Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 14
53 BABY RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN Pengenalan Bab ini disusun kepada tiga bahagian utama untuk merumuskan dapatan bagi menjawab tiga persoalan kajian yang dibentuk pada awal laporan kajian ini dengan membincang dan merumuskan hasil yang diperoleh seperti yang dilaporkan dalam bab lepas, dan seterusnya mengemukakan cadangan bagi isu dan implikasi yang timbul daripada perbincangan yang dilakukan, Tajuk bagi bahagian berkenaan ialah:- 1. Perbincangan dan Rumusan Dapatan Kajian 2, Isu dan Cadangan kepada Perkembangan Kurikulum Matematik Lepasan Menengah 3. Implikasi kepada Penyelidikan Lanjutan Dalam bahagian pertama bab ini, dapatan ulama daripada perbandingan antara kandungan kurikulum Matematik Matrikulasi dengan Matematik STPM dibincangkan serta rumusan mengenainya dilakukan, Perbincangan merangkumi aspek matlamat dan objektif kurikulum matematik, skop kandungannya, serta pengalaman pembelajaran yang ditawarkan dalam kedua-dua program pendidikan matematik peringkat lepasan menengah, Bahagian kedua dalam bab i |, membincangkan isu-isu yang timbul daripada kajian ini secara keseluruhannya serta implikasinya terhadap perkembangan dan pelaksanaan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, penaksiran serta penyelidikan dalam bidang pendidikan matematik peringkat lepasan menengah. Dalam bahagian ketiga bab ini, beberapa saranan dicadangkan bagi menangani isu berkaitan perkembangan dan pelakasanaan kurikulum Matematik Matrikulasi serta s4 penyelidikan lanjutan yang boleh dijalankan dalam usaha menyediakan pelajar yang berketrampilan matematik. Perbincangan dan Rumusan Dapatan Kajian Matlamat dan Objektif Kurikulum Matematik Lepasan Menengah Pendidikan di peringkat lepasan menengah berpranan scbagai penghubung kepada pendidikan di peringkat sckolah dengan pendidikan di institusi pengajian tinggi (IPT). Adalah menjadi dasar pendidikan kebangsaan bagi meramaikan lagi pelajar yang mengikuti pendidikan di IPT dalam bidang sains dan teknologi. Dalam hal ini, matematik merupakan satu bidang ilmu yang penting kerana ilmu ini merupakan satu-satunya asas keperluan bagi semua jurusan pengajian di IPT khususnya bagi bidang sains dan teknologi. Pernyataan matlamat dan objektif bagi kurikulum Matematik Matrikulasi terkandung dalam tiga dokumen yang berasingan iaitu sukatan pelajaran Matematik QMO15, Matematik: S025 dan Matematik QS035. Dalam ketiga-tiga dokumen ini pernyataan matlamatnys adalah sama iaitu untuk menyediakan pelajar untuk melanjutkan pengajian di [PT dalam bidang sains dan teknologi dan sains sosial. Sukatan pelajaran Matematik QMO15 dan Matematik QS025, kedua-duanya mempunyai bilangan pernyataan objektif umum yang sepunya, Namun begilu sukatan pelajaran Matematik QS035 hanya mempunyai tiga pernyataan objektif serta bersifat lebih khusus kepada bidang kajian statistik berbanding dengan objektif yang lebih umum dalam dua dokumen yang lain, Bagi kurikulum Matematik STPM, matlamat dan objektifnya tersurat dalam dua dokumen sukatan pelajaran iaitu Matematik T (STPM/954) dan Matematik Lanjutan T (STPM/956). Pernyataan matlamat dan objektifnya adalah sepadan dalam kedua-dua dokumen, dengan matlamat untuk menyediakan pelajar melanjutkan pelajaran di IPT dalam 35 bidang sains dan teknologi. Pernyataan objektifnya bersifat umum iaitu tidak menjurus kepada mana-mana bidang kajian matematik. Perbandingan pernyataan matlamat dan objektif antara Matematik Matrikulasi dengan Matematik STPM menunjukkan persamaan matlamatnya dari segi menyediakan pelajar untuk ‘melanjutkan pengajian di PT dan perbezaan dari segi tuju hala pelajar ke bidang-bidang, pengajian, Kurikulum Matematik Matrikulasi menyediakan pelajar ke bidang pengajian sains sosial serta sains dan teknologi, manakala Matematik STPM, berdasarkan sukatan pelajaran ‘STPM/954 dan STPM/956 menyediakan pelajar hanya ke bidang sains dan teknologi. Perbandingan dari segi bilangan pernyataan objektif antara kedua-dua kurikulum Matematik lepasan menengah tidak memberi sebarang maklumat yang signifikan, Oleh itu, pernyataan objektif dianalisis dan dikodkan kepada jenis kebolehan dan bentuk pengetahuan matematik untuk mendapatkan intipatinya supaya rumusan yang bermakna boleh dilakukan. Analisis ini menunjukkan bahawa kurikulum Matematik STPM mempunyai kelebihan dari segi jenis kebolehan dan bentuk pengetahuan matematik yang ditawarkan berbanding dengan kurikulum Matematik Matrikulasi, Secara lebih khusus, kebolehan mentaabir dan bentuk pengetahuan ruang dalam tiga matra tidak terdapat dalam objektif kurikulum Matematik Matrikulasi, Sebagai rumusan, kurikulum Matematik Matrikulasi menyediakan pelajar secara umum dan tidak menjuruskan skopnya kepada penyediaan pelajat khusus untuk bidang pengajian sains dan teknologi sepertimana yang dilakukan bagi kurikulum Matematik STPM. Dengan skop penyediaan yang umum ini, sedikit sebanyak memberikan kesan kepada kandungan kurikulum, atau lebih khusus lagi, jenis kebolehan dan pengetahuan yang disediakan dalam kurikulum. 56 Pemyataan matlamat dan objektif mempunyai implikasi kepada tumpuan dan skop kcandungan kurikulum matematik yang digubal dan akan dibincangkan dengan lebih lanjut Jagi dalam bahagian seterusnya ‘kop Kandungan Kurikulum Matematik Lepasan Menengah Kandungan kurikulum merujuk kepada konsep, pengitlakan, idea, proses atau kerahiran yang dimuatkan dalam kursus pengajian tertentu (Klein, 1991). Dua konsep terpenting apabila membincangkan tentang organisasi kandungan kurikulum alah skop dan urutannya. Urutan kandungan kurikulum dilihat sebagai paksi menegak kepada struktur kurikulum dan dalam erti kata yang umum, merujuk kepada susunan kandungan mengikut peningkatan gred atau tahun persekolahan (Conelly dan Clandinin, 1991). Skop merujuk kepada organisasi mengufuk kandungan kurikulum, dalam erti kata yang mudah, susunan kandungan dalam satu peringkat tahun persekolahan tertentu, Skop ditentukan dengan teliti ‘supaya kandungan kurikulum menjadi bermakna dan sepadu seboleh mungkin kepada pelajar dalam suatu jangka masa yang diperuntukkan (Zais, 1976). Apabila membincangkan tentang kop kandungan kurikulum dua aspeknya ditelit jaitu keluasan dan kedalaman kandungannya. Kedalaman ditafsirkan sebagai sejauh mana cakupan kandungan dalam sesuatu kurikulum, manakala kedalaman ditafsirkan sebagai tahap kemahiran kognitif yang dihasratkan untuk diperkembangkan kepada pelajar (Klein, 1991). Kandungan bagi kedua-dua kurikulum Matematik Matrikulasi dan STPM. diorganisasikan kepada sebilangan tajuk atau topik matematik tertentu dalam dokumen sukatan pelajaran masing-masing. Dalam kajian ini, kandungan kurikulum Matematik Matrikulasi dan STPM telah dikodkan kepada enam bidang kajian iaitu algebra, geometri, trigonometri, kalkulus, mekanik dan statistik sebagai asas perbandingan kandungan antara kedua-dua kurikulum, Bilangan tajuk organisasi boleh dijadikan indeks perbandingan keseluruhan keluasan cakupan kandungan kurikulum, ttap tidak dapat memberi gambaran 7 yang jelas tentang perbandingan keluasan kandungan mengikut bidang kajian matematik. Penggunaan bilangan subtajuk sebagai indeks perbandingan keluasan kandungan kurikulum temberikan perbandingan yang lebih halus, Rajah V-1 merumuskan kekurangan keluasan cakupan kandungan kurikulum Matematik Matrikulasi berbanding Matematik STPM berdasarkan bilangan subtajuk mengikut bidang kajian matematik. Dalam semua bidang kajian kecuali geometri dan trigonometri, kandungan kurikulum Matematik Matrikulasi Kurang cakupan keluasan sekurang-kurangnya satu pertiga daripada keluasan kandungan kurikulum Matematik STPM. Bagi bidang kajian mekanik, kekurangan ini menjangkau sehingga hampir 87 peratus. Keluasan cakupan kedua-dua kurikulum adalah sama bagi bbidang kajian trigonometri. Hanya dalam bidang kajian geometri yang keluasan cakupan kandungan Matematik Matrikulasi, dua pertiga, melebihi Matematik STPM. Secara keseluruhannya kekurangan keluasan cakupan kandungan Matematik Matrikulasi berbanding Matematik STPM ialah sebanyak 49 peratus. Indeks perbandingan keseluruhan ini jika di hhitung adalah sepadan dengan indeks perbandingan berdasarkan bilangan tajuk kandungan kurikulum, Rajah V-1; Keluasan kandungan kurikulum Matematik Matrikulasi berbanding Matematik STPM mengikut bidang kajian matematik berdasarkan subtajuk 58 1g kajian matematik yang digunakan sebagai kategori pengkodan dalam ‘usun di bawah dua tema tradisional matematik iaitu matematik tulen dan Algebra, geometri, trigonometri dan kalkulus tergolong di bawah tema nanakala mekanik dan statistik tergolong di bawah tema matematik gunaan, jukkan kekurangan cakupan kandungan kurikulum Matematik Matrikulasi natik STPM berdasarkan bilangan tajuk dan subtajuk mengikut tema onal, Perbandingan berdasarkan tema tradisional matematik ini adalah nya menonjolkan perkara yang perlu dipertimbangkan khusus kepada ar dalam jurusan sains dan teknologi, sekiranya kandungan kurikulum kulasi diperkemaskan kelak. Hal ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut sian berikutnya, -2; Keluasan kandungan kurikulum Matematik Matrikulasi berbanding Matematik STPM mengikut tema matematik tradisional «gi dimensi skop kandungan kurikulum ialah kedalaman. Klein (1991), kedalaman kandungan kurikulum sebagai tahap kemahiran kognitif yang ntuk diperkembangkan kepada pelajar. Pernyataan objektif dalam dokumen 59 sukatan pelajaran membolehkan jenis kemahiran kognitif dikenal past, tetapi tidak memadai untuk memberi maklumat tentang jenis kemahiran kognitif yang ditekankan dalam sesuatu kurikulum, Untuk itu, bahan pengajaran dan pembelajaran Matematik Matrikulasi dan STPM dianalisis. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan bagi Matematik Matrikulasi ialah Modul Matematik QMO15, QS025 dan QS035, dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Manakala bagi Matematik STPM bahan yang terpilih untuk dianalisis ialah buku teks Matematik STPM (Tulen) Sukatan S&T dan Matematik STPM (Mekanik & Statistik) Sukatan T, penerbitan Pelangi Sdn, Bhd, Kekangan masa membataskan kajian kepada analisis tiga bahan pengajaran dan pembelajaran sahaja iaitu Modul Matematik QMO15 dan Q5025 serta Matematik STPM (Tulen) Sukatan S&T. Ketiga-tiga dokumen ini membolehkan analisis perbandingan kandungan kurikulum matematik, di bawah teria matematik tulen, dilakukan, Namun begitu hasil analisis terhadap tiga dokumen ini, bersama dengan maklumat tentang keluasan cakupan kandungan kurikulum matematik, sudah cukup untuk inferens dibuat terhadap kedalaman kandungan kurikulum di bawah tema matematik tulen. Kemahiran atau kebolehan kognitif matematik yang diperlukan oleh pelajar dalam ssesuatu tajuk matematik tertentu akan ditunjukkan sebagai contoh-contoh dalam modul atau buku teks matematik. Oleh sebab yang demikian, bilangan contoh penyelesaian masalah matematik yang terkandung dalam teks (buku dan modul) matematik boleh dijadikan sebagai indeks kedalaman kandungan kurikulum matematik, Maklumat tentang contoh yang terdapat dalam teks dari Jadual [V-4 boleh dianalisis bagi melihat kedalaman kandungan Matematik Matrikulasi berbanding Matematik STPM mengikut bidang kajian matematik tertentu. Rajah V-3 menunjukkan kedalaman kandungan kurikulum Matematik Matrikulasi berbanding Matematik STPM berdasarkan bilangan contoh yang diberikan dalam teks mengikut bidang kajian, Adalah menarik perhatian bahawa kedalaman kandungan kurikulum 60 Matematik Matrikulasi melebihi sehingga 58 peratus berbanding dengan Matematik STPM. Algebra dan kalkulus merupakan dua bidang kajian yang mempunyai kedalaman yang tinggi bagi Matematik Matrikulasi berbanding Matematik STPM. Secara keseluruhannya, kedalaman kandungan kurikulum Matematik Matrikulasi ialah 49 peratus berbanding kedalaman kandungan Matematik STPM. Rajah V-3: Kedalaman kandungan kurikulum Matematik Matrikulasi berbanding Matematik STPM mengikut bidang kajian berdasarkan bilangan contoh dalam bahan pengajran dan pembelajaran 0% or 50% Rumusan yang boleh dibuat daripada analisis ini ialah cakupan kandungan bagi kurikulum Matematik STPM adalah lebih luas berbanding dengan Matematik Matrikulasi. ‘Namun begitu, kekurangan Matematik Matrikuldsi dari segi keluasan skopnya, diimbangi dari segi kedalaman olahan kandungannya, Pengalaman Pembelajaran Anli bidang psikologi kognitif, melihat pembelajaran tergolong kepada dua jenis ~ pembelajaran implisit dan eksplisit (Dienes dan Perner, 2000; Fuller, 1999). Pembelajaran 6 implisit dicirikan oleh proses yang pasif, contohnya maklumat didedahkan kepada pelajar, dan pelajar memperolch pengetahuan daripada dedahan itu, Pembelajaran eksplisit melibatkan proses yang aktif yang mana seseorang itu mencari struktur maklumat yang dipersembahkan kepadanya, Berlandaskan kepada perspektif ini, bahan pengajaran dan pembelajaran boleh menyediakan dua jenis pengalaman pembelajaran iaitu pengalaman pembelajaran bersifat pasif dan yang bersifat aktif, Definisi konsep dan contoh-contoh yang, diberikan dalam teks matematik disifatkan sebagai pengalaman pembelajaran pasif, manakala item latihan boleh dianggap sebagai pengalaman pembelajaran aktif. Bilangan contoh yang diberi dalam teks matematik, selain daripada kesesuaiannya dijadikan indeks kedalaman kurikulum, merupakan juga data tentang pengalaman pembelajaran yang membolehkan inferens dibuat tentang kualiti pembelajaran sesuatu kurikulum matematik. Item latihan yang diberi dikodkan kepada pengalaman pembelajaran matematik bersifat aktif iaitu penghitungan (H), penggrafan (G), pembinaan persamaan (BP), pembuktian (Bt) dan penyelesaian masalah (PM). Rajah V-4 merumuskan perbandingan pengalaman pembelajaran antara kurikulum Matematik Matrikulasi dengan STPM Rajah V-4: Perbandingan pengalaman pembelajaran Matematik Matrikulasi dengan STPM 62 Bahan pengajaran dan pembelajaran bagi kedua-dua kurikulum matematik mnenawarkan lebih banyak pengalaman pembelajaran aktif berbanding pasif. Bahan Matematik Matrikulasi memberikan lebih banyak pengalaman menghitung (H) berbanding Matematik STPM walaupun terdapat lebih banyak item latihan dalam Matematik STPM.

You might also like