Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TEMA:TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

KESAN PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR

Mutakhir ini, teknologi maklumat berkembang dengan semakin pesat dan pantas
menjadikan dunia berhubung tanpa sempadan dan batasan. Ledakan informasi
teknologi maklumat atau secara ringkasnya ICT (Information Communication
Technology), membawa perubahan yang besar dalam hidup kita yang sedang
membangun. Internet merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang
digunakan secara meluas. Dulu penggunaan Internet hanya bergantung pada
sebuah komputer, kini Internet juga mampu diakses dengan menggunakan
telefon bimbit yang mempunyai perisian perkhidmatan Internet tanpa wayar
(Wireless).
Kesan positif yang dapat dilihat terutama dalam kalangan pelajar ialah dapat
mengakses maklumat berkaitan pembelajaran dengan mudah. Kini,
pelbagai pengetahuan terkini dapat disalurkan melalui internet. Internet
merupakan khazanah ilmu yang membantu berjuta-juta pelajar untuk
mendapatkan maklumat dalam proses pembelajaran dan penyelidikan. Tugas
guru mahupun pensyarah juga dipermudah melalui penggunaan internet yang
membekalkan pelbagai ilmu terkini dan mudah. Perkembangan sains dan
teknologi serta ilmu canggih dipaparkan dalam internet. Ia juga membantu
dalam proses penyelidikan dan pembangunan. Selain itu, pada pandangan saya
internet memberikan transformasi yang sangat besar dalam bidang pendidikan.
Sebagai contoh, Universiti Pendidikan Sultan Idris sendiri merupakan antara
universiti di Malaysia yang menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran
melalui dunia maya iaitu melalui MYGURU PORTAL. Para pelajar tidak perlu lagi
untuk bersusah-payah mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan
menduduki ujian melalui kaedah manual sebaliknya hanya dengan
menggunakan portal tersebut.
Walaubagaimanapun, setiap kemudahan serta kecanggihan sesuatu benda
terdapat kesan negatifnya. Antaranya ialah wujud budaya plagiarisme secara
meluas dalam kalangan pelajar.Gejala plagiarisme merupakan perbuatan
yang tidak beretika dan saling tak tumpah konsepnya seumpama merompak. Ia
terjadi apabila seseorang menghasilkan semula atau menciplak hasil ilmiah milik
orang lain sama ada dalam bentuk perkataan, idea-idea atau penemuanpenemuan tertentu melalui kaedah copy and paste. Terdapat beberapa bentuk
plagiarisme yang diamalkan seperti penipuan secara langsung perkataanperkataan, perenggan atau sebarang bahan yang diambil daripada bahan
terbitan orang lain tanpa usaha yang sewajarnya dalam mengiktiraf sumber asal
bahan ilmiah tersebut. Dengan teknologi 'dunia di hujung jari' melalui internet
pada masa kini, diakui seseorang pelajar mampu menyiapkan kerja kursus atau
tesisnya dengan jalan pintas yang cepat.
Kesimpulannya, kecanggihan teknologi pada masa kini banyak memberi impak
positif terhadap kehidupan masyarakat terutamanya kepada golongan pelajar.
Akan tetapi, kita haruslah sedar bahawa kecanggihan teknologi yang dikecapi
kini juga banyak mendatangkan pelbagai kesan negatif. Justeru saya menyeru
kepada semua golongan dalam lapisan masyarakat khusunya golongan pelajar

agar menggunakan kecanggihan teknologi internet ini dengan cara yang betul
kerana suatu hari nanti golongan terpelajar seperti kitalah yang akan memipin
negara yang kita cintai ini kelak. Bak kata ulamak terkenal dunia iaitu Syeikh Dr.
Yusuf Qardhawi Jika ingin melihat masa depan sebuah negara, lihatlah anak
mudanya pada masa sekarang.

You might also like