Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 22

5.

1 PENGENALAN
Pelaksanaan aktiviti di sekolah rendah atau sekolah menengah
bergantung pada minat, komitmen dan kesungguhan guru penasihat atau
jurulati serta pemantauan yang dilaksanakan oleh pentadbiran sesebuah
sekolah. Kalau persatuan mendapat guru penasihat atau juruhatih yang tidak
berminat dan tidak komited, aktiviti persatuan tidak dijalankan sepanjang
tahun. Persatuan yang mendapat guru yang inovatif, berminat dan komited
pula melaksanakan banyak aktiviti persatuannya sepanjang tahun.
Pelbagai aktiviti yang boleh dilaksanakan di sekolah rendah atau menengah
oleh persatuan. Aktiviti ini boleh dilaksanakan sama ada di dalam atau di luar
kawasan sekolah. Selain itu, aktiviti ini boleh diatur secara mingguan,
bulanan, semester/ penggal dan tahunan. Kebanyakan ekolah (rendah dan
menengah) dan institusi pengajian lain menetapkan suatu hari tertentu, sma
ada hari persekolahan atau hujung minggu, bagi melaksanakan aktiviti
kokurikulum yang telah dirancang dan ditetapkan dalam calendar aktiviti
untuk tahun berkenaan.
Persatuan dalam unit beruniform paling banyak boleh melaksanakan aktiviti
sama ada aktiviti berlandaskan skim lencana yang tersedia atau aktiviti
tambahan. Berikut ialah contoh aktiviti yang dilaksanakan oleh persatuan
yang berasaskan unit beruniform di sekolah rendah atau menengah.
Contoh Aktiviti Persatuan Beruniform di Sekolah Rendah
Unit

Skim Lencana

Aktiviti Sampingan

Pengakap Kanak-

Lencana Keahlian
Lencana Wajib
Lencara Keris Gangsa
Lencana Keris Perak
Lencana Keris Emas
Lencana-lencara

Pengembaraan
Pertandingan Kawad
Nyanyian/ Lakonan
Permainan Kim
Perkhemahan
Lawatan

kanak

Kepandaian

Tunas Puteri

Ujian Pelantikan
Kelas Dua
Tingkatan Tengah
Kelas Satu
Lencana-lencana

Pengembaraan
Pertandingan Kawad
Nyanyian/ Lakonan
Permainan Kim
Lawatan

Kepandaian
Puteri Islam

Susunan Pentadbiran
Pendidikan Islam
Kesihatan
Sains Rumah Tangga
Keluarga dan

Pengembaraan
Pertandingan Kawad
Nyanyian/Lakonan
Perkhemahan
Lawatan

Masyarakat
Aktiviti Luar
Rekreasi

Contoh Aktiviti Persatuan Beruniform di Sekolah Menengah


Unit

Skim Lencana

Aktiviti Sampingan

Pengakap Muda
(Tingkatan 1-3)

Lencana Keahlian
Lencana Usaha
Lencana Maju
Lencana Jaya
Lencana-lencana

Pengembaraan
Pertandingan Kawad
Nyanyian/ Lakonan
Permainan Kim
Perkhemahan
Lawatan
Pioneering
Minggu Kerja

Kepandaian
Tanda Rambu
Pengakap Remaja
(Tingkatan 4-5)

Keahlian
Lencana Jaya Diri
Lencana Kegiatan
Lencana Ekspedisi
Lencana Perkhidmatan
Lencana Kemahiran
Tanda Rambu
Pengakap Raja

Pengembaraan
Pertandingan Kawad
Nyanyian/Lakonan
Permainan Kim
Perkhemahan
Lawatan
Pioneering
Minggu Kerja

Tunas Puteri

Ujian Pelantikan
Kelas Dua
Tingkatan Tengah
Kelas Satu

Pengembaraan
Pertandingan Kawad
Nyanyian/ Lakonan
Permainan Kim

Puteri Islam

Puteri Bongsu
Puteri Tengah
Puteri Sulong

Pengembaraan
Pertandingan Kawad
Nyanyian/Lakonan
Nasyid

Aktiviti dalam bidang uskan dan permainan pula termasuklah latihan


mingguan, pesta liga, pesta tahunan dan sebagainya. Manakala, banyak
aktiviti boleh dilaksanakan dalam persatuan yang berasaskan bidang
persatuan dan kelab. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan termasuklah:
i. Kuiz
ii. Perbahasan
iii. Pameran
iv. Pertandingan berasaskan kritera tertentu
v. Seni lukis
vi.
Kesenian (contohnya, dikir barat, boria dan sebagainya)
vii. Ekspedisi
Terdapat pelbagai tujuan diadakan pertandingan dan aktiviti dalam persatuan
kokurikulum. Antaranya ialah:
i. Menentukan pencapaian seseorang pelajar dalam bidang yang
ii.
iii.

diceburi.
Memantapkan pengurusan jurulatih dan penasihat.
Pelajar sentiasa berusaha membaiki diri untuk memenangi sesuatu

iv.

pertandingan.
Menanamkan semangat yang positif dalam diri pelajar seperti kekitaan,
kerjasama, berani, disiplin diri yang tinggi, yakin diri, berani
menghadapi cabaran, bertolak ansur, sabar, dan tegas dalam diri

v.

pelajar.
Melatih pelajar membuat perancangan dan melaksanakan aktiviti

vi.

dengan teratur dan sistematik.


Memberi peluang kepada pelajar memperagakan bakat dan kebolehan

vii.

mereka.
Mengimbangkan tahap pencapaian antara aktiviti kurikulum (akademik)
dengan kokurikulum.

5.2
JENIS-JENIS AKTIVITI
Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh persatuan dalam
kokurikulum sama ada di peringkat sekolah rendah atau di peringkat
menengah. Antara aktiviti tersebut ialah:
i. Olahraga Tahunan
ii. Lawatan
iii. Perkhemahan
iv. Rekreasi
v. Seminar/ Forum/ Dialog/ Persidangan
vi.
Kawad
vii. Pesta kebudayaan
viii.
Pameran
3

5.2.1 Perkhemahan
Kini, hampir semua unit beruniform mengadakan perkhemahan. Aktivitiaktiviti yang dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah seperti program
motivasi, kursus-kursus dan perkhemahan tahunan unit beruniform semua
melibatkan aktiviti perkhemahan. Aktiviti perkhemahan ini sama ada
dilaksanakan 100% peserta tidur di dalam khemah atau di dalam calet atau
sebagainya.
Pada tahun 1907, pergerakan pengakap mula-mula mempelopori aktiviti
perkhemahan di Pulau Browsea, England. Perkhemahan dalam pengakap
lebih dikenali dengan panggilan jambori. Jombori ini diadakan sama ada di
peringkat daerah, negeri atau negara. Bahkan jambori ini diadakan sama ada
di peringkat serantau (contohnya Asia Pasifik).
5.2.1 Kejohanan Olahraga
Kebanyakan sekolah, sama ada sekolah rendah ataupun sekolah menengah
mengadakan kejohanan olahraga tahuanan. Kejohanan olahraga diadakan di
peringkat daerah, negeri dan Negara. Secara amnya, terdapat tiga kategori
permainan dipertandingkan dalam sesuatu kejohanan olahraga, iaitu:
i. Sukaneka
Terutama dilaksanakan di sekolah rendah bagi pelajar tahap 1. Aktiviti
yang dijalankan termasuklah lari dalam guni, bawa pundi kacang, peah
ii.

belon dan sebagainya.


Acara balapan
Permainannya adalah seperti 50 meter, 100 meter, 200 meter, 1000

iii.

meter, 4 x 50 meter, 4 x 200 meter, lompat berpagar dan sebagainya.


Acara padang
Permainannya termasuklah lontar cakera, merenjam lembing, lontar
tukul besi dan sebagainya.

5.2.3 Lawatan
Lawatan merupakan satu kaedh pembelajaran yang sangat berfaedah
kepada pelajar-pelajar. Ini adalah kerana pelajar dapat memperoleh ilmu
pengetahuan secara langsung dari lawatan. Lawatan boleh dijalankan ke
tempat-tempat seperti tempat bersejarah, tepi pantai, kilang perusahaan,
institusi pendidikan, air terjun dan sebagainya.
Sebelum membuat sesuatu lawatan, seseorang guru perlu mengikuti
beberapa prosedur seperti:
4

i.
ii.

Mendapat kebenaran guru besar dan pengetua sekolah.


Mengisi borang permohonan lawatan dan mengajukannya kepada

iii.

JPN.
Mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan di tempat yang bakal

iv.
v.
vi.

dilawat.
Menguruskan pengangkutan dan penginapan.
Mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa.
Mengadakan taklimat dan mengagihakan tugasan kepada peserta.

5.2.4

Rekreasi
Rekreasi merupakan aktiviti masa lapang yang membina, merehatkan fikiran

dan mencergaskan tubuh badan.

Menurut Mohd Salleh Aman (2004), rekreasi

sebagai aktiviti masa lapang yang membina (positif) sama ada bentuk riadah (aktif)
atau santai (pasif).
Rekreasi adalah aktiviti yang bertentangan dengan kerja.
dilakukan secara berkumpulan.

Ia biasanya

Aktiviti rekreasi boleh disusunatur dalam bentuk

pertandingan atau persembahan atau dalam bentuk tanpa dirancang.

Matlamat

rekreasi ialah untuk mencapai kesejahteraan diri, keluarga dan komuniti, maka ia
dilakukan demi penyertaan dan keseronokan.
Aktiviti rekreasi bukan semata-mata aktiviti fizikal seperti sukan bola sepak,
tenis dan seumpamanya. Ia tidak terikat kepada aktiviti luar yang berasaskan alam
sekitar sahaja. Ia meliputi aktiviti masa lapang yang pasif seperti jalan-jalan, makanmakan, menonton pertandingan sukan, persembahan nyanyian, wayang dan TV.
Selagi acara dan aktiviti-aktiviti masa lapang ini dilakukan atas pilihan sendiri,
membina diri, memiliki nilai-nilai positif maka ianya adalah aktiviti rekreasi.
Perbezaan antara rekreasi dengan leisure ialah rekreasi tidak melibatkan
aktiviti masa lapang yang membawa kesan negatif kepada diri, keluarga dan
masyarakat. Persatuan dan kelab di sekolah yang berteraskan rekreasi bertujuan:
(a) Menimbulkan rasa keseronokan dan kegembiraan di kalangan pelajar.
(b) Menghilangkan kebosanan, kepenatan fizikal dan mental akibat menumpukan
sepenuh perhatian kepada pelajaran akademik semata-mata.
(c) Mengisi masa lapang dengan aktiviti terarah yang berfaedah dan bermanfaat.
(d) Mengembangkan dan meningkatkan bakat, kebolehan, kepimpinan, perasaan
ingin tahu dan mencuba di kalangan pelajar.
5

(e) Mempereratkan tali persahabatan, kesefahaman dan perpaduan di kalangan


pelajar.
(f)

Satu cara menyampaikan pendidikan informal di kalangan pelajar dengan


melatih mereka supaya menjadi kuat, kental semangat dan sihat dari segi
fizikal, jasmani dan mental melalui aktiviti, seperti berperahu, berbasikal,
mengembara dan sebagainya.

(g) Melatih pelajar berdikari dan menceburkan diri dalam aktiviti yang berkaitan
dengan ekonomi, seperti berkebun, memelihara binatang, membuat kraf
tangan, lanskap dan seumpamanya.
(h) Mendalami ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tertentu, seperti
kemahiran dan pengetahuan mengenai memancing, alam sekitar dan
lanskap.

5.2.5

Seminar
Pada umumnya, seminar merupakan sebuah bentuk pengajaran akademik,

baik di sebuah universiti mahupun diberikan oleh suatu organisasi komersial atau
professional. Seminar adalah kurang formal.
Sebuah seminar biasanya memiliki fokus pada suatu topik yang khusus, di
mana mereka yang hadir dapat melibatkan diri secara aktif.

Seminar seringkali

dilaksanakan melalui sebuah dialog dengan seorang moderator seminar, atau


melalui sebuah persembahan hasil penelitian dalam bentuk yang lebih formal.
Biasanya, para peserta bukanlah seorang pemula dalam topik yang dibincangkan.
Seminar diadakan di universiti, kelas-kelas seminar biasanya disediakan bagi
memdekatkan mahasiswa kepada topik yang dibicarakan.

Di beberapa seminar

yang dilakukan terdapat juga sesi pertanyaan dan debat.

5.2.6

Forum
Forum ialah perjumpaan yang diadakan untuk perbincangan terbuka ataupun

perbahasan tentang perkara yang menjadi kepentingan awam.

Perbahasan ini

biasanya dilakukan dalam surat khabar atau dalam majalah mengenai sesuatu
perkara berpolemik berbahas dalam surat khabar atau dalam majalah.
6

Biasanya setiap ahli forum boleh menyampaikan pandangan masing-masing


tanpa mengambil kira berapa banyak pandangan mereka. Ini dapat mewujudkan
polemik yang sihat mengenai keilmuan atau isu semasa dan seterusnya memupuk
semangat polemik di kalangan cerdik pandai.
Forum adalah berkesan bagi mereka yang mempunyai tujuan komuniti,
perkumpulan, ataupun minat yang sama. Ahli forum bebas dalam pertukaran idea
bagi mempermudahkan proses pembelajaran.

5.3 PROSEDUR MENGENDALIKAN AKTIVITI


Perancangan dan pengendalian sesuatu program atau aktiviti sangan
penting untuk mencapai matlamat sesebuah persatuan.
Kejayaan sesuatu aktiviti bergantung pada perancangan, pelaksanaan dan
pengendalian aktiviti tersebut dilaksanakan. Perancangan aktiviti bermaksud
merancang, merangka, menyusun aktiviti dan menyelaras tugas yang telah
dirancang. Mengendalian aktiviti pula bermaksud mentadbir, mengurus dan
mengawal atau melaksanakan sesuatu aktiviti yang telah dirancang.
Sebelum aktiviti dilaksanakan, Jawatankuasa Kerja Persatuan harus
membuat perancangan untuk melaksanakan aktiviti. Tujuan mengadakan
perancangan aktiviti ini adalah supaya aktiviti yang dirancang lebih menarik,
bermanfaat dan mencapai matlamat penubuhan persatuan.
Antara langkah bagi merancang program dan aktiviti ialah :
1.
Menyediakan kerja kertas
2.
Mengadakan mesyuarat penyelarasan
3.
Tindakan susulan persiapan awal dan pengagihan
4.
5.

tugas
Mengadakan mesyuarat susulan
Mengendalikan semua surat-menyurat

5.3.1 Menyediakan kertas Kerja


Kertas kerja merupakan cadangan dan perancangan untuk melaksanakan
sesuatu aktiviti. Sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti, jawatakuasa yang
bertanggungjawab perlu menyediakan kertas kerja atau perancangan.
Perkara-perkara yang perlu dibincangkan dalam kertas kerja:
Pendahuluan
Objekif dan matlamat
Tema
7

Tarikh dan tempoh pelaksanaan


Tempat
Dif perasmian
Bilangan penyertaan dan kategori
Bayaran
Syarat-syarat penyertaan
Jawatankuasa Kerja
Jawatankuasa Kecil pelaksanaan
Perbelanjaan
Pendapatan
Penutup
Lampiran-lampiran

5.3.2 Mengendalikan semua surat-menyurat


Surat-menyurat amat penting bagi persatuan di sekolah dan di luar institusi
pendidikan dan kerap kali dilaksanakan. Seorang guru penasihat atau
jurulatih sesebuah persatuan sentiasa mengutus surat-surat rasmi kepada
pengetua/guru besar, persatuan induk, agensi-agensi sokongan/luar dan
sebagainya. Antara surat-menyurat yang dilaksanakan oleh persatuan
adalah seperti berikut:
Surat siaran
Surat kebenaran ibu bapa
Permit pihak tertentu :
Polis(perkhemahan,pengembaraan)
Jabatan Pengangkutan Jalan
Pesuruhjaya Daerah, Pegawai Penjaga (OC), Pengerusi
Daerah
Peraturan keselamatan

5.4

PERATURAN DAN LANGKAH-LANGKAH PENELOLAAN


Peraturan dan langkah-langkah pengelolaan adalah penting dalam

pelaksanaan sesuatu aktiviti kokurikulum. Oleh itu, urusetia atau pentadbir


atau jawatankuasa pengelola perlu memikirkan peraturan dan langkahlangkah sebelum pelaksanaan aktiviti bagi memastikan kejayaan aktiviti
tersebut.
Terdapt tiga peringkat dalam semua peraturan dan langkah
pengelolaan, iaitu:
8

i.
ii.
iii.

Sebelum aktiviti dilaksanakan.


Semasa aktiviti dilaksanakan.
Selepas aktiviti dilaksanakan.

5.3.1 Sebelum Aktiviti Dilaksanakan


Beberapa tindakan perlu dilaksanakan oleh urusetia atau jawatankuasa
pengelolaan sebelum sesuatu aktiviti itu dilaksanakan. Antaranya ialah:
a) Senarai semak berlandaskan aktiviti yang dilaksanakan, contohnya Sukan
Tahunan Sekolah.
b) Taklimat kepada peserta, contohnya dalam aktiviti perkhemahan:
i. Perkara yang perlu dibawa;
ii. Tingkah laku semasa aktiviti;
iii. Pakaian;
iv. Surat kebenaran ibu bapa;
v. Pengangkutan;
vi.
Masa berlepas dan dijangka tiba;
vii. Keadaan tempat berkhemah/ berkelah/ melawat dan sebagainya.
c) Menyenaraikan bidang tugas bagi setiap jawatankuasa, contohnya
perkhemahan unit beruniform sekolah.

Bil. Jawatankuasa
1
Komandan

Bidang Tugas
Menyelaras dan mengurus semua perkara yang

Kem

Setiausaha

berkaitan dengan perjalanan kursus, peserta

dan semua jawatankuasa yang terlibat.


Mengendalikan taklimat kepada peserta.
Mengurus semua urusan surat-menyurat dan
bertulis yang berkaitan dengan kursus dan
membantu Komandan Kem dalam urusan

Bendahari

Urusetia

berkaitan.
Menyiapkan buku program.
Mengurus kutipan bayaran peseerta.
Mengurus semua pembayaran dan perkara

yang terlibat dengan kewangan semasa kursus.


Memastikan perjalanan kursus berlangsung

dengan baik dan tepat pada masa.


Bertanggungjawab kepada Jawatankuasa

Kerja.
Menyebarkan maklumat kepada peserta seperti

peraturan pertandingan atau aktiviti.


Memastikan semua peralatan pertandingan
9

cukup.
Memastikan setiap pertandingan mempunnyai
hakim dan peserta mengikut setiap arahan

Displin dan

Keselamatan

pertandingan.
Menguruskan kebajikan peserta.
Memastikan keselamatan dan disiplin peserta
dalam keadaan baik sepanjang kursus,
contohnya semasa rehat, makan, solat, kuliah,

ceramah dan sebagainya.


Mengawal dan menyelia disiplin dan
keselamatan peserta, pegawai dan petugas

Serantau dan
Kain Rentang

sepanjang aktiviti.
Menghubungi pihai media massa.
Menyiapkan kain rentang, poster dan
sebagainya serta diletakkan di tempat yang

Aktiviti

sesuai sepanjang kursus berlangsung.


Menyelaras sidang akhbar (jika ada).
Menyelaras hebohan dan juruacara.
Menyelaras penerima hadiah atau cenderamata

dengan urusetia atau ketua hakim.


Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti

Kerohanian

Pendaftaran

kerohanian termasuklah solat, kuliah subuh dan

kuliah maghrib.
Membuat giliran imam dan bilal bagi setiap

solat.
Memastikan peserta bukan Islam mengamalkan

ajaran agama masing-masing.


Menguruskan pendaftaran peserta sebelum
bertolak dan memastikan jumlah peserta cukup

sepanjang kursus.
Menentukan tempat duduk atau berkumpul bagi
peserta dan pegawai semasa aktiviti

Hadiah,

dilaksanakan.
Menyedia, mengurus dan menyusun

Cenderahati

cenderahati, hadiah dan sijil yang berkaitan

dan Sijil

kepada jemputan dan peserta.


Menyedia dan mengurus meja hadiah, sijil dan

10

10

Makanan dan

cenderahati serta dulang dan alasnya.


Menyelaras dengan urusetia atau ketua hakim

keputusan bagi setiap pertandingan.


Mengurus makanan dan minuman peserta,

guru, jemputan sepanjang kursus.


Membuat tempahan makanan dan minuman

peserta dan jumputan sepanjang kursus.


Memastikan bekalan bahan mentah/memasak

sampai tepat pada masa yang sepatutnya.


Mengurus penginapan peserta, urusetia, hakim

dan jurulatih.
Bekerjasama dengan Jawatankuasa

Keselamatan sepanjang kursus.


Memastikan semua alatan siar raya berfungsi

minuman

11

12

Penginapan

Siar Raya

13

Lampu dan

dengan baik sepanjang kursus.


Memastikan dawai dan lampu dipasang dan

14
15

Electric
Fotografi
Jurulatih

berfungsi dengan baik sepanjang kursus.


Mengambil foto yang perlu sepanjang kursus.
Memastikan setiap peserta faham danberlatih

setiap acara yang dipertandingkan.


Melatih ahli-ahli pasukan dengan latihan yang

secukupnya.
Mengisi boring pertandingan.
Memastikan semua peserta hadir semasa

pertandingan.
Menentukan dan menyelaraskan syarat-syarat

Pasukan

16

Hakim

pertandingan dengan urusetia, jurulatih,

peserta/ketua peserta bagi setiap pertandingan.


Memastikan pengadil yang secukupny bagi

setiap aktiviti pertandingan.


Memastikan epngadil hadir tepat pada setiap

waktu pertandingan.
Menyediakan boring pemarkahan dan mengisi

boring markah bagi setiap pertandingan.


Menyerahkan keputusan pertandingan kepada
urusetia.

5.4.1.1

Senarai Semak
11

Senarai semak bagi sesuatu aktiviti sangat penting bagi menentukan tindakan
yang dijalankan mengikut perancangan. Dengan ini, pihak sekolah dan
jawatankuasa dapat mengesan masalah-masalah yang timbul dan tindakan
yang belum dilaksanakan. Seterusnya, mereka dapat mengambil langkahlangkah mengatasi dengan segera. Berikut adalah contoh senarai semak bagi
kursus kepimpinan.

Jawatan/Peranan

Tarikh

Tandakah () Catatan
jik telah
dilaksanaka
n

1.

Komandan Kem

Menyelaras dan mengurus


semua perkara yang
berkaitan dengan
perjalanan kursus, peserta
dan semua jawatankuasa

2.

yang terlibat.
Mengendalikan taklimat

kepada peserta.
Setiausaha

Mengurus semua urusan


surat-menyurat dan
bertulis yang berkaitan
dengan kursus dan
membantu Komandan
Kem dalam urusan

3.

berkaitan.
Menyiapkan buku

program.
Bendahari

Mengurus kutipan bayaran


peseerta.
12

Mengurus semua
pembayaran dan perkara
yang terlibat dengan

4.

kewangan semasa kursus.


Urusetia

Mesyuarat penyelarasan

pertama.
Mesyuarat penyelarasan

kedua.
Membuat surat pelantikan
pegawai/ jurulatih/

pengadil.
Memastikan perjalanan
pertandingan berlangsung
dengan lancer dan tepat

pada masanya.
Membuat jadual bertugas
bagi Jawatankuasa

Urusetia.
Membuka bilik gerakan/

urusetia.
Menyebarkan meklumat
kepada peserta seperti
peraturan pertandingan

atau aktiviti.
Menyenarai dan
menyediakan semua
keperluan peserta dan

hakim mencukupi.
Memastikan setiap
pertandingan mempunnyai
hakim dan peserta
mengikut setiap arahan

pertandingan.
Menguruskan kebajikan
peserta.
13

5.

Disiplin dan Keselamtan

Memberi taklimat kepada


peserta mengenai

peraturan perkhemahan.
Memberi taklimat kepada
peserta/ mengenai jadual
seperti semasa rehat,
makan, solat, kuliah,

ceramah dan sebagainya.


Mengadakan jadual
bertugas bagi
Jawatankuasa Kecil

6.

Disiplin dan Keselamatan.


Publisiti

Menghubungi pihak media

massa.
Menyiapkan kain rentang,

poster dan sebagainya.


Meletakkan kain rentang
di tempat yang sesuai
sepanjang kursus

berlangsung.
Menyelaras sidang akhbar

(jika ada).
Menyediakan jadual bagi
bertugas memberi

7.

hebohan dan juruacara.


Kerohanian

Mengenal pasti dan


melantik imam atau ketua

agama.
Merancang dan
melaksanakan semua
aktiviti kerohanian
termasuklah solat, kuliah
subuh dan kuliah maghrib.
14

Membuat giliran imam dan

bilal bagi setiap solat.


8. Pendaftaran

Mendapatkan nama setiap


pasukan daripada
jurulatih/ pengurus

peserta.
Mendaftarkan peserta
sebelum bertolak dan
memastikan jumlah
peserta cukup sepanjang

pertandingan.
Menentukan tempat duduk
atau berkumpul bagi
peserta dan pegawai
semasa aktiviti
pertandingan dijalankan.

9. Hadiah, Cenderahati dan Sijil

Mengenal pasti jumlah


hadiah, cenderahati dan

sijil.
Membuat tempahan
hadiah, cenderahati dan

sijil.
Mengambil hadiah,

cenderahati dan sijil.


Membungkus hadiah dan

cenderahati.
Menyedia dan
menguruskan meja
hadiah, sijil dan
cenderahati serta dulang

dan alasnya.
Mengurus dan menyusun
cenderahati, hadiah dan
15

sijil yang berkaitan


mengikut urutan penerima.
10. Makanan dan Minuman

Mengenal pasti menu

sepanjang perkhemahan.
Menempah bekalan
makanan secukupnya
berdasarkan keramaian

pelajar dan bajet.


Mengedarkan makanan
kepada semua peserta,

pegawai dan hakim.


Memasak makanan (jika

perlu).
11. Penginapan
Mengenal pasti tempat.
Membuat tempahan
penginapan sesuai
dengan bilangan peserta

dan pegawai.
Menentukan penginapan
peserta dan pegawai

mengikut jantina.
Mengawal selia
penginapan peserta dan

pegawai.
Menyerahkan kunci dan
sebagainya kepada

peserta dan pegawai.


12. Siar Raya
Menyediakan alat siar

raya.
Memasangkan alat siar

raya.
Memastikan semua alat
siar raya berfungsi dengan
16

baik sepanjang kursus.


13. Kemudahan Elektrik
Menyediakan dawai
elektrik dan lampu

secukupnya.
Memasangkan dawai dan

lampu.
Menyediakan tugas bagi
jawatankuasa sepanjang
pertandingan supaya
mengawasi elektrik agar

sentiasa berfungsi.
14. Fotografi
Mengambil foto sepanjang
kursus (jika perlu).
15. Jurulatih Pasukan
Melatih peserta
Memberi taklimat kepada
peserta mengenai
peraturan dan syarat

pertandingan.
Mengisi boring

pertandingan.
Memastikan semua
peserta hadir semasa

pertandingan.
Memberi sokongan moral

kepada peserta.
16. Hakim

Menentukan dan
menyelaraskan syaratsyarat pertandingan
dengan urusetia, jurulatih,
peserta/ketua peserta bagi

setiap pertandingan.
Memastikan pengadil yang
secukupny bagi setiap
17

aktiviti pertandingan.
Memastikan epngadil
hadir tepat pada setiap

waktu pertandingan.
Menyediakan boring
pemarkahan dan mengisi
boring markah bagi setiap

pertandingan.
Menyerahkan keputusan
pertandingan kepada
urusetia.

5.4.2 Semasa Aktiviti Dilaksanakan


Semasa pelaksanaan sesuatu aktiviti atau pertandingan, pihak urusetia
atau Komandan Kem berperanan penting dalam memastikan beberapa
langkah keselamatan. Antaranya ialah:
i. Memastikan tempat dan peralatan aktiviti/ pertandingan selamat
ii.

digunakan oleh peserta dan pegawai.


Memastikan pegawai/ pengadil/ hakim sentiasa berada di tempat

iii.
iv.
v.

pertandinga.
Mengedarkan boring pemarkahan kepada pengadil/ hakim.
Memastikan semua peserta melapor diri kepada pengurus peserta.
Menyediakan peralatan pertandingan, aktiviti yang secukupnya bagi

vi.
vii.

setiap acara atau aktiviti.


Mengawasi dan memantau pelaksanaan aktiviti atau pertandingan.
Memastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil bagi setiap

viii.

aktiviti/ pertandingan.
Memberi taklimat kepada peserta mengenai acara, syarat
pertandingan atau aktiviti dan langkah-langkah keselamatan yang perlu
diambil tindakan oleh setiap peserta.

5.4.3 Selepas Aktiviti Dilaksanakan


Selepas aktiviti dilaksanankan, penganjur atau urusetia atau Pengerusi
Jawatankuasa Pengelola perlu memastikan beberapa perkara diselesaikan.
Antara perkara-perkara yang perlu diselesaikan selepas sesuatu aktiviti
dilakasanakan ialah:
i. Membersihkan kawasan yang digunakan.
ii. Membayar semua bil dan pembelanjaan.
18

iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.

Memastikan barang-barang/ peralatan yang dibawa cukup.


Memastikan semua peralatan yang dipinjam dipulangkan.
Memastikan semua peralatan dan barang disimpan di tempat yang
asal.
Memastikan semua peralatan tidak tercicir di tempat aktiviti.
Menyampaikan hadiah, cenderahati dan sijil kepada peserta.
Membuat laporan aktiviti, penyertaan, kewangan dan laporan-laporan
lain yang difikirkan perlu.
Menghantar surat penghargaan kepada mereka yang member
sumbangan dan kerjasama seperti penceramah, jurulatih, penaja dan
sebagainya.

5.5

PENILAIAN DAN PELAPORAN


Selepas sesuatu aktiviti telah dilaksanakan, setiausaha jawatankuasa

memanggil mesyuarat post-mortem bagi membincangkan aktiviti yang baru


dijalankan. Melalui mesyuarat ini, maklum balas akan diberi oleh
jawatankuasa lain dan maklum balas tersebut akan digunakan sabagai
sempadan dan panduan begi melaksanakan aktiviti yang seterusnya. Menurut
Vasudevan (1987) menyatakan bahawa penilain bagi sesuatu aktiviti
pentadbiran yang telah diadakan adalah untuk:
a) memastikan sejauh mana objektif dan matlamat tercapai
b) memberi bukti tentang nilai dan sumbangan kepada aktiviti atau
program tersebut
c) mengetahui keberkesanan pelaksanaan dan tugas setiap
jawatankuasa
d) menentukan jumlah program atau aktiviti yang dijalankan
berbanding jumlah yang disarankan
e) menggalakan jawantakuasa menyesuai dan membaiki proses serta
langkah-langkah melaksanakan tugas
f) tentukan sama ada semua operasi dijalankan mengikut rancangan
yang telah diatur supaya dapat membaiki kelemahan dan kegiatan
yang tidak sempadan
g) menyemak pencapaian pentadbiran

19

Walau bagaimanapun, penilaian sesuatu program dan aktiviti boleh


dilaksanakan secara formal dan tidak formal. Penilaian secara formal
dijalankan dengan menggunakan pengedaran borang soal selidik yang telah
disediakan kepada para peserta yang terlibat untuk mendapat maklum balas.
Manakala bagi penilaian secara tidak formal pula boleh dilakukan dengan
perbuatan yang tidak distruktur dan tidak dirancang sama ada dilakukan
semasa (penilaian) atau selepas tugas (penilaian).

5.5.1 Mesyuarat Post-mortem


Setiap jawatankuasa kecil perlu mengadakan mesyuarat bagi
membincangkan isu yang berkaitan dengan peranan dan tugas jawatankuasa
mereka. Kadang-kala meraka juga boleh mengadakan mesyuarat ini secara
tidak formal apabila diperlukan. Akan tetapi, mesyuarat ini hanyalah
melibatkan aktiviti-akiviti persatuan kecil.
Melalui mesyuarat Post-mortem, perkara yang biasanya akan disentuh
adalah tenggungjawab jawantankuasa kecil tersebut dapat dilaksanakan
dengan lebih licin dan lancar. Tambahan pula, jawatankuasa kecil ini juga
boleh membincangkan perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti,
masalah yang dihadapi, cara penyelesaian masalah, pendapat umum dan
beberapa isu lain yang berkaitan dengan aktiviti yang telah dilaksanakan.
Selepas, mesyuarat Post-mortem ini diadakan, keputusan mesyuarat dan
laporan yang bertulis perlu dihantar kepada setiausaha untuk laporan
keseluruhan aktiviti.
Selain daripada itu, setiausaha boleh memanggil semua jawatankuasa
untuk bermesyuarat Post-mortem serentak bagi membincangkan pekarapekara seperti masalah yang dihadapi semasa pelaksanaan aktiviti dan
pencapaian objektif bagi aktiviti yang telah diadakan untuk menambahbaikkan
pelaksanaan aktiviti yang sama pada masa yang akan datang. Pada masa
yang sama, setiausaha akan mencatat pandangan, kritikan, cadangan dan
sebagainya daripada jawantankuasa yang hadir mengenai aktivit yang telah
diadakan. Selapas itu, setiausaha akan membuat laporan aktiviti untuk
dibentang dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Persatuan.
Namum, didapati bahawa terdapat sesetengah sekolah rendah atau
sekolah menengah jarang mangadakan mesyuarat Post-mortem selepas
20

aktiviti dan ini merupakan salah satu amalan yang tidak patut dipraktikkan
oleh persatuan. Jadi, untuk mempertingkatkan lagi prestasi pelaksanaan
aktiviti menjadi lebih berkesan dan efektif, mesyuarat Post-mortem haruslah
diadakan supaya pandangan daripada ahli dapat diketengahkan. Dengan ini,
kekurangan semasa pelaksanaan aktiviti dapat diatasi dan diambil secara
tepat; dan pada masa yang sama juga kekuatan aktiviti tersebut akan
diteruskan untuk aktiviti yang akan dilaksanakan pada masa yang akan
datang.
5.5.2 Menyediakan Laporan Aktiviti
Apabila mendapat maklum balas sama ada secara formal atau tidak formal
mengenai pelaksanaan aktiviti, pengerusi, setiausaha atau setiap
jawatankuasa kecil perlu membuat laporan bertulis kepada setiuasaha.
Seterusnya setiuasaha perlu membuat laporan keseluruhan yang telah
dilaksanakan. Antara kandungan yang perlu wujud dalam laporan yang
disediakan termasuklah:
a) Pendahuluan
b) Tarikh dan masa
c) Tempat
d) Bilangan penyertaan (peserta/jurulatih/pengawai)
e) Tetamu yang hadir (VIP)
f) Tetamu yang merasmikan (VVIP)
g) Jawatankuasa kerja dan Jawatankuasa Kecil

21

22

You might also like