Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SIBU 11 April Seorang lelaki melecur teruk dan 10 orang cedera ringan dalam

kejadian letupan dipercayai daripada tong gas yang mengakibatkan sebahagian tiga
unit rumah pangsa di HDC Teres Garden, Sibu Jaya runtuh awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira 2.48 pagi itu, mangsa cedera terdiri daripada tiga lelaki
manakala selebihnya kanak-kanak dan wanita yang berusia lingkungan tujuh hingga 51
tahun.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM)
Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, siasatan awal mendapati letupan dipercayai berpunca
daripada tong gas petroleum cecair (LPG) di sebuah rumah pangsa tingkat bawah yang
dijadikan kedai runcit.
Ekoran letupan itu, tiga unit rumah di tingkat bawah perumahan rosak teruk termasuk
sebahagiannya runtuh dan penghuni di semua 80 unit rumah di situ diarahkan untuk
mengosongkan bangunan sebagai langkah keselamatan.
Mangsa yang melecur teruk ditahan di wad Hospital Sibu manakala selebihnya hanya
menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama, katanya ketika dihubungi
Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Tambah beliau, pihaknya masih memantau runtuhan yang berlaku dengan bantuan
agensi lain untuk menilai tahap keselamatan bangunan berkenaan.
Kita juga masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca sebenar
kejadian dan jumlah kerugian dialami, jelasnya.
Seramai 17 anggota bersama dua jentera dan sebuah ambulans Perkhidmatan
Respons Perubatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu
dikejarkan ke lokasi kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Mohd. Kamal Kordi
memberitahu, kira-kira 200 penghuni rumah pangsa itu dipindahkan sementara ke
Dewan Serbaguna Sibu Jaya dan Dewan Balai Polis Sibu Jaya di sini.
Saya dimaklumkan, kemungkinan kesemua penghuni di situ akan ditempatkan di
kawasan perumahan lain oleh pihak berkaitan kerana khuatir dengan tahap
keselamatan bangunan selepas letupan dan runtuhan itu.
Pihak polis juga masih memantau di kawasan kejadian untuk memastikan tiada
kejadian tidak diingini berlaku, ujarnya.

You might also like