Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 17

DI DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH

DI KUALA TERENGGANU
DALAM NEGERI TERENGGANU
DALAM PERKARA PERMOHONAN SEMAKAN JENAYAH

PERMOHONAN SEMAKAN NO : 11300-103-0002-2010; dan


PERMOHONAN SEMAKAN NO : 11300-103-0003-2010
ATAS KEPUTUSAN RAYUAN
DI DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH TERENGGANU
DI KUALA TERENGGANU

RAYUAN JENAYAH NO : 11500-143-0001-2008; dan


RAYUAN JENAYAH NO : 11500-143-0002-2008
DARI KEPUTUSAN PERBICARAAN JENAYAH
DI DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SETIU
DI BANDAR PERMAISURI
KES JENAYAH NO : 11009-143-0035-2005; dan
KES JENAYAH NO : 11009-143-0036-2005
ANTARA
KETUA PENDAKWA SYARIE,

---

PERAYU

DENGAN

NIK MAN BIN RAJA MAT

---

RESPONDEN 1

KP: 440320-03-5157, DAN


CHE SEMAH BINTI CHE ISHAK
KP: 610617-11-5368.

---

RESPONDEN 2

DIHADAPAN HAKIM-HAKIM MAHKAMAH RAYUAN ;


Page 1 of 17

YANG AMAT ARIF TAN SRI SHEIKH GHAZALI BIN HAJI ABDUL RAHMAN,
PSM., PJN., DSDK., AMN

---

PENGERUSI

YANG ARIF DATO ARIA DIRAJA (DATO HAJI DAUD BIN MUHAMMAD),
SPSK., DPSK., PSK., ASK., PPN.

---

AHLI

YANG ARIF DATUK HAJI ABU BAKAR BIN AHMAD,


DMSM., AMN,.

---

AHLI

PADA HARI ISNIN, 18 SYAWAL, 1431


BERSAMAAN 27 SEPTEMBER, 2010
ATAS PERMOHONAN
Semakan yang diangkat oleh Yang Amat Arif
Ketua Hakim Syarie Terengganu, MAKA semakan ini dibuat di dalam
Kamar Ketua Hakim, Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu, DAN setelah
meneliti Nota Keterangan dan Penghakiman Hakim Bicara dan Hakim
yang mendengar rayuan, MAKA PADA HARI INI, HAKIM-HAKIM
MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH NEGERI TERENGGANU BERSETUJU SECARA
SEBULAT SUARA DAN MEMBUAT PENGHAKIMAN SEPERTI BERIKUT :Kes semakan ini dipohon oleh Yang Amat Arif

Ketua Hakim Syarie

Terengganu, Dato Haji Ismail Bin Yahya untuk disemak oleh Mahkamah
Rayuan Syariah Terengganu terhadap keputusan yang dikeluarkan pada
23 Februari 2010 oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala
Terengganu, Tuan Haji Sheikh Ahmad Bin Ismail, SMT.PJK., dan termasuk
termasuk peruntukan seksyen 146 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah
(Terengganu) 2001.
Seksyen 146 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Terangganu) 2001
antara lain memperuntukkan;
Pada pendengaran suatu rayuan Mahkamah Tinggi Syariah
boleh, jika ia berpendapat bahawa tiada alasan yang
Page 2 of 17

mencukupi untuk campur tangan, menolak rayuan itu atau


boleh
(a)

(b) dalam rayuan daripada suatu sabitan atau dalam


rayuan tentang hukuman (i)

mengakaskan dapatan dan hukuman itu dan


membebaskan atau melepaskan tertuduh,
atau memerintahkan supaya dia dibicarakan
semula; atau

(ii)
(c)

Dalam kes semakan ini, pihak-pihak sama ada daripada pihak penentang
rayuan atau daripada pihak Ketua Pendakwa Syarie mereka tidak
mengambil apa-apa tindakan merayu atau semakan ke mahkamah yang
lebih

tinggi

keputusan

iaitu
rayuan

Mahkamah
Mahkamah

Rayuan
Tinggi

Syariah
Syariah

Terengganu
Kuala

selepas

Terengganu

dikeluarkan. Walaubagaimana pun, untuk kepentingan keadilan undangundang dan hukum syarak, Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu ada
bidang kuasa membuat senakan ini. Ianya diperuntukkan dengan jelas
dalam Enakmen Mahkamah Syariah Terengganu, Subseksyen 18(1)
memperuntukkan Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidang
kuasa pengawasan dan penyemakan keatas Mahkamah
Tinggi Syariah dan boleh, jika didapati perlu olehnya demi
kepentingan keadilan, sama ada atas kehendaknya sendiri
atau atas kehendak mana-mana pihak atau orang yang
berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apaPage 3 of 17

apa perkara atau prosiding sama ada mal atau jenayah,


dalam

Mahkamah

memeriksa

Tinggi

mana-mana

Syariah,

rekod

memanggil

tentang

perkara

dan
atau

prosiding itu dan boleh memberikan apa-apa arahan yang


dikehendaki demi keadilan.
Subseksyen 170(1) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Terengganu)
2001 memperuntukkan Jika dalam menjalankan bidang kuasa penyemakkannya,
Mahkamah meminta supaya rekod prosiding atau rekod itu
dirujukkan

kepadanya,

Mahkamah

boleh

menjalankan

mana-mana kuasa yang diberikan oleh seksyen 141, 145,


146 dan 147.
Setelah Kami membaca dan meneliti dalam rekod rayuan berhubung kes
tuduhan berkhalwat ke atas Nik Man Bin Raja Mat KP:440320-03-5157,
OKT 1 dan OKT 2, Che Semah Binti Che Ishak KP:610617-11-5368.
Kedua-dua mereka di tuduh di bawah peruntukkan Seksyen 31(a) dan (b)
Enakmen

Kesalahan

Jenayah

Syariah

(Takzir)

(Terengganu)

2001.

Seksyen 31 Enakmen Terengganu Bil. 7 Tahun 2001 itu memperuntukkan


-

Mana-mana
a)

orang lelaki yang didapati berada bersama dengan


seorang atau lebih daripada seorang perempuan

b)

yang bukan isteri atau mahramnya; atau


orang perempuan yang didapati berada bersama
dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki
yang bukan suami atau mahramnya.

Page 4 of 17

Pada 25 Julai 2005 kedua-dua yang dituduh, OKT 1 dan OKT 2, keduadua mereka di bawa ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Setiu,
Terengganu dihadapan Tuan Hakim Wan Abdul Malik Bin Wan Sidek. Pada
ketika itu Pendakwa Syarie memohon mahkamah membaca kertas
pertuduhan keatas kedua-dua yang di tuduh.
Pertuduhan di bacakan oleh pegawai mahkamah keatas kedua-dua OKT
adalah seperti berikut:Ke atas Tertuduh 1: Nik Man Bin Raja Mat KP:440320-03-5157;
Bahawa kamu pada tarikh 24 April 2004 dan lebih kurang
3.25 pagi didapati berada bersama seorang perempuan
yang bukannya isteri kamu atau mahram kamu iaitu Che
Semah Binti Che Ishak(610617-11-5368) bertempat di
dalam

sebuah

rumah

di

KM57

Kg.

Chalok,

Setiu,

Terengganu yang mana pada ketika itu keadaan tersebut


boleh menimbulkan syak bahawa kamu sedang melakukan
perbuatan yang tidak bermoral. Oleh yang demikian, kamu
telah

melakukan

31(a)Enakmen

satu

Kesalahan

kesalahan
Jenayah

dibawah

Seksyen

Syariah

(Takzir)

(Terengganu) 2001 dan boleh di hukum bi bawah seksyen


yang sama.
Ke atas Tertuduh 2: Che Semah Binti Che Ishak, KP:610617-11-5368;
Bahawa kamu pada 24 April 2004 dan lebih kurang 3.25
pagi didapati berada bersama dengan seorang lelaki yang
bukannya suami kamu atau mahram kamu iaitu Nik Man
Bin Raja Mat(440320-03-5157) yang disertai bersama
beberapa orang anak lelaki tersebut bertempat di dalam
sebuah rumah di KM 57 Kg. Chalok, Setiu, Terengganu
Page 5 of 17

yang mana pada ketika itu keadaan tersebut boleh


menimbulkan

syak

bahawa

kamu

sedang

melakukan

perbuatan yang tidak bermoral. Oleh yang demikian kamu


telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 31(b)
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir)(Terengganu)
2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.
Selepas tuduhan dibacakan keatas kedua-dua OKT, kedua-dua yang
dituduh dengar dengan jelas tuduhan keatas mereka dan mereka
mengaku faham. Kedua-dua yang dituduh pohon mahkamah lawan
bicara.
Sepanjang perbicaraan kes ini, Hakim Mahkamah telah mendengar
keterangan dua orang saksi bagi pihak pendakwa dan soal balas daripada
wakil kedua-dua yang dituduh kepada kedua-dua saksi pendakwa dan
soal semula daripada pendakwa kepada kedua-dua saksinya.
Selepas Mahkamah menimbang, meneliti dan berpuas hati dari berbagaibagai sudut dengan bersandarkan kepada undang-undang yang diterima
pakai, hukum syarak dan prinsip asas dalam jenayah untuk menentukan
kesalahan

telah

berlaku

iaitu

tiada

sebarang

kemungkinan

boleh

menimbulkan keraguan yang munasabah.


Dalam kes ini, Hakim bicara memutuskan dan memerintah bahawa
tertuduh pertama Nik Man Bin Raja Mat KP:440320-03-5157 dan tertuduh
kedua Che Semah Binti Che Ishak KP:610617-11-5368 di bebaskan tanpa
dipanggil untuk membela diri.
Prosiding perbicaraan dalam kes ini, hakim bicara adalah betul mengikut
kehendak peruntukan seksyen 96(c)(d)(e) dan (f) Enakmen Tatacara
Jenayah Syariah (Terengganu)2001. Seksyen 96 memperuntukkan Page 6 of 17

Prosedur yang berikut hendaklah diikuti oleh Hakim dalam


perbicaraan:
(a)

(b)

(c)

jika tertuduh enggan membuat akuan atau tidak


membuat

akauan

atau

meminta

dibicarakan,

Mahkamah hendaklah mendengar pengadu, jika


ada

dan

mengambil

segala

keterangan

yang

dikemukakan bagi menyokong pendakwaan itu;


(d)

apabila difikirkannya perlu, Mahkamah hendaklah


memperoleh

daripada

pengadu

atau

selainnya

nama mana-mana orang yang berkemungkinan


mengetahui fakta kes itu dan dapat memberikan
keterangan bagi pihak pendakwaan dan hendaklah
memanggil

mana-mana

daripada

mereka,

sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Mahkamah,


untuk memberikan keterangan dihadapannya;
(e)

tertuduh atau Peguam Syarienya hendaklah


dibenarkan memeriksa balas semua saksi bagi
pihak pendakwaan melalui Hakim;

(f)

jika selepas mengambil segala keterangan yang


disebut

dalam

perenggan

(c),

(d)

dan

(e),

Mahkamah mendapati bahawa tiada kes terhadap


tertuduh telah diwujudkan yang jika tak dipatahkan
akan mewajarkan sabitannya, maka Mahkamah
hendak merekodkan perintah pembebasan.

Page 7 of 17

Dalam kes ini, Hakim Bicara dalam Mahkamah Rendah Syariah Daerah
Setiu,

Terengganu,

telah

membuat

hukuman

memutuskan

dan

memerintahkan bahawa kedua-duanya yang dituduh dibebaskan tanpa


dipanggil membela diri. Dalam keadaan ini sepatutnya tidak boleh dirayu
ke mahkamah yang lebih tinggi iaitu rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah
Kuala Terengganu kecuali dengan keizinan bertulis daripada Ketua
Pendakwa Syarie. Ianya sebagai menurut kehendak peruntukan undangundang sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 137, Enakmen
Tatacara

Jenayah

Syariah

(Terengganu)

2001.

Seksyen

berkenaan

memperuntukkan Apabila seseorang tertuduh telah dibebaskan oleh Hakim,


maka tiada rayuan boleh dibuat kecuali oleh, atau dengan
keizinan bertulis daripada, Ketua Pendakwa Syarie.
Dalam kes ini, Ketua Pendakwa Syarie sendiri mengemukakan notis
rayuan merayu ke Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di Kuala
Terengganu. Sekiranya Pendakwa tidak puas hati keseluruhan keputusan
Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Daerah Setiu, Terengganu sepatutnya
boleh dirayu jika jelas keputusan Hakim Bicara itu bercanggah dengan
hukum syarak atau undang-undang tapi dalam notis rayuan dan alasan
rayuan ketua pendakwa syarie tidak menjelaskan dengan nyata apakah
perkara yang bercanggah dengan hukum syarak atau undang-undang.
Rujuk dalam Kitab Mughni al-Muhtaj, jilid keenam muka surat 307
cetakkan Al-Maktabah Al-Taufiqiah. Sheikh al-khatib al-syarbini dalam
kitabnya itu menjelaskan -



Bermaksud:
Page 8 of 17

telah

membuat

Hakim

seseorang

Dan

apabila

sesuatu keputusan dengan ijtihadnya dan kemudian


nyata hukumannnya bersalahan dengan nas Al-quran
atau sunnah, ijma atau qias yang nyata maka
hendaklah ia membatalkan hukumannya itu sendiri
atau membatalnya oleh orang lain

orang

pihak

atau

mana-mana

jika

Malaysia

di

kita

kerana

Oleh

berkepentingan tidak berpuas hati dengan keputusan dari Mahkamah


dan

Syariah

diperuntuk

Tinggi

juga

Mahkamah

begitu

Syariah

ke

merayu

Rayuan

Syariah

boleh

Mahkamah

ke

Rendah

seterusnya

semakan sama juga boleh dibuat dari keputusan Mahkamah Rendah


Syariah atas kawalan dan semakan Mahkamah Tinggi Syariah dan
seterusnya atas kawalan semakan oleh Mahkamah Rayuan Syariah.
Mengikut terjemahan dalam kitab Hadis-Nailul Authiar Himpunan Hadishadis jilid 5, Malaysia, Cetakan Pertma 1994 ; Ms. 2558-2560.

, , : 3994-
)( . , ,
, ,
,
,
, : )( .
, )( .
:
, ,
, ,
, )( .
)( .

Maksudnya:
Page 9 of 17

3994. dari Hanas bin Mutamir dari Ali ra. ia berkata: aku
pernah diutus Rasulullah saw. ke Yaman lalu kami berhenti
pada satu kaum yang telah membuat lobang perangkap
singa. Tiba-tiba (pada waktu lobang itu telah dimasuki
singa yang terperangkap), mereka saling mendesak dan
jatuhlah seorang laki-laki(ke dalam lobang itu), lalu ia
mengait (berpegangan) yang lain dan yang lain itu pun
mengait yang lain(pula) sehingga semuanya berjumlah
empat orang, kemudian mereka digigit oleh singa (yang
terperangkap itu). Maka dilemparkanlah ujung lembing
kepada singa itu oleh seorang laki-laki hingga mati dan
mereka (empat orang itu) pun mati semuanya kerana
luka-luka

mereka.

Maka

ahli

waris

korban

pertama

menghadap kepada ahli waris korban yang lain lalu


mereka saling mengeluarkan senjatanya untuk saling
membunuh kemudian datanglah Ali ra di tengah-tengah
kejadian itu lalu ia berkata , apakah kalian mau saling
bunuh membunuh padahal Rasulullah saw masih hidup?
Aku benar-benar akan memutuskan antara kalian suatu
keputusan jika kalian redha atas keputusan itu maka
laksanakanlah putusan itu tetapi jika kalian tidak(redha)
maka sebahagian dari kalian atas bahagian yang lain
hendaknya saling menahan diri sehingga kalian datang
menghadap Nabi saw, maka ia akan memutuskan di antara
kalian kemudian siapa yang melanggar sesudah itu, maka
hilanglah haknya. (Ali berkata) himpunlah dari kabilahkabilah yang ikut hadir di sumur (lubang perangkap) itu
seperempat diyat, sepertiga diyat, separuh diyat dan diyat
sepenuhnya, kemudian untuk korban pertama seperempat
diyat kerana ia mati ditimpa tiga(orang), korban kedua
sepertiga diyat, korban ketiga separuh diyat dan korban
keempat diyat sepenuhnya. Lalu mereka menolak untuk
Page 10 of 17

menerima

(putusan

Ali

tersebut),

kemudian

mereka

datang kepada Nabi saw, sedang Nabi saw berada di


Maqam Ibrahim, lalu mereka mengkisahkan kepadanya
apa

yang

telah

terjadi,

kemudian

Rasulullah

saw

mengukuhkan (putusan Ali atas mereka).(HR. Ahmad)


Hadis ini menunjukkan dalil hukum semakan keputusan hakim bicara
boleh disemak oleh hakim yang lain atau kita di Malaysia mengikut
peruntukan undang-undang di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah
Negeri-negeri. Iaitu keputusan dari Mahkamah Rendah Syariah, jika
mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, mereka tidak
berpuas hati daripada keputusan mahkamah tersebut boleh di semak ke
Mahkamah

Tinggi

Syariah dan

dari Mahkamah

Tinggi

Syariah ke

Mahkamah Rayuan Syariah.


Keputusan hakim bicara dalam kes ini, memutuskan dan memerintahkan
bahawa tertuduh pertama Nik Man Bin Raja Mat KP:440320-03-5157 dan
tertuduh

kedua

Che

Semah

Binti

Che

Ishak

KP:610617-115368

dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri. Oleh kerana pihak


pendakwa tidak dapat memberi keyakinan yang boleh menimbulkan
keraguan yang munasabah. Adakah kedua-dua yang dituduh semasa
pegawai penguatkuasa agama membuat tangkapan keatas kedua-dua
yang dituduh dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa
mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral?
Untuk menjawab persoalan ini, saya merujuk dalam rekod rayuan muka
surat 71-72 dalam ulasan dan alasan penghakiman hakim bicara bahawa
untuk mensabitkan satu-satu kesalahan di bawah seksyen 31(a) dan
31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 elemen-elemen
tersebut hendaklah dipenuhi:-

Page 11 of 17

1) Mana-mana lelaki didapati bersama dengan seorang perempuan


atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau
mahram atau
2) Mana-mana perempuan didapati berada bersama dengan seorang
atau lebih dari seorang lelaki yang bukan suami atau mahram
3) Di mana-mana tempat berselindung
4) Boleh menimbulkan syak
Melalui keterangan saksi pertama Pendakwa, Mohamad Nor Bin Ngah
KP:540717-11-5217 dan saksi kedua Pendakwa Muhamad Akhil Bin Mat,
Mahkamah berpuas hati bahawa ketiga-tiga faktor di bawah berjaya
dibuktikan oleh Pendakwa iaitu:1) Tarikh, mana dan tempat kesalahan itu dibuat ialah pada 24-4-2004
lebih kurang pukul 3.25 pagi, bertempat di dalam sebuah rumah di
KM57 Kg. Chalok, Setiu, Terengganu
2) Keadaan didalam rumah gelap, semua pintu dan tingkap tertutup
dan berkunci
3) Hubungan diantara Okt 1 dan Okt 2 bukan suami isteri atau
mahram.
Mahkamah tidak bersetuju dengan faktor keempat:
Keadaan kejadian itu boleh menimbulkan syak bahawa OKT 1 dan OKT 2
sedang melakukan perbuatan tidak bermoral. Melalui keterangan saksisaksi pendakwa, semasa tangkapan dibuat pada 24 April 2004 jam 3.25
pagi bersama-sama mereka ialah :a) Nik Azita Bt. Nik Man (anak perempuan Okt 1) dianggarkan
berumur 22-25 tahun.
b) Nik Mohamad (anak lelaki Okt 1) dianggarkan 19 tahun
c) Nik Ahmad Firdaus (anak lelaki Okt 1) dianggarkan berusia 17
tahun.
d) Kanak-kanak dalam lingkungan 2 tahun(dipercayai anak Nik Azita
Bt. Nik Man)
e) Kanak-kanak dalam lingkungan 2 tahun(cucu kepada Okt 2)
Page 12 of 17

Melalui

pembacaan

dan

penelitian

dalam

rekod

rayuan

didapati

keterangan saksi pertama Pendakwa di muka surat 11 semasa soal balas


dengan jawapannya, Saya mengaku seorang perempuan buka pintu.
Saya tak pasti dia mari dari arah mana yang saya pasti dia dihadapan
pintu. Saya tak pasti dia dari mana. Dia datang sama ada di bilik
pertama. Kedua atau bagaimana. Begitu juga dalam keterangan saksi
kedua pendakwa dalam rekod rayuan di muka surat 77 78 semasa soal
balas daripada Peguam defenden jawapannya, perempuan semasa buka
pintu, saya tidak pasti arah mana, saya tak pasti perempuan itu tidur
dibilik mana. Soal semula saya tidak pasti dari mana arah perempuan
itu datang.
Mengikut keterangan kedua-dua orang saksi bagi pihak Pendakwa bahawa
mereka tidak dapat pasti di mana OKT 2 berada dalam bilik satu, dua,
tiga, empat, lima atau diruang tamu. Saksi-saksi Pendakwa tahu OKT2
yang membuka pintu. Oleh yang demikian tidak boleh dikatakan keatas
OKT

dan

OKT2

bahawa

mereka

dalam

keadaan

yang

boleh

menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang


tidak bermoral. Lebih-lebih lagi keadaan dalam rumah tersebut pada
masa tangkapan dibuat ada empat orang anak Okt 1. Anak pertama
perempuan iaitu Nik Azita Bin Nik Man ada mempunyai seorang anak
berumur 2 tahun dan 2 lagi anak Okt 1 lelaki mereka sudah dewasa.
Walaupun ketika intipan dan masa tangkapan keadaan dalam rumah
gelap, semua pintu dan tingkap tertutup dan berkunci. Hubungan diantara
Okt1 dan Okt 2 bukan suami isteri atau mahram. Masa tangkapan pada
24-4-2004 pada jam 3.25 pagi.
Pihak Pendakwa tidak membuktikan semasa intipan apa yang berlaku
diantara OKT 1 dan OKT 2, bila masa OKT 2 datang kerumah OKT 1.
Keadaan didalam rumah gelap semua pintu dan tingkap tertutup dan
berkunci, pada waktu tersebut memang tidak dinafikan semua kediaman
Page 13 of 17

mana-mana rumah pintu dan tingkap di tutup dan kunci untuk menjaga
keselamatan, ada juga yang menjadi kebiasaan apabila hendak tidur
lampu ditutup. Jika benar OKT 1 dan OKT 2didapati berada dalam
keadaan

yang

boleh

menimbulkan

syak

bahawa

mereka

sedang

melakukan perbuatan yang tidak bermoral pasti sebaliknya pendakwa


membuktikan dengan jelas keadaan bagaimana semua pintu dan tingkap
ditutup dan kunci. Keadaan ini tidak dikemukakan dalam perbicaraan kes
ini. Oleh yang demikian kami bersetuju keputusan dan perintah Hakim
Bicara bahawa tertuduh pertama dan tertuduh kedua dibebaskan tanpa
dipanggil untuk membela diri.
Di sini kami mengemukakan fatwa Ibn Hajar catitan diambil daripada
Kitab Bughyah Al-Mustarsidin catitan Darul Kutub Al-Ilmiah BairutLubnan: muka surat 247 tanpa tarikh:


, ,

,
.
Yang bermaksud;
Apabila tinggal seorang perempuan dalam salah satu bilik
diatas atau dibawah atau didalam rumah dan di dalam satu
bilik. Dan seorang lelaki yang bukan mahram dengan
perempuan tersebut ia hendak tinggal di bilik yang lain
atau dalam rumah tersebut, dengan syarat mereka tidak
guna sama seperti tempat masak, tandas, telaga mandi,
tempat lalu naik ketempat lelaki itu. Jika tempat-tempat
tersebut diguna sama oleh mereka hukumnya tempat
tinggal keadaan itu adalah haram. Oleh kerana boleh
menimbulkan syak bahawa mereka melakukan perbuatan
khalwat yang diharamkan.
Page 14 of 17

Oleh yang demikian, setelah kami membaca dan meneliti rekod rayuan
kami dapati Hakim Bicara dalam sepanjang perbicaraannya adalah betul
mengikut prosiding yang diperuntukkan dalam Enakmen Tatacara Jenayah
Syariah (Terengganu) 2001 iaitu di bawah seksyen 96(c)(d)(e) dan (f).
Hakim Bicara juga memutuskan dan mengeluarkan perintah bahawa
kedua-dua yang dituduh dibebaskan tanpa dipanggil membela diri adalah
betul hukumannya mengikut Hukum Syarak dan undang-undang. Oleh
itu. Kami bersetuju sebulat suara mengesahkan keputusan Hakim Bicara
dan perintahnya hendaklah dikekalkan.
Seksyen 170 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Terengganu 2001),
memperuntukkan (1) Jika dalam menjalankan bidang kuasa penyemakan,
Mahkamah meminta supaya rekod prosiding atau rekod itu
dirujukan kepadanya,Mahkamah boleh menjalankan manamana kuasa yang diberikan oleh seksyen 141,145,146 dan
147.
Dibaca bersama subseksyen 146 (b) dalam rayuan daripada suatu sabitan atau dalam rayuan
tentang hukuman(i)

mengakaskan dapatan dan hukuman itu


dan

memebebaskan

atau

melepaskan

tertuduh, atau memerintahkan supaya dia


dibicarakan semula; atau
Oleh itu, berdasarkan peruntukan seksyen 170 dan 146(b) Enakmen
Tatacara

Jenayah

Syariah

Terengganu

dikemukakan dalam semakan kes ini,

dan

alasan-alasan

yang

Kami bersependapat perintah

rayuan yang dikeluarkan oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah
Page 15 of 17

Terengganu

di

Kuala

Terengganu

hendaklah

dibatalkan

dan

kami

mengesahkan keputusan Hakim Bicara dikekalkan.

MAKA PADA HARI INI, HAKIM-HAKIM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH


NEGERI TERENGGANU BERSETUJU SECARA SEBULAT SUARA DAN
MEMBUAT PERINTAH-PERINTAH SEPERTI BERIKUT :-

KAMI PERINTAH keputusan rayuan dalam kes jenayah No : 11500143-0001-2008, dan dalam kes jenayah No : 11500-143-00022008 yang diputuskan oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi
Syariah Terengganu, pada 23 Februari 2010 hendaklah dibatalkan
dan perintah oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Setiu,
Terengganu, dalam kes Jenayah No: 11009-143-0035-2005, dan
kes Jenayah No: 11009-143-0036-2005, yang dibuat pada 23 April
2007, hendaklah dikekalkan.

DIBERI DI BAWAH TANDATANGAN KAMI dan dimeterai dengan


Meterai Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu pada hari ini, Isnin, 18
Syawal 1431 bersamaan 27 September 2010.

METERAI

TAN SRI SHEIKH GHAZALI BIN HAJI ABDUL RAHMAN --- PENGERUSI

Page 16 of 17

DATO ARIA DIRAJA (DATO HAJI DAUD BIN MUHAMMAD)--- AHLI

DATUK HAJI ABU BAKAR BIN AHMAD --- AHLI

Page 17 of 17

You might also like