Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal sebuah pelan yang bakal mengubah
sistem pendidikan Negara. Pelan tersebut adalah Pelan Pembangunan pendidikan
Malaysia (PPPM) Usaha ini dilakukan bagi meningkatkan kemahiran guru,
meningkatkan kualiti pengajaran, menjana keupayaan pegawai di peringkat negeri dan
daerah serta mutu kepimpinan sekolah akan diberi keutamaan. Guru merupakan
individu penggerak utama dalam pelan ini kerana guru merupakan orang tengah dalam
merealisasikannya. Tidak hairanlah jika hari ini semakin ramai guru yang menerima
anugerah kecemerlangan kerana pencapaiannya yang cemerlang dalam meningkatkan
prestasi pelajar bukan sahaja dalam akademik, malah turut juga Berjaya dari segi
sahsiah dan kokurikulum.
Guru bermaksud seseorang yang mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh. Guru
diketuai oleh guru besar sekolah atau pengetua sekolah. Di Malaysia guru dilatih secara
formal di Institut Pendidikan Guru dan di universiti tempatan. Profesion perguruan
berkait rapat dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru. Profesion perguruan
antara jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia. Golongan
guru perlu bertanggungjawab memastikan martabat perguruan sentiasa dihormati dan
dapat merialisasikan misi pendidikan Negara.
Mengikut Kamus Dewan, profesion ialah pekerjaan yang memerlukan pelajaran yang
tinggi dan latihan khas. Keguruan bermaksud tugas dan tanggungjawab dan kerjaya
sebagai guru. Etika pula bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku
atau tingkahlaku atau kesusilaan. Dari sudut islam, etika berkaitan dengan tingkahlaku
yang betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah. Etika Profesion pula
bermaksud semua garis panduan bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan
disiplin yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban dan tingkah laku profesion
perguruan dalam masyarakat.

Dalam konteks unit 9 yang bertajuk etika keguruan dan peraturan pendidikan di
Malaysia, Kementerian Malaysia telah menggariskan sifat dan kualiti guru yang
professional seperti bersemangat tinggi dalam perkhidmatan, bermatlamat yang jelas,
kemahiran mengurus bilik darjah,kebolehan komunikasi yang baik, jangkaan yang tinggi
terhadap murid, berupaya memberi yang terbaik, pengetahuan tentang kurikulum dan
subjek yang diajar secara mendalam serta hubungan berkualiti dengan pelajar ibu
bapa, masyarakat dan majikan. Ciri-ciri kualiti guru ini telah dikemukakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sifat-sifat guru yang unggul.
Proses pengajaran dan pembelajaran (p & p) adalah merupakan proses terpenting di
dalam

bilik

darjah. Kejayaan

dan

kelemahan

suatu

proses

pengajaran

dan

pembelajaran bergantung sepenuhnya di atas bahu guru yang memegang amanah


untuk melaksanakan proses tersebut. Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman
(2008:42), guru ialah teras kepada pelaksanaan proses pendidikan walaupun proses
pendidikan itu boleh juga berlangsung tanpa kehadiran guru.
Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan untuk melahirkan
insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, maka peranan yang
sangat besar perlu dimainkan ileh seorang guru dalam merealisasikan hasrat yang
terkandung dalam falsafah pendidikan tersebut. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) penting dalam pelaksanaan pendidikan negara. FPK menjadi panduan kepada
semua pihak untuk mempastikan penterjemahannya dapat mencapai hasrat pendidikan
Negara

untuk

melahirkan

warga

Negara

yang

cemerlang.

Oleh itu, esei ilmiah ini dihasilkan untuk mengkaji sejauh mana kejayaan
sebuah proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh seorang guru di
dalam bilik darjah mampu mencapai objektif pengajarannya serta di mana letaknya
unsur falsafah pendidikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran itu dilakukan.
Esei ilmiah ini mengupas unsur-unsur falsafah pendidikan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Tiga

aspek

utama

iaitu

dari

segi

penyampaian

kandungan (rancangan pengajaran),

pelaksanaan

pengajaran

dan

penilaian

pembelajaran.
Dasar yang digubal dalam suatu sistem pendidikan perlu merujuk kepada asasnya
iaitu falsafah pendidikan. Falsafah menjadi teras kepadasistem pendidikan kerana
terkandung pendidikan yang digunakan, ciri yang hendak dicapai, kaedah pelaksanaan
pendidikan yang akan digunakan, cirri yang hendak dibentuk dalam diri individu yang
menerima pendidikan dan liputan yang terangkum dalam sistem pendidikan. Menurut
Abdul Fatah Hasan, falsafah pendidikan merupakan suatu sistem kepercayaan,
pegangan atau prinsip am yang membincangkan pelbagai hal tentang pendidikan dan
pengajaran yang patut dilaksanakan di sekolah atau di dalam bilik darjah.
Falsafah pendidikan adalah pecahan daripada falsafah umum pendidikan. Falsafah
umum pula terdiri daripada beberapa falsafah seperti idealisme, realisme, pragmatisme
dan eksistensialisme. Secara umumnya falsafah idealisme memberi fokus kepada
kepentingan pemikiran, jiwa dan kerohanian. Realisme pula ialah falsafah yang
memandang alam kebendaan adalah sebagai realiti hidup. Pragmatisme dibentuk oleh
ahli falsafah Amerika Syarikat yang mempercayai bahawa manusia memperoleh
pengetahuan hanya melalui pengalaman dan penyelesaian masalah. Falsafah
eksistensialisme menjurus kepada falsafah yang bersifat individualistik kerana
menekankan

aspek

manusia

bertanggungjawab

terhadap

diri

sendiri

dan

kehidupannya. Dari sini lahir idealisme yang menghasilkan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan, sebagaimana di bawah.
Kesimpulannya, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang
benar, rasional dan bernas yang dihasilkan menerusi kajian secara saintifik, sistematik,
dan diterima umum.

Rancangan Pengajaran Harian


Mata Pelajaran

Bahasa Melayu

Tingkatan

5 Ibnu Sina

Bilangan Pelajar

25 orang

Tema

Kekeluargaan

Tajuk

Penulisan Kreatif

Tarikh

Masa

10 Mei 2014
:

12.40 pm-1.40 pm ( 60 minit)

Fokus Utama:
7.4

Membaca pantas secara imbasan dan luncuran untuk membuat rujukan pelbagai
bahan bercetak dan bahan elektronik.
Aras 1 (v) Memberikan pendapat berdasarkan fakta yang diberikan.

Fokus Sampingan
12.1

Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang, tertib, dan kemas dengan
menggunakan bahasa yang tepat, indah dan menarik.
Aras 1 (iii) Menghasilkan gurindam dan sajak mudah.

Objektif pengajaran
Pada akhir pengajaran pelajar dapat :
1.

Pelajar boleh membaca dengan intonasi yang betul

2.

Menghasilkan sebuah sajak yang mempunyai unsur keindahan bahasa dan


kreatif.

Kemahiran Bahasa

:Menulis dan mendeklamasi

Sistem Bahasa

: Kosa Kata- istilah sastera


4

Pengisian Kurikulum

: Ilmu, nilai dan peraturan sosiobudaya

Ilmu

: Sivik dan kewarganegaraan dan Kesusteraan

Nilai

: Bekerjasama, berdikari, menghargai, kejujuran,


keprihatinan , kasih
sayang dan bekerjasama

Kemahiran bernilai tambah :

Kemahiran berfikir - menganalisa, menjana idea.


Kecerdasan Pelbagai Verbal Linguistik,
Intepersonal.

Teknik pengajaran

Pengetahuan sedia ada :

Improvisasi spontan (Spontataneous Improvisation)


Pelajar telah mempelajari bentuk dan rima sajak dan

tahu cara mendeklamasikannya


Bi

Bahan Bantu Belajar

Jumlah

l
1
2
3
4
5

Tayangan video
Komputer riba
Pemancar LCD
Hadiah
Teks berita

1
1
1
1
4

Langkah

Isi Pelajaran

Aktiviti PdP

Catatan

/masa
Set

Tayangan video pendek

Guru menayangkan

BBB :

Induksi

pencemaran alam sekitar

video pendek

Sedutan

(5 minit)

Soalan guru :

pertandingan

video dan

1. Apakan yang anda faham

pencemaran alam

komputer

tentang video tersebut?

sekitar

riba

2. Apakah maksud yang ingin

Guru bersoal jawab

Teknik : Soal

disampaikan?

dengan pelajar tentang

jawab

kandungan tayangan
3.Bagaimanakah ia boleh

tersebut.
5

berlaku?

Guru merumuskan

Nilai :

jawapan pelajar

Berdikari

4. Adakah anda mampu

Berfikiran

menghalang pencamaran

jauh

berlaku?
KBT :
Jawapan jangkaan pelajar :

Kemahiran

1. Pencemaran alam

berfikir,

2. Supaya manusia memelihara

Menjana

alam

idea

3. Kerana sikap sambil lewa


pelajar
Langkah

4.Gotong-royong
Tayangan video pembaca

Guru menayangkan

BBB : teks

1 (15

berita bertajuk pencemaran

tayangan video untuk

berita

minit)

alam

memberi pengetahuan

Pembahagian kumpulan

kepada pelajar.

2. Setiap wakil kumpulan

Strategi :
Aktiviti

dikehendaki membaca teks

-Guru membahagikan

berkumpulan

berita dengan intonasi seperti

murid kepada empat

kepada video yang dityangkan

kumpulan dan

KBT :

oleh guru

menyerahkan satu

Kemahiran

3. Rakan-rakan sekelas dan

keratan berita kepada

berfikir

rakan-rakan dikehendaki

setiap kumpulan.

menjanakan

mencatat isi penting berkaitan

idea,

berita.

Teknik
sumbang

Contoh isi penting

-Guru mengarahkan

saran.

-Pencemaran semakin

setiap kumpulan

Nilai :

berleluasa di Malaysia

mengemukakan 3 isi

bekerjasama

-Manusia semakin alpa dan

penting berkaitan tajuk

berdikari
6

lalai dalam menjaga alam

selain dalam petikan.

sekitar.

menghargai
Nilai : kasih

Isi penting dicatat pada peta

-Guru menetapkan

sayang,

yang disediakan

masa 10 minit untuk

kejujuran

mengemukakan isi.

dan

sebab

keprihatinan
akibat

pencemaran

keburukan

alam

-Guru memastikan

Ilmu :

setiap ahli kumpulan

Pendidikan

memainkan peranan

Sivik dan

masing-masing

Kewarganeg

cara mengatasi

ara-an

siapa terlibat

Langkah

Pelajar menghasilkan teks

Guru mengarahkan

Ilmu :

sajak berdasarkan bahan dan

pelajar menggunakan

Kesusastera

(30minit)

idea yang disumbangkan

isi penting yang telah

an Melayu

dikumpulkan untuk
Pelajar menghasilkan sajak

membina sajak.Guru

Nilai :

dalam kumpulan masing-

memberi contoh sajak

Keyakinan,

masing berdasarkan bahan

untuk dijadikan bahan

kesyukuran,

bantuan yang disediakan oleh

rujukan semasa

bertanggung

guru.

menulis.

jawab,

Tema sajak Alam Sekitar

bekerjasama

Pemilihan diksi berdasarkan

Setiap pelajar

kesedaran kepada masyarakat

seharusnya

BBB :

Pelajar mencatat sajak di

bekerjasama semasa

Komputer

dalam komputer riba setiap

membina sajak

riba,

kumpulan.

Pemancar

Unsur keindahan ditekankan

LCD,

dalam sajak seperti diksi yang

Kertas

sesuai, perlambangan, simile,

undian,
7

pengulangan, sinkof

hadiah

Sajak dideklamasi

Guru menyediakan

menggunakan power point dan

kertas untuk undian

Aktiviti :

dipancarkan melalui pemancar

bagi menentukan

mendeklama

LCD

kumpulan yang menang sikan puisi


serta

Setiap pelajar perlu mengundi

Hasil undian dikira dan

membuat

kumpulan untuk menentukan

diumumkan pemenang

penilaian

pemenang.

KBT :
Kecerdasan

Penilaian :

pelbagai

Berdasarkan undian rakan-

verbal

rakan

linguistik,

Rakan sekelas memilih

interpersonal

pemenang
Langkah

Pelajar menerangkan nilai

Guru meminta wakil

Sistem

murni yang terdapat dalam

kumpulan menyatakan

bahasa :

(5minit)

sajak yang dicipta

nilai murni yang

Kosa kata

terdapat dalam sajak

istilah dan

Nilai :

gaya bahasa

Kasih sayang,

Guru meminta murid

sastera

bertanggungjawab, jujur dan

mengisi markah pada

(sajak)

menghargai dan mencintai

kertas markah untuk

alam sekitar

membuat pemenang

Ilmu:

sajak

kesusastera

Markah dikira untuk

an Melayu

menentukan pemenang
.
Penutup

Pengajaran :

Guru menyampaikan

Nilai :
8

(5 minit)

Kita perlu sentiasa menghargai

hadiah kepada

Kasih

dan bersyukur dengan nikmat

kumpulan yang menang sayang,

keindahan alam yang Allah

dan memberi kata

bertanggung

berikan.

semangat kepada ahli

jawab, jujur

kumpulan yang lain.

dan

Sosial :

Guru merakamkan

menghargai

Hubungan sesama manusia

ucapan syabas dan

BBM :

dan alam sekitar

tahniah kerana berjaya

Hadiah

menghasilkan sajak
untuk menzahirkan rasa
kasih sayang kepada
alam sekitar

KUMPULAN 1
Kreativiti
Intonasi
Fasih
Lancar
Mudah difahami
Contoh borang penilaian

Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah, dan Teknik


Tanggungjawab sistem pendidikan kini adalah untuk menyediakan generasi muda
dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan supaya mereka dapat menghadapi masa
9

depan yang sempurna. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyusun,


merancang untuk memperbaiki, memperkukuh dan mempertingkatkan mutu pengajaran
yang sesuai dengan sosialisasi masyarkat hari ini. Salah satu unsur yang penting
adalah memberikan peluang yang sama kepada semua pelajar tanpa mengira kaum,
bangsa dan agama.
Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001 2010 (KPM, 2001), Kementerian
Pelajaran Malaysia menjelaskan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar
Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai
banyak kemajuan khususnya dalam penyeliaan insfrastruktur, kemudahan pendidikan,
dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan Berjaya mencapai
sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yang boleh dilihat pada masa ini masih
terdapar pelbagai isu yang yang ditimbulkan dalam berkaitan dengan pencapaian.
Strategi, pendekatan,kaedah dan teknik merupakan satu gabungan yang saling
berkaitan dan melengkapi antara satu sama lain bagi mewujudkan satu proses
pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri yang terdapat di antara konsep-konsep ini,
apabila diaplikasikan dalam bilik darjah akan membentuk satu pembelajaran yang
kondusif, ceria dan seterusnya objektif akan tercapai. Nota grafik yang digunakan untuk
memperjelaskan keempat-empat konsep ini perlulah meliputi tentang kejelasan isinya
walaupun ringkas, warna juga memainkan peranan penting bagi menunjukkan sesuatu
carta atau gambarajah. Huruf , bentuk dan corak yang menarik dapat memberi satu
gambaran tentang sesuatu nota yang hendak disampaikan. Penerima maklumat akan
mendapat maklumat dengan jelas dan mudah faham tentang apa yang akan
disampaikan oleh pemberi maklumat.

Dalam pengajaran bahasa, pendekatan juga ialah satu kumpulan andaian yang saling
berkait rapat mengenai hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat
pembelajaran bahasa. Pendekatan juga bermaksud hala tuju atau arah yang diambil
untuk menuju sesuatu sasaran. Selain itu, pendekatan juga diertikan sebagi "to come
10

near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatanpendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.
Strategi pula merupakan satu susunan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk
mencapai sesuatu matlamat atau tujuan dengan menggunakan tenaga, masa dan
kemudahan yang diperolehi secara optimum. Menurut kamus Dewan, strategi ialah ilmu
tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk atau rancangan yang
diatur untuk mencapai matlamat atau kejayaan.
Kaedah satu rencana yang menyeluruh yang mengajar sesuatu bahan bahasa dimana
secara keseluruhannya berdasarkan kepada pendekatan yang diaplikasikan tetapi tidak
boleh bercanggah dengan pendekatan tersebut. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986)
mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran
yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan
bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja
cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif
pengajaran, maka itu adalah kaedah.
Teknik pula seperti taktik yang digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran yang
segera maksimum pada waktu pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu bahagian.
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian
Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu
organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk
mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru
bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajarpelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang 3 digunakan dan
seirama dengan pendekatan yang dianuti.
4. Konsep Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan
pembelajaran. Konsep pendekatan Sesuatu yang paling abstrak dan global. Ia merujuk
kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya.
Pendekatan mestilah berlandaskan model, prinsip atau teori seperti ;Konkrit kepada
abstrak, mudah kepada susah, dan umum kepada spesifik. Pendekatan dianggap benar
11

tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Pendekatan yang baik serta bijak
mampu menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menarik.Ia merupakan satu
pegangan dan falsafah bagi memahami dan mendekati sesuatu perkara.
Konsep strategi Satu perancangan yang diatur untuk mencapai tujuan atau matlamat
bagi membentuk kejayaan. Dalam pengajaran dan pembelajaran ,strategi diperlukan
oleh seseorang guru supaya murid dapat menguasai sesuatu kemahiran yang diajar
setelah merancangnya seterusnya memberi kejayaan dalam hasil pembelajaran yang
telah ditentukan.
Konsep Kaedah Satu tindakan yang bersistematik supaya dalam jangka pendek,
objektif pelajaran spesifik tercapai. Penyampaian haruslah tersusun. Terdapat berbagai
kaedah yang boleh digunakan dalam bilik darjah seperti inkuiri-penemuan,kaedah
penyiasatan,kaedah dapatan dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony,(1963),
Kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur
yang tersusun dan teratur.Ini bermakna sesuatu kaedah yang dipilih haruslah
berlandaskan kepada pendekatan yang berkaitan dengan model dan prinsip.
Konsep teknik Teknik digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk
menarik perhatian murid supaya minat belajar dan tidak jemu ketika sesi guru mengajar.
Pelbagai teknik boleh digunakan seperti teknik main peranan ,improvisasi, permainan
bahasa, bercerita, simulasi,sumbangsaran dan sebaginya. Guru harus bijak memilih
teknik ketika belajar mengikut aras pencapaian murid , umur, minat dan kebolehan
murid. Bahan yang digunakan juga penting agar bersesuaian dengan teknik yang diajar
dengan menggunakan pelbagai bahan konkrit. Ia juga boleh diklasifikasikan kepada
kategori yang mementingkan isi kandungan ataupun proses.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran pendekatan wujud berdasarkan aspekaspek yang ingin kita sampaikan sebagai bahan utama dalam pengajaran dan
pembelajaran, Ianya menyerupai klasifikasi di mana jenis-jenis pendekatan wujud
berdasarkan kriteria yang digunakan untuk meneliti proses pengajaran. keaktifan
pengajaran dan pelajar cara pelajaran pegelolaan bahasa murid.

12

Keaktifan pengajaran dan pelajar Pendekatan ini merujuk kepada memusatan guru
ketika menyampaikan isi dalam bilik darjah seperti guru memberi penerangan dalam
aktiviti syarahan dan demontrasi.Manakala pendekatan yang mementingkan pelajar
ialah pendekatan yang memusatkan murid untuk mendapatkan maklumbalas seperti
aktiviti permainan,perbincangan dan penyelesaian masalah dalam kumpulan untuk
mendapatkan bahan atau maklumat.
Cara- cara fakta disampaikan berdasarkan kriteria bagaimana fakta atau isi pelajaran
disampaikan dan diterangkan seperti pendekatan induktif iaitu menampilkan contoh
dahulu sebelum hukum-hukum tatabahasa dijelaskan kepada pelajar Manakala.
pendekatan deduktif pula ialah satu kaedah mengajar yang komplek., Bagi pendekatan
eklektik, ia merupakan gabungan antara pendekatan induktif dan deduktif. Cara cara
fakta lain yang disampikan juga merangkumi pendekatan dari mudah ke susah dan
pendekatan dari maujud ke abstrak.
Cara pengelolaan murid bagi pendekatan pengajaran yang berasaskan cara
pengelolaan murid adalah pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan
kumpulan, pendekatan kelas,pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Guru diberi
kebebasan memilih kaedah yang sesuai untuk aplikasikannya dalam bilik darjah.
Pengajaran bahasa dalam pengajaran bahasa, pendekatan seperti pendekatan
komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan
dan pendekatan nahu. Semua pendekatan ini wujud berasaskan kepada teori-teori
pembelajaran yang berbentuk behavouris.
Pendekatan ini digunakan ketika sesi pembelajaran yang mana guru menyelit
danmenggabung jalinkan dengan mata pelajaran yang lain mengikut tema-tema yang
diajar. Strategi pengajaran dan pembelajaran guru yang kreatif dan inovatif akan
menggunakan gabungan beberapa pendekatan dan juga kaedah yang tertentu untuk
mencapai hasil pembelajarannya ataupun objektif pengajaran. Segala bentuk dan
gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan kedua-duanya bila masa dilaksanakan
merupakan strategi pengajaran. Strategi pengajaran memainkan peranan utama
apabila seseorang guru itu mengajar pelajar-pelajarnya yang berbeza dari segi tahap
13

kebolehan, kecenderungan,bakat serta minat selain mempunyai aras pencapaian yang


berlainan antara seorangpelajar dengan pelajar yang lain. Contohnya bagi Kelas
Pemulihan dan Kelas Arus Perdana, pencapaian akademik dan tahap penerimaan
antara pelajar-pelajar tersebut amat berbeza. Guru harus bijak untuk meningkatkan
kualiti pembelajaran melalui perancangan strategi agar murid-murid ini dapat
menguasai kemahiran yang diperlukan. Oleh yang demikian guru perlu mencari jalan
bagaimana unuk mengintegrasikannya serta menyusun kaedah-kaedah yang
bersesuaian untuk memberi input kepada pelajar- pelajarnya. Guru bertindak sebagai
fasilitator, murid sebagai penonton. Pemusatan murid bergantung kepada interaksi dua
hala. Pencapaian murid juga bergantung kepada bahan bantu belajar dan murid
merupakan pemain utama dan guru hanya sebagai pemudah cara. Guru hendaklah
mengutamakan kecekapan. Murid pasif tidak akan menguasai kemahiran. Interaksi dua
hala dan kreatif menggunakan bahan sudah pasti mampu mencapai objektif
Kaedah pengajaran dan pembelajaran satu aktiviti yang dirancang dan dijalankan
secara tersusun serta dimana setiap langkah tersebut mempunyai kemahiran
kemahiran dan latihan yang dirancang.Keutamaan adalah bagi mencapai objektif yang
dirancang bukannya cara bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran itu berjalan.
Objektif yang tepat dan boleh dicapai strategi yang tersusun dan kemas Langkahlangkah yang teliti.
Langkah-langkah yang teliti bagi mewujukan suasana pengajaran dan pembelajaran
yang baik serta murid yang proaktif, guru perlu menyusun langkah-langkah pengajaran
dengan teliti agar tidak berlaku keciciran ilmu ketika menyampai maklumat kepada
murid-muridnya. Sebelum memulakan sesi pengajaran, langkah-langkah perlu
dirancang sebelum melaksanakannya. Ianya mestilah mengandungi BBM/ABM dan
aktiviti-aktiviti yang tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran.
Strategi yang tersusun kemas dan teratur memainkan peranan penting dalam kaedah
pengajaran yang baik ,yang merangkumi isi kandungan, objektif yang ingin dicapai,
pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian yang menarik. Bahan Bantu Mengajar
perlulah sesuai dengan pembelajaran pada hari tersebut serta penilaian yang akan
dijalankan mestilah dibuat agar kita dapat mengetahui pencapaian pengajaran terhadap
14

murid. Strategi yang tersusun akan memberikan sesi pengajaran dan pembelajaran
yang menarik dan berkesan.
Objektif yang tepat dan boleh dicapai. Perancangan dan pelaksanaan yang baik akan
membantu guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlu
merencanakan sesuatu pengajarannya dengan meletakkkan objektif yang tepat dan
sesuai dan objektif tersebut mestilah boleh dicapai. Jangan meletakkan sasaran atau
objektif yang terlalu tinggi dengan aras pencapaian murid.
Teknik Pengajaran dan pembelajaran Seseorang guru yang berdedikasi dan berwibawa
akan merancang dan melaksanakan teknik atau alat yang digunakan untuk
menyampaikannya. Guru perlu mewujudkan suasana iklim bilik darjah yang boleh
merangsang dan menarik minat pelajar yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah
yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang.
Tujuan tujuan teknik menarik minat murid untuk terus belajar di dalam kelas memberi
satu perhatian dan pengalaman memberi baru kepada tumpuan murid untuk
sepenuhnya diaplikasiakan ketika sesi semasa atau pengajaran selepas dan
persekolahan pembelajaran Membangkitkan rasa ingin tahu murid mengenai
pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru.
Jenis-jenis teknik pengajaran bahasa seperti kuiz, sumbangsaran perbahasan, soal
jawab, inkuiri, simulasi, bercerita, drama, latih tubi, perbincangan, permainan, forum
bahasa, teknik main dan melakonkan situasi atau peristiwa yang dianggap penting.
Proses berlaku di bilik darjah. Murid memainkan peranan utama dan bertindak sebagai
watak-watak yang ditentukan dalam situasi yang diberikan. Peranan yang dibawa atau
dimainkan secara spontan tanpa menggunakan skrip dapat mencungkil kemahiran
berbahasa. Memulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai setelah melihatnya
atau mendengar melalui filem, televisyen, rakaman ,radio atau direka oleh guru.
Penilaian prestasi para pelakon dan rumusan cara penyelesaian dibuat selepas selesai
aktiviti main peranan.

15

Permainan Bahasa merupakan aktiviti pembelajaran sebagai aktiviti


pengukuhan,pengayaan dan pemulihan. Contoh aktiviti seperti kuiz, puzzle, teka-teki,
meneka silangkata ,penyelesaian masalah, demontrasi, sisip sukukata, menangga
kekata dan sebagainya. Boleh dilakukan secara individu, kumpulan , berpasangan atau
kelas. Penglibatan pelajar memberi peluang untuk mendapat pengalaman, latihan
intensif dan sebagai alat dianogstik. Aktiviti yang dijalankan melibatkan kemahiran
berbahasa pelajar seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Latih tubi aktiviti pengulangan fakta yang bertujuan untuk mencapai penguasaan
kemahiran. Sesuai digunakan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya untuk
murid-murid yang mempunyai aras pencapaian yang rendah. Digunakan untuk
mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut suku kata perkataan, ayatayat atau mengingat fakta-fakta penting atau pun huruf-huruf. Pelajar didedahkan
dengan aktiviti menyebut, mendengar dan memikirkan maksud sesuatu perkataan atau
makna ayat. Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan menyebut (audiolingual)
digunakan sebagai teknik menghafal atau mengingat.
Bercerita juga merupakan satu kaedah yang digunakan untuk menyampaikan isi
pelajaran. Cerita disampaikan secara lisan, melalui tontonan, mendengar rakaman dan
melalui pementasan boneka. Tujuan bercerita untuk menimbulkan minat murid untuk
belajar, melatih kemahiran mendengar, memupuk nilai-nilai murni, memperkayakan
pengalaman murid, mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan
penglibatan murid secara aktif dapat menjana pemikiran.
Inkuiri Teknik yang dikenali juga sebagai teknik tinjau siasat. Merangkumi aspek-aspek
soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan
masalah. Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar. Pengendalian teknik
inkuiri ialah proses mengenali masalah, mengkaji ramalan mengumpul maklumat,
menganalisis dan membuat rumusan.
Perbahasan merupakan perbincangan formal yang terdiri daripada kumpulan kecil
terdiri daripada 3 atau 4 orang ahli. Satu kumpulan pencadang dan satu lagi
pembangkang yang menentang hujah. Murid dilatih untuk mengembangkan idea dan
16

menyampaikan isi secara spontan . Merupakan satu aktiviti yang memberi peluang
kepada murid menyampaikan hujah yang bernas, logik dan berfakta.
Kuiz pula dapat memperkukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar
mengenai topik-topik tertentu. Dapat menguji minda pelajar disamping belajar sambil
bergembira. Pelajar dapat menimba ilmu dengan mengemukakan soalan-soalan secara
teka- teki. Ia dapat mewujudkan cara belajar melalui pemikiran yang bernas, membantu
pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan
penggunaan bahasa yang tepat. Soalan adalah yang memberangsangkan minda dan
mempunyai kemahiran berfikir.
Sumbangsaran Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan, aras dan minat murid
Segala cadangan, pendapat dan ideaperlu dicatat untuk dibincangkan dalam sesi
umum. Pengerusi mestilah berkelayakan untuk menyampaikan idea dan setiap ahli
berpeluang memberi cadangan.
Soal jawab mewujudkan interaksi dua haladan cara pembelajaran yang berkesan. Guru
mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar
dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang diberikan
memerlukan pelajar berfikir dengan baik di samping dapat menguji dan menilai apa
yang diajar oleh guru Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu
menajamkan aras pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan iklim bilik darjah dan
pembelajaran beretika, dinamik dan berkesan.
Simulasi merupakan suatu situasi pembelajaran yang terkawal dan merupakan situasi
yang sama dengan keadaan sebenar untuk menyelesaikan masaah. Pembelajaran
berlaku dalam bilik darjah dan membolehkan murid melakukan aktiviti secara lakonan
dengan tujuan mengemukakan masalah. Terdapat dua jenis simulasi iaitu sosiodrama
dan main peranan. Tujuannya ialah murid dapat menguasai kemairan bertutur,
membina pemikiran yang kreatif dan kritis, membina jati diri yang positif terhadap
masalh yang dihadapi, mengaitkan isi pelajaran dengan sifat yang baik dan berwibawa
dan mewujudkan suasana situasi yang sebenar di dalam kehidupan seharian.

17

Drama mendorong dan merangsang minda pelajar untuk menghubungkan perasaannya


dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Pelajar diberi kebebasan untuk meluahkan
pendapat, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu dengan orang lain.
Drama dapat mempelbagaian ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu
pengajaran dan pembelajaran. Teknik ini boleh menimbulkan rasa keseronokan dan
keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah
pelajar.
Perbincangan melibatkan aktiviti perbualan antara guru dengan murid di dalam kelas
sebagai cara untuk bertukar pandangan dan pendapat untuk berkongsi idea ataupun
masalah. Guru memberikan tajuk mengenai peristiwa, fakta, isu-isu atau konsep
kekeluargaan atau pencemaran, manakala murid berperanan memberikan pendapat
untuk pencambahan dan perkembangan idea. Guru sebagai fasilitator dan akan
membantu murid membuat rumusan terhadap hasil perbincangan mereka.
Forum merupakan satu sesi perbincangan yang terdiri daripada beberapa ahli panel
untuk menjana idea dan mengemukakan pendangan tentang sesuatu topik dan
dijalankan secara formal. Teknik forum merupakan aktiviti lisan yang ideal dan sesuai
dijalankan dalam pengajaran, di mana pelajar akan berkongsi ilmu pengetahuan dan
pengalaman mereka, secara langsung ianya dapat meningkatkan kemahiran
menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, bernas, proaktif ,berobjektif, kreatif dan
rasional. Bagi merealisasikan kejayaan aktiviti ini, topik forum yang dipilih haruslah
mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat
umur pelajar. Demontrasi kemahiran guru menunjuk cara dan membuat demontrasi
tentang sesuatu aktiviti yang dijalankan di hadapan murid. Melibatkan pancaindera
telinga dan mata serta percubaan murid untuk melakukannya. Memerlukan
pemahaman yang jitu serta berpetahuan luas ketika melakukan sesuatu aktiviti Murid
akan dapat melakukan sesuatu aktiviti dengan lebih mudah,kukuh dan tepat kerana
sudah memahami konsep dan cara melakukannya. Membina keyakinan murid untuk
melaksanakannya secara individu walaupun aras pencapaian mereka rendah.

18

Jelaslah bahawa kaedah dan teknik pengajaran hari ini sesuai dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menekankan keseriusan dalam
membangunkan aspek pendidikan negara ini mencerminkan bahawa betapa aspek
profesion perguruan dalam sistem pendidikan negara bertindak sebagai nadi utama
dalam pembangunan terutama dalam memastikan mencapai status negara maju dan
berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Dalam memenuhi aspirasi tinggi negara
ini, kita tidak boleh berdiam diri dalam persekitaran global yang semakin kompetitif.
Perubahan yang berlaku bukan sekadar menambah kakitangan guru dan
menambahbaik kemudahan yang sedia ada tetapi perlu memahami dinamik proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Di sinilah peranan guru yang paling utama dalam
memberikan input kepada pelajarnya.

Gelombang pertama (2013-2015) yang melihat kepada pemerkasaan guru ini amatlah
signifikan. Islam turut memandang tinggi profesion perguruan sebagai pendidik dalam
pembangunan ilmu, kemahiran dan sahsiah pelajar.
Untuk mengetahui sejauhmana pentingnya profesion perguruan dalam Islam, Al-Quran
dan hadis ada menjelaskan antaranya, Allah s.w.t berfirman: "Serulah (manusia) ke
jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik".
(Surah an-Nahl: 125). Dan Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawasanya jika kamu
mengajar seseorang, lalu dia mendapat kebajikan yang lebih berharga daripada dunia
dan segala isinya".
Jika diteliti maksud ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w yang diutarakan ini, jelas
menunjukkan akan keutamaan-keutamaan mengajar khususnya dalam profesion
perguruan. Seorang pendidik mestilah menyedari akan hakikat bahawa pengajaran itu
merupakan tanggungjawab dan amanah yang mesti dilaksanakan. Ini kerana
kecemerlangan pendidikan banyak bergantung kepada kualiti dan kepakaran guru.
Oleh itu, guru berkualiti merupakan faktor penentu kepada peningkatan prestasi
sekolah dan pencapaian murid.

19

Justeru, peluang untuk para guru menjalani latihan kemahiran berterusan serta laluan
kerjaya yang lebih luas perlu diberikan perhatian selain dapat meningkatkan lagi mutu
P&P dalam perkhidmatan seorang guru. Apabila prestasi guru meningkat secara tidak
langsung ia akan memberi kesan positif kepada prestasi pelajarnya.
Di samping itu, peranan guru dalam proses penggerak P&P yang berkualiti dan efektif
turut sama meningkatkan pembangunan pendidikan sekolah. Keadaan ini secara
berterusan dapat dapat merangsangkan pelajar untuk belajar dengan lebih seronok
sesuai dengan alam pendidikan di peringkat rendah sehingga peringkat atas.
Sebaliknya, pengajaran tidak akan menjadi menarik minat pelajar apabila guru lebih
bergantung kepada kaedah syarahan berbentuk pasif dalam menyampaikan kandungan
matapelajaran mereka.
Oleh itu, aspek kreativiti serta inovasi P&P daripada seorang guru perlu diterokai bagi
melihat apa yang ingin mereka sampaikan menarik minat pelajarnya. Segala bentuk
proses pembelajaran berbentuk formal dan tidak formal bergantung kepada kreativiti
dan peranan utama terletak pada tanggungjawab guru. Inilah transformasi negara yang
kita kehendaki yang dapat dimanfaatkan dalam sistem pendidikan negara.
Dalam memperkukuhkan aspek kemahiran guru ini adalah digalakkan agar para guru
terus memperkukuhkan latihan dalam perkhidmatan. Sebagai contoh, guru-guru yang
telah lama berkhidmat hendaklah terus diberi pendedahan khusus tentang sahsiah guru
sebagai murabbi, dengan pendekatan dan kaedah pengajaran terkini.
Sebagai murabbi, guru bukan sahaja bertindak untuk mengajar beberapa subjek
mengikut sukatan pelajaran tertentu tetapi mereka turut berperanan untuk sama-sama
mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didik mereka menjadi manusia
yang berilmu, bertakwa dan beramal soleh serta mengajak ke arah kebaikan dan
mencegah kemungkaran atau melaksanakan konsep amar ma'ruf dan nahi munkar
yang dapat melahirkan pelajar yang memiliki keperibadian yang luhur.

20

Dalam merencanakan profesion guru cemerlang ini juga dalam abad ke-21 penyediaan
geran penyelidikan juga adalah penting untuk membantu menaiktarafkan
profesionalisme guru dalam kemajuan kerjaya mereka. Kemudahan geran penyelidikan
misalnya turut memberi laluan kepada para guru untuk meningkatkan pendidikan ke
peringkat yang lebih tinggi adalah terbuka luas.
Di samping dapat melahirkan sebilangan besar guru yang lebih berkemahiran berfikir
aras tinggi seterusnya dapat membantu melahirkan masyarakat yang juga dapat berfikir
(thinking society) secara kritis, kreatif dan inovatif. Proses melahirkan modal insan yang
berinovatif dan berkemahiran tinggi ini merupakan sebahagian pelaburan besar
pendidikan untuk menjamin kemajuan ekonomi dan kesejahteraan negara.
Bagi mencapai matlamat dan usaha murni ini, marilah kita semua bersatu dan
mengambil tanggungjawab sebagai guru bagi menyokong setiap aktiviti dan program
pendidikan terutama kepada maklum balas di dalam laporan awal Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia.
Ingatlah apabila negara mempunyai masyarakat yang berpendidikan tinggi maka
kemajuan ekonomi juga akan meningkat. Jika ini tercapai maka kita akan melihat
Malaysia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju menjelang
tahun 2020.

Refleksi
Alhamduillillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat saya
menyiapkan tugasan ini dengan sebaik mungkin. Terima kasih yang tidak terhingga
21

saya ucapkan kepada Puan Zainiah binti Md Zain di atas dorongan semangat dan
tunjuk ajar yang tidak berbelah bahagi. Begitu juga keluarga dan rakan-rakan yang
banyak membantu. Saya sangat gembira sepanjang menyiapkan tugasan ini.
Sewaktu menerima tugasan ini, sebuah persoalan menerpa di minda tentang
kemampuan saya dalam menyiapkan tugasan ini kerana saya tiada pengetahuan dalam
bidang teknik dan kaedah pengajaran mahupun membina Rancangan Pengajaran
Harian (RPH). Selama tujuh tahun pengalaman saya mengajar, saya membina RPH
yang sangat ringkas tanpa menyediakan teknik, kaedah, pengisian kurikulum, bahan
bantu belajar, nilai dan kemahiran berfikir. Pada awalnya saya terfikir tentang
kesukarannya tetapi atas kesedaran dalam kualiti pengajaran, saya tetap menyahut
cabaran ini sebagai sesuatu yang baru untuk saya teroka dan diaplikasikan dalam
pengajaran saya di sekolah.
Bagi mengatasi kesukaran sepanjang proses saya menyiapkan tugasan ini, saya
banyak merujuk bahan-bahan dari internet dan bahan ilmiah disamping berbincang
dengan rakan-rakan. Saya juga banyak merujuk kepada guru-guru berpengalaman di
sekolah saya. Dengan itu, secara tidak langsung saya dapat meningkatkan kesedaran
dalam membina RPH yang berkualiti dan memenuhi keperluan pengajaran.
Pengamatan saya terhadap apa yang disampaikan pensyarah seperti teknik,
kaedah serta komponen penting dlam menyediakan RPH serta bahan bantu mengajar
amat membuka minda saya bahawa pelajar sememangnya akaan tertarik dengan
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang menarik serta mencabar. Selama ini
teknik pengajaran saya yang sangat biasa agak membosankan mereka. Saya terlalu
engejar masa dalam membina RPH. Malangnya saya alpa dalam meneliti isi
kandungan dalam RPH.
Tugasan ini telah meluaskan tahap intelektual saya dan mencerna minda yang
proaktif dan produktif. Sayang sekali saya telah mensia-siakan tempoh saya mengajar
hanya dengan pengajaran yang biasa tanpa aktiviti dan teknik yang menarik. Kursus
Pengkaedahan dan Pembelajaran Bahasa Melayu ini ternyata membantu saya dalam
menjadi seorang guru yang baik dan Berjaya mencapai objektif pengajaran.
22

Apabila kembali ke sekolah nanti, sudah pasti saya tidak sabar untuk
menyampaikan pengetahuan saya ini kepada pelajar-pelajar di sekolah saya. Saya
tidak akan mensia-siakan pengetahuan ini begitu sahaja. Saya akan membuat bengkel
kepada guru-guru di sekolah untuk menyampaikan kaedah dan teknik pengajaran serta
membina RPH yang baik. Sudah pasti generasi muda di sekolah saya akan tertarik
dengan kepelbagaian teknik dan kaedah pengajaran ini. Pelbagai pertandingan
kebudayaan dapat saya anjurkan untuk memartabatkan kebudayaan ini.
Guru-guru muda dan guru berpengalaman juga seharusnya sedar bahawa
pentingnya kita menarik perhatian pelajar dan memastikan pembelajaran diterima oleh
mereka adalah dengan merancang pembelajaran yang menarik dan memastikan
objektif pembelajaran itu tercapai. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada
pensyarah kerana telah berjaya membuka minda, kemahiran dan pengatahuan saya.

Lampiran

23

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025: Transformasi Profesion


Perguruan Negara

Rujukan
24

Albaugh. P. (1997) The Role Of Skeptipism in Preparing Teachers For The Use Of
Technology
Norhana Aini (2010) Tahap Penggunaan Media Komputer Dalam Pengajaran di
Sekolah. UPM Selangor.
Sham bin Ibrahim. (2003) Penggunaan Perisian Multimedia dalam Pengajaran Guru
UPM Selangor.
Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia PPPM (2013-2025)
Kementerian Pendidikan Malaysia. Putrajaya.
www.teknikpdpdisekolah.org.com.my
www.PPPM2013-2015.kpm.gov.my
www.scribd.teknikpengajarandalamkelas.tgp.com.my

25

You might also like