Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

BUSINESS NAME

Syarikat Super Seven ditubuhkan pada bulan September 2014. Syarikat ini
dinamakan Super Seven kerana syarikat ini ditubuhkan bersama dengan 7 orang
yang sihat, cergas dan mempunyai tenaga yang banyak. Syarikat ini
menjalankan perkhidmatan pembersihan rumah atau lebih dikenali sebagai
Cleaning Service. Syarikat ini dijalankan secara perkongsian seramai 7 orang
yang mempunyai kepakarannya tersendiri khususnya dalam Cleaning Service.
Kini syarikat ini giat menjalankan operasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
DESCRIPTION OF BUSINESS
Syarikat ini menjalankan perkhidmatan perniagaan pembersihan rumah atau
Cleaning Service. Kerja-kerja pembersihan rumah ini akan dijalankan sekiranya
terdapat panggilan. Kerja pembersihan hanya dilakukan pada hujung minggu
sahaja. Kerja-kerja pembersihan yang dilakukan meliputi menyapu, mengemop,
vakum dalam rumah. Selain itu, kami juga membersihkan sekitar kawasan rumah
seperti membersihkan longkang, menyapu daun-daun, mencuci lantai di luar dan
apa sahaja yang di minta oleh tuan rumah asalkan hanya berkaitan dengan
kerja-kerja pembersihan. Kerja-kerja pembersihan ini dikenakan cas sebanyak RM
25 sejam.
FORM OF BUSINESS OWNERSHIP
Perniagaan kami menjalankan jenis perniagaan perkongsian. Ini kerana, ketujuhtujuh anggota dari syarikat ini bergading bahu dan sama-sama mengerahkan
tenaga dalam menjalankan operasi pembersihan rumah ini. Sejak menubuhkan
syarikat cleaning service ini, kesemua anggota juga bersama-sama
mengeluarkan modal bagi menubuhkan syarikat ini. Segala untung rugi di kongsi
bersama.
IDEAL CUSTOMER
Syarikat Super Seven Cleaning Service kami mempunyai sasaran tertentu dalam
menjayakan perniagaan kami. Sasaran untuk kerja pembersihan rumah kami
ialah kami menyasarkan rumah sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Selain itu,
sasaran kedua kami ialah rumah orang yang bekerja. Dengan kata lain, mereka
yang tidak mempunyai masa untuk membersihkan rumah. Kemudian, sasaran
yang ketiga ialah single house seperti rumah banglo, berkembar, teras dan
sebagainya. Rumah flat juga dipertimbangkan.
OUR ADVANTAGES
Syarikat kami mempunyai kelebihan-kelebihannya yang tidak ada pada syarikat
perniagaan kerja pembersihan lain. Antaranya, syarikat kami tidak mengenakan
cas tambahan sekiranya kerja-kerja pembersihan kami terlebih sedikit masa.
Contohnya, kerja-kerja pembersihan selesai dan memakan masa sejam tiga
puluh minit. Kami hanya akan mengenakan kerja pembersihan kami cas selama
sejam sahaja dan tidak mengenakan cas tambahan untuk 30 minit lagi. Selain
itu, kami juga ada menyediakan perkhidmatan membersihkan kereta bergantung
atas permintaan pelanggan.
ETHICAL ISSUES

Untuk kod etika syarikat kami. Kami telah mewujudkan 3 kod yang tidak akan
ditukar dan mesti dipatuhi. Pertama ialah berdisiplin. Syarikat kami akan
memastikan kerja yang dilakukan hendaklah berdisiplin sama ada dari segi
masa, pakaian, pelaksanaan tugas dan sebagainya. Kod kedua ialah Besih.
Setiap kerja yang dilaksanakan hendak bersih dan kemas. Kami tidak akan
berhenti selagi mana kerja yang dilakukan tidak bersih. Kod yang ketiga ialah
mesra pelanggan. Semasa menjalankan kerja, kami akan sentiasa memastikan
yang kehadiran kami bukan sahaja untuk membuat kerja. Tetapi juga untuk
merapatkan hubungan dan mengenali antara satu sama lain.
SOCIAL RESPONSIBILITY
Setiap kerja pasti ada risiko. Dan setiap risiko pasti ada kemalangan. Sekiranya
perkara-perkara tersebut berlaku, syarikat kami akan menanggung sepenuhpenuh tanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan ketika kami menjalankan
kerja. Kami akan membayar ganti rugi sekiranya ada barang yang rosak ketika
menjalankan operasi. Syarikat kami tidak akan sesekali menggunakan kekerasan
bagi menyelesaikan sesuatu isu. Kami akan memastikan setiap isu itu dilakukan
dengan profesional. Syarikat kami memegang prinsip hang buat, hang
tanggung .

GLOBAL ISSUES
Syarikat Super Seven Cleaning Service kami juga mempunyai cita-cita dan
impian. Antaranya mengembangkan lagi perniagaan perkhidmatan kami ke luar
negara. Negara yang menjadi keutamaan kami ialah Singapura. Sebab utama
kami memilih negara ini ialah kerana Singapura merupakan sebuah negara yang
pesat membangun dan ramai yang sibuk bekerja. Dengan peluang inilah syarikat
kami akan memasarkan dan mempromosikan syarikat kami. Perkhidmatan kami
sesuai dengan negara ini dan kami yakin perniagaan perkhidmatan kami
mendapat sambutan. Untuk mengembangkan perniagaan perkhidmatan kami,
kami memilih untuk memohon lesen di sana untuk membuka satu premis atau
pejabat untuk operasi perkhidmatan kami. Dan sudah pasti, apabila perniagaan
perkhidmatan kami berkembang ke luar negara, kami akan menjangkakan
persaingan dari perniagaan perkhidmatan pembersihan rumah lain. Antara
kelebihan perniagaan perkhidmatan pembersihan rumah syarikat lain khususnya
syarikat yang asalnya dari Singapura ialah mereka lebih tahu selok-belok negara
Singapura itu sendiri. Ini memudahkan mereka menjalankan perkhidmatan
mereka dan semestinya orang-orang Singapura lebih cenderung memilih
syarikat dari negaranya sendiri. Antara cabaran lain untuk mengembangkan
perniagaan perkhidmatan kami ialah kerja-kerja ini memerlukan kos yang banyak
dan risiko yang tinggi. Sudah pasti, untuk mengembangkan perniagaan dan
berjaya, risiko perlu diambil dan jangan berputus asa.

You might also like