Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Apakah kepentingan hubungan Melaka dengan China?

Siapa yang mulakan hubungan


tersebut?
Hubungan perdagangan dan politik yang dijalin oleh sultan Melaka, Parameswara dengan
Maharaja China, Yung Lo pada 28 oktober 1403 merupakan perhubungan dengan negara luar
pertama pernah dibuat oleh seseorang sultan di Tanah Melayu. Laksamana Yin Ching yang
diutuskan oleh Tung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertangungjawab
memeteraikan persetujuan dagangan dua hala itu. Catatn sejarah menyebut, Parameswara
(Sultan Iskandar Shah) merasa perlu menjalinkan persahabatan dengan negeri China yang
terkenal dengan kuasa besarnya bagi mengelakkan negeri Melaka dari serangan negeri-negeri
yang berhampiran.
Sultan Melaka sendiri telah meminta Negeri China menjadi penaungnya. Oleh itu, Melaka
aman dari sebarang ancaman, terutama Siam. Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan
Puteri Hang Li po merupakan titik mula perkahwinan campur di negeri Melaka. Ia telah
melahirkan suku kaum yang ada pada hari ini dikenali sebagai Baba Melaka yang
kebanyakannya beragama Islam. 1

Apakah bentuk perhubungan yang diperoleh oleh Melaka dengan China?


Hubungan awal Melaka dengan China merupakan satu hubungan diplomatik yangterpenting
bagi kerajaan Melaka. Melaka telah mengambil peluang untuk berbaik-baik denganChina
apabila berlakunya perubahan sistem dalaman pemerintahan China. Hal ini dapat
dilihatsemasa pemerintahan Maharaja Ming iaitu semasa Yung Lo naik takhta kerajaan
China. Ketika itu, Maharaja Yung Lo cuba untuk meluaskan pengaruh China di Asia
Tenggara. Tetapi, bukanlah untuk menjadi satu kuasa penakluk di rantau tersebut. China
hanya inginkan supayakerajaan-kerajaan di Asia Tenggara mengikhtiraf kedaulatan dan
kemaharajaan China.
Disamping itu, China cuba untuk memberi perlindungan dan menjaga keselamatan
bagikerajaan-kerajaan yang berlindung dibawah naungannya. Dengan adanya perhubungan
baik antara China dengan Melaka, membolehkan parameswara menjaga keselamatan Melaka
daripada ancaman luar iaitu Siam dan Majapahit.Oleh yang sedemikian, perhubungan ini
1 Buku Rekod Malaysia, edisi khas 1/Ghulam Jie M Khan,1977

telah membantu Melaka untuk mengukuhkan kedudukanMelaka sebagai satu kerajaan yang
berdaulat dan disegani oleh beberapa kerajaan lain. Selain daripada mengukuhkan kedudukan
Melaka daripada ancaman luar, perhubungan ini juga pentingkerana Melaka ingin
menggalakkan lagi pedagang-pedagang dari China untuk singgah berdagang di Melaka. Hal
ini kerana barangan dari China merupakan salah satu barangandagangan yang terpenting di
Asia Tenggara dan juga daripada benua lain. Dengan itu, secaratidak langsung membantu
Melaka menjadi sebuah pusat perdangan antara Timur dan Barat yangterpenting pada ketika
itu.

You might also like