Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Beza maksud kaum dan bangsa

Dalam media arus perdana kita selalu baca atau dengar isu-isu berkaitan nasib
kaum Melayu dan masa depan bangsa Melayu. Terutamanya kenyataan yang keluar
dari ahli politik untuk meraih undi.

Apa perbezaan di antara kaum dan bangsa?

Sebenarnya penggunaan dua perkataan ini sudah bercampur aduk dan tersasar
daripada definisi asal. Kalau dalam fizik, "laju" dan "halaju" adalah dua terma yang
mempunyai definisi berbeza walaupun kedua-duanya berkaitan objek yang
bergerak.

Bangsa

Bangsa, merujuk kepada "kumpulan manusia yang sama asal-usulnya atau sifatsifatnya". Contoh: bangsa Arab di seluruh tanah Arab, bangsa Melayu di seluruh
tanah Melayu meliputi Kemboja, Thailand, Indonesia, Malaysia, Brunei, Filipina.

Atau, bangsa boleh juga bermaksud "kumpulan manusia yang menjadi rakyat
sebuah negara", contoh: bangsa Indonesia, bangsa Malaysia, bangsa Amerika.

Bayangkan: sekeping tanah berbentuk segiempat, dalamnya ada titik-titik (orang).


Bangsa = manusia yang menghuni suatu kawasan.

Kaum

Kaum merujuk kepada "salah satu golongan manusia yang menjadi sebahagian
kepada suatu bangsa", atau dalam perkataan lain: "salah satu komponen yang

membentuk satu bangsa", atau kadangkala "kaum" dikenali juga sebagai "suku
bangsa".

Kaum = suku kepada suatu bangsa.

Contoh: kaum India dalam bangsa Malaysia, kaum Cina dalam bangsa Malaysia,
kaum Melayu dalam bangsa Malaysia, kaum Jawa dalam bangsa Indonesia, kaum
negro dalam bangsa Amerika.

Bayangkan: satu couple bermata sepet, kemudian bila beranak, anaknya pun mata
sepet. Atau satu family kulit coklat, anak-anaknya kulit coklat. Itulah kaum. Manusia
yang berketurunan / genetik dan mewarisi adat tradisi.

Kabur tentang kaum dan bangsa

Apabila ada ahli politik yang bercakap contohnya tentang isu hak istimewa Melayu,
ia sebenarnya merujuk kepada salah satu "kaum" dalam negara Malaysia, bukannya
bangsa.

Dalam satu kawasan bersempadan atau dipanggil negara yang bernama Malaysia,
rakyat yang menduduki tanahnya dipanggil "bangsa Malaysia". Bangsa Malaysia
terdiri daripada antaranya kaum Melayu, kaum Cina, kaum India dan lain-lain kaum.

Bahasa rasmi yang ditetapkan untuk bangsa Malaysia dan termaktub dalam
perlembagaan negara ialah bahasa Melayu. Oleh itu semua kaum Melayu, Cina,
India dan lain-lain, sebagai bangsa Malaysia seharusnya boleh berbahasa Melayu
dengan baik sebagai identiti kebangsaan mereka.

Cuba lihat bagaimana Indonesia didik bangsa mereka menggunakan satu bahasa,
iaitu bahasa Indonesia. Tak kira samada kaum Melayu, kaum Cina dan sebagainya,
mesti boleh berbahasa Indonesia dengan fasih.

Hakikatnya, Indonesia lebih faham definisi bangsa Indonesia dan penggunaan satu
bahasa, iaitu bahasa Indonesia sebagai identiti bangsa.

Di Malaysia, ada yang tidak boleh bertutur bahasa Melayu walaupun negara sudah
50 tahun merdeka. Negara yang kabur dan tidak jelas tentang identiti bangsa, tidak
akan mencapai status maju.

Perjuangan bangsa atau kaum?

Kalau betullah ada pihak yang mahu memperjuangkan masa depan bangsa Melayu,
maka perjuangan itu mesti meliputi semua orang Melayu yang berada di Kemboja,
Thailand, Indonesia, Malaysia, Brunei, Filipina dan tempat-tempat lain. Barulah ia
dikira sebagai "perjuangan bangsa Melayu".

Tapi perjuangan bangsa tak ada kaitan dengan hak istimewa atau artikel 153.
Perjuangan hak istimewa dalam artikel 153 adalah perjuangan survival "kaum
Melayu di negara Malaysia".

"Perjuangan bangsa" sebenarnya mesti bermula dengan pendidikan, bukan hak


istimewa.

Keyword: Pendidikan

Hint: Orang lapar (= miskin) kalau diberi ikan (= subsidi) akan habis, sepatutnya
diajar cara menangkap ikan (= proper education).

Sekian, penjelasan serba ringkas tentang perbezaan kaum dan bangsa, sama-sama
kita ambil pelajaran semoga tindakan kita tak dipengaruhi oleh sentimen dan
prasangka semata.

You might also like