Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Nur Hanani Farhanah Binti Rosli

3 Allamanda

Faedah Komputer
Pada masa ini, ramai orang menggunakan komputer dalam kehidupan
seharian. Komputer ialah mesin ciptaan ahli sains. Ia amat penting kepada
manusia. Penggunaannya amat praktikal. Ia boleh mempercepat dan memudahkan
tugas. Ia juga boleh menyimpan data dan maklumat. Terdapat beberapa faedah
komputer dalam kehidupan seharian.
Antara faedah komputer ialah ia dapat mempengaruhi kehidupan kita. Ia
digunakan secara umum. Ia boleh menjadi alat bantu belajar kanak-kanak. Ini
kerana belajar menggunakan komputer lebih menyeronokkan kanak-kanak.
Komputer juga dapat meningkatkan perkembangan minda kanak-kanak kepada
teknologi sekarang.
Selain itu, komputer juga digunakan sebagai alat untuk berhibur. Ini kerana
kita boleh menggunakan komputer untuk bermain permainan video. Komputer
juga membolehkan kita berkomunikasi dengan orang lain melalui laman social
seperti Facebook, Twitter, Friendster dan lain-lain. Komputer juga membolehkan
kita mencari maklumat melalui Internet.
Dalam bidang perubatan, komputer digunakan untuk merawat pesakit.
Misalnya, pesakit yang akan menjalani pembedahan akan dilakukan oleh komputer
sekiranya ia melibatkan bahagian yang sukar dicapai. Komputer boleh menyimpan
maklumat dan data pesakit. Komputer juga boleh mengkaji penyakit dan mencari
penawar.
Di samping itu, komputer dapat membantu melicinkan dan memudahkan
pergerakan kenderaan seperti kapal terbang, kapal selam, kereta api laju, kapal laut
dan lain-lain. Komputer juga digunakan untuk mencari tempat tertentu gengan
menggunakan Global Positioning System (GPS).
Sebagai kesimpulan, terdapat pelbagai faedah penggunaan komputer kepada
kita. Namun demikian, komputer juga boleh mendatangkan kesan negatif apabila
disalahgunakan. Ilmu komputer perlu dipelajari oleh semua golongan usia.
Kemahirannya amat berguna kepada kita.

You might also like