Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kesimpulan

Syukur alhamdulillah, kumpulan kami telah menyiapkan kajian ini dalam tempoh masa yang
ditetapkan oleh pensyarah kami iaitu, Dr Khairi bin Ariffin. Beliau telah banyak memberi panduan dan
ilmu kepada kami untuk menjalankan kajian di FELDA Sg. Behrang untuk mengenal pasti aktiviti
sosioekonomi masyarakat setempat.
Hasil daripada kajian ini, kami mendapati kegiatan ekonomi di Kampung Banjar tertumpu
pada sektor perladangan kelapa sawit, diikuti dengan tanaman getah yang merupakan nadi utama
penduduk kampung Banjar. Selain itu juga, aktiviti keusahawanan juga membantu meningkatkan taraf
hidup keluarga. Dalam sektor perkhidmatan pula, kemudahan yang terdapat di Kampung Banjar amat
memuaskan. Perkhidmatan seperti Klinik Kerajaan, Dewan, sekolah dan kemudahan yang lain telah
memudahkan penduduk.

Antara kaedah yang telah kami gunakan untuk mendapatkan maklumat dengan
menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan pengumpulan data daripada pihak . Dalam
kajian ini, kami telah meneliti hubung kait aktiviti ekonomi yang berbeza terhadap kehidupan
masyarakat kampung Banjar. Kami juga berkesempatan untuk beristirehat di rumah ketua
kampung semasa menjalankan kajian ini. Layanan yang diberikan oleh warga kampung
Banjar sepanjang kajian kami, sangat baik dan mereka sentiasa meraikan kehadiran kami pada
masa akan datang.
Secara keseluruhannya, kajian ini membuatkan kami lebih faham secara terperinci
mengenai perkembangan sosioekonomi masyarakat kampung Banjar. Kami dapat mengenal
pasti jenis-jenis ekonomi yang dijalankan dan impaknya kepada mereka serta dapat
mengetahui aktiviti/kegiatan sosial yang dilalui oleh penduduk kampung ini.
Hasil kerjasama kami berlima, bimbingan daripada pensyarah, dan kerjasama
daripada warga masyarakat Kampung Banjar yang menerangkan sedikit sebanyak tentang
sosioekonomi kawasan kajian telah membantu kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Sekian, Terima Kasih.

You might also like