Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN


PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG )

TT00503
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN

TUGASAN INDIVIDU
JSU

NAMA PENSYARAH : DR. MUHAMMAD SUHAIMI TAAT

NAMA PELAJAR
1.

SITI JUBAIDAH
MADJABIL

NO. MATRIK
BINTI

CT12110140

1. PENDAHULUAN
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan satu blue print yang dapat membantu guruguru menyediakan soalan-soalan ujian mengikut kriteria-kriteria yang ditentukan untuk
menyediakan satu ujian yang mempunyai keutuhan dan kesahan yang tinggi. Oleh itu, setiap
ujian yang disediakan oleh guru memerlukan perancangan yang rapi.
JSU mengenal pasti objektif dan kemahiran yang akan diuji dan pemberatan yang akan
diberikan kepada setiap kemahiran. JSU juga memberi gambaran tentang jumlah soalan serta
aras kemahiran dalam satu ujian. Justeru itu, guru-guru perlu mereka sebuah JSU sebelum
membina item-item soalan dalam sebuah ujian.
JSU biasanya mengandungi bilangan soalan yang mengikut aras kesukaran soalan
berdasarkan Taksonomi Bloom iaitu aras pengetahuan, kefahaman,aplikasi, analisis, sintesis
dan penilaian yang akan diuji.

2. PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN(JSU).


JSU menyenaraikan aras-aras kemahiran yang akan diuji dalam sebuah ujian iaitu sama ada
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Taksonomi Bloom ialah
satu panduan yang diguna dalam JSU dimana guru-guru mengarahkan soalan-soalan kepada
murid-murid mengikut penyoalan aras rendah kepada penyoalan aras tinggi. Kesemua tahap
perlu diberi penekanan. Dengan itu, guru seharusnya memberi ruang supaya terdapat soalan
untuk setiap tahap.
Pembinaannya juga sangat bergantung pada isi pelajaran. Sesetengah tajuk mempunyai lebih
banyak isi daripada tajuk lain. Oleh itu, lebih banyak butiran perlu disediakan untuk tajuk
tersebut. Rasionalnya ialah perwakilan isi penting untuk meningkatkan kesahan penilaian.
JSU seharusnya mengandungi data yang berikut, iaitu jumlah soalan bagi setiap kandungan,
tahap kemahiran dan jenis soalan.

Rajah 2.1 :Peringkat-Peringkat Taksonomi Bloom


Secara umumnya, enam aras ini boleh digunakan untuk membina dua set item ujian : item
aras rendah (menguji pengetahuan, kefahaman dan aplikasi) dan item beraras tinggi (menguji
analisis, sintesis dan penilaian). Adalah penting mengambil perhatian bahawa item beraras
tinggi bukanlah item sukar. Sebenarnya, item beraras tinggi berkehendakkan calon
menggunakan kemahiran berfikir yang lebih kompleks atau beraras tinggi berbanding dengan
item beraras rendah. Aras item atau kemahiran yang dipilih akan diuji harus padan dengan
objektif ujian dan perkembangan kognitif pelajar. Walaubagaimana pun, item-item yang
menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi digalakkan.

3. TUJUAN UJIAN
3

Ujian ialah satu kaedah atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh maklumat secara
sistematik berkaitan sifat atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau
psikologi (Mokhtar Ismail, 1995).
Ujian juga bertujuan mengesan penguasaan, kemajuan dan pencapaian pelajar tentang
sesuatu bidang pelajaran. Ujian adalah penting untuk menentukan kejayaan dan kegagalan
pelajar dalam sesuatu peperiksaan. Selain itu, ia juga berfungsi untuk menempatkan pelajar
dalam kumpulan pelajar tertentu dan juga mengenal pasti kelemahan-kelemahan mereka.
Berdasarkan ujian berbentuk soalan objektif dan subjektif yang telah disediakan berpandukan
sukatan pelajaran ialah bertujuan supaya pelajar dapat menguasai objektif atau hasil
pembelajaran dan menguasai tajuk pelajaran dalam sesuatu mata pelajaran yang telah diajar.

3.1 Ujian Objektif dan Ujian Subjektif


Di dalam sekolah, pelbagai jenis ujian digunakan untuk membuat penilaian, sama ada
penilaian formatif atau sumatif. Terdapat beberapa jenis ujian yang biasa digunakan dalam
sekolah.
Salah satunya ialah ujian objektif yang merupakan ujian kertas-pensel. Ujian ini disediakan
dalam dua bentuk ,iaitu item respons bebas yang memerlukan jawapan ringkas dan item
respons tetap yang memerlukan pelajar memilih jawapan daripada gerak balas yang diberi.
Ujian ini menguji kefahaman dan kebolehan calon tentang aspek pelajaran formal. Ianya
mempunyai ciri keesahan, kebolehpercayaan dan keobjektifan yang tinggi serta boleh
menguji banyak topik secara meluas. Pemeriksaan ujian ini mudah diperiksa tetapi sukar
dibina. Soalan ini berbentuk soalan lengkapan betul/ salah, padanan, pengkelasan dan aneka
pilihan.
Bagi ujian subjektif pula, terdiri daripada soalan yang memerlukan pelajar memberikan
jawapan berbentuk ayat atau esei. Ianya menguji kemahiran pelajar menggunakan bahasa
untuk menyusun idea atau fakta. Ujian ini mempunyai ciri kemudahtadbiran yang tinggi dan
boleh menguji topik secara terhad. Pemeriksaan soalan ini sukar diperiksa tetapi mudah
dibina . Soalan ini berbentuk lengkapan, berstruktur, berpandu dan pernyataan.

4. LANGKAH PEMBINAAN ITEM/UJIAN.


4

Terdapat lima langkah am pembinaan item ujian iaitu:


i. Menyediakan Jadual Penentuan Ujian (JPU) dengan mengkaji sukatan pelajaran,
menganalisis objektif pengajaran, menentukan jenis dan bilangan soalan. Penyediaan JPU
bertujuan supaya item-item ujian yang dibina mewakili keseluruhan kandungan pelajaran
mengikut domain dan peringkat objektif pengajaran.
ii. Menulis item ujian dengan memilih jenis item seperti item beraneka pilihan, item mengisi
tempat kosong, item berjawapan pendek dan sebagainya.
iii. Menyemak item ujian supaya arahan menjawab soalan dan setiap soalan adalah tepat
dengan bahasa yang mudah difahami, soalan mencukupi dan seimbang dari segi kandungan
serta objektif pengajaran , soalan tidak mengandungi petanda kepada jawapan yang
dikehendaki.
iv. Menilai item ujian dengan semakan oleh

pembinanya dan dinilai oleh pakar mata

pelajaran supaya item-item tersebut mudah difahami, mengandungi maklumat yang cukup,
v. Jawapan yang diberikan oleh penulis mengikut kehendak soalan dan boleh dijawab dalam
masa yang diperuntukkan.

4. i) JADUAL PENENTUAN UJIAN (SOALAN OBJEKTIF)

MATA PELAJARAN SEJARAH TINGKATAN 1


SMK SEPAGAYA, LAHAD DATU.
TEMA
Zaman
Kesultanan
Melayu
Melaka
TAJUK
Bab 4:
Pengasasan
Kesultanan
Melayu
Melaka

ARAS KESUKARAN

PENGETAHUAN

4.1 Pengasas
Kesultanan
Melayu Melaka
4.2 Asal-usul
Nama Melaka
4.3 Kegigihan
Parameswara
Membina atau
Membangunkan
Melaka

Bil Aras Mudah

Bil Aras
Pertengahan
Bil Aras Sukar
Jumlah Soalan
Bl Peratus

KEFAHAMAN

APLIKASI

ANALISIS

PENILAIAN

S M

1
1

2
1

SINTESIS

13. 6.7
3

2
1

6.7 6.7

13.
3

13.
3

6.7

6.7

13.
3

6.7

6.7

ii) JADUAL PENENTUAN UJIAN (SOALAN SUBJEKTIF)


MATA PELAJARAN SEJARAH TINGKATAN 1
SMK SEPAGAYA, LAHAD DATU

TEMA
Zaman Kesultanan Melayu
Melaka
TAJUK
Bab 4: Pengasasan
Kesultanan Melayu Melaka

ARAS KESUKARAN
PENGETA
-HUAN

4.1 Pengasas Kesultanan


1
Melayu Melaka
4.2 Asal-usul Nama Melaka
4.3 Kegigihan
Parameswara
Membangunkan atau
Membina Melaka
Bil Aras Mudah
1
Bil Aras Pertengahan
Bil Aras Sukar
Jumlah Soalan
1
Bil Peratus(%)
20

KEFAHAMAN

APLIKASI

ANALISIS

SINTESIS/
PENILAIAN

1
1

1
4

1
20

1
20

1
20

1
20

5
100%

Aras item yang dibina adalah merujuk kepada Taksonomi Bloom (1956). Bagi ujian ini, saya
telah membina Jadual Penentuan Ujian yang terdiri daripada 6 aras kognitif seperti berikut

Pengetahuan

Kefahaman

Aplikasi

Analisis

Sintesis/Penilaian

BIL
SOALAN

5.SPESIFIKASI ITEM
Bagi menyediakan

tugasan ini, saya telah menyenaraikan sebanyak 20 soalan untuk

perincian item iaitu item aras mudah, item aras pertengahan dan item aras sukar bagi
soalan objektif dan soalan subjektif.
i) Soalan Objektif
1.Nombor Item

Tajuk

: Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

Sub tajuk:

: i.Kedatangan Parameswara

Objektif Soalan

: Memerihalkan peristiwa pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

Aras soalan

: Mudah

Item No 1

: 1.Maklumat berikut berkaitan dengan pengikut Parameswara.


Mereka merupakan pengikut setia
Parameswara dan telah bersama-sama
membangunkan Melaka

Siapakah mereka dalam maklumat tersebut?


A Orang Siam
B Orang Laut
C Orang Majapahit
D Orang Sumatera
Aras : Pengetahuan,H.P-1.3 (Aras 1(i))
2. Nombor Item

:2

Tajuk

: Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

Subtajuk

: i. Kedatangan Parameswara

Objektif

: Menceritakan asal usul nama Melaka

Aras soalan

: Pertengahan

Item No.2

: Apakah nilai yang dapat dikaitkan dengan kewujudan pokok


bakau dan pokok api-api?
A Ketabahan
B Keberanian
C Kesyukuran
D Kebanggaan
(Aras : Kefahaman, H.P-1.3 (Aras 1(i) )

3.Nombor Item

:3

Taju

: Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

Subtajuk

: i. Kedatangan Parameswara

Objektif

: Menceritakan asal usul nama Melaka

Aras soalan

: Pertengahan

Item No. 3

: Bagaimanakah keadaan Melaka semasa Parameswara dan pengikutpengikutnya tiba di sana?


A Pelabuhan entrepot
B Kerajaan yang kuat
C Perkampungan nelayan
D Kerajaan naungan Siam
(Aras : Kefahaman, H.P-1.3 (Aras 1(i) )

Tajuk

: Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

Subtajuk

: i.Kedatangan Parameswara

Objektif

: Memerihalkan peristiwa pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

Aras soalan

: Pertengahan

Item No. 4

: Bagaimanakah Parameswara dapat menguasai Temasik?


A Membunuh Temagi
B Berpakat dengan Temagi
C Mengadakan persahabatan dengan Siam
D Membina kubu pertahanan di pulau berhampiran
(Aras :Kefahaman , H.P-1.3 (Aras 1(i) )
9

5.Nombor Item

:5

Tajuk

: Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

Subtajuk

: iii.Parameswara membina Melaka

Objektif

: Menerangkan tindakan Parameswara dalam usaha membina Melaka.

Aras soalan

:Sukar

Item No. 5

Budak raja
Budak kundang
Juak-juak

Senarai di atas berkaitan dengan satu jawatan dalam pemerintahan


Parameswara. Jawatan yang dimaksudkan ialah
A bentara
B biduanda
C pembesar Melayu
D penghulu bendahari
(Aras : Aplikasi,H.P 1.3,Aras 2(iii))

6. 6.Nombor Item

:6

Tajuk

: Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

Subtajuk

: iii.Parameswara membina Melaka

Objektif

: Menerangkan tindakan Parameswara dalam usaha membina Melaka

Aras soalan

: Sukar

Item No.6

: Apakah faktor yang menyebabkan Kerajaan Siam dan Majapahit


tidak lagi mengancam Kerajaan Melaka?
A Kekuatan ikatan konsep daulat
B Kekuatan angkatan laut Melaka
C Hubungan Melaka dengan China
D Melaka menjadi negeri naungan Siam

(Aras :Analisis , H.P-1.3 (Aras 2(iii) )

10

7.Nombor Item

:7

Tajuk

: Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

Subtajuk

: ii.Asal-usul Melaka

Objektif

: Menceritakan asal usul nama Melaka

Aras soalan

: Pertengahan

Item No.7

:
* Pelanduk
Sumber X

* Pokok Melaka

Maklumat berikut berkaitan dengan sejarah asal-usul negeri Melaka.


Apakah X?
A Mitos Hindu
B Sumber Arab
C Sejarah Melayu
D Kamus Malaysiana
(Aras :Pengetahuan, H.P-1.3 (Aras 1(ii) )
8.Nombor Item

:8

Tajuk

: Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

Subtajuk

: ii.Asal-usul Melaka

Objektif

:Menceritakan asal-usul nama Melaka

Aras soalan

:Mudah

Item No.8

Amalaka
Pelanduk

Senarai di atas berkaitan dengan asal-usul


A nama Melaka
B penduduk Melaka
C pemerintah Melaka
D kegiatan perdagangan
(Aras :Kefahaman , H.P-1.3 (Aras 1(ii) )

11

9.Nombor Item

:9

Tajuk

: Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

Subtajuk

: ii.Asal-usul Melaka

Objektif

: Menceritakan asal usul nama Melaka

Aras soalan

:Pertengahan
Item No. 9

* Pelanduk menendang anjing perburuan


* Pelanduk mengalahkan anjing

Peristiwa di atas pernah disaksikan oleh Parameswara di satu kawasan


di Melaka. Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?
A Parameswara menjadikan tempat tersebut sebagai pusat ternakan
B Parameswara memilih kawasan tersebut sebagai tapak kerajaan
C Parameswara menamakan lokasi tersebut mengikut nama binatang
D Parameswara menggunakan lokasi tersebut untuk melatih tentera
(Aras :Sintesis , H.P-1.3 (Aras 1 ( ii) )
10.Nombor Item

: 10

Tajuk

: Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

Subtajuk

: ii.Asal-usul Melaka

Objektif

:Menceritakan asal-usul nama Melaka

Aras soalan

:Mudah

12

Item No.10

:Perkataan Malakat merujuk kepada nama Melaka dalam bahasa


Arab .Apakah maksud perkataan tersebut?
A Pelabuhan entrepot
B Perhimpunan segala dagang
C Pusat perdagangan yang maju
D Perkampungan yang aman damai
(Aras :Pengetahuan , H.P-1.3 (Aras 1(ii) )

11.Nombor Item

: 11

Tajuk

: Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

Subtajuk

: iii.Parameswara membina Melaka

Objektif

: Menerangkan tindakan Parameswara dalam usaha membina Melaka

Aras soalan

:Pertengahan

Item No. 11

: Apakah sumber yang boleh dikaitkan dengan petikan berikut?


rakyat itu umpama akar,
raja itu umpama
pohonnya,jikalau tiada akar ,
nescaya pohon tidak akan
dapat berdiri

A Sejarah Melayu
B

Hikayat Hang Tuah

Sejarah Alam Melayu

Hukum Kanun Melaka


(Aras :Pengetahuan , H.P-1.3 (Aras 2(iii) )

12.Nombor Item

: 12

Tajuk

: Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

Subtajuk

: iii.Parameswara membina Melaka

Objektif

:Menerangkan tindakan Parameswara dalam usaha membina Melaka

Aras soalan

:Sukar

13

Item No. 12

: Parameswara telah menjalankan pelbagai langkah untuk


membangunkan negeri Melaka.
Langkah yang dimaksudkan di atas ialah..
I

menjamin keselamatan negeri

II menyediakan kemudahan pelabuhan


III mendapatkan pengiktirafan daripada China
IV memansuhkan sistem cukai perdagangan
A I, II dan III
B

I, II dan IV

I, II dan IV

II, III dan IV


(Aras :Analisis , H.P-1.3 (Aras 2(iii) )

13.Nombor Item

:13

Tajuk

:Bab 4 pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

Subtajuk

: iii.Parameswara membangunkan Melaka

Objektif

:Menerangkan tindakan Parameswara membina Melaka

Aras soalan

:Pertengahan

Item No.13

: Kerajaan China telah mengurniakan payung kuning, cap mohor


dan sepersalinan pakaian kepada Parameswara.
Apakah kepentingan pengurniaan tersebut?
A Perluasan kuasa
B Pertukaran budaya
C Penghapusan lanun
D Pengiktirafan pemerintah
(Aras :Penilaian , H.P-1.3 (Aras 2(iii) )

14.Nombor Item

: 14

Tajuk

: Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

Subtajuk

: i. Kedatangan Parameswara

Objektif

:Memerihalkan peristiwa pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

Aras soalan

:Mudah
14

Item No. 14

: Maklumat berikut berkaitan dengan Kerajaan Melaka


Abad ke-14
Perkampungan nelayan

Abad ke-15
Pusat perdagangan
antarabangasa

Apakah faktor yang menyumbang kepada pembangunan Melaka?


A Bentuk muka bumi
B

Kekayaan hasil bumi

Bantuan kerajaan asing

Kebijaksanaan pemimpin
(Aras : Analisis, H.P-1.3 (Aras 1(i) )

15.Nombor Item

:15

Tajuk

:Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

Subtajuk

: i.Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

Objektif

: Membuat justifikasi pemilihan Melaka sebagai sebuah kerajaan

Aras soalan

:Sukar

Item No. 15

:Mengapakah Perameswara memilih Melaka untuk mendirikan sebuah


kerajaan baru?
I Tempat laluan kapal
II Tanah yang subur
III Bebas daripada ancaman musuh
IV Terlindung daripada tiupan angin monsun
A I dan II
B

II dan III

III dan IV

I dan IV
(Aras : Analisis, H.P-1.3 , Aras 3(i) )

ii. Soalan Subjektif


15

1.Nombor Item

:1

Tajuk

: Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

Subtajuk

: i.Kedatangan Parameswara

Objektif

: Memerihalkan peristiwa pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

Aras soalan

: Mudah

Item No.1

:Siapakah pengasas Kerajaan Melaka?


________________________________________________________
(Aras 1 : Pengetahuan, H.P-1.3 (Aras 1(i) )

2.Nombor Item

:2

Tajuk

: Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

Subtajuk

: i.Kedatangan Parameswara

Objektif

: Menceritakan perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka

Aras soalan

: Pertengahan

Item No.2

: Nyatakan lokasi-lokasi yang pernah disinggahi oleh Parameswara


sebelum tiba di Melaka dan susun mengikut urutan yang betul.
______________________________________________________
(Aras 1 : Kefahaman, H.P-1.3 (Aras 1(i) )

3.Nombor Item
Tajuk

:3

: Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

Subtajuk

: iii.Parameswara membina Melaka

Objektif

: Menerangkan tindakan Parameswara dalam usaha membina Melaka

Aras soalan

: Sukar

Item No.3

: Apakah sumbangan Orang Laut terhadap Kerajaan Melaka?


___________________________________________________
(Aras :Analisis, H.P-1.3 (Aras 2(iii) )

16

4.Nombor Item
Tajuk

:4

: Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

Subtajuk

: iii.Parameswara membina Melaka

Objektif

: Menerangkan tindakan Parameswara dalam usaha membina Melaka

Aras soalan

:Sukar

Item No.4

: Mengapakah hubungan Kerajaan Melaka dan Kerajaan China penting


kepada Melaka ?
________________________________________________________
(Aras :Analisis , H.P-1.3 Aras 2(iii) )

5 .Nombor Item

:5

Tajuk

: Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

Subtajuk

: iii.Parameswara membina Melaka

Objektif

: Membuat inferens tentang kepentingan sifat kepemimpinan


dalam pentadbiran negara

Aras soalan
Item No.5

: Pertengahan
: Pada pendapat anda , apakah ciri-ciri kepimpinan yang ada pada
Parameswara?
______________________________________________________
(Aras :Penilaian , H.P-1.3 (Aras 3(iii)

NAMA :_____________________________

17

KELAS:_____________________________
Soalan Ujian Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan 1
Bab 4 : Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka
Soalan Objektif
Tiap-tiap soalan yang berikut diikuti oleh empat jawapan pilihan iaitu A,B,C, dan D. Pilih
jawapan yang paling sesuai dan tepat.
1.Maklumat berikut berkaitan dengan pengikut Parameswara.
Mereka merupakan pengikut setia
Parameswara dan telah bersama-sama
membangunkan Melaka
Siapakah mereka dalam maklumat tersebut?
A Orang Siam
B Orang Laut
C Orang Majapahit
D Orang Sumatera
2. Apakah nilai yang dapat dikaitkan dengan kewujudan pokok bakau dan pokok api-api
Di Melaka?
A Ketabahan
B Keberanian
C Kesyukuran
D Kebanggaan

18

3.Bagaimanakah keadaan Melaka semasa Parameswara dan pengikut-pengikutnya tiba di


sana?
A Pelabuhan entrepot
B Kerajaan yang kuat
C Perkampungan nelayan
D Kerajaan naungan Siam
4.Bagaimanakah Parameswara dapat menguasai Temasik?
A Membunuh Temagi
B Berpakat dengan Temagi
C Mengadakan persahabatan dengan Siam
D Membina kubu pertahanan di pulau berhampiran
5.

Budak raja
Budak kundang
Juak-juak

Senarai di atas berkaitan dengan satu jawatan dalam pemerintahan Parameswara.


Jawatan yang dimaksudkan ialah
A Bentara
B Biduanda
C Pembesar Melayu
D Penghulu bendahari
6. Apakah faktor yang menyebabkan Kerajaan Siam dan Majapahit tidak
lagi mengancam Kerajaan Melaka?
A Kekuatan ikatan konsep daulat
B Kekuatan angkatan laut Melaka
C Hubungan Melaka dengan China
D Melaka menjadi negeri naungan Siam

19

* Pelanduk
Sumber X

* Pokok Melaka

7.Maklumat berikut berkaitan dengan sejarah asal-usul negeri Melaka.


Apakah X?
A Mitos Hindu
B Sumber Arab
C Sejarah Melayu
D Kamus Malaysiana

8.

Amalaka
Pelanduk

Senarai di atas berkaitan dengan asal-usul


A nama Melaka
B penduduk Melaka
C pemerintah Melaka
D kegiatan perdagangan

20

9.
*Pelanduk menendang anjing perburuan
Peristiwa di atas pernah

*Pelanduk mengalahkan anjing

disaksikan oleh Parameswara di


satu kawasan di Melaka.
Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?
A Parameswara menjadikan tempat tersebut sebagai pusat ternakan
B Parameswara memilih kawasan tersebut sebagai tapak kerajaan
C Parameswara menamakan lokasi tersebut mengikut nama binatang
D Parameswara menggunakan lokasi tersebut untuk melatih tentera
10.Perkataan Malakat merujuk kepada nama Melaka dalam bahasa Arab.
Apakah maksud perkataan tersebut?
A Pelabuhan entrepot
B Perhimpunan segala dagang
C Pusat perdagangan yang maju
D Perkampungan yang aman damai
11. Apakah sumber yang boleh dikaitkan dengan petikan berikut?

rakyat itu umpama akar,

raja itu umpama


pohonnya,jikalau tiada akar ,
nescaya pohon tidak akan
dapat berdiri

A Sejarah Melayu
B

Hikayat Hang Tuah

Sejarah Alam Melayu

Hukum Kanun Melaka

21

12. Parameswara telah menjalankan pelbagai langkah untuk membangunkan negeri Melaka.
Langkah yang dimaksudkan di atas ialah..
I

menjamin keselamatan negeri

II

menyediakan kemudahan pelabuhan

III mendapatkan pengiktirafan daripada China


IV memansuhkan sistem cukai perdagangan
A I, II dan III
B

I, II dan IV

I, II dan IV

II, III dan IV

13. Kerajaan China telah mengurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian
kepada Parameswara
Apakah kepentingan pengurniaan tersebut?
A Perluasan kuasa
B Pertukaran budaya
C Penghapusan lanun
D Pengiktirafan pemerintah
14.Maklumat berikut berkaitan dengan Kerajaan Melaka.
Abad ke-14
Perkampungan

Abad ke-15
Pusat perdagangan

nelayan

antarabangasa

Apakah faktor yang menyumbang kepada pembangunan Melaka?


A Bentuk muka bumi
B

Kekayaan hasil bumi

Bantuan kerajaan asing

Kebijaksanaan pemimpin

22

15. Mengapakah Perameswara memilih Melaka untuk mendirikan sebuah kerajaan baru.
I

Tempat laluan kapal

II Tanah yang subur


III Bebas daripada ancaman musuh
IV Terlindung daripada tiupan angin monsun
A I dan II
B

II dan III

III dan IV

D I dan IV

23

Soalan Subjektif
Bab 4: Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka
Jawab soalan-soalan berikut dengan jawapan yang betul.

1.Siapakah pengasas Kerajaan Melaka?

2. Nyatakan lokasi-lokasi yang pernah disinggahi oleh Parameswara sebelum tiba di Melaka dan
susun mengikut urutan yang betul.

3. Apakah sumbangan Orang Laut terhadap Kerajaan Melaka?

4. Mengapakah hubungan Kerajaan Melaka dan Kerajaan China penting kepada Melaka ?

5. Pada pendapat anda , apakah ciri-ciri kepimpinan yang ada pada Parameswara?

SKEMA JAWAPAN UJIAN SEJARAH TINGKATAN 1


Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

JAWAPAN SOALAN OBJEKTIF


1. B
2. C
3. C
4. A
5. B
6. C
7. C
8, A
9. B
10.B
11.A
12.A
13.D
14.D
15.D
JAWAPAN SOALAN SUBJEKTIF
1. Pengasas Kerajaan Melaka ialah Parameswara
2. Palembang, Temasik, Muar, Sening Ujung, Bertam, Melaka
3. Menjaga keselamatan pedagang
4. Melaka dilindungi oleh Kerajaan China
5. Keyakinan dan kegigihan membangunkan Melaka / bijak mengatur strategi pemerintahan

6. PENUTUP
JSU berperanan penting untuk membina soalan ujian dan peperiksaan. Individu atau mereka yang
berkaitan dengan ujian seperti calon, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata
sebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, data-data yang tercetus
daripada uijan yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan pemulihan, pengkelasan atau
bimbingan.Oleh itu, penekanan yang sewajarnya perlu diberi perhatian terhadap objektif
pembelajaran, dan prosedur penilaian supaya kualiti soalan dan pengurusan carta pentadbiran ujian
dan peperiksaan dapat dilaksanakan dengan baik dan memuaskan hati semua pihak yang
terlibat.

RUJUKAN
Mokhtar Ismail. (1995). Penilaian di bilik darjah.Kuala Lumpur,Dewan Bahasa dan Pustaka.Pusat
Perkembangan Kurikulum.(1996).Penilaian Kendalian Kementerian Pendidkan Malaysia.
Mook Soon Sang.(2003).Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Selangor.Kumpulan Budiman
Sdn.Bhd.

You might also like