Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Multimedia adalah satu alat yang telekomunikasi yang amat penting

dalam abad ini terutama dalam fungsinya sebagai alat interaksi kepada
orang ramai. Multimedia amat penting dalam bidang pendidikan pada
abad globalisasi kini, terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran
bagi menarik minat dan menimbulkan minat pengajaran guru serta minat
pembelajaran pelajar untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang
effektif dan affetik. Terdapat lima jenis multimedia yang boleh digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa kini.
1. Bunyi, Suara dan Muzik
Unsur bunyi adalah antara aspek yang boleh menggambarkan keinteraktifan
sesebuah media mengajar. Kajian yang dijalankan oleh Wan Noraini
mengenai integrasi multimedia dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Daripada analisis yang dijalankan oleh beliau mandapati
bahawa menyelitkan unsur bunyi-bunyian, suara dan muzik. Dalam kajian
beliau, kesemua unsur ini adalah suatu yang dapat merangsang minda dan
perkembangan murid dalam mempelajari sesuatu. Dalam pada itu, 24%
daripada keseluruhan respondan yang dikaji juga menyatakan bahawa
mereka tahu merakan suara menerusi penggunaan komputer dan cakera
padat. Dalam erti kata yang lain, kepentingan ketiga-tiga unsur ini iaitu
bunyi, suara dan muzik adalah antara aspek penting dalam membentuk
sebuah cakera padat interaktif yang dapat membantu pelajar dalam
meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mereka terhadap sesuatu ilmu
pembelajaran.
Kesan audio atau bunyi merupakan salah satu daya penarik yang berkesan
untuk menarik perhatian pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran
bilik darjah. Audio dalam sistem multimedia adalah seperti rakaman suara,
suara latar, muzik, kesan khas audio dan sebagainya. Dengan menggunakan
media ini memudahkan proses pembelajaran dan pelajar lebih memberi
perhatian terhadap pembelajaran. Malah media ini akan lebih memberi kesan
mantap selain dapat memberi motivasi dan rangsangan kepada pelajar untuk
lebih

memberi

tumpuan

ketika

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

berlangsung. Pelajar juga tidak akan berasa bosan dengan kepelbagaian BBM
(bahan bantu mengajar) yang digunakan dalam bilik darjah.

2. Video
Untuk menjadikan sesebuah CD pembelajaran interaktif itu menjadi lebih
menarik dan menghiburkan, unsur video juga sepatutnya dimuatkan dalam
sistem pembelajaran interaktif tersebut. Video adalah tayangan yang
dirakam

daripada

satu

situasi

sebenar

dan

dimuatkan

dalam

CD

pembelajaran sebagai suatu perkara yang boleh membawa pelajar kepada


alam realiti kehidupan. Walaupun pelajar sedang belajar, namun sesuatu
video yang dimuatkan dalam sesuatu CD pembelajaran akan memberikan
motivasi kepada untuk mengikuti atau mencontohi nilai-nilai moral yang
terdapat

dalam

video

tersebut.

Video adalah elemen multimedia yang bersifat dinamik dan lebih realistik
berbanding elemen-elemen yang lain. Media ini adalah gabungan daripada
pelbagai elemen-elemen lain seperti teks, grafik, audio dan lain-lain dalam
satu medium. Video juga memudahkan penggunakan terutama guru untuk
menyampai

maklumat

pembelajaran

dengan

lebih

berkesan

dan

menyeronokkan. Dengan cara ini akan lebih merangsang pelajar untuk lebih
berminat terhadap sesuatu subjek yang diajar pada ketika itu. Video bukan
sahaja memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
malah dapat mempengaruhi emosi dan perasaan pelajar dengan lebih
berkesan dan berkemungkinan dapat meninggalkan kesan mendalam dalam
hati pelajar.

3. Animasi
Animasi bermaksud papan visual yang bersifat dinamik. Ia juga merupakan
satu proses untuk menjadikan sesuatu objek supaya kelihatan hidup atau
memberi gambaran yang bergerak, yang pada asalnya objek tersebut adalah

bersifat statik. Animasi merupakan elemen multimedia yang diminati ramai


serta mendapat perhatian ramai terutama kepada industri kartun, kerana ia
elemen ini dapat menzahirkan fantasi manusia ke alam realiti. Akan tetapi
bagi proses pengajaran dan pembelajaran elemen ini juga memainkan
peranan yang penting bagi guru untuk menyampaikan maklumat kepada
pelajar. Pengaplikasian media ini akan akan lebih memberi kefahaman kepada
pelajar untuk memahami maksud yang ingin guru sampaikan. Contoh guru
mengajar tentang jenis-jenis haiwan dan habitat haiwan. Pelajar akan mudah
faham dan ingat jika guru menunjukkan animasi haiwan tersebut.

4. Kamus Media Elektronik.


Kamus multimedia elektronik adalah salah satu contoh bagaimana multimedia
dapat digunakan untk proses pengajaran dan pembelajaran. Berbeza dengan
kamus biasa, kamus multimedia elektronik memaparkan makna sesuatu
perkataan atau istilah yang dikehendaki dengan menggunakan pelbagai
media sokongan sebagai tambahan penerangan yang diberikan menerusi
penggunaan teks. Manakala menerusi penggunaan media seperti audio,
video, grafik dan animasi misalnya menyebabkan penerangan sesuatu
perkataan dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan.
5. Eksperimen atau Ujikaji
Penggunaan media seperti video dan animasi apabila mempersembahkan
proses ujikaji atau eksperimen membolehkan pelajar mudah memahami dan
dapat mengapliaksikan teori tersebut dengan berkesan dan betul. Contoh
pembelajaran tayammum, guru hanya menayang video atau animasi
berkaitan cara-cara bertayammum yang betul. Cara ini bukan sahaja
menjimatkan masa malah dapat menjimatkan kos. Seterusnya guru hanya
akan menyuruh pelajar mendemontrasikan proses tayammum hanya dalam
kelas sahaja tanpa perlu mencari tempat yang lain.

6. Bahan Sejarah
Bahan sejarah juga akan lebih mudah dan menarik minat pelajar jika
menggunakan pengaplikasian multimedia. Dengan bantuan multimedia proses
pengajaran dan pembelajaran sejarah yang selama ini merupakan subjek
yang membosan bagi kebanyakan pelajar akan bertukar menjadi
pembelajaran yang menyeronokkan. Hal ini adalah kerana bahan-bahan
sejarah boleh direka bentuk bagi menghasilkan persembahan lebih hidup
dengan menggabungkan konsep gambar sebenar, animasi 3D dan sebagainya
atau guru terus menggunakan video klip yang berkaitan dengan pembelajaran
sejarah tersebut. Oleh itu pelajar tidak akan berasa bosan dengan
pembelajaran yang hanya menggunakan buku teks sebagai media
pembelajaran. Cara ini juga, dapat memberikan gambaran yang lebih jelas
tentang suasana sesuatu sejarah itu berlaku, ini secara tidak langsung
membolehkan setiap pelajar meletakkan diri mereka dalam keadaan atau
situasi yang dapat memudahkan mereka memahami perkara yang sudah lama
berlaku.

You might also like