Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

4.

0 GANGGUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


4.1 Pengenalan
Tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal
dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat,tidak kira di dalam kehidupan
bermasyarakat atau termasuk sekolah. Sebenarnya ia bertentangan dengan tingkah laku yang
lazimnya dianggap sebagai perlakuan, persepsi, dan perasaan yang pada kebiasaanya dialami
oleh ramai orang dalam kehidupan harian.
Kajian dan pemerhatian yang dilakukan oleh pakar psikologi, didapati bahawa tingkah
laku bermasalah ini timbul kerana kurangnya keupayaan individu dalam proses mengadaptasi
atau akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam persekitaran mereka. Ini secara
langsung akan menyebabkan berlakunya gangguan emosi dan seterusnya mengganggu
kestabilan dan keharmonian persekitarannya.
Dalam konteks pendidikan pula, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang
tingkah laku yang yang boleh merosakkan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Kajian terhadap masalah murid sekolah
ini diberi kepada dua pecahan utama iaitu tingkah laku murid bermasalah positif dan negatif.
Perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif dikategorikan sebagai
tingkah laku bermasalah positif. Manakala tingkah laku bermasalah negatif pula sering
dikaitkan dengan perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah
laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan.
4.2 Gangguan PdP daripada Murid Berkeperluan Khas (PKBP)
Murid-murid yang bermasalah tingkah laku berkeperluan khas merupakan antara
individu yang memiliki kepelbagaian tingkah laku. Apabila membicarakan isu ini secara
analitikal didapati guru sering menghadapi masalah untuk melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran terutamanya dalam pengurusan tingkah laku. Secara umumnya masalah
tingkah laku atau disiplin bagi murid-murid masalah pembelajaran ini mempunyai ciri-ciri
tertentu yang tidak dapat dielak. Antara ciri-ciri yang ada pada murid-murid yang bermasalah

tingkah laku ialah penumpuan yang singkat, memencil dan menarik diri daripada aktiviti
kelas, terlalu bergantung kepada seseorang, melanggar perintah, motivasi kendiri rendah,
tidak mesra dengan guru dan orang lain, gopoh dan tidak sabar, , agresif, , sentiasa
mempunyai perasaan negative, memberi jawapan sesuka hati, kurang kemahiran mengawal
emosi, sering resah serta kurang kepercayaan terhadap kebolehan diri dan perlakuan
hiperaktif.

Menurut Lianna Pizzo dan Susan M Bruce (2010), masalah tersebut secara
umumnya telah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara faktor yang mempengaruhi
pengurusan tingkah laku dan disiplin di dalam kelas adalah seperti kedudukan tempat duduk
murid yang jauh dari guru. Susun atur peralatan seperti meja, kerusi, almari memainkan
peranan penting dalam mewujudkan kelas yang kondusif dan mempunyai ruang untuk
murid dan guru bergerak. Di samping itu, bahan dan alat mengajar yang dipamerkan
hendaklah sentiasa ditukar dari masa ke semasa. Jika perkara ini tidak dipandang serius
maka murid-murid akan mengganggu guru semasa PdP dijalankan. Murid-murid tidak akan
mengendahkan guru yang bertungkus-lumus mengajar.
Guru hendaklah peka di dalam penyediaan bahan yang bersesuaian dengan muridmurid keperluan khas ini. Terdapat sesetengah guru menggunakan muzik latar semasa
membuat aktiviti. Hal ini menyebabkan kebisingan di dalam kelas, tindakan agresif,
mengada-ngada dan sebagainya. Sekiranya mempelbagaikan suasana tempat belajar iaitu di
luar bilik darjah. Oleh kerana mereka mudah tertarik kepada persekitaran, mereka akan
hilang tumpuan untuk belajar di luar bilik darjah dan mereka lebih banyak bermain.
4.3 Gangguan PdP daripada Murid Hiperaktif
Murid yang hiperaktif merupakan antara murid yang tidak dapat mengawal diri
sendiri dan sentiasa melakukan sesuatu aktiviti yang akan mengganggu murid lain serta guru
yang mengajar di kelas. Ibnu Syamsi (2005) dalam kajiannya turut menyatakan bahawa
murid-murid hiperaktif ini boleh membahayakan dirinya sendiri dan juga murid lain jika
perasaan tidak stabil. Contohnya murid hiperaktif ini akan memanjat pagar tingkap kerana
emosi tidak stabil mahupun untuk menarik perhatian guru. Kemungkinan besar murid itu
akan jatuh dan tercedera atau pagar itu jatuh terkena pada murid lain yang boleh

menyebabkan kecederaan. Ini secara langsung akan mengganggu PdP guru serta
membazirkan masa guru. Murid ini juga didapati akan mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran dengan bertindak luar dari kawalan seperti berlari di dalam kelas, membuat
bising dan menganggu murid lain.
Kebiasaannya murid aliran perdana yang menjadi hiperaktif ini adalah disebabkan
oleh kurang berdisiplin ketika di rumah ataupun kurang perhatian daripada ibu bapa yang
sentiasa sibuk dengan tugasan kerja. Secara langsung murid ini berkemungkinan mengalami
tekanan dan seterusnya memberontak ketika di sekolah. Sekiranya jumlah pergerakan
sangat tinggi dan impulsive iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir mereka boleh kerap
mengetuk-ngetuk meja dan menggoyang-goyang kerusi, selalu berlari-lari, sentiasa aktif
dan banyak bercakap.
4.4 Gangguan PdP Daripada Murid-Murid Tingkah Laku Bermasalah Positif
Tingkah laku bermasalah positif dalam aspek proses pengajaran dan pembelajaran
merujuk kepada perlakuan pelajar yang ingin tahu secara keterlaluan, cepat belajar, pintar
cerdas dan proaktif turut berlaku atau di sekolah dipanggil hiperaktif positif. Walaupun secara
umumnya perlakuan tersebut dilihat adalah sangat baik dan positif dari segi pembelajaran
seorang murid, namun sebaliknya ia mengganggu kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran yang sedang berlaku. Sebagai contoh kes yang biasa berlaku di sekolah, murid
X yang berperilaku ingin tahu yang keterlaluan akan menyebabkan murid X itu suka bertanya
tidak putut- putus sehingga mengganggu proses penerangan sesuatu topik yang dipelajari
semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlaku . Ia juga memberi kesan kepada murid
lain yang sedang cuba memahami atau memberi fokus terhadap sesuatu topik pembelajaran
dan memerlukan tumpuan serta suasana yang kondusif turut mengalami gangguan dari murid
X tersebut.
Selain itu, proses pembelajaran yang sedang berlangsung di dalam kelas akan
mengalami ketidakseimbangan sekiranya terdapat murid-murid bertingkah laku bermasalah
positif seperti cepat belajar dan pintar cerdas. Daripada pemerhatian didapati perilaku muridmurid sedemikian akan menyebabkan gangguan emosi kepada murid dalam kelas itu sendiri,
dan guru juga turut akan menerima kesannya. Selain itu, murid yang bermasalah ini akan
cuba untuk memperkatakan perkara yang mereka fahami dalam topik yang sedang diajar oleh

guru. Hal ini menyebabkan murid-murid lain yang sama kelas kehilangan minat untuk belajar
kerana berasa rendah diri melihat rakan sekelas telah mempunyai pengetahuan yang lebih
dalam topik itu selain lebih berminat bertanya murid tersebut berbanding guru yang sedang
mengajar. Ini secara langsung akan mengganggu pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Suppiah Nachiappan et.al (2008) turut berpendapat bahawa murid cerdik mengganggu PdP
dengan berkelakuan terlalu proaktif, menyudahkan kerja-kerja cepat dan berani melawan.
Di samping itu, gerak-geri pelajar yang mempunyai kelebihan positif pintar cerdas
juga menyebabkan guru tidak selesa dan tidak berminat untuk mengajar. Hal ini dapat dilihat
sekiranya guru tersebut kurang bijak mengawal tingkah laku murid-murid yang tidak diingini
dan tidak asertif dalam mengawal mereka. Contohnya, murid yang hiperaktif positif, ini
apabila diberi sesuatu tugasan yang perlu disiapkan akan mengganggu pelajar lain yang
masih sedang menyiapkan tugasan yang diberi kerana dia mampu menyiapkannya dengan
lebih awal. Kebanyakan mereka mengganggu dan menjawab soalan sering berlaku sehingga
menganggu proses pembelajaran dan pengajaran. Murid yang menjadi pintar cerdas ini
adalah murid yang mengalami masalah lembam kerana di dalam kalangan murid PKBP ini
merekalah yang lebih berpengetahuan sikit, cuma kurang daya ingatan.
Penyelesaiannya, guru seharusnya lebih tegas agar murid lebih menghormati , dapat
mengelak daripada murid lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
guru boleh memfokuskan murid agar tumpuan dapat diberikan murid sepenuhnya.
4.5 Gangguan PdP daripada Murid-Murid Tingkah Laku Bermasalah Negatif
Tingkah laku bermasalah negatif pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu perlakuan
distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan
akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan. Tingkah laku distruktif sering berlaku di
kalangan murid yang berusia 10 hingga 15 tahun. Sikap agresif mereka sering ditunjukkan
dalam bentuk tingkah laku merosakkan sama ada melalui sindiran atau melalui perbuatan
fizikal seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh, melukai atau menyakiti seseorang yang lain.
Tingkah laku merosakkan ini mungkin melibatkan permusuhan nyata, vandalisme dan klik.
Tindakan agresif kepada pihak lawan akan ditunjukkan akibat rasa tidak puas hati, benci,
marah atau dendam. Tingkahlaku destruktif sebenarnya dipelajari sama ada melalui
masyarakat, ibu bapa mahupun televisyen.

Murid yang mempunyai tingkah laku desruptif pula sentiasa menganggu dan
menjejaskan kelicinan perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, tingkah laku
menganggu ini juga berlaku di luar bilik darjah sama ada sesama adik beradik mahupun rakan
sebaya. membuat bising iaitu tingkah laku yang mengganggu atau disruptif. Kebiasaan
masalah ini wujud apabila keadaan murid keperluan khas ini tidak kondusif ketika mengikuti
pengajaran dan pembelajaran.
Walaubagaimanapun

Axup & Gersch (2008) dalam kajian menyatakan bahawa

kebanyakan guru hanya bertanggapan bahawa murid-murid mencabar kekuatan mereka


dengan bertingkah laku disruptif. Namun ia juga berkait rapat dengan strategi pengurusan
tingkah laku murid oleh guru-guru. Hal ini juga disebabkan kurangnya guru mengendalikan
murid-murid tersebut seperti tidak mempelbagaikan kaedah penyampaian mengajar, guru
menghadirkan diri ke mesyuarat dan meninggalkan mereka tanpa pengawasan, sikap
semulajadi murid-murid keperluan khas seperti hiperaktif. Kebiasaan mereka akan hilang
minat untuk mengikuti pembelajaran selepas waktu rehat atau melakukan aktiviti luar seperti
pendidikan jasmani. Bagi mengatasi kebisingan di dalam kelas guru mesti memainkan
peranan dengan menggunakan kaedah modelling iaitu modifikasi tingkah laku melalui ubah
suai luaran. Modifikasi ini merujuk kepada peniruan melalui pemerhatian tingkah laku
seorang model yang disanjung dan secara tidak langsung mengubah tingkah lakunya.
Menurut Khalim Zainal (2008) bagi mengatasi masalah tingkah laku ini guru
seharusnya mengabil tindakan dengan memberi tumpuan kepada murid tersebut secara
individu agar murid dapat memberi perhatian. Tetapi tumpuan tersebut cuma sekejap sahaja
kerana murid ini cepat bosan dan akan membuat aktivitinya sendiri. Manakala bagi murid
aliran perdana guru seharusnya berbincang dengan ibu bapa murid kerana ini
berkemungkinan murid mengalami masalah di rumah. Selain itu, guru seharusnya mengajar
apa yang diminati oleh murid kerana sedikit sebanyak akan memberi kesan terhadap murid
ketika belajar.

5.0 PENUTUP
Menurut Suppiah Nachiappan et. al (2008), perbezaan individu merupakan elemen
penting yang perlu diambil berat dalam bidang psikologi pembelajaran terutamanya dalam
kalangan murid-murid sekolah. Perbezaan individu dalam kalangan murid dapat dikenalpasti
dari pelbagai aspek seperti fizikal emosi, kecerdasan, social, budaya, personality, bahasa dan
etnik. Tidak dapat dinafikan bahawa perbezaan individu telah memberi impak yang besar
terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Maka guru-guru haruslah mengetahui pebagai strategi dan teknik serta perlu
melaksanakannya secara konsisten. Pengetahuan mengenai latar belakang pelajar serta
budaya dan gaya pembelajaran juga perlu diketahui guru dalam menyediakan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada setiap pelajar dan menarik kesungguhan
serta usaha untuk mencipta pengalaman-pengalaman pembelajaran yang pelbagai.
Kepelbagaian pengajaran yang sesuai dengan tahap serta gaya pembelajaran pelajar mampu
memberi pulangan yang cukup baik kepada semua pelajar tanpa mengira kepelbagaian yang
wujud di dalam sesebuah bilik darjah. Dengan kata lain, ia dapat meningkatkan metodologi
pengajaran dan amalan bagi pelajar-pelajar tertentu akan menghasilkan suasana pengajaran
dan pembelajaran yang lebih bermakna dan bukan hanya berorientasikan kepada peperiksaan
semata-mata.
Tuntasnya, tanggungjawab seorang guru bukan sahaja mendidik dan menyampaikan
ilmu pengetahuan kepada pelajar tetapi turut mempunyai satu tugas yang besar dalam
memahami dunia pendidikan yang sebenar terutama pengurusannya di dalam sesebuah bilik
darjah. Hal ini kerana realitinya, kini pelajar yang wujud dalam sesebuah kelas adalah datang
dari pelbagai latar belakang yang berbeza antaranya adalah usia, jantina, bangsa, agama,
etnik, personaliti, bahasa, status ekonomi kelurga, kesihatan, lokasi tempat tinggal, emosi,
fizikal, tingkah laku dan sosial. Kesemua aspek ini mempengaruhi penerimaan serta minat
pelajar untuk terus belajar dan diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.

RUJUKAN
Axup, T., & Gersch, I. (2008). The impact of challenging student behavior upon
teachers lives in a secondary school: teachers perceptions. British Journal of
Special Education, 35(3), 144-151.
Ibnu Syamsi (2005). Management Tingkah laku Hiperaktif. Jurnal Pendidikan Khusus Vol 1
Nom 1 Juni, 2005.
Khalim Zainal (2008). Memahami tingkah laku remaja bermasalah dari perspektif Teori
Tingkah Laku, Humanistik, Psikoanalitik & Tret Personaliti. Jurnal Pengajian Umum
Bil. 9. Muat turun pada 25 Mac 2015 daripada
http://www.ukm.my/jmalim/images/vol_09_2008/artikel%204%20%20khalim%20ms%2043-56.pdf
Lianna Pizzo; Susan M Bruce (2010). Language and Play in Students with Multiple
Disabilities and Visual Impairmen. Journal of Visual Impairment & Blindness; May
2010; 104, 5; Academic Research Librarypg. 287
Mohd Khairuddin Abdullah Et.Al (2014). Komunikasi Guru Dalam Bilik Darjah Dan
Tingkah Laku Delinkuen Murid Sekolah Menengah. Jurnal Pemikir Pendidikan (Journal
For Educational Thinkers) Vol. 5, Pp. 59-77, ISSN 1985-3637 (Print)
Suppiah Nachiappan et.al (2008). Psikologi Pendidikan. Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd

You might also like