Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Tan Sri Dato' DR.

Awang Had Bin Salleh

Tan Sri Dato' Dr. Awang Had Bin Salleh dilahirkan di Kampung Bagan Pulau Betong, Mukim Balik Pulau, Pulau Pinang pada hari Ahad, 24 Jun 1934 dan dibesarkan di Kedah
sejak berumur kira-kira lima tahun. Pendidikan awal yang diterimanya ialah di Sekolah Melayu Seberang Perak Laki-laki (sehingga darjah IV) dan Sekolah Melayu Sungai Korok
Lama (sehingga darjah VI) - kedua-duanya itu di Alor Setar.

Pendidikan lanjutan beliau ialah menerusi kelas khas sebelah petang di Sultan Abdul Hamid College yang diadakan untuk sebilangan Guru Melayu. Ini diikuti dengan
pengambilan peperiksaan LCE (akhir 1956). Beliau kemudiannya belajar dengan sendiri untuk peperiksaan FMCE (akhir 1957) dan HSC (akhir 1959). Beliau masuk ke Universiti
Malaya (1961-1964) dengan Biasiswa Kerajaan Persekutuan dan memperolehi Ijazah BA (Hons) dan kemudiannya mengikuti Program Bed secara sambilan (1966-68). Beliau
melanjutkan pelajaran ke Standford University (1969-1972) menerusi Fellowship UM-Asia Foundation dan memperolehi PhD dalam Pendidikan dan Sosiologi.

Pendidikan profesional beliau bermula dengan Program Sijil Perguruan di Sultan Idris Training College (1951-1954). Pendidikan profesional yang kedua diperolehinya dengan
mengikuti Program Sijil Pengajaran Bahasa di Maktab Bahasa dalam tahun 1985. Kerjaya beliau bermula dengan jawatan Guru Pelatih di Sekolah Melayu Gunong, Kota Setar,
Kedah dalam tahun 1950. Setelah tamat pengajian di SITC, beliau mengajar di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar 1954-1956. Beliau ditukarkan ke Sultan Abdul Hamid College,
sebagai Guru Bahasa Kebangsaan dalam tahun 1957. Tempoh khidmatnya di situ dimanfaatkannya untuk menyediakan diri untuk mengambil peperiksaan FMCE pada akhir
tahun tersebut. Setelah tamat pengajian di Maktab Bahasa, beliau kembali bertugas di SAHC hingga ke pertengahan tahun. Selepas itu beliau memegang jawatan Penolong
Pensyarah di Day Training Centre, Alor Setar sehingga menyambung pelajaran ke Universiti Malaya pada pertengahan 1961.

Setelah tamat pengajian di Universiti Malaya, beliau dilantik sebagai Pegawai Pelajaran dalam Perkhidmatan Pelajaran Persekutuan dan ditugaskan sebagai Pensyarah di
Maktab Bahasa. Mulai 1966, beliau memulakan khidmat sebagai tenaga akademik di Universiti Malaya sehingga 1978. Semasa dalam perkhidmatan di Universiti Malaya, beliau
memegang jawatan Penolong Pensyarah, Pensyarah, Profesor Madya dan akhirnya Profesor. Dari segi pentadbiran pula, beliau pernah memegang jawatan Dekan Fakulti
Pendidikan dan kemudiannya, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar.

Kemudian, beliau dipinjamkan ke ITM sebagai Pengarah (1978-1980). Selepas itu, beliau dipinjamkan pula ke Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai Naib Canselor (19801984). Bila Universiti Utara Malaysia ditubuhkan, beliau dilantik menjadi Naib Canselor yang pertama (1984-1989). Selepas persaraan di UUM, beliau berkhidmat sebagai
Penasihat

Dalam kegiatan penulisan, beliau melibatkan diri dalam penulisan kreatif (cerpen, novel, drama dan puisi) dari tahun 1954 hingga kira-kira tahun 1990. Beliau pernah menulis
buku-buku untuk pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Kegiatan menulis kertas kerja ilmiah dan rencana untuk majalah dalam bidang pendidikan bahasa,
kesusasteraan dan kebudayaan masih berterusan hingga sekarang.

Pada masa ini, beliau masih meneruskan kegiatan kemasyarakatan dalam beberapa buah pertubuhan sosial dan semenjak bersara, beliau ikut serta dalam sebilangan kecil
badan korporat swasta. Sebagai Presiden, beliau terus menerajui Persatuan Suluh Budiman (sejak 1973) dan Persatuan Pendidikan Malaysia (sejak 1975).

Penganugerahan negara yang diterima beliau ialah Johan Mangku Negara (JMN), 1975, Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) 1978, dan Panglima Setia Mahkota (PSM), 1982.
Penganugerahan akademik yang diterima beliau ialah Honorary Fellow ABE (UK), 1983, HonLLB (Brock) 1986, Distinguished Fellow ISIS (Malaysia) 1990, Hon DLitt
(Kebangsaan) 1997, dan gelaran Profesor Emeritus (Universiti Utara Malaysia), 1997.

Tokoh Pengkisahan Sejarah Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) siri Kedua
22 Oktober 1998
Memorial Tunku Abdul Rahman

You might also like