Laporan Unit Kesihatan 2012

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN UNIT KESIHATAN

SMJK DINDINGS 2012


Unit kesihatan adalah dibawah seliaan bahagian HEM dan terdiri daripada salah
satu unit dalam program 3K. Antara perkhidmatan yang dikendalikan oleh unit
kesihatan adalah:

Memberi info dan menguruskan pemberian suntikan HPV kepada pelajar


perempuan tingkatan satu sahaja dan suntikan ATT( Anti Tetanus Toxoid)
kepada semua pelajar Tingkatan tiga. Termasuklah menguruskan tempat
pemberian suntikan dan borang-borang yang perlu dilengkapkan. Dewan
atau kelas digunakan sebagai bilik suntikan kerana sekolah tidak mempunyai
kemudahan bilik sakit. Suntikan HPV adalah suntikan untuk mengelakkan
kanser servik bagi kaum wanita. Suntikan ini mempunyai tiga dos dimana dos
kedua akan diberikan pada bulan berikutnya dan dos terakhir ialah selepas
enam bulan daripada dos kedua. Suntikan telah diberikan oleh jururawat dari
Pusat Kesihatan Sitiawan pada tarikh berikut:
o Dos 1 15/2/2012 16/2/2012
o Dos 2 19/3/2012
o Dos 3 13/9/2012 14/9/2012
Manakala suntikan ATT adalah suntikan untuk mengelakkan kancing gigi yang
disebabkan oleh virus dan pemberian suntikan adalah pada tarikh berikut:
o Suntikan ATT 7/5/2012
Selain suntikan ATT pelajar juga diberikan pemeriksaan kesihatan dan juga
mata.
Menguruskan borang-borang yang perlu dilengkapkan untuk pemeriksaan
gigi. Lokasi pemeriksaan adalah bertempat di makmal fizik/kimia kerana
sekolah tiada kemudahan Klinik Gigi Khas. Jururawat adalah dari Pusat
Kesihatan Sitiawan dan pemeriksaan adalah sepanjang tahun.
Memastikan tidak ada tempat pembiakan nyamuk aedes sekitar sekolah dan
menghantar laporan ke Unit Vektor Sitiawan setiap bulan. Antara langkahlangkah pencegahan ialah membersihkan sampah sarap yang menyebabkan
air bertakung dan meletakkan abate ke dalam pam tandas semasa cuti
sekolah. Poster-poster mengenai pembiakan nyamuk aedes telah ditampal di
sekitar kawasan sekolah untuk memberikan info kepada pelajar. Sekiranya
pemeriksaan dijalankan oleh bahagian Unit Vektor dan menjumpai jentikjentik maka sekolah akan didenda sebanyak RM500.
Memberi info dan mengedarkan borang-borang ujian darah untuk saringan
pembawa Thalassemia bagi pelajar 16 hingga 17 tahun. Thalassemia adalah
penyakit darah yang menyebabkan terjadinya anemia dan diwarisi daripada
ibu bapa. Ujian saringan adalah secara sukarela dan boleh di buat di Pusat
Kesihatan berhampiran tempat masing-masing.
Disediakan Oleh;

Disahkan Oleh:

..
(Rafidah Mohamed Kharoni)

Guru Kesihatan SMJK Dindings

(Doong Nguk Choo)


PK HEM SMJK Dindings

You might also like