Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

`

KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN PENGAKAP
2014

ANJURAN

PELAJAR SARJANA MUDA FAKULTI PENDIDIKANTEKNIKAL


& VOKASIONAL

27, 28 & 29 NOVEMBER 2014

NAMA PROGRAM: PERKHEMAHAN PENGAKAP 2014


1.0.

TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan
daripada Y.Bhg. Dekan Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar, Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia, bagi menjalankan Perkhemahan Pengakap 2014 anjuran Pelajar

Sarjana Muda Pendidikan Vokasional Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia.

2.0.

LATAR BELAKANG
Perkhemahan Pengakap 2014 merupakan aktiviti pasukan badan beruniform

yang disertai oleh ahli semua pasukan unit beruniform yang terdiri daripada semua
pelajar Ijazah Sarjana Muda Ambilan Februari 2013/2014. Selari dengan
perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang
pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan
para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan,
pekerti yang mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi.

Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan
Falsafah Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami
dan dihayati sepanjang perkhemahan ini. Di samping itu, semua peserta
perkhemahan perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan
setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata
pepatah bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Justeru itu, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional Ambilan Februari 2014 telah
mengorak langkah untuk mengadakan satu Perkhemahan Badan Beruniform 2014 untuk
subjek BBD 40102 Pengurusan Kokurikulum.

3.0.

OBJEKTIF PROGRAM

Di akhir program ini diharapkan :

3.1.

Program yang dijalankan merupakan salah satu syarat penilaian bagi subjek
BBD40102 Pengurusan Kokurikulum.

3.2.

Pelajar dapat mempelajari hal berkenaan pengurusan sesuatu program dalam


universiti

sekaligus

membina

kemahiran-kemahiran

mengurus

dan

memimpin.
(KI 7 : Kemahiran Kepimpinan)
3.3.

Pelajar dapat didedahkan tentang pengurusan secara langsung kokurikulum


(badan beruniform)
(KI 4: Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat)

4.0.

BUTIRAN PROGRAM
4.1.

Tarikh
27, 28 & 29 November 2014

4.2.

Tempat
Dkok Eco Camp, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

4.3.

Golongan Sasaran Program


4.3.1. Semua pelajar BBD 40102 Sesi September 2014

4.4.

Aktiviti Program

Pengisian program terdiri daripada beberapa slot iaitu :


4.4.1 Pemantapan Intergrasi
4.4.1.2 Pengagihan peserta kepada 6 platun
4.4.1.4 Intergrasi melalui aktiviti
4.4.2.4 Memasak berkumpulan
4.4.2 Seni Perkhemahan
4.4.2.1 Asas Perkhemahan
4.4.2.2 Gajet
4.4.3 Khidmat
4.4.3.1 Gotong royong membersih kawasan perkhemahan.
4.4.4 Kerohanian dan moral
4.4.4.1 Solat Jemaah/kuliah maghrib/subuh bagi orang Islam
4.4.4.2 Ceramah Moral bagi yang bukan Islam

4.5.

Tentatif Program
Rujuk LAMPIRAN I

4.6.

5.0.

Ahli Jawatankuasa
Rujuk LAMPIRAN II

KEWANGAN

Menggunakan peruntukan VOT 42000 Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional (FPTV) di
Pusat Pembangunan & Pengembangan Pelajar (P3P) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
(Jadual 1:Anggaran Perbelanjaan)

PERKARA
1. Makan Pagi, Tengahari, Petang, Malam
3 hari 2 malam
2. Yuran komitmen
Penginapan
Peralatan
Aktiviti
Cenderahati dan sijil

BILANGAN

KESELURUHAN

RM10 x 78 / hari

RM780.00 x 2 =
RM1560

RM90 x 78

RM6240.00

3. Perbelanjaan luar jangka

RM200.00
Jumlah

6.0.

RM8000.00

IMPLIKASI JIKA PERMOHONAN DI TOLAK

Sekiranya permohonan kertas kerja ini ditolak, maka objektif yang telah dinyatakan diatas
tidak berjaya dicapai. Tambahan lagi program ini merupakan tugasan yang wajib di

laksanakan oleh pelajar Sarjana Muda Pendidikan Vokasional dari Fakulti Pendidikan
Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebagai tugasan
dalam silibus kursus BBD 40102 Pengurusan Kokurikulum. Selain itu, kesan sekiranya
program ini tidak dapat dilaksanakan ia akan menyebabkan kepincangan dalam membentuk
dan melahirkan warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang mempunyai
keseimbangan dalam kokurikulum dan akademik.

7.0.

PENUTUP

Diharapkan program ini dapat memberi gambaran yang lebih jelas mengenai matlamat
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam melahirkan warga kerja dan pelajar
yang berilmu pengetahuan tentang pengurusan sesuatu aktiviti kokurikulum dan kami juga
berharap program ini mendapat kerjasama yang erat daripada semua pihak yang berkenaan
dapat melancarkan segala urusan berkaitan dengan program ini dan bagi merealisasikan
matlamat yang telah digariskan.
Dengan ini adalah dipohon Y.Bhg. Dekan Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar
untuk mempertimbangkan dan meluluskan usul mengenai cadangan menganjurkan
Perkhemahan Pengakap 2014 dengan peruntukan universiti sebanyak RM8000.00 bagi
VOT42000 sahaja.

Disediakan oleh :

Disemak & Diperakukan :

___________________
Nur Umi Shafiqah binti Salleh
Pengarah Program

_______________________
Puan Hajjah Sarebah binti Warman
Penasihat Program

LAMPIRAN I
Tentatif Program
Khamis (27/11/2014)
MASA

AKTIVITI

7.30 pagi 8.00 pagi

Berkumpul & Pendaftaran pelajar

9.00 pagi 1.00 tengah hari

Bas bertolak

12.00 tengah hari 2.00 ptg

Tiba di tapak perkhemahan

2.00 ptg 3.30 ptg

Ice Breaking

3.30 ptg 5.00 ptg

Taklimat perkhemahan & Slot Pemasangan Khemah

5.00 ptg 6.00 ptg

Minum petang dan solat asar berjemaah

6.00 ptg 6.30 ptg

Kawad Kaki

6.30 ptg 7.00 ptg

Persiapan diri / Makan malam

7.00 ptg 9.00 mlm

Solat Magrib/Isyak/Bacaan yasin

9.00 mlm 11.00 mlm

Slot Pemasangan tali

11.00 mlm 11.30 mlm

Minum malam

11.30 mlm 12.00 mlm

Pembahagian Sentri/ Jaga malam

12.00 mlm - 5.00 pagi

TIdur

Jumaat (28/11/2014)

MASAA

AKTIVITI

5.00 pagi 7.00 pagi

Persiapan diri, solat subuh, tazkirah

7.00 pagi 8.00 pagi


8.00 pagi 8.30 pagi

Ikrar pengakap, nyanyian lagu Negaraku & senaman


pagi
Sarapan pagi

8.30 pagi 9.00 pagi

Kawad kaki

9.00 pagi 12.00 tgh hari

Aktiviti : Flying Fox & River Crossing

12.00 tgh hari 2.30 ptg


2.30 ptg 5.30 ptg

Makan tengah hari, persiapan diri & solat Jumaat


dan zuhur
Explorace

5.30 ptg 6.00 ptg

Minum petang & Solat Asar

6.00 ptg 7.00 ptg


7.00 ptg 9.00 mlm

Perbincangan untuk malam kebudayaan & Makan


malam
Persiapan diri, Solat maghrib & Isyak

9.00 mlm 12.00 mlm

Malam Kebudayaan, minum malam

12.00 mlm 5.00 pagi

Jaga malam & tidur

Sabtu(29/11/2014)
MASA

AKTIVITI

5.00 pagi 7.00 pagi

Persiapan diri, solat subuh, tazkirah

7.00 pagi 8.00 pagi

Ikrar pengakap, nyanyian lagu Negaraku & senaman


pagi

8.00 pagi 8.30 pagi

Sarapan pagi

8.30 pagi 9.00 pagi

Kawad kaki

9.00 pagi 10.00 pagi

Pembersihan tapak khemah & peralatan

10.00 pagi 11.30 pagi

Majlis Penutup

11.30 pagi 3.00 ptg

Bertolak balik ke UTHM & makan tengah hari

LAMPIRAN II

Senarai Ahli Jawatankuasa

Jawatankuasa Persatuan Pengakap

Penaung :
Profesor Madya Dr. Ahmad bin Esa

Penasihat :
Profesor Madya Dr Hj Mohd Yusop bin Ab Hadi
Puan Hajjah Sarebah binti Warman

Pengarah :
Nur Umi Shafiqah binti Salleh

Timbalan Pengarah:
Mcswyzer Fernadez

Setiausaha :
Noor Azah bt Md Lasim

Timbalan Setiausaha :
Abg Mohd Sabirin bin Abg Muis

Bendahari :
Noramira binti Mohd Adzahar

Ahli Jawatankuasa :
Mohamad Dhiyaurrahman bin Zulkipli
Norsolehan binti Mahamud
Francesca Willy Majingin
Wan Hanisah binti Megat Hanif
Nur Ain binti Yaakub
Siti Nur Mastura
Syareza Azreen binti Samad
Nor Amalina Aliaa binti Zahri
Nur Azlinda bte Jainuri

You might also like