Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SENI ANYAMAN

Pengenalan
Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan
masyarakat Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau
menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu
rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh
dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa bahan
tumbuhan lain yang dikeringkan.
Definisi Anyaman

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuhtumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahanbahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan,
mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan
lembut.

anyaman dimensi baru

Sejarah dan Perkembangan

Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar.
Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni
tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan
tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan
asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun
dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman
pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman
digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil Tikar Raja yang diperbuat
daripada pohon bemban.
Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di
peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh,
Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain
yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor,
Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

bilah rotan
Jenis-jenis Anyaman

1. Anyaman Mengkuang - Daun mengkuang -Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan
lain-lain
2. Anyaman pandan - Daun pandan duri -Tikar sembahyang, hiasan dinding,
3. Anyaman Buluh - Jenis-jenis buluh yang sesuai - Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg
dan lain-lain
4. Anyaman Rotan - Rotan yang telah diproses -Bakul, bekas pakaian, tempat buaian
anak dan lain-lain
5. Anyaman Lidi - Lidi kelapa-Lekar, bekas buah, bekas telor.
6. Anyaman ribu-ribu-Paku pakis ribu-ribu.-Tempat tembakau, bekas sirih terbus,
bakul, bekas seba guna dan lain-lain.
Tokoh Anyaman Pandan dan Mengkuang
Puan Aminah binti Ali
Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul
Iman, iaitu tempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah
merupakan tokoh kraf anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan
Malaysia. Pada tahun 1982 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan
Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium Negara. Hingga kini beliau masih
aktif sebagai seorang ahli kraftangan anyaman.
Lain-lain tokoh yang telah mencipta motif anyaman:
i. Cik Siah bt Jumaat berasal dari negeri Terengganu mencipta kelarai Sambas

ii Hajah Asiah bt. Salleh dari negeri Terengganu mencipta kelarai Tapak harimau
iii Hajah Semek dari negeri Terengganu mencipta kelarai Mak Mek
iv. Esah bt Said dari negeri Kelantan mencipta kerai Sisik Kelah.
v. Dayang Aisah bt. Awang Husin dari negeri Sabah mencipta kelarai bunga

You might also like