Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 22

PEMARKAHAN

KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK


TAJUK ESEI ILMIAH

TUGASAN INDIVIDU 1

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. MATRIK

KUMPULAN EL-24 (A122PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING:


TARIKH SERAH: 25 APRIL 2013

ISI KANDUNGAN
HALAMAN
PENDAHULUAN

PEMIKIRAN KREATIF KANAK-KANAK BERGANTUNG KEPADA


PENGALAMAN DAN PROSES PENDIDIKAN YANG DITERIMA SEJAK
AWAL USIA
Teori Kreativiti Paul Torrence

Teori Lowenfield Stages Of Artistics Development

AKTIVITI YANG BOLEH MERANGSANG PEMIKIRAN KANAK-KANAK


A. Aktiviti melukis dan mewarna

B. Aktiviti kraftangan

10

C. Aktiviti muzik, lagu dan nyanyian serta pantun dan sajak

13

D. Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif

16

E. Aktiviti drama kanak-kanak

19

PENDAHULUAN

Menurut Dr. Loy Chee Luen dan Dr. Noor Aini (UPSI), kreativiti ialah keupayaan untuk
menghasilkan sesuatu yang baru. Kamus Dewan (1993) memberikan maksud kreativiti sebagai
kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif dan kekreatifan. Menurut May (1975), kreativiti
sebagai poses membawa sesuatu yang baru ke dalamnya. Torrance (1970) pula menerangkan
bahawa kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai keunikan. Schirmacher (1998) mengatakan
bahawa perkembangan kreativiti kanak-kanak boleh dikategori kepada dua, iaitu menerusi
aktiviti seni dan aktiviti harian mengikut umur.

Pemikiran kreatif pula mengikut Dr. Loy Chee Luen dan Dr. Noor Aini, adalah bermaksud
kebolehan kanak-kanak untuk mencerna, berimaginasi, menghasilkan idea dan mempelbagaikan
idea masing-masing. Mereka juga mengatakan bahawa pemikiran kreatif dapat meningkatkan
inovasi, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak menerusi aktiviti seni.

Dr. Loy Chee Luen dan Dr. Noor Aini, menerangkan lagi bahawa pemikiran kreatif kanak-kanak
dalam aktiviti seni merupakan satu pemikiran yang berupaya untuk merangsang kanak-kanak
menghasilkan idea baru serta menyelesaikan masalah yang wujud sepanjang proses aktiviti seni
secara kreatif. Proses ini akan membantu kanak-kanak berfikir, menghasilkan karya seni yang
unik dan mencungkil bakat seni seseorang kanak-kanak. Mereka menyatakan terdapat empat ciri
utama pemikiran kreatif iaitu:
(i) imaginatif
(ii) keberanian
(iii)

perkembangan idea

(iv)mereka cipta.

Menurut Dr. Loy Chee Luen dan Dr. Noor Aini, lagi imaginasi meliputi imaginasi yang
mencapah berdasarkan pengalaman dan kemahiran sintesis cantuman idea-idea sedia ada,
keberanian boleh diertikan sebagai seseorang yang sanggup menerima risiko dan kritikan serta
bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat. Mereka juga menyatakan bahawa perkembangan

idea meliputi perluasan idea dan mensintesis idea yang ada. Mereka cipta meliputi penghasilan
idea baru dan reka cipta berdasarkan alternatif.

Disini dapatlah difahami bahawa pemikiran kreatif kanak-kanak merupakan keupayaan


yang ada pada kanak-kanak dalam mencerna, berimaginasi, menghasilkan suatu idea dan
menggunakannya. Kebolehan ini juga dapat ditingkatkan lagi melalui pelbagai aktiviti yang
melibatkan kesenian yang sesuai mengikut perinngkat umur kanak-kanak. Pemikiran kreatif juga
dapat dibahagikan kepada empat komponen utama iaitu imaginasi, keberanian, menghasilkan
idea dan mereka cipta.

PEMIKIRAN KREATIF KANAK-KANAK BERGANTUNG KEPADA PENGALAMAN


DAN PROSES PENDIDIKAN YANG DITERIMA SEJAK AWAL USIA

Teori Kreativiti Paul Torrence

Teori Kreativiti Paul Torrence menerangkan terdapatnya tujuh komponen yang sangat
penting di dalam proses mencungkil kreativiti seseorang individu iaitu yang berlaku sejak dari
awak usia sehinggalah seseorang itu meningggal dunia iaitu penyoalan, penemuan, pemerhatian,
percubaan, penerokaan, memanipulasi dan aktiviti.

Sejak daripada awal kanak-kanak lagi mereka terdedah dengan pelbagai pengalaman
yang melibatkan ketujuh-tujuh komponen kreativiti yang dikata oleh Paul Torrence. Proses soal
jawab sentiasa berlaku dalam kehidupannya sehinggalah kanak-kanak itu menjadi dewasa ke tua
hingga ke akhir hayatnya. Dari sinilah minda kanak-kanak itu terstimulasi dan pengalamanpengalaman baru diperolehi daripada tidak mengetahui kepada mengetahui lalu pengalamanpengalaman ini menyumbang kepada kreativitinya.

Kanak-kanak sentiasa mempunyai naluri ingin tahu yang sangat kuat. Kebanyakkan
daripada proses penemuan berlaku semasa kanak-kanak ini bermain. Sebagai contoh semasa
bermain tanah kanak-kanak ini akan mengetahui jari-jarinya boleh membentuk jalur-jalur pada
4

tanah tersebut malah membuat lukisan dengannya. Sewaktu bermain air, apabila tangan
dicelupkan ke dalam air maka terbentuk gelombang pergerakan air yang cantik. Proses
penemuan merupakan proses yang menarik maka ini menggalakkan lagi murid untuk
mendapatkan penemuan-penemuan baru terhadap apa yang ada disekeliling mereka. Ia juga
berlaku mengikut kemampuan pemikiran seseorang kanak-kanak itu. Kanak-kanak yang berumur
10 hingga 11 tahun, kemampuan untuk visualisai merupakan penemuan yang boleh
dipertingkatkan keupayaannya sehingga mampu untuk menghasilkan karya seni yang cantik.

Pemerhatian yang dilakukan oleh kanak-kanak dari sehari ke sehari merupakan


komponen dalam Teori Kreativiti Paul Torrence. Kanak-kanak itu mungkin didedahkan dengan
ilmu masakan oleh ibunya di dapur dan pada satu hari nanti kanak-kanak ini mungkin boleh
mencipta masakan baru hasil daripada pemerhatian daripada ibunya.

Percubaan hasil lebih daripada eksperimen yang dijalankan berkaitan dengan Sains.
Sebagai contoh, kanak-kanak yang mempelajari bahawa barang yang berat akan tenggelam
dalam air sebaliknya barang yang ringan akan timbul.

Aktiviti penerokaan berlaku apabila kanak-kanak cuba mengeksplorasi bahan-bahan yang


terdapat disekeliling mereka. Sebagai contoh, semasa kanak-kanak itu berumur 5 tahun, dia
mengetahui bahawa sekiranya pokok disiram dengan air maka ia akan tumbuh tinggi. Sebaliknya
jika tidak disiram dengan air selama beberapa hari maka tumbuh-tumbuhan itu akan mulai layu.
Kanak-kanak juga cuba mengeksplorasi suara intonasi nada suara mereka iaitu seperti
sejauhmana kanak-kanak ini mampu untuk menyanyi sesebuah lagu.

Memanipulasi sesuatu iaitu apabila kanak-kanak ini mengetahui bahwa plastisin dan doh
boleh dibuat pelbagai bentuk mengikut kebolehannya. Warna air boleh dicampur-campurkan
bagi menghasilkan warna yang lain atau warna yang lebih menarik.

Kreativiti juga boleh dipelajari oleh meurid melalui pelbagai aktiviti pendidikan Jasmani
yang diajar oleh guru disekolah seperti bermain Datuk Harimau dan berlawan lari dalam guni.

Dari pelbagai komponen aktiviti yang diatas, maka kanak-kanak tersebut boleh
mengembangkan idea-idea yang dilihatnya menjadi sesuatu yang lebih menarik dan bermakna.
Sebagai contoh, murid yang telah meneroka pelbagai intonasi suara yang boleh dibuat olehnya
sendiri maka kanak-kanak ini boleh mencipta muzik yang ringkas menggunakan anggota
badannya seperti tapak tangan dan mulut.
Teori Lowenfeld Stages of Artistics Development
Lowenfeld memperkenalkan teori Lowenfeld Stages of Aritistics Development yang dapat
menggalakkan kanak-kanak berfikir secara kreatif. Aktiviti seni yang dilaksanakan secara
berterusan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan deria pancaindera secara
menyeluruh sebagai proses pengamatan dan merekod. Lapan kategori kreatif yang diperkenalkan
oleh Lowenfeld meliputi cabaran, kelancaran, kelenturan, keaslian, pemikiran bercapah,
keinginan, kompleks dan makna baru.

Bagi kategori cabaran, murid yang kreatif dapat menyesuaikan diri dengan sebarang
situasi yang mereka tidak sukai. Mereka mencontohi kreativiti ini daripada orang dewasa atau
melalui pengalaman-pengalaman sejak dari awal. Kanak-kanak yang mempunyai adik-beradik
yang hampir sama umur dengannya dimana mereka akan lebih mudah menyesuaikan diri dengan
sebarang situasi yang mencabar. Mereka juga dapat lebih pandai menjaga diri mereka sendiri
untuk survival.

Kategori kelancaran iaitu kanak-kanak mempunyai daya berimaginatif dan fikiran


terbuka untuk mengaitkan idea yang sebelumnya bagi menghasilkan kerja kreatif supaya berjalan
lancar. Kanak-kanak ini juga sanggup menerima perubahan dan menyesuaikan diri mengikut
situasai iaitu kategori kelenturan. Kanak-kanak yang tidak disekat oleh kedua ibu bapanya atau
penjaganya dalam membuat sesuatu perkara atau meneroka sesuatu pengalaman adalah kanakkanak yang lebih berfikiran terbuka dan lebih mudah berimaginasi serta lebih mudah untuk
menyesuaikan diri dengan persekitaran. Oleh itu sebarang kerja yang memerlukan kreativiti
dapat dijalankan dengan lancar kerana kanak-kanak itu sentiasa boleh menjana idea baru dan
cuba membuatnya dalam keadaan yang tenang.

Ketegori keaslian iaitu mudah meluahkan idea sendiri tanpa meniru daripada orang lain.
Kanak-kanak yang mempunyai kendiri yang poisitif mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Ini
berlaku apabila kanak-kanak tersebut biasanya melalui pelbagai pengalaman hidup yang positif.
Ibu bapa dan penjaga juga sentiasa memberi dorongan untuk kemajuan kanak-kanak ini dengan
motivasi yang baik sepanjang tumbesarannya.

Kategori pemikiran bercapah ialah dapat mengembangkan idea yang sedia ada. Kanakkanak jenis ini lebih banyak terdedah dengan pengalaman-pengalaman daripada pembacaan.
Kanak-kanak yang diberikan masa untuk menonton rancangan televisyen yang bermakna setiap
hari dengan kawalan ibu bapa lebih mudah mengembangkan sesuatu idea yang diperolehinya. Ini
kerana mereka terdedah dengan pelbagai cabang ilmu yang juga menyumbang kearah
pengembangan idea.

Kategori keinginan iaitu kanak-kanak tersebut mempunyai perasaan ingin tahu yang
tinggi untuk membuat analisis. Kategori kompleks ialah berupaya membuat sintesis dan kategori
makna baru ialah menghasilkan sesuatu produk atau idea yang kreatif dan inovatif. Ketegorikategori ini merupakan keupayaan yang tinggi yang dipunyai oleh seseorang kanak-kanak.
Keupayaan ini bekaitan dengan genetik dan keadaan sekeliling penyumbang ke arah keupayaan
ini.
AKTIVITI YANG BOLEH MERANGSANG PEMIKIRAN KANAK-KANAK

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kanak-kanak iaitu melalui
aktiviti melukis, aktiviti kraftangan, aktiviti lagu, nyanyian, pantun dan sajak, aktiviti tarian dan
pergerakan kreatif dan drama kanak-kanak.
A.

AKTIVITI MELUKIS DAN MEWARNA

Aktiviti seni lukis sebenarnya dapat mentrangsang pemikiran kanak-kanak. Ini kerana
kanak-kanak akan menggunakan semua deria apabila belajar dan membuat ekspresi melalui seni
lukis. Aktiviti seni lukis juga dapat meningkatkan sensitiviti terhadap dunia fizikal dan mereka
7

dapat belajar cara untuk meluahkan emosi dengan lebih sihat. Kanak-kanak juga kadangkala
berfikir secara simbolik. Pemikiran ini digambarkan di atas kertas lukisan sebagai hasil yang
unik. Melalui lukisan yang digambarkan oleh kanak-kanak dari kita dapat melihat konsep dirinya
terhadap perkembangan personalitinya. Jika lukisan yang dihasilkan adalah lukisan yang baik
dan tidak terdapat unsur-unsur negetaif, keperibadian kanak-kanak yang baik telah berjaya
dibentuk.

Aktiviti seni lukis boleh mengembangkan kebolehan kreativiti semulajadi kanak-kanak


kerana proses penghasilan lukisan menggabungjalinkan emosi, sosial dan nilai estetika mereka.
Lukisan merupakan perlambangan grafik awal kanak-kanak terhadap apa pengalamanpengalaman yang mereka lalui yang melibatkan pemerhatian, penerokaan dan penemuan dalam
kehidupan mereka. Terdapat empat proses estetika dan daya kreativiti kanak-kanak iaitu proses
penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi.

Unsur seni lukis atau seni visual yang biasa diperhati dalam lukisan kanak-kanak
merangkumi garisan, warna, bentuk, jisim atau isipadu, rekaan atau gubahan, corak, ruang,
imbangan dan tekstur.

Pada peringkat awalnya iaitu semasa kanak-kanak berumur diantara 2 hingga 5 tahun,
kreativiti mereka boleh dilihat melalui contengan bagi meluahkan perasaan secara spontan
dengan apa sahaja yang mereka boleh dapati seperti krayon, lipstick dan lain-lain. Peringkat ini
dinamakan peringkat manipulatif. Kanak-kanak pada umur ini sukar untuk memperkembangkan
kreativiti mereka kerana hasil karya yang dilihat adalah sama iaitu dalam bentuk contengan atas
batasan perkembangan fizikal dan juga mental. Hasil yang ditunjukkan merupakan ciri personal
mereka. Apabila kanak-kanak berumur 6 hingga 9 tahun mereka mulai boleh mengemukakan
idea melalui imej yang dilakarkan. Ianya merupakan simbol sahaja mewakili gambar sebenar
objek yang cuba ditunjukkan di dalam gambarnya. Dari seni kanak-kanak sudah boleh
melakarkan apa yang dilihat atau pengalaman yang pernah ditempuhi dengan lebih jelas melalui
simbol-simbol yang mewakili pemerhatiannya atau penemuannya. Mereka juga sudah boleh
memperkembangkan idea atau menambah pengalaman yang dilalui melalui aktiviti melukis.
Sebagai contoh seorang kanak-kanak melukis gambar adiknya sedang bermain dihalaman rumah
8

(pengalaman) dan tiba-tiba datang seekor raksasa dan raksasa itu ditewaskan oleh Ultraman
(perkembangan idea melalui imaginasi). Apabila kanak-kanak itu berumur 10 hingga 13 tahun
yang dinamakan peringkat praremaja, kanak-kanak itu dengan bantuan guru sudah berupaya
menggunakan pelbagai kombinasi elemen-elemen seni untuk menghasilkan sebuah lukisan.
Lukisan kanak-kanak mempunyai cerita mereka sendiri dan tidak ada lukisan kanak-kanak yang
dihasilkan bukan berdasarkan pengalaman yang ditempuhi. Pengalaman juga meliputi apa yang
ditonton di televisyen. Mulai dari sini lukisan yang lebih sistematik dihasilkan

Melukis merupakan satu teknik menggambar dengan menggunakan warna kering atau
warna basah. Guru boleh membantu kanak-kanak melukis dengan menghasilkan satu lukisan
yang hampir-hampir sama dengan objek sebenar.

Terdapat 8 langkah melukis untuk menghasilkan sebuah karya yang asli. Langkahlangkah tersebut adalah seperti dibawah:
1.

Pilih objek yang sesuai


Guru boleh meletakkan satu objek seperti sebiji buah epal dihadapan murid-murid. Objek
tersebut hendaklah mudah dilukis dan menarik minat mereka. Adalah amat sukar sekiranya
guru meletakkan objek yang perlu dilukis dalam tiga dimensi untuk jelas kelihatan objek
sebenar iaitu seperti buku.

2.

Menentukan sudut pandangan


Guru boleh meletakkan objek yang hendak dilukis dihadapan murid-murid. Jika murid
duduk mengelilingi objek itu, adalah lebih objek berkenaan berbentuk bulat atau hampir
bulat. Ini kerana objek tersebut kelihatan sama dari mana-mana sudut pun.

3.

Pilih media yang bersesuan dengan kertas


Kertas yang disediakan di sekolah sangat bersesuaian dengan aktiviti melukis kanak-kanak.
Saiz kertas lukisan boleh dipotong dua bagi kanak-kanak tahap satu kerana masa yang
diberikan tidak cukup untuk kanak-kanak tersebut siap likisannya.

4.

Melakar garidan datar


Minta murid melakar garisan lurus dengan pensel yang mereka ada dan lakaran hendaklah
samar-samar dan bukan ditekan dengan pensel.

5.

Membahagikan ruang tertentu bagi objek-objek dalam lukisan


Objek-objek yang terdapat dalam lukisan perlu seimbang saiznya dan dan hampir mengikut
skala. Sebagai contoh buah durian lebih besar daripada buah rambutan. Oleh itu murid
purlu ditunjukkan dengan buah yang sebenar atau objek lain secara maujud.

6.

Melukis lakaran kasar objek


Kemudian guru bolehlah membimbing murid untuk melakar objek yang hendak dilukis dan
perlu mempunyai persamaan yang sebanyak mungkin dengan objek yang sebenar.

7.

Menggunakan teknik yang sesuai


Lukisan yang hendak dilukis terlebih dahulu handaklah diberitahu kepada murid teknik
yang sesuai sama ada teknik pensil, pensil warna atau oil pastel.

8.

Memperincikan bahagian objek


Guru bolehlah membantu murid untuk melukis objek secara lebih terperinci. Sebagai
contoh selepas lukisan itu diwarnakan dengan pensil warna, garisan tepi gambar buah
dilukis dengan menggunakan warna magik hitam agar ianya nampak lebih terperinci dan
kemas bagi lukisan kanak-kanak.

Aktiviti mewarna juga merupakan aktiviti yang boleh merangsang minda kanak-kanak dan
mengembirakan mereka. Aktiviti mewarna tersebut merupakan catan. Catan ialah menghasilkan
sebuah hasil seni menggunakan bahan-bahan berwarna yang dibuat ke atas sekeping kertas,
kanvas atau kadbod. Bahan pewarna bukan sahaja warna air, oil pastel dan pewarna sebuk tetapi
juga tumbuhan-tumbuhan yang mengeluarkan warna seperti kunyit, dragon fruit yang kuat
dengan warna merahnya dan lilin yang bewarna-warni.

Disebabkan imaginasi dan pengalaman mempengaruhi hasil seni seseorang kanak-kanak


maka guru boleh menggunakan teknik bercerita terlebih dahulu sebelum meminta mereka
melukis dan tajuk juga diberikan oleh guru.
B.

AKTIVITI KRAFTANGAN

Menurut Dr. Loy Chee Luen dan Dr. Noor Aini, kraf mudah dapat membantu perkembangan
motor kasar dan motor halus kanak-kanak. Aktiviti kraf mudah menggalakkan penggunaan dan
10

kawalan otot secara berkesan. Aktiviti memegang gunting, bermain dengan bahan dan alatan
memungkinkan pergerakan motor halus dapat membantu peningkatan gerak otot kanak-kanak.
Aktiviti menggunakan tanah liat dapat meningkatkan perkembangan kemahiran seni dan
kreativiti kanak-kanak di mana mereka dapat membentuk pelbagai objek. Mereka juga
menyatakan bahawa kraf mudah sama ada dalam bentuk 2D atau 3D dapat mempertingkatkan
kreativiti kanak-kanak dan menggembirakan mereka. Penghayatan seni penting dalam kehidupan
kanak-kanak kerana berkaitan dengan kognitif dan nilai estetika dalam kehidupan.

Kraf mudah adalah kraf untuk kanak-kanak. Melalui pembelajaran kraf mereka dapat
menggunakan teknik menggambar, membuat corak dan rekaan serta bentuk binaan. Aktiviti
menggambar untuk kanak-kanak adalah seperti lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis,
gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan dan mozek. Aktiviti membuat corak dan rekaan
untuk kanak-kanak adalah seperti ikatan dan celupan, tiupan, titisan, renjisan, percikan, lukisan,
catan, cetakan, capan, resis, kolaj, pualaman, lipatan dan guntingan. Aktiviti bentuk binaan
kanak- kanak adalah seperti topeng, boneka, origami, mobail, stabail, model dan diorama. Kraf
mudah pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu kraf 2 dimensi atau kraf 3 dimensi. Kraf 2D
adalah seperti kolaj, topeng dan kad ucapan. Manakala kraf 3D alah seperti boneka dan mobail.
Kesemua aktiviti ini dapat merangsang minda kanak-kanak seperti:
1.

Kolaj

Ianya merupakan aktiviti menampal kain, kertas, daun, ranting atau lain-lain media untuk
menghasilkan sebuah corak atau gambar seperti pasu bunga, rumah dan juga anak patung.
Tampalan disusun dan digamkan ke atas gambar yang telah terlebih dahulu dilakar dia atas kertas
lukisan. Kanak-kanak juga bebas memilih bahan yang dicadangkan untuk aktivti kolaj untuk
perkembangan kreativiti mereka. Adalah lebih kreatif lagi jika guru meminta murid-murid pergi
mencari bahan diluar kelas seperti mengutip daun-daun kering atau mencabut rumbut untuk
ditampal kepada lukisan yang telah dilakarkan. Pasir halus yang terdapat dikawasan sekolah juga
boleh dijadikan bahan untuk membuat kolaj.

11

2.

Topeng

Terdapat dua jenis topeng yang boleh dihasilkan iaitu topeng separuh atau topeng zoro atau
topeng penuh. Murid-murid perlu menyediakan gunting, gelung getah, pensil dan warna. Ketua
panitia boleh membeli contoh topeng daripada pembekal seperti topeng harimau, kuda belang
dan sebagainya. Jika panitia tiada bekalan ini, maka guru boleh meminta mereka membuat
topeng mengikut watak kartun yang mereka gemari atau topeng haiwan. Guru boleh membuat
contoh topeng terlebih dahulu agar mereka tahu apakah kehendak guru.
3.

Kad ucapan

Aktivti membuat kad upacan boleh juga menggunakan guntingan dan tampalan selaian daripada
melukis dan mewarna. Guru boleh menunjukkan contoh-contoh kad ucapan yang dibuat sendiri
oleh guru kepada murid-murid. Kad ucapan memerlukan murid menjadi kreatif dalam
memikirkan kata-kata yang perlu ditulis didalamnya. Aktiviti ini bukan sahaja merangsang
minda kanak-kanak kearah minda seorang usahawan apabila guru meminta mereka berjual beli
kad ucapan yang dihasilkan malah memupuk sifat kasih sayang antara keluarga dan rakan-rakan.
4.

Boneka

Boneka boleh dibuat dengan pelbabai cara. Antaranya menggunakan lidi dan juga kertas sebagai
bahan utama, telur dan lidi, bekas minuman dan seagainya. Guru boleh menyediakan satu
dailong antara boleka-boneka yang dihasilkan oleh murid-murid. Apabila hasil mereka telah siap
untuk digunakan, guru boleh meminta mereka melakonkan watak-watak yang telah ditetapkan
oleh guru dihadapan kelas. Aktiviti ini bukan sahaja boleh meningkatkan daya pemikiran tetapi
juga kebolehan intrapersonal, interpersonal dan juga kemahiran berbahasa.
5.

Mobail

Mobail merupakan hasil kerja yang berupa lukisan atau objek-objek lain yang digantung kepada
lidi atau kayu sate. Terdapat tiga perkara yang perlu diperhatian dalam membuat mobail iaitu
mereka bentuk, mencari atau membuat sendiri objek untuk digantung dan juga imbangan dalam
menggantung mobail. Perkara dapat merangsang kreativiti murid-murid.

12

6.

Model

Membuat model merupakan pembinaan suatu objek yang konkrit menggunakan bahan-bahan
yang dicari sendiri. Murid perlu menggunting, menampal dan mewarna. Sebagai contoh
membuat model kereta, murid perlu mencari kotak yang sesuai saiznya dan kertas warna yang
diminati atau warna air. Kotak-kotak itu dibalut atau dan diwarnakan atau dibalut terus dengan
kertas warna serta digam menjadi sebuah model kereta. Oleh itu dalam aktiviti membuat model,
murid akan dirangsang kreativitinya dalam mereka bentuk dan mencari bahan yang bersesuaian.

C.

AKTIVTI MUZIK, LAGU DAN NYANYIAN SERTA PANTUN DAN SAJAK

Kanak-kanak sangat berminat dengan muzik, lagu dan nyanyian. Mereka suka mencuba pic suara
dan irama yang pelbagai dan peka terhadap bunyi-bunyi yang ada disekeliling mereka. Kanakkanak yang sedang bercakap akan berhenti membuat aktivti tersebut apabila mendengar kelas
disebelah mereka sedang menyanyikan lagu. Oleh itu biasanya Bilik Muzik biasanya akan
diletakkan jauh daripada kelas-kelas lain kerana muzik dapat mengganggu tumpuan terhadap apa
yang mereka sedang laksanakan. Oleh itu dapatlah difahami bahawa muzik berperanan untuk
memperkembangkan kemahiran mendengar kanak-kanak. Semasa nyanyian kanak-kanak,
mereka dapat mempraktikkan pic, irama dan juga lirik lagu. Secara tidak langsung kemahiran
membaca dan tatabahasa mereka dapat diperkembangkan. Semasa sesi mata pelajaran ini muridmurid berpeluang untuk menyanyi.

Dengan pengajaran guru bahasa yang baik murid-murid juga akan berminat dengan
pantun dan mendeklamsikan sajak. Kecerdasan linguistik mereka dapat diiperkembangkan dan
dan dari sini berkembangnya bakat dalam berbalas pantun dan mencipta sajak. Aktiviti ini jga
dapat membantu murid-murid dalam sebutan perkataan yang jelas. Mereka juga dapat meluahan
perasaan melalui ciptaan pantun dan sajak. Pantun dan sajak juga dibentuk daripada pengalamanpengalaman murid itu dan pendapat dan juga perasaannya tentang sesuatu diluahkan melalui
susunan kata-kata yang indah dan boleh dibaca berulangkali.

13

Aktiviti muzik, lagu dan nyanyian serta pantun dan sajak dimasukkan ke dalam sukatan
pelajaran kerana aktiviti ini mengurangkan ketengangan pembelajaran dan dalam pada masa
yang sama menggalakkan murid-murid menjadi kreatif dan juga bersifat ekspresif. Sifat
ekspresif mengurang tekanan yang dihadapi oleh murid-murid dalam melalui kehidupan seharian
mereka. Murid yang mempunyai bakat dan kecenderungan dalam bidang muzik dan nyanyian
boleh menyedari tentang bakatnya yang terpendam kerana disekolah aktiviti ini dipupuk dan
digilap dari semasa ke semasa. Kreativiti akan berlaku apabila murid dapat mencipta sendiri
lagu-lagu dan juga lirik yang sesuai dengan perasaannya. Kanak-kanak Tahun 3 yang diajar
menggunakan rekorder dengan not-not yang mudah dapat mencipta lagu mereka sendiri kepada
yang mempunyai bakat dalam bidang ini. Guru akan mengajarnya untuk mencatat not lagu yang
direkanya dan guru akan meminta kelas untuk memainkan lagu tersebut secara beramai-ramai di
dalam kelas. Dibawah ini merupakan aktiviti yang boleh dilakukan dalam menyampaikan
pengajaran lagu, pantun dan sajak:
1.

Fasa demi fasa


Pada mulanya guru akan membuat latihan vocal iaitu bagaimana mengeluarkan vocal yang
tinggi dan rendah. Guru akan memberikan lirik lagu ataupun pantun atau sajak kepada
murid-murid terlebih dahulu. Guru juga boleh meminta mereka menyalinnya daripada
papan hitam kerana teknik menyalin memperkembangkan kemahiran menulis meraka. Ini
penting kerana murid tidak boleh mengingati atau menghafal daripada apa yang
didengarnya kecuali perkara yang hendak disampaikan telah dicatat. Kemudian, muridmurid akan diberi contoh oleh guru dengan menyanyikan lagu yang ingin diajar atau,
mendeklamasikan sajak atau pantun terlebih dahulu. Kanak-kanak pula dan mendengar
persembahan guru bersama dengan lirik, pantun atau sajak yang telah ditulis atau dicetak.
Kemudian guru mengajar murid-murid membaca fasa demi fasa. Guru akan meminta murid
mengulangnya beberapa kali. Setiap fasa tidak akan diubah ke fasa lain sehingga muridmurid telah pandaiu membacanya. Kemudian guru akan mengajar murid mendeklamasikan
sajak, pantun atau menyanyikan lagu fasa demi fasa. Sekali lagi murid-murid perlu
mengulanginya sehingga murid mahir dengannya. Apabila murid-murid telah menunjukkan
kemahiran yang diperlukan fasa demi fasa, kemudian guru akan mendeklamasikan seluruh
fasa atau menyanyikan lagu seluruh fasa bersama murid-murid.
14

Kemudian guru akan menambah pergerakan semasa aktiviti mendeklamasikan sajak atau
menyanyi tersebut. Guru akan melaksanakannya bersama murid-murid sehingga muridmurid telah mahir, maka murid-murid berkenaan akan membuat persembahan.
2.

Secara lengkap
Guru akan mengadakan latihan vokal dimana murid akan diperkenalkan dengan cara
mengeluarkan vocal tinggi, sederhana dan rendah. Guru akan memberikan lirik lagu
ataupun pantun atau sajak kepada murid-murid terlebih dahulu. Guru juga boleh meminta
mereka menyalinnya daripada papan hitam kerana teknik menyalin memperkembangkan
kemahiran menulis meraka. Kemudian guru akan membuat persembahan nyanyian atau
mendeklamasikan sajak bersama-sama dengan pergerakan yang diperlukan. Murid-murid
akan mendengar dan menonton persembahan. Guru mengulangi persembahannya jika dia
merasa perlu. Kemudian guru mengajar murid-muridnya menyanyi atau mendeklamasikan
sajak dengan lengkap dan murid-murid akan mengikut. Selepas itu guru dan kanak-kanak
pula bersama-sama mendeklamasikan sajak atau menyanyikan lagu. Apabila guru berasa
ianya sudah mencukupi, maka guru akan meneruskannya pula dengan mengajar muridmuridnya mendeklamasikan atau menyanyi dengan pergerakan yang sesuai dan menarik.
Kemudian guru dan murid-murid pula membuat pergerakan bersama-sama. Apabila guru
murid-murid sudah boleh melaksanakannya sendiri tanpa bantuan guru, maka persembahan
sudah boleh dimulakan.

3.

Melalui rakaman
Guru memainkan rakaman lagu, pantun, sajak atau nyanyian melalui rakaman dan meminta
murid-murid untuk mendengar atau menonton. Disamping itu guru juga memberi muridmurid lirik lagu, pantun atau sajak sebgai rujukan. Rakaman tersebut mengandungi gaya
pergerakan yang diperlukan bersama-sama dengan persembahan. Guru akan mengulang
rakaman dan murid-murid mengikut pergerakan atau aksi yang terdapat di dalam rakaman
itu. Selepas itu guru akan meminta murid-murid menguasai nyanyian, pantun atau sajak di
dalam rakaman itu. Kemudian guru akan membuat persembahan bersama-sama dengan
murid-murid sehingga mereka meguasai setiap langkah yang diperlukan. Akhir sekali
murid akan membuat persembahan tanpa bantuan guru.
15

Terdapat banyak jenis lagu kanak-kanak yang terdiri daripada permainan jari, lagu
permainan, lagu beraksi, lagu rakyat, lagu nasihat dan lagu serantau. Pantun kanak-kanak pula
terdiri dari pantun 2 kerat, pantun 4 kerat dan pentun 6 kerat. Pantun juga boleh dinyanyikan
dalam bentuk lagu. Ianya mudah untuk direka dan bagi mereka yang berbakat pantun boleh
direka secara spontan. Aktiviti berpantun membolehkan kanak-kanak mengecam bunyi perkataan
dan mereka dapat didedahkan dengan keindahan bahasa. Puisi pula merupakan sajak baru kanakkanak yang tidak terikat dengan peraturan dalam membentuk sesuatu rangkap, baris, kata-kata
dan ritma. Ritma akhir dihujung setiap baris bagi sajak tidak perlu adanya pertentangan ritma.
Bilangan baris ayat pada setipa rangkap juga tidak tetap.

D.

AKTIVITI TARIAN DAN PERGERAKAN KREATIF

Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif boleh merangsang kreativiti kanak-kanak dengan cara
menggalakkan kanak-kanak menjadi kreatif menggunakan pergerakan anggota tubuh badan
ruang, masa dan tenaga. Mereka juga mendapat peluang untuk menari pelbagai tarian
kebudayaan Malaysia. Selain daripada itu aktiviti tarian juga merangsang kanak-kanak untuk
berimaginasi secara kreatif bagi sesuatu persembahan. Melalui aktiviti ini guru dapat mencungkil
kecerdasan kinestetik kanak-kanak dan memperkembangkannya. Aktiviti ini juga dapat memberi
kepuasan kepada kanak-kanak yang menyukai tarian.
Perkembangan kinestetik kanak-kanak
Dr. Loy Chee Luen dan Dr. Noor Aini mengatakan bahawa aktiviti tarian dan pergerakan
kreatif melibatkan pemikiran dan gerak geri kreatif. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan
melibatkan aktiviti fizikal untuk perkembangan motor kasar dan motor halus kanak-kanak.
Gerakan kreatif dalam tarian dan pergerakan melibatkan koordinasi dan kepantasan fizikal
kanak-kanak. Menurutnya lagi aktiviti tarian dan pergerakan kreatif kanak-kanak melatih mereka
menginterpretasikan pergerakan anggota atau tubuh dengan pantas dan cekap.

16

Dr. Loy Chee Luen dan Dr. Noor Aini juga mengatakan bahawa aktiviti tarian dan
pergerakan kreatif yang dilaksanakan oleh guru dapat menggalakkan kanak-kanak menggunakan
sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan
masalah. Mereka menyatakan bahawa hasilnya kanak-kanak dapat bergerak mengiringi muzik,
sensitif dengan rentak muzik serta mempertingkatkan kecerdasan kinestetik kanak-kanak.
Tarian
Tarian boleh mengungkapkan kegembiraan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak berasa gembira
mereka akan lakukan beberapa pergerakan walaupun tidak seragam, pergerakan mempunyai
rentak mereka sendiri sebagai ungkapan apa yang merekai. Maka, bagi kanak-kanak Tarian
adalah satu cara yang sangat baik mereka meningkatkan Keupayaan otak. Pergerakan badan
mempunyai kaitan yang sangat rapat minda.
Pergerakan Kreatif Kanak-kanak
Pergerakan kreatif kanak-kanak dapat memperkembangkan personaliti kanak-kanak secara
menyeluruh. Perkembangan personaliti kanak-kanak memberi kesan terhadap nilai diri yang
merangkumi aspek-aspek fizikal, mental dan rohani. Faktor ini menjadi penggalak kepada
pengembangan personaliti yang merangsang daya imaginasi dan mencabar intelek mereka.
Aktiviti ini juga bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga untuk meluahkan perasan perasaan dan
mood mereka. Muzik dan props dapat memberi rangsangan kepada pergerakan kreatif kanakkanak.
1.

Muzik
Selain daripada menyentuh tentang rangsangan kanak-kanak muzik juga sebenarnya
menyentuh semua domain pembelajaran, termasuk domain psikomotor (pembangunan
kemahiran), domain kognitif (pemerolehan pengetahuan), dan domain afektif iaitu
menghargai muzik. Penglibatan kanak-kanak didalam bidang musik adalah penting kerana
ianya merupakan komponen asas budaya manusia dan tingkah laku.

2.

Props
Props merupakan penggunaan barang-barang di dalam sesuatu aktiviti pergerakan kreatif
seperti tarian. Contoh props ialah reben, bola dan gelung. Penggunaan Prop akan
menyeronokkan lagi kanak-kanak kerana ianya menambah satu elemen menarik untuk
17

penonton dan koreografer yang lebih kreatif. Prop digunakan dengan cara yang betul agar
tidak membahayakan kanak-kanak dan melatih kanak-kanak mematuhi peraturan dalam
tarian.
Pergerakan kreatif juga menggabungkan beberapa elemen pergerakan iaitu:
1.

Elemen tubuh badan


Menurut Dr. Loy Chee Luen dan Dr. Noor Aini, elemen tubuh badan merangkumi bahagian
luaran tubuh seperti kepala, bahu, kaki dan tangan. Mereka juga mengatakan bahwa kanakkanak boleh menggunakan imaginasi dan kreativiti masing-masing untuk mereka cipta
gerak geri dengan menggunakan elemen tubuh badan.

2.

Elemen ruang
Menurut Dr. Loy Chee Luen dan Dr. Noor Aini, elemen ruang dalam pergerakan kreatif
merangkumi ruang am, ruang diri, aras dan arah. Ruang am merujuk kepada ruang pentas,
padang atau bilik, ruang diri merujuk kapada ruang yang digunakan oleh kanak-kanak
untuk melakukan aktiviti pergerakan dan aras merangkumi aras rendah, sederhana dan
tinggi, arah pula merangkumi arah ke depan, ke belakang, ke sisi, ke bawah dan ke atas.
Elemen ini dapat mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual secara kreatif.

3.

Elemen masa
Menurut Dr. Loy Chee Luen dan Dr. Noor Aini, elemen masa dalam pergerakan kreatif
merangkumi tempo, rentak, pola beritma, aksen dan jangka masa. Tempo merujuk kepada
kelajuan muzik atau pergerakan yang perlahan atau cepat; rentak merujuk kepada ukuran
masa tanpa mengira masa dalam pergerakan kreatif; pola ritma merujuk kepada kronologi
pergerakan atau bunyi dalam jangka masa yang berubah; aksen merujuk kepada suatu
pergerakan yang lebih kuat daripada pergerakan sebelum atau selepasnya manakala jangka
masa merujuk kepada pendek atau panjang setiap rentak pergerakan. Menurutnya lagi
pengiraan

rentak

dan

tempo

dalam

pergerakan

kreatif

kanak-kanak

dapat

mempertingkatkan kecerdasan logikal kanak-kanak. Kanak-kanak dapat memahami kiraan


rentak dan tempo dan seterusnya dapat membilang nombor dengan betul.
4.

Elemen daya
Menurut Dr. Loy Chee Luen dan Dr. Noor Aini, elemen daya atau tenaga dalam pergerakan
kreatif merangkumi pergerakan perkusif, pergerakan pendular, pergerakan staccato,
18

pergerakan bergetar, pergerakan meruntuh dan pergerakan kawal-lambat. Pergerakan


perkusif dalam pergerakan kreatif merujuk kepada pergerakan yang bertenaga kuat.
Menutut mereka lagi komponen imaginasi membolehkan mereka mencipta persembahan
pergerakan yang kreatif dan unik.

E.

DRAMA KANAK-KANAK

Menurut Dr. Loy Chee Luen dan Dr. Noor Aini, drama menceritakan kehidupan yang dilakonkan
dengan berdasarkan pengalaman kanak-kanak. Aktiviti drama yang melibatkan gerakan, dialog
dan pemikiran yang menyeluruh. Drama memerlukan seseorang kanak-kanak untuk berimaginasi
dalam melakonkan watak-watak yang terdapat dalam sesuatu lakonan atau cerita Aktiviti ini
dapat merangsang perkembangan berfikir, imaginasi dan kreativiti mereka. Plot drama biasanya
berada dikemuncak yang mana memerlukan penyesaian masalah. Ini membantu mereka dalam
pengalaman menyelesaikan masalah dan dalam pada masa yang sama membantu mereka dalam
agar aktif dan merangsang untuk berfikir secara kreatif.
Drama meingkatkan kemahiran berfikir kanak-kanak
Aktiviti drama dapat menyumbang kefahaman kanak-kanak tentang kehidupan dan masaalah
yang biasa dihadapi serta penyelesaian dan sebab akibat dalam sesuatu kehidupan secara realiti.
Aktivti ini juga membantu mereka menyedari kefahaman tentang pengetahuan dan pengalaman
mereke sendiri. Aktivti ini juga menyumbang kearah pembentukan kendiri yang positif. Secara
tidak langsung, kanak-kanak dipupuk dengan sifat berani dalam mengambil suatu risiko dan
mencuba sesuatu yang baru.
Drama meningkatkan kreativiti kanak-kanak
Aktivit ini memberi fokus kepada sifat kreatif dan ekspresif. Dalam melakonkan sesuatu drama
kanak-kanak perlu berfikir menggunakan imaginasi mereka dalam memainkan sesuatu watak,
melihat sesuatu dalam cara yang berbeza dan mendapat kepuasan dalam melakonkan sesuatu
watak dalam drama. Kreativiti akan berkembang apabila kanak-kanak menggunakan daya

19

fikiran agar watak tersebut menjadi hidup. Nilai estetika kanak-kanak dapat dipupuk melalui
aktiviti ini secara langsung.
Drama menigkatkan imaginasi kanak-kanak
Semasa kanak-kanak berlakon, mereka perlu berimaginasi bagi menjayakan sesuatu watak.
Imaginasi ini berlaku dibawah minda sedar kanak-kanak yang luarbiasa dan sukar dibuktikan
dengan fikiran logik. Sebagai contoh kanak-kanak berimaginasi tentang menjadi seekor burung
dan sedang bercakap dengan seekor ikan.
Drama meningkatkan kemahiran social dan emosi kanak-kanak
Interaksi menerusi aktiviti drama dapat meningkat kemahiran sosial dan emosi kanak-kanak
kerana mereka perlu memahami bentuk-bentuk pergaulan rakan-rakan lain, mengenali dan
mengurus emosi sendiri dan juga rakan-rakan yang lain.

Terdapat beberapa kaedah dalam menjalankan aktivti drama. Diantaranya ialah


demonstrasi, kaedah tayangan video dan kaedah penyelesaian masalah.
1.

Kaedah demontrasi
Guru perlu menentukan jenis drama terlebih dahulu samada improvasi, pantomime,
memos, main peranan, simulasi, boneka atau teater bercerita. Selapas itu guru perlu
menyatakan tujuan demonstrasi drama. Kanak-kanak perlu tahu tujuan drama kerana
melalui tujuanlah setiap pelakon dapat memberikan penghayatan terhadap watak yang
dipegang. Kemudian guru akan mendemontrasikan drama kepada murid-murid. Semasa
demontrasi dijalankan, guru perlu memastikan setiap murid atau kanak-kanak memberi
perhatian terhadap perbuatan dan dialog yang ditunjukkan. Demonstrasi perlu jelas dan
kanak-kanak memahami drama yang mereka lihat. Bagi menarik perhatian kanak-kanak,
guru perlu berdialog dengan mereka berkenaan dengan aksi yang ada dalam drama.
Kemudian minta mereka melakonkan aksi yang ditunjukkan oleh guru. Kemudian guru
perlu memberi pujian kepada kanak-kanak yang berlakon. Apabila sesi lakonan selesai
minta pandangan kanak-kanak atau murid-murid itu terhadap cerita yang disampaikan dan
lakonan yang dimainkan oleh kanak-kanak lain.
20

2.

Kaedah tayangan video


Guru juga boleh mengajar kanak-kanak dengan menggunakan tayangan video kepada
kanak-kanak. Perkara yang pertama yang perlu dilakukan oleh guru ialah menentukan
drama yang hendak ditayang iaitu samada drama berbentuk improvasi, pantomime, memos,
main peranan, simulasi, boneka atau teater bercerita. Kemudian guru menyebut kesemua
tujuan tayangan drama tersebut kepada mereka. Tujuan terhadap sesuatu drama itu
dinyatakan untuk membentuk penghayatan pelakon terhadap watak yang dipegangnya.
Kemudian guru menyangkan drama kepada murid-murid. Semasa tayangan dijalankan,
guru perlu memastikan setiap murid atau kanak-kanak memberi perhatian terhadap
perbuatan dan dialog yang ditunjukkan. Tayangan video juga perlu jelas dari segi audio dan
kanak-kanak memahami drama yang mereka lihat. Bagi menarik perhatian kanak-kanak,
guru kemudiannya membuat sesi berdialog dengan mereka berkenaan dengan aksi yang ada
dalam drama. Kemudian minta mereka melakonkan aksi yang sama seperti yang mereka
lihat didalam tayangan video itu tadi. Bagi menambah kepuasan kanak-kanak itu dalam
lakonannya, guru perlu memberi pujian dan kata-kata motivasi kepada kanak-kanak yang
berlakon. Apabila sesi lakonan selesai minta komen kanak-kanak atau murid-murid itu
terhadap cerita yang disampaikan dan lakonan yang dimainkan oleh kanak-kanak lain.

3.

Kaedah penyelesaian masalah


Guru memulakannya dengan memberi satu situasi yang bermasalah kepada kanak-kanak.
Kemudian guru perlu bersoal jawab dengan kanak-kanak tentang situasi yang yang terdapat
dalam lakonan tersebut. Selepas itu guru minta kanak-kanak atau murid-muridnya
melakonkan situasi yang bermasalah itu. Kanak-kanak yang memegang watak-watak
tertentu

menggunakan

dialog

sendiri

untuk

menyelasaikan

masalah

semasa

melakonkannya. Kanak-kanak yang berlakon perlu diberi hadiah tau kata-kata pujian untuk
meningkatkan minat mereka dalam lakonan yang akan datang. Setelah selesai sesi lakonan,
kanak-kanak itu diminta untuk memberi pandangan tentang lakonan tersebut. Sebelum PdP
hari itu berakhir, guru membuat rumusan tentang apa yang mereka pelajari pada hari itu.

21

Rujukan
Buku Ilmiah
1.

Loy Chee Luen et.all. Ekspresi Dan Kretiviti Kanak-kanak, Tanjung Malim : UPSI

2.

Mohd. Azhar Abd. Hamid, (2009). Kreativiti: KOnsep Dan Teori Praktis, Johor : Universiti
Teknologi Malaysia.

3.

Mayesky, M. (2002). Creative Activities for Young Children, New York: Thomson Delmar
Learning.

4.

Cox, M (2005). The Pictorial World of the Child. United Kingdom : Cambridge University
Press.

Jurnal
1. Cathy A. et. All, 2005. Indoor Creative Activities For Kids. Sage Journals Online
2. Christy C., 2007. Creative Connections For Kids. Cambridge Journals
Sumber Internet
1.

Creative Ideas (laman web), diambil pada April 2013 daripada http://www.netmums.com/
activities/free-family-fun/free-family-fun-creative-ideas

2.

Encouraging preschoolers creative and artistic development (laman web), diambil pada
April 2013 daripada http://raisingchildren.net.au/articles/encouraging_creativity
_preschoolers.html

3.

Fun and Creative Activities For Kids (laman web), diambil pada April 2013 daripada
http://www.kinderiq.com/activities-for-kids.php

4.

Ways of Nurturing Creativity in Kids (laman web), diambil pada April 2013 daripada
http://www.prokerala.com/kids/activities/nurturing-creativity-in-kids.php

22

You might also like