
namun Allah tetap mengharamkan riba iaitu menjual barang dengan harga yang tinggi
atau menjual barang dengan harga yang tidak berpatutan.
3.1.2 RUKUN DAN SYARAT JUAL BELI
Dalam ajaran Islam, setiap perbuatan atau pekerjaan yang dilakukan hendaklah
mengikut rukun dan syarat-syarat yang telah tertulis dalam Al-Quran dan telah
dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW. Dalam ekonomi Islam, penjual dan pembeli
akan terikat kepada rukun dan syarat jual beli. Rukun-rukun dan syarat-sayat yang
termaktub dalam ajaran Islam ini bukanlah untuk menyusahkan manusia. Sebaliknya
rukun tersebut menjadi asas kepada kesejahteraan ummah. Sebagai contoh, dapat
mengelakkan daripada berlaku sebarang penindasan dalam masyarakat. Rukun dan
syarat-syarat jual beli dalam ekonomi Islam dapat dibahagikan kepada beberapa
bahagian iaitu:
6

Rukun
Jual Beli

Syarat
Jual Beli

Sighah
(kontrak)

Berkaitan
sighah

penjual
dan
pembeli

penjua
dan
pembeli

perkara
yang
diakadkan

perkara
yang
diakadkan
(barang)

3.1.3 RUKUN JUAL BELI


Rukun jual beli yang pertama dalam sistem mumalat Islam ialah, sighah ataupun dalam
bahasa Melayu ialah kontrak, berlaku dalam bentuk lisan iaitu melalui ucapan. Ucapan
bererti ijab dan qabul. Menurut mazhab Imam Hanafi, ijab bermaksud ucapan yang
diberi oleh penjual sebagai tanda persetujuan walaupun ia datang kemudian. Manakala
ijab menurut jumhur fuqaha pula ialah, ucapan yang lahir dari seorang pemilik sebagai
tanda persetujuannya kepada akad. Sebagai contoh, ijab yang biasa diucapkan oleh
penjual ialah Jual. Maksudnya, penjual telah bersetuju untuk menjual barangnya
kepada pihak pembeli.
Qabul pula menurut mazhab Imam Hanafi, bermaksud ucapan yang lahir
kemudian dari pembeli. Walaupun kadang-kadang qabul ini terucap terlebih dahulu.
Menurut jumhur fuqaha pula, qabul adalah ucapan yang terbit dari insan yang akan
diberkan pemilikan sebagai tanda persetujuan kepada ucapan yang diijabkan oleh
orang pertama. Sebagai contoh, qabul yang biasa diucapkan oleh pembeli ialah Beli
yang bermaksud, pembeli bersetuju untuk membeli daripada si penjual. Ijab dan qabul
tidak termasuk dalam ekonomi konvensonal.

Rukun jual beli yang seterusnya ialah, perlu ada dua pihak yang menjalankan
akad iaitu penjual dan pembeli. Kalau mengikut kepada logik akal urusan jual beli tidak
boleh berlaku kepada satu pihak sahaja. Ia mesti membabitkan kepada dua pihak iaitu
mesti ada pihak penjual dan pembeli. Barulah proses jual beli itu berlaku dengan
sempurna. Jika tidak, mana mungkin proses jual beli itu akan berlaku jika hanya ada
satu pihak sahaja.
Hal ini sama seperti ekonomi konvensional yang memerlukan kepada dua pihak
untuk menjayakan proses jual beli. Ia tidak boleh berlaku jika hanya ada satu pihak
sahaja. Di sini kita boleh lihat persamaan ekonomi Islam dengan ekonomi konvensional.
Rukun jual beli yang akhir sekali ialah, perkara yang diakadkan iaitu barang
jualan dan harga. Dalam hal ini, barang semestinya perlu ada untuk menjayakan proses
jual beli. Jika tidak, pasti urusan jual beli tersebut tidak dapat berlaku. Tambahan pula,
harga yang telah diumumkan kepada sesuatu barang mestilah jelas supaya tidak
berlaku sebarang kekeliruan kepada pengguna atau pembeli.
Satu lagi persamaan yang terdapat dalam ekonomi konvensional ialah
kewujudan sesuatu barang dalam proses jual beli. Jika barang tidak ada dalam proses
jual beli tersebut, mana mungkin proses jual beli boleh berlaku. Harga barang juga
mesti jelas dinyatakan serta dilabelkan pada barangan agar tidak berlaku sebarang
kekeliruan dan tidak berlaku sebarang masalah semasa proses jual beli.
Kesimpulannya, sistem ekonomi Islam dan ekonomi konvensional mempunyai
persamaan serta perbezaan yang tersendiri. Rukun-rukun jual beli yang terdapat dalam
sistem ekonomi Islam akan saya huraikan lebih lanjut di dalam syarat-syarat jual beli

3.1.4SYARAT-SYARAT JUAL BELI


SIGHAH

Syarat-syarat jual beli dalam muamalat Islam telah dibahagikan kepada tiga bahagian
seperti yang telah dinyatakan sebentar tadi iaitu, berkaitan dengan sighah, pelaksana
(penjual dan pembeli) dan perkara yang akan diakad iaitu (barang jualan dan harga
barang). Saya akan memulakan syarat jual beli dengan sighah iaitu berkaitan dengan
kontrak. Sighah perlu dalam bentuk lepas atau yang telah berlaku ataupun dalam
bentuk yang menunjukkan ia sedang berlaku. Dalam sighah, qabul perlu sama dengan
ijab dari segi makna, jenis, sifat, bilangan, dan lain-lain. Atau dengan kata lain, qabul
tidak boleh berbeza dengan ijab. Ia mesti sama mengikut jenisnya. Seterusnya, sighah
tidak boleh berada di satu tempat. Ijab semestinya tidak terpisah dengan qabul yang
dapat dierti sebagai penolakan.
Syarat yang seterusnya ialah, kelayakan penjual dan pembeli perlu terpelihara
sehinggalah akad dapat dilaksanakan. Sebagai contoh, pihak pembeli mestilah
mempunyai wang yang cukup untuk membeli sesuatu barang dari penjual. Wang yang
cukup itu merupakan kelayakan kepada pembeli tersebut untuk membeli barang. Selain
itu, hendaklah dipastikan bahawa orang yang mengucap ijab tidak mati, tidak pulang,
sebelum berlaku qabul, dan barangan yang dijual itu tidak rosak. Jika penjual tidak
sempat atau terlupa untuk mengucap ijab, maka barangan yang diniagakan pada hari
itu adalah tidak sah di sisi Islam.
Akhir sekali ialah, sebelum berlaku qabul, iaitu ucapan dari pembeli, pastikan
tidak berlaku sebarang perubahan kepada barang jualan sehingga menjadi barang lain
yang tidak disepakati dalam akad. Maksudnya ialah, semasa berlaku qabul, pastikan
tiada sebarang perubahan kepada barang tersebut sehingga tidak dapat persetujuan
dari kedua-dua belah pihak. Jika ingin membuat perubahan atau pertukaran untuk
sesuatu barang itu, pastikan dapat persetujuan dari kedua-dua belah. Motifnya adalah
supaya tidak berlaku sebarang ketidak adilan dan pertengkaran antara penjual dan
pembeli.

DUA PELAKSANA AKAD (PENJUAL & PEMBELI)

Syarat bagi pelaksana akad iaitu penjual dan pembeli ialah, kedua-dua pelaksana
ataupun seorang daripada mereka bukan daripada golongan orang yang tidak waras,
bodoh, kanak-kanak yang belum mumayiz, muflis dan yang sewaktu dengannya.
Walaupun begitu, akad bagi kanak-kanak yang mumayiz adalah sah, tetapi masih lagi
memerlukan keizinan daripada ibubapanya. Sekiranya mendapat keizinan dari wali,
maka jual beli itu adalah sah di sisi Islam.
Syarat yang seterusnya ialah, proses jual beli hendaklah dilakukan dengan rela
hati dari kedua-dua belah pihak atau dengan kata lain tiada paksaan. Sebagai contoh,
penjual tidak memaksa untuk menyuruh pembeli membeli barangannya dan pembeli
tidak memaksa penjual untuk menjual barangannya. Tambahan lagi, dalam hal akad,
Islam membolehkan wakil daripada penjual atau pembeli untuk melakukan akad.
Maksudnya, penjual dan pembeli tidak disyaratkan untuk melakukan akad itu sendiri.
Mereka boleh menyuruh orang lain sebagai wakil untuk melakukan akad tersebut.
PERKARA YANG DIAKADKAN (BARANG JUALAN ATAUPUN HARGA)
Dalam ekonomi Islam, terdapat beberapa syarat yang mesti dipatuhi dalam perkara
yang diakadkan. Perkara yang diakadkan itu adalah barang jualan ataupun harga.
Syarat yang pertama ialah barang itu mestilah suci dari segala jenis najis. Menurut
mazhab imam Syafii dan Maliki, tidak sah jual beli najis yang tidak boleh disucikan,
samada barangan ataupun harga. Manakala mazhab imam Hanbali pula meletakkan
syarat ini di bawah syarat harta. Menurut mazhab imam Hanafi pula, beliau tidak
menyatakan bahawa suci itu sebagai syarat jualan. Bahkan pula, beliau menyebutnya
ketika menjelaskan tentang syarat harta seperti yang dilakukan oleh mazhab imam
Hanbali. Mazhab yang terakhir iaitu, mazhab imam Hanafi menyatakan bahawa najis
juga diambil kira sebagai harta sebagai contoh, baja.
Seterusnya ialah, barang itu mesti boleh dimanfaatkan mengikut syarak yang
telah ditetapkan oleh ajaran Islam. Segala barangan yang tidak mempunyai sebarang
manfaat atau kebaikan tidak boleh dinilai sebagai harta. Oleh itu, barang tersebut tidak
boleh dijual sebagaimana minuman arak yang telah dinyatakan hukumnya dalam hadis
Rasulullah SAW.
10

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya:
Daripada Anas Bin Malik: Sabda Rasulullah SAW melaknat sepuluh golongan berkaitan
dengan arak. Yang memerahnya, yang minta diperah untuknya, yang meminumnya,
yang membawanya, yang minta dihantarinya, yang menuangkannya, yang menjualnya,
yang makan harganya, yang membelinya, dan yang minta dibelikannya.
(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)
Barang jualan juga mempunyai nilai menurut syarak. Maka, jual beli barangan yang
tiada nilai adalah tidak sah di sisi Islam seperti menjual makanan yang telah rosak. Hal
ini kerana makanan tersebut sudah tiada nilainya. Syarat ini telah dipersetujui oleh
fuqaha.
Dalam hal ini juga, barangan yang dijual itu mestilah berada di bawah penjagaan
penjual secara keseluruhannya sehingga selesai akad. Rasionalnya adalah untuk
memastikan bahawa barang itu selamat dengan penjual sehingalah pembeli datang
membeli dengan penjual. Ia adalah untuk memastikan bahawa barang itu tidak
mempunyai mana-mana bahagian yang rosak dan tidak dicuri oleh orang lain. Syarat ini
telah disepakati oleh para fuqaha sebagaimana yang terdapat dalam mazhab imam
Safii dan Hanbali. Mazhab Maliki dan Hanbali juga mensyaratkan pemilikan
keseluruhannya, tetapi mereka memberi tanggapan bahawa syarat itu adalah sayart
lazim.

11

Syarat yang seterusnya ialah, barangan yang dijual itu mampu diserah kepada
pembelinya. Maksudnya, penjual mesti berupaya untuk menyerahkan barang itu
kepada pembeli setelah selesai akad tanpa sebarang alasan. Sebagai contoh: jual beli
ikan yang masih dilautan, ataupun burung di udara adalah tidak sah. Ia sama seperti
jual beli maghsub. Ia tidak sah kerana tidak mampu diserahkan kepada pembeli dengan
kadar segera. Syarat ini telah dipersetujui oleh para fuqaha. Namun begitu, syarat ini
boleh berubah mengikut perderan zaman dan perkembangan teknologi semasa.
Syarat yang terakhir sekali ialah, barang jualan itu mestilah diketahui oleh
penjual dan pembeli. Hal ini adalah untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang
pertelingkahan dan perselisihan faham. Maka jual beli barangan yang tidak diketahui
adalah tidak sah untuk kedua-dua pihak ataupun salah seorang daripada mereka.
Syarat ini telah dipersetujui oleh para fuqaha dan ia menjadi syarat sah dalam mazhab
imam hanafi. Oleh itu, jual beli yang tidak diketahui barangannya sehingga boleh
menimbulkan pergaduhan adalah tidak sah di sisi Islam.
Secara amnya, dapat saya simpulkan bahawa rukun serta syarat di dalam
proses jual beli ini sangat penting. Walaupun ia nampak sedikit rumit dalam ekonomi
Islam, namun ia adalah untuk mensejahterakan masyarakat dengan mengelakkan
daripada berlaku sebarang masalah dan persilisahan faham. Oleh itu, umat Islam
mestilah sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam kerana Islam itu agama Allah
SWT dan Allah tahu apa yang terbaik untuk ummatnya. Sesungguhnya Allah
mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.
3.2 GADAIAN
Perkataan gadaian dalam bahasa Arab dinamakan sebagai Ar-Rahnu yang bermaksud
meletakkan sesuatu barangan atau harta yang bernilai sebagai jaminan kepada
sesuatu hutang yang diperolehi seorang pemberi hutang dengan anggapan bahawa jika
sekiranya orang yang berhutang itu tidak dapat melunaskan hutangnya, maka si
pemberi hutang ataupun pemiutang boleh mendapatkan kembali barang atau wangnya
daripada barang gadaian tersebut. Ringkasnya, gadaian merujuk kepada harta yang
dijadikan cagaran apabila seseorang itu berada dalam kesempitan. Sebagai contoh
12

apabila seseorang itu perlu melunaskan hutang atau perlu membuat pembayaran
dengan segara. Maka dia boleh membuat cagaran untuk barangannya seperti emas
agar dia boleh membuat pembayarannya mengikut hukum Islam. Dalam bahasa
Inggeris pula, gadaian bermaksud Pawn dan Mortage. ia secara amanya adalah untuk
membawa erti cagaran yang diserahkan oleh peminjam kepada yang memberi pinjam
untuk jangka masa tertentu yang telah disepakati. Hukum gadaian adalah harus dan ini
berdasarkan firman Allah dalam kitab suci Al-Quran.
Firman Allah SWT

Maksunya: dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi
hutang yang bertempoh), sedangkan kamu tidak mendapati juru tulis, maka hendaklah
diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang). (Surah
Al-Baqarah ayat 283)
Kita boleh lihat di sini dengan jelas bahawa sistem ekonomi Islam tidak memisahkan
antara faktor ibadah khusus iaitu fardu ain dan faktor ibadah umum iaitu fardu kifayah.
Bukan itu sahaja, Islam juga menyatukan kedu-duanya dalam satu ikatan yang erat dan
padu. Islam juga mengajar umatnya untuk membangun bersama aspek kerohanian
serentak dengan aspek kebendaan.
3.2.1RUKUN GADAIAN
Seperti biasa, dalam sistem ekonomi Islam setiap perkara mestilah mempunyai
rukun-rukun dan syarat-syarat tertentu. Oleh itu, terdapat lima rukun dalam gadaian.
13

Pertama sekali ialah, penggadai atau orang yang menggadai, iaitu orang yang
berhutang. Seterusnya, penerima gadaian atau pemegang gadaian iaitu pihak yang
memeberi pinjaman. Yang ketiga ialah, barang gadaian iaitu barang yang mempunyai
nilai yang tinggi yang berada di bawah kawalan penerima pinjaman. Tambahan lagi,
tanggungan gadaian iaitu jumlah yang berhutang dan rukun yang terakhir sekali ialah,
sighah atau perjanjian. Perjanjian itu mestilah berkaitan dengan pinjaman atau hutang
dan gadaian.
Dalam sistem ekonomi konvensional, ia tidak mempunyai sebarang rukun seperti
yang telah dinyatakan di dalam sistem ekonomi Islam. Akan tetapi ia mestilah
mempunyai syarat-syarat tertentu untuk menjayakan proses gadaian itu. Sebagaimana
ekonomi Islam, ia juga melibatkan dua orang pihak iaitu penerima gadai dan pemegang
gadaian dan yang paling penting ialah, perlu ada barang yang bernilai. Barulah sesuatu
proses gadaian boleh berlaku. Dalam ekonomi konvensional juga mempunyai perjanjian
yang akan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
3.2.2 SYARAT-SYARAT GADAIAN
Dalam ekonomi Islam, terdapat beberapa syarat yang wajib dipatuhi sebelum
menjalankan sebarang gadaian. Syarat yang pertama ialah,akad gadaian mestilah
dilakukan melalui ijab dan qabul iaitu tawaran dan penerimaan. Ia sama seperti dengan
syarat jual beli juga. Perlu mempunyai ijab dan qabul. Syarat yang seterusnya ialah,
orang yang menggadai iaitu Ar-rahin dan orang yang memegang gadaian Ar-murtahin
hendaklah tergolong daripada orang yang berfikiran waras iaitu mempunyai kelayakan
yang sepatutnya untuk mentadbir harta (Mutlaq Al-Tasarruf). Oleh yang demikian, orang
yang gila atau kanak-kanak yang belum mumayiz atau belum baligh tidak sah
melakukan atau menerima sebarang gadaian. Tambahan lagi, penggadai dan penerima
gadaian melakukan gadaian mengikut kehendak sendiri tanpa ada campur tangan atau
paksan dari orang lain. Syarat yang terakhir ialah, barang yang digadaikan iaitu Almarhun mestilah barang yang suci daripada najis dan barang yang ingin digadai itu
mestilah hak milik penggadai itu sepenuhnya. Maksudnya barang itu bukan hasil
daripada barang yang dicuri. Barang yang hendak digadai itu mestilah telah ditentukan

14

harganya supaya tidak berlaku sebarang masalah atau kecelaruan semasa proses
gadaian tersebut.
Manakala dalam ekonomi konvensional pula, syaratnya agak sama dengan
sistem ekonomi Islam tetapi tidak terlalu rumit seperti sistem ekonomi tersebut.
Contohnya ialah, orang yang menggadai dan orang yang memegang gadaian
hendaklah tergolong daripada orang yang mampu berfikir dengan waras dan mampu
mentadbir harta dengan sebaik mungkin. Manakala untuk barang gadaian pula,
mestilah mempunyai nilai harga yang tinggi dan ia tidak bergantung kepada kesucian
barang tersebut. Maknanya, barang itu boleh digadaikan walaupun tidak suci. Barang
tersebut mestilah hak milik penggadai sehingga berlaku urusan gadai tersebut dan dia
mesti meletakkan harga pada barangan itu agar tidak berlaku masalah ketika proses
gadaian dijalankan.
Tuntasnya, gadaian adalah satu sistem yang memberi kemudahan kepada orang
yang berada dalam kesempitan. Ia juga bertujuan untuk memberi peluang kepada umat
Islam untuk mengembangkan ekonomi Islam. Oleh yang demikian, gadaian sangat
penting kerana ia merupakan salah satu cara untuk membayar hutang jika kita berada
dalam kesempitan.
3.3 PINJAMAN ATAU HUTANG
Berhutang atau membuat pinjaman adalah harus di sisi Islam. Islam memberi galakan
kepada umatnya supaya memberi pertolongan kepada saudara-saudaranya lebih lagi
kepada mereka yang memerlukan keperluan asasi. Hutang yang dibenarkan di dalam
Islam adalah hutang Al Qard yang membawa maksud pinjaman. Ia juga digelar dengan
nama Al Qardhul Hasan atau Al Qardn Hassan atau pinjaman kebajikan yang mana
pinjaman itu hanya diberkan kepada insan-insan yang berada dalam kesempitan yang
sangat memerlukan kepada bantuan. Pinjam itu tidak melibatkan bayaran lebih ketika
membuat pembayaran balik hutang tersebut. Sebagai contoh, jika diberi pinjaman
sebanyak RM 2000 dan tempoh bayaran balik selepas 2 bulan, maka si penghutang
mesti membayar balik hutang beliau pada tempoh yang telah dijanjikan dan dengan
jumlah yang sama iaitu RM 2000. Jika orang yang berhutang itu hendak memberi
15

hadiah saguhati kepada pemberi pinjaman, maka di boleh berbuat demikian keran ia
dibenarkan dalam Islam tetapi tidak boleh diletak sebagai syarat.
Orang yang memberi pinjam tidak boleh mengenakan bayaran tambahan ke atas
pinjaman itu, kerana jumlah tambahan yang dikenakan ke atas pinjaman itu dianggap
sebagai RIBA yang amat ditentang dalam ajaran Islam. Segala jenis gelaran yang
digunakan seperti faedah, bunga, premium dan sebagainya adalah termasuk dalam
kategori selagi mana ianya menepati definisi riba. Secara ringkas, riba ialah bayaran
tambahan terhadap pinjaman yang dipinjam oleh peminjam. Maksudnya, peminjam
perlu membayar pinjamannya dengan jumlah yang lebih banyak dari jumlah
pinjamannya. Ini merupakan salah satu penindasan terhadap mereka yang memerlukan
bantuan dan penindasan ini sangat dibenci dalam ajaran Islam.
Allah SWT telah berfirman dalam kitab Al Quran tentang mengurus hutang
seperti menulis jumlah hutang, tempoh hutang dan mengadakan saksi. Hal-hal ini telah
dihurai dengan jelas dengan firman Allah SWT:

. . .
. . . .


. .

. . .
. . .


. .
.

. . .

. . .
. .
16

. .




Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu
urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke satu masa
yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (HUTANG DAN MASA
BAYARANNYA) itu. Dan hendaklah seorang penulis antara kamu menulisnya
dengan adil (benar). Dan janganlah seseorang penulis enggan menulis
sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah dia menulis
dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu
dengan jelas). Dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan
janganlah dian mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu.
Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau dia sendiri
tidak dapat merencanakan (isi surat itu), maka hendaklah direncanakan oleh
walinya dengan adil (benar); dan hendaklah kamu mengadakan DUA orang
saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian, kalau tidak ada saksi dua orang
lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orangorang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari
saksi-saksi perempuan yang berdua itu, maka dapat diingatkan oleh yang
seorang lagi. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil
menjadi saksi.
Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh
masanya, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil
di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan
juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali,
perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri,
maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi
apabila kamu berjual beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu
disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka
sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada
pada kamu. Oleh itu, hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan (ingatlah),
Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa
Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(Al Baqarah: 282)
17

Mungkin tidak timbul masalah untuk kita menulis hutang kerana tatacaranya
sudah terang lagi bersuluh dengan kata sepakat kedua-dua belah pihak yang berhutang
dan memberi hutang. Telah tertulis dalam perjanjian hutang tersebut bahawa adalah
menjadi tanggungjawab penghutang untuk menjelaskan hutangnya dalam tempoh
masa yang telah dipersetujui. Contoh paling bagus bagi menjelaskan hutang adalah
seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sendiri kita beliau berhutang. Dari Abu
Hurairah r.a. beliau berkata Rasulullah s.a.w pernah berhutang seekor unta kemudian
Baginda membayarnya dengan yang lebih baik dan bersabda, maksudnya: Sebaikbaik kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutangnya. Hadis riwayat Imam
Muslim.
Dalam konteks pinjaman ini, mungkin dia sedikit perbezaan dan persamaan
dengan sistem ekonomi konvensional. Jika dalam ekonomi konvensional, persamaan
yang ketara boleh dilihat apabila berlakunya satu proses pinjaman, maka ia akan
berlaku antara dua pihak. Justeru itu, dalam sesuatu perjanjian pinjaman itu, pasti ada
tempoh pembayaran balik hutang itu. Itulah yang menjadi persamaan antara sistem
ekonomi konvensional dengan sistem ekonomi Islam. Tapi apa yang membezakan
antara dua sistem ekonomi ini ialah, sistem ekonomi konvensional mengamalkan riba
iaitu bayaran imbuhan keatas jumlah yang dipinjam oleh si peminjam. Sistem riba ini
telah lama diperkenalkan sejak dari zaman jahiliyah lagi sehinggalah kedatangan ajaran
Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Sistem riba ini sangat memberi keuntungan
yang lumayan kepada pihak yang memberi pinjaman manakala ia memberi
kesengsaraan kepada peminjam kerana terpaksa membayar balik dengan jumlah yang
lebih banyak dari jumlah yang dipinjam. Oleh itu, sistem riba ini sangat ditentang oleh
ajaran Islam kerana ia jelas membebankan pihak peminjam. Walaupun begitu, sistem
riba tetap dijalankan di negara-negara Islam sebagai contoh negara kita sendiri.
Tuntasnya, sistem ekonomi Islam amat menititikberatkan belas ihsan kepada
umatnya. Hal ini boleh dilihat dalam huraian sebelum ini iaitu mengenai riba. Sistem
riba ini ditentang habis-habisan dalam ekonomi Islam. Namun begitu, masih ada lagi
sesetengah pihak yang beragama Islam menggunakan sistem riba ini untuk mengaut
keuntungan dunia.
18

3.4 SEWAAN
Sewaan merupakan sistem yang telah lama wujud dan telah diperaktikkan dalam
kehidupan masyarakat yang terdahulu. Sistem ini bukanlah merupakan sesuatu yang
asing kepada masyarakat kini. Boleh dikatakan semua individu mengatahui apa itu
sewaan dan sebahagian pula pernah terlibat dengan sistem sewaan tersebut.
Bagi mereka yang mempunyai tahap kewangan yang sedarhana, sistem sewaan
ini amat bermanfaat untuk digunakan. Mereka tidak perlu membuat pembayaran
kepada aset berkenaan yang berkemungkinan tidak sesuai dengan tahap kewangan
mereka. Namun begitu, mereka boleh membuat bayaran dengan sejumlah wang
sewaan untuk mendapat kebaikan daripada aset tersebut.
Firman Allah SWT:

Maksudnya:
Salah seorang dari wanita itu berkata, wahai bapakku, ambillah ia sebagai
orang yang bekerja ( pada kita), karena sesungguhnya orang yang paling
baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi
dapat dipercaya
Sewaan atau dalam bahasa Arab, ujarah yang bermaksud balasan atau ganjaran
ke atas sesuatu pekerjaan. Selain daripada ujarah, terdapat satu lagi istilah lain iaitu
ijarah yang membawa maksud perbuatan menyewa sesuatu atau mengupah
seseorang. Dari sudut istilah pula, menurut para ulama, ijarah atau sewa bermaksud
kontrak pertukaran hak milik harta iaitu muawadah dengan memberi milik manfaat
dengan ganjaran atau bayaran tertentu.
Kebanyakan ulama membahagikan kontrak sewaan ini kepada dua bahagian
iaitu ijarah Ain dan ijarah Amal. Ijarah Ain adalah kontrak sewaan yang membawa
19

manfaat kepada barang. Sebagai contoh, Ahmad menyewa kedai daripada Hasan
dengan bayaran sebanyak RM 1000 sebulan selama dua tahun setengah. Manakala
ijarah Amal pula adalah menyewakan faedah atau manfaat kerja dan kemahiran
seseorang itu. Bayaran sewa bagi kategori ini biasanya dinamakan sebagai upah.
Contohnya, abu berkerja sebagai pelayan di sebuah restoran dan dibayar upah
sebanyak RM 1500 sebulan.
Sebagaimana dengan syarat-syarat perjanjian yang lain, dua pihak yang terlibat
dalam proses sewaan iaitu pemberi sewa dan penyewa perlu sebulat suara dengan
segala syarat-syarat yang telah tertulis dalam kontak berkenaan seperti kadar sewa,
tempoh masa sewaan, tarikh bayaran sewa, masa sewaan, dan tanggungjawab
penyelenggaraan. Tambahan lagi, kadar sewaan sangat penting dalam urusan sewaan.
Hal ini kerana, banyak berlaku perselisihan faham antara penyewa dengan pemberi
sewa kerana pemberi sewa tidak menentukan kadar bayaran sewa terhadap barangnya
pada peringkat awal secara spesifik. Oleh itu, penentuan kadar bayaran sewaan ini
sangat penting sebelum pemberi sewa membuat perjanjian dengan penyewa.
Masalah ini juga boleh diatasi melalui menyediakan dokumen bertulis yang
mengandungi syarat dan terma yang perlu dipatuhi oleh kedua-dua belah pihak.
Kemudian, ia perlu dipersetujui oleh mereka dengan menandatangani perjanjian
tersebut. Perjanjian tersebut dijadikan sumber rujukan pada masa akan datang
khususnya apabila berlaku ketidak puas hati oleh salah satu pihak. Sama juga
sekiranya kita sebagai majikan mengambil pekerja untuk melakukan sesuatu tugas. Kita
perlu menetapkan tempoh masa, jenis pekerjaan dan kadar upah pada peringkat awal.

3.4.1 RUKUN SEWAAN


Sebelum seseorang itu ingin menyewa atau memberi sewa, dia terlebih dahulu perlu
mengetahui tentang rukun-rukun sewa menyewa. Yang pertama ialah, pelaku akad.
Pihak yang memberi sewa disebut sebagai muajjir manakala pihak yang menyewa
digelar sebagai mustajir. Penyewa dan pemberi sewa mestilah berakal dari segi
fikirannya, berkehendak sendiri yakni bukan paksaan orang lain, baligh, dan tidak
20

bersifat membazir. Jika salah seorang daripada mereka tidak menepati rukun-rukun ini,
maka proses sewaan itu adalah tidak sah d isisi Islam. Yang seterusnya ialah, objek
akad iaitu barang atau sesuatu benda yang bermanfaat untuk disewakan seperti tanah
kawasan. Yang terakhir sekali ialah, akad sewa. Akad sewa dianggap sah setelah ijab
dan qabul dilaksanakan dengan lafaz sewa atau lafaz-lafaz lain yang mengandungi
makna yang sama.
3.4.2 SYARAT SAH SEWAAN
Setelah penyewa dan pemberi sewa faham dengan rukun sewaan, mereka seterusnya
perlu memahami tentang syarat-syarat sah sewaan pula. Antara syarat sah sewaan
ialah, kedua-dua pihak yang terlibat dalam proses tersebut mestilah mengikut kerelaan
hati. Ia tidak boleh berpaksikan kepada paksaan daripada pihak lain. Jika ada manamana pihak yang memaksa seseoran itu untuk memberi sewa atau menyewa, maka
hukumnya adalah tidak sah di sisi Islam.
Seterusnya ialah, barang yang terlibat dalam proses sewaan ini mestilah
berguna dan dapat memberi manfaat kepada penyewa dan pemberi sewa. Jika barang
tersebut tidak mampu memberi manfaat, maka proses sewaan itu adalah sia-sia dan
ianya tidak sah di sisi Islam. Syarat yang ketiga pula ialah, barang yang menjadi objek
akad hendaklah boleh diserahkan kepada penyewa pada hari akad. Maksudnya,
apabila selesai sahaja akad, maka barang yang ingin disewakan itu mestilah diberi
kepada penyewa dengan penuh kerelaan hati. Syarat yang terakhir sekali ialah, barang
yang terlibat itu mestilah harta yang mempunyai nilai jelas, atau dengan menyebut ciricirinya dengan lebih terperinci. Hal ini adalah untuk memberi penerangan kepada
penyewa supaya dia faham tentang ciri-ciri barang yang hendak disewa itu.
Jika dalam ekonomi konvensional, syarat untuk menyewa adalah lebih ringkas.
Ia semestinya melibatkan dua pihak dan mesti ada barang yang hendak disewa. Kadar
bayaran dan tempoh bayaran juga terselit dalam ekonomi konvensional. Hal ini adalah
sama seperti dengan sistem ekonomi Islam yang telah saya hurai sebentar tadi. Apa
yang menjadi perbezaannya ialah, kadar bayaran ekonomi konvensional dalam sesuatu
tempoh itu kadang-kadang boleh berubah mengikut kehendak pemberi sewa. Sebagai
21

contoh, kadar bayaran sewa rumah Ahmad meningkat secara tiba-tiba dari RM 1500
kepada RM 2000 atas permintaan pemberi sewa tersebut. Hal ini akan memberi
bebanan

secara

tiba-tiba

kepada

penyewa

kerana

dia

terpaksa

membayar

denganjumlah yang lebih banyak dari sebelumnya. jika lihat dalam sistem sewaan Islam
iaitu ijarah Ain yang mana kadar dan tempoh bayaran sewa tidak akan berubah
sehinggaah tamatnya kontrak sewaan.
Kesimpulannya, syarat-syarat yang terdapat dalam ekonomi Islam mestilah
dipatuhi dengan sebaik mungkin agar tidak berlaku lagi sebarang masalah yang
berkaitan dengan sewaan ini. Perjanjian bertulis mestilah dilaksanakan untuk dijadikan
sumber rujukan pada masa hadapan khususnya apabila berlaku perselisihan faham
antara penyewa dan pemberi sewa.
4.0 ANALISIS TENTANG EKONOMI ISLAM DAN EKONOMI KONVENSIONAL
Ekonomi Islam ialah satu-satunya sistem ekonomi yang disyariatkan oleh Allah SWT di
dalam kitab suci Al-Quran. Maka sudah terang lagi bersuluh bahawa sistem ekonomi
Islam ini ialah sistem ekonomi yang paling baik berbanding dengan sistem ekonomi lain
di luar sana. Kebaikan sistem ekonomi boleh dilihat kepada penerapan nilai-nilai
mahmudah atau nilai-nlai murni kedalam diri seseorang muslim itu. Jika dilihat secara
terperinci, ekonomi Islam sahaja yang mengajar umatnya untuk bersikap jujur dan
amanah dalam setiap perkara khususnya yang berkaitan dengan ekonomi.
Menurut Yusuf Al Qaradhawi (2010), beliau mempertengahkan perbincangan dari
sudut nilai dan akhlak dalam bidang penggunaan, urusniaga, pengedaraan dan
peranan negara dalam menguatkuasakan nilai dan akhlak dalam setiap aspek
khususnya ekonomi. Maka disini sudah jelas dinyatakan oleh yusuf Al Qaradhawi
bahawa aspek nilai dan akhlak amat penting dalam setiap perkara lebih-lebih lagi dalam
ekonomi. Manakala menurut bapa ekonomi Islam pula iaitu Ibnu Khaldun, beliau telah
mengutarakan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi seperti keadilan, rajin,
kerjasama, dan kesederhanaan. Beliau menegaskan lagi bahawa keadilan merupakan
tunjang kekuatan sesebuah ekonomi. Di sini kita boleh lihat bahawa keadilan itu sangat
penting untung membangunkan sesebuah ekonomi negara. jika dilihat balik, sifat
22

keadilan itu tergolong dalam sifat-sifat terpuji. Jadi sememangnya, akhlak itu sangat
penting bagi setiap umat Islam kerana jatuh bangun agama itu terletak pada umatnya.
Kita sebagai umat Islam mestilah mencontohi sifat Nabi Muhammad SAW kerana
salah satu sebab baginda diutuskan ke dunia adalah untuk memperbaiki sifat umat
terdahulu. Baginda SAW pernah bersabda yang membawa maksud, sesungguhnya
aku diutuskan untuk memuliakan kemuliaan akhlak. Hadis ini jelas menyatakan
bahawa contoh terbaik untuk kita ikuti ialah Nabi Muhammad SAW. Tambahan lagi,
Rasulullah SAW juga seorang peniaga yang berjaya pada masa itu. Kejayaan itu mesti
tidak lain dan tidak bukan disebabkan sifat terpuji yang dimiliki oleh Rasulullah SAW
sehingga masyarakat pada zaman itu menggelar baginda sebagai As siddiq iaitu
seorang yang jujur.
Sehubungan dengan itu, Firman Allah SWT:-

Dan sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang


tinggi (mulia).
(Surah Al-Qalam : 4)

Allah SWT telah mengangkat martabat Nabi Muhammad SAW dalam


firmannya yang menyatakan bahawa Rasulullah mempunyai sifat yang
mulia. Jadi kita sebagai hamba yang hina mestilah mencontohi sikap
Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian kita dan juga dalam melakukan
sebarang perniagaan khususnya.
Berbeza pula dengan sistem ekonomi konvensional yang langsung
tidak menyentuh tentang keadilan atau sifat-sifat terpuji dalam melakukan
sesuatu urusniaga. Sistem ini hanya mementingkan kepada keuntungan
semata-mata tanpa memikirkan kesan sampingan yang akan menimpa
kepada pihak lain. Namun begitu, tidak dinafikan juga terdapat satu sistem
ekonomi konvensional yang dipanggil sebagai sistem ekonomi campuran
yang mana sistem ekonomi itu mempunyai campur tangan daripada
kerajaan. Campur tangan kerajaan adalah untuk memberi bantuan kepada
23

rakyat dengan memberi subsidi kepada barang-barang tertentu, serta


menetapkan harga kepada sesuatu barang keperluan seperti beras, gula,
gandum dan sebagainya. Penetapan harga dari kerajaan adalah bertujuan
untuk mengelakkan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab
meletakkan harga sendiri pada kadar yang tidak berpatutan. Jelas bahawa
terdapat juga ciri-ciri keadilan dalam sistem ekonomi ini. Sistem ekonomi
campuran ini juga telah diamalkan di negara kita sendiri sehingga sekarang.
Tuntasnya, ekonomi Islam lebih mementingkan nilai-nilai murni dalam
melakukan segala perniagaan manakala ekonomi konvensional
mementingkan kepada keuntungan semata-mata. Ekonomi konvensional
hanya menumpukan kepada perihal dunia sahaja iaitu tidak memikirkan
balasan yang akan diterima di akhirat kelak. Berbeza dengan ekonomi Islam
yang menumpukan kepada dua-dua aspek secara menyeluruh iaitu duniawi
dan akhirawi yang mana sistem ini mengajak umatnya melakukan kebaikan
disamping mengejar keuntungan.
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat dibuat ialah, sistem ekonomi Islam lebih bermutu berbanding
sistem ekonomi konvensional. Sememangnya sistem ekonomi Islam ini lebih
mementingkan keadilan dan belas ihsan dalam melakukan sebarang perniagaan seperti
pinjaman, jual beli, gadaian dan sebagainya. Namun begitu, tidak dinafikan juga sistem
ekonomi konvensional ada baiknya juga seperti mendapat kebebasan dalam
melakukan aktiviti perniagaan khususnya. Namun diingatkan juga bahawa kebebasan
itu haruslah mengikut syarak serta tidak boleh mengikut hawa nafsu.

6.0 PENEMUAN BAHARU


Setelah beberapa minggu saya menyiapkan tugasan ini, saya telah mendepat beberapa
ilmu baharu daripada tugasan ini. Pertama sekali tugasan ini telah memberi
24

penerangan kepada saya tentang ekonomi Islam serta ciri-cirinya. Saya juga dapat
mengenalpasti perbezaan serta persamaan yang terkandung dalam sistem ekonomi
Islam dan ekonomi konvensional.
Melalui tugasan ini, saya dapat mengatahui dengan lebih terperinci tentang jual
beli, gadaian, pinjaman, dan hutang. Jika sebelum ini, saya hanya mengetahui sedikit
sahaja tentang sistem ekonomi Islam itu pun hanya dalam aspek jual beli. Namun
setelah saya menyiapkan tugasan ini, saya dapat membezakan empat perkara ini
dengan lebih terperinci. Saya juga dapat membezakan jual beli, gadaian, pinjaman, dan
sewaan antara sistem ekonomi Islam dengan ekonomi konvensional. Sebagai contoh,
pinjaman dalam Islam tidak mengamalkan sistem riba manakala sistem ekonomi
konvensional mengamalkan sistem riba.
Saya juga dapat mengetahui tentang hukum yang dikeluarkan oleh empat
mazhab yang terkenal iaitu mazhab imam Syafie, imam Maliki, imam Hanbali, dan iman
Hanafi. Setiap hukum yang dikeluarkan adalah berbeza berpandukan kepada pendapat
masing-masing. Sebagai contoh, dalam syarat jual beli mazhab imam Syafii dan Maliki
beranggapan bahawa tidak sah jual beli najis yang tidak boleh disucikan, samada
barangan ataupun harga. Manakala mazhab imam Hanbali pula meletakkan syarat ini di
bawah syarat harta seperti baja. Walaupun mereka mempunyai pendapat yang
berbeza, namun mereka tidak pernah menyangkal pendapat dari kalangan mereka.
Selain itu, saya juga dapat mengatahui tentang pendapat-pendapat ulama
mengenai sistem ekonomi Islam. Sebagai contoh ulama Yusof Al-Qaradhawi lebih
mementingkan keadilan dalam melakukan sebarang urusniaga seperti jual beli agar
tidak ada berlaku sebarang pertikaian dalam urusan tersebut. Hal ini sama seperti Ibnu
khaldun yang lebih mementingkan sifat-sifat atau nilai-nilai murni dalam melakukan
sebarang perniagaan khususnya. Sesungguhnya, sifat terpuji itu sangat penting dalam
kehidupan seharian kita kerana sifat itulah yang membawa kita kepada kejayaa.
Lihatlah Nabi Muhammad SAW yang mempunyai sifat yang terpuji dalam dirinya
sehingga diberi kepercayaan oleh Siti Khadijah untuk mengurus tadbir perniagaannya
itu.

25

Tuntasnya, tugasan ini telah mengajar saya banyak perkara tentang sistem
ekonomi dalam Islam dan ekonomi Konvensional. Segala ilmu yang saya perolehi boleh
saya praktikkan dalam kehidupan seharian agar hidup ini lebih diberkati dan diredai
oleh Allah SWT.

7.0 RUJUKAN
Abdullah Alwi Hj Hassan. (2005). TEORI dan APLIKASI KONTEMPORARI sistem
ekonomi Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan publication & Distributors Sdn
Bhd.
David E. O connor. (2006). ENCYCLOPEDIA OF THE GLOBAL ECONOMY A GUIDE
FOR STUDENTS AND RESEARCHERS. New Delhi: ACADEMIC FOUNDATION.
Faizah Hj. Ismail. (2000). ASAS-ASAS MUAMALAT dalam ISLAM. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sibly Maros. (1989). PRINSIP EKONOMI ANTARABANGSA. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Zaharuddin Abdul Rahman. (2014). Fiqh Kewangan Islam. Kuala Lumpur: BS PRINT
(M) SDN BHD.
http://www.artikel.majlisasmanabawi.net/hukum-jual-beli-menurut-al-qurandan-hadits/
http://www.jawhar.gov.my/index.php/ms/pelbagai/artikel-pilihan/211-kepentingan-sistemekonomi-islam-terhadap-masyarakat

26

You might also like