Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Bahan Bantu

Mengajar Berasaskan Multimedia Interaktif Dalam


Pengajaran
Zakiah Binti Osman
Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi,
Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah, Malaysia
zakiah10@polimas.edu.my
Abstrak Kajian ini bertujuan mengkaji persepsi pelajar
JTMK POLIMAS dan mengetahui kesediaan dan penerimaan
pelajar terhadap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM)
berasaskan multimedia interaktif dalam kursus FP101 Prinsipprinsip Pengaturcaraan. Pengumpulan data adalah berdasarkan
soal selidik berbentuk skala Likert yang telah dijawab oleh
responden kajian iaitu terdiri daripada pelajar semester satu
yang mengikuti kursus ini iaitu seramai 84 orang. Kaedah
analisis deskriptif yang digunakan ialah frekuensi dan peratusan.
Dapatan kajian menunjukkan penerimaan yang baik terhadap
penggunaan BBM berasaskan multimedia interaktif.
Kata Kunci
Pengaturcaraan.

Multimedia

interaktif,

Prinsip-prinsip

I. PENGENALAN
Adalah wajar sistem pendidikan dan latihan sentiasa
dikaji dari semasa ke semasa yang merangkumi kurikulum,
cara dan kaedah penyampaian, peralatan, bahan bacaan dan
rujukan yang digunakan adalah sesuai untuk menghasilkan
tenaga kerja yang diperlukan oleh industri dan pasaran.
Multimedia interaktif adalah antara media pendidikan
yang berkesan. Kelebihan multimedia interaktif berbanding
dengan media-media lain adalah jelas di mana terdapat lima
elemen iaitu merangkumi teks, grafik, audio, video dan
animasi. Setiap elemen ini mempunyai peranan tersendiri
dalam mewujudkan persembahan informasi yang menarik dan
berkesan. Multimedia interaktif membolehkan adanya
interaksi dengan pengguna.
Kewujudan multimedia interaktif dalam persekitaran
pendidikan telah menunjukkan suatu perkembangan baru yang
diharapkan mampu membantu dunia pendidikan menjadi lebih
berkesan melalui proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
dan berasaskan pelajar. Kemampuan multimedia interaktif
memberi pengajaran secara persendirian bukan bererti tiada
pengajaran secara langsung daripada pensyarah. Hakikatnya,
pengajaran langsung daripada pensyarah tetap dikekalkan.
Menurut Ismail (2002), multimedia merupakan pemudahcara
bagi proses pengajaran dan pembelajaran. [1]
Selain daripada itu multimedia interaktif juga
memberikan motivasi untuk belajar, memberikan penjelasan

yang lebih berkesan dan lengkap terhadap sesuatu


permasalahan. Ia juga memudahkan pelajar mengulangkaji,
mengadakan latihan dan boleh dilihat berulangkali tanpa had.
Oleh itu kehadiran multimedia dalam proses P&P sangat
dirasakan manfaatnya.[2]. Multimedia interaktif mewujudkan
situasi pembelajaran berkesan dan menyeronokkan kerana
pelajar akan mengingati 20% daripada apa yang dilihat, 30%
daripada apa yang di lihat dan di dengar dan 60% -70% adalah
daripada apa yang mereka interaksi. [3]
Kursus FP101 merupakan kursus teras kepada pelajar
semester satu Diploma Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(Pengaturcaraan) dimana penerangan tentang konsep-konsep
dalam pengaturcaraan. Kursus ini amat penting untuk
melengkapkan pelajar dengan asas yang kukuh berkaitan
pengaturcaraan sebelum pelajar melangkah ke semester
seterusnya. Kajian ini untuk mengkaji persepsi pelajar
terhadap penggunaan BBM berasaskan multimedia interaktif
untuk kursus ini.
II LATAR BELAKANG MASALAH
Kursus FP101 adalah kursus asas berkaitan
Pengaturcaraan. Kefahaman mendalam untuk kursus ini perlu
ada pada setiap pelajar bagi memudahkan para pelajar
mengikuti kursus kursus lain pada semester-semester yang
akan datang. Oleh itu kefahaman asas ini perlu diperkukuhkan
kepada pelajar. BBM berasaskan multimedia interaktif adalah
salah satu alternatif untuk mengukuhkan kefahaman para
pelajar.
Kajian ini bertujuan ingin mengetahui persepsi pelajar
semester satu yang mengikuti kursus FP101 dan kesediaan
dan penerimaan pelajar terhadap penggunaan BBM
berasaskan multimedia interaktif. Ini kerana tiada BBM
berasaskan multimedia interaktif yang khusus digunakan
dalam P&P bagi kursus ini.
III OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dinyatakan
di atas, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi
pelajar terhadap penggunaan BBM berasaskan multimedia
interaktif dalam kursus FP101. Ini bagi mengetahui kehendak

56

dan keinginan pelajar terhadap sesi P&P mereka bagi kursus


ini.
Selain itu untuk mengetahui kesediaan dan penerimaan
pelajar terhadap perlaksanaan BBM berasaskan multimedia
interaktif untuk kursus ini.

berdasarkan persoalan kajian iaitu mengenai persepsi pelajar


terhadap penggunaan BBM berasaskan multimedia interaktif
untuk kursus FP101. Berikutan nombor responden yang kecil,
maka kekerapan dan peratusan sahaja yang digunakan.
VI DAPATAN KAJIAN

IV KAJIAN LITERATUR
Respondan kajian terdiri daripada 84 orang pelajar
semester satu yang mengambil kursus FP101. Penemuan hasil
kajian ini dipersembahkan dalam Jadual 1.

Rozinah (2002) menyatakan bahawa perisian multimedia


memberi motivasi kepada pelajar dengan menjadikan
pembelajaran lebih menarik apabila pelajar memahami apa
yang dipelajari dalam konteks yang sebenar [4]. Perisian
multimedia
yang
berkualiti
akan
mempengaruhi
penggunaannya di dalam kelas. Yusup (2007) berpendapat
satu perisian yang baik mestilah bersesuaian dengan objektif
pengajaran dan pembelajaran.[5]
Kajian yang dilakukan oleh Lee Tien Tien dan Kamisah
Osman mendapati penggunaan ICT dalam pendidikan
mendatangkan pelbagai kebaikan dan kemudahan dalam
proses P&P terutamanya dalam mata pelajaran yang
berasaskan pelbagai konsep yang abstrak. Penggunaan ICT
berupaya menunjukkan konsep abstrak secara visual dan
seterusnya membantu pelajar memahami konsep yang abstrak
tersebut menggunakan model, simulasi, permainan, video dan
penjelajahan multimedia. Komputer berupaya mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang dapat membantu pelajar
menguasai konsep yang abstrak melalui penggunaan
multimedia seperti animasi dan simulasi.[6]
Kajian yang dilakukan oleh Siti Fatimah mendapati guru
j-QAF mempunyai persepsi yang tinggi terhadap penggunaan
BBM berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran. Ini
berikutan timbulnya kesedaran para guru terhadap kebaikkan
BBM berasaskan teknologi multimedia kepada guru dan
pelajar dari aspek peningkatan kefahaman dan minat pelajar.
[7].
Kajian yang dilakukan oleh Norfadzlan dan Supli Effendi
mendapati penggunaan modul multimedia memberi kesan dan
impak yang positif dalam P&P mata pelajaran Kemahiran
Hidup berbanding dengan kaedah tradisional yang
memerlukan guru untuk menggunakan papan putih dan pelajar
lebih banyak mendengar. [8]

Item

1. Berminat
dengan elemen
multimedia
interaktif
2. Elemen
multimedia
interaktif perlu
digunapakai
dalam kursus ini
sebagai bahan
bantu mengajar
(BBM)
3. BBM
berasaskan
multimedia
interaktif
meningkatkan
interaksi antara
pelajar dan
pensyarah
4. BBM
berasaskan
multimedia
interaktif dapat
membantu proses
P&P dalam bilik
kuliah
5. BBM
berasaskan
multimedia
interaktif dapat
merangsang minat
pelajar terhadap
P&P
6. BBM
berasaskan
multimedia
interaktif dapat
membantu P&P
yang berpusatkan
pelajar

V. METODOLOGI
Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai
instrumen kajian dengan menggunakan 4 skala Likert. Soal
selidik adalah efektif instrumen untuk mendapatkan data
secara langsung. 4 skala Likert digunakan untuk
membolehkan responden membuat pilihan kerana titik neutral
dihapuskan. Disamping itu, soal selidik tanpa titik neutral
adalah terbaik untuk mengelakkan responden berada di
kategori neutral atau atas pagar.
Soal selidik diedarkan kepada pelajar semester satu yang
mengambil kursus FP101 dan dikutip semula pada masa
tersebut. Kesemua item yang terdapat dalam borang soal
selidik ini adalah dibina sendiri oleh penyelidik berdasarkan
fakta kajian lalu dan kesesuaian tajuk. Soal selidik dibina

57

Amat
Tidak
Setuju
(1)

Tidak
Setuju
(2)

Setuju
(3)

Amat
setuju
(4)

38

46

(45%)

(55%)

38

46

(45%)

(55%)

33

47

(5%)

(39%)

(56%)

49
(58%)

35
(42%)

74
(88%)

10
(12%)

5
(6%)

46
(55%)

33
(39%)

7. BBM
berasaskan
multimedia
interaktif
menjimatkan
masa pengajaran
8. BBM
berasaskan
multimedia
interaktif
menjadikan P&P
tidak terkawal
9. BBM
berasaskan
multimedia
interaktif
memberi kesan
yang sama
dengan kaedah
tradisional

48
(57%)

36
(43%)

2
(2%)

58
(69%)

24
(29%)

30
(36%)

49
(58%)

4
(5%)

1
(1%)

Item 7 mencatat seramai 48 orang dan 36 orang pelajar


masing-masing bersetuju dan amat bersetuju dengan
kenyataan ini. Ini kerana lebih banyak masa dapat ditumpukan
kepada maklumat yang ingin disampaikan berbanding dengan
keperluan mencatat nota jika menggunakan kaedah tradisional.
Manakala bagi item 8 mencatat seramai 2 orang, 58 orang
dan 24 orang masing-masing tidak setuju, setuju dan amat
setuju dengan kenyataan ini. Hal ini kerana adanya kebebasan
kepada pelajar untuk menjelajah maklumat secara lebih
mendalam tanpa dihadkan dengan skop silibus kursus.
Untuk item terakhir, seramai 30 orang dan 49 orang amat
tidak setuju dan tidak setuju manakala seramai 4 orang dan 1
orang masing-masing setuju dan amat setuju dengan
kenyataan ini. Kaedah yang menggunakan BBM berasaskan
multimedia interaktif tidak akan memberi kesan yang sama
dengan kaedah pengajaran secara tradisional pada perspektif
pelajar.
VII PERBINCANGAN

Berdasarkan kajian ini didapati pelajar semester satu yang


mengambil kursus FP101 merasakan BBM berasaskan
multimedia interaktif perlu dilaksanakan dalam proses P&P.
Pernyataan pada item 1 dan 2 menunjukkan seramai 38 Ini kerana elemenelemen yang wujud dalam multimedia
orang pelajar bersetuju menyatakan minat dengan elemen interaktif mampu memberi perspektif yang berbeza kepada
multimedia interaktif manakala seramai 46 orang pelajar amat pelajar dan kepelbagaian dalam kaedah pengajaran dan
bersetuju dengan pernyataan ini. Dan tiada pelajar yang tidak pembelajaran.
berminat dengan elemen multimedia interaktif serta kesediaan
Strategi dan pendekatan menggunakan BBM berasaskan
untuk menggunapakai elemen multimedia interaktif dalam multimedia perlu di rangka bagi merangsang dan menyuntik
kursus ini. Ini membuktikan bahawa pelajar berminat dengan minat pelajar terhadap pembelajaran kursus ini. Pensyarah
elemen multimedia interaktif disebabkan adanya elemen- kursus FP101 khususnya perlu menyediakan bahan P&P
elemen seperti teks, grafik, animasi, audio dan video. Elemen- berasaskan multimedia interaktif sebagai memenuhi keperluan
elemen ini telah mewujudkan satu kombinasi yang hebat dan dan kehendak pelajar. Pensyarah harus peka dengan senario
mampu mempengaruhi minat pelajar.
dalam bidang pendidikan semasa. Kelebihan media elektronik
Pernyataan pada item 3 menunjukkan seramai 4 orang dalam pendidikan perlu dimanfaatkan oleh barisan pensyarah
pelajar tidak setuju menyatakan BBM berasaskan multimedia kerana media tersebut membantu dalam mengadunkan
interaktif meningkatkan interaksi antara pelajar dan pensyarah. keupayaan input, paparan, penyimpanan, pencarian, pengiraan,
Manakala seramai 33 orang pelajar bersetuju dan 47 orang animasi dan simulasi. Faedah yang diperolehi dengan
pelajar amat bersetuju.
menjadikan elemen multimedia interaktif sebagai BBM di
Pernyataan pada item 4 menunjukkan seramai 49 orang bilik kuliah harus dimanipulasikan semaksimum mungkin
pelajar bersetuju, manakala seramai 35 orang pelajar amat kerana dapatan hasil menunjukkan banyak kebaikkan
bersetuju menyatakan BBM berasaskan multimedia interaktif penggunaan teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran.
membantu dalam proses P&P dalam bilik kuliah. Ini Oleh itu sikap pensyarah dalam menerima perubahan dan
menunjukkan semua responden mengakui pernyataan ini.
kehendak pelajar adalah penting bagi memastikan proses
Item 5 menunjukkan seramai 74 orang dan 10 orang pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan kreatif.
bersetuju dan amat bersetuju menyatakan BBM berasaskan
multimedia interaktif mampu merangsang minat pelajar
terhadap P&P. Ini menunjukkan elemen multimedia interaktif
VIII KESIMPULAN
yang digunapakai dapat menarik minat pelajar untuk
mempelajari serta memahami kursus ini.
Hasil kajian mendapati penerimaan positif daripada
Item 6 menunjukkan seramai 5 orang tidak bersetuju pelajar terhadap penggunaan BBM berasaskan multimedia
manakala seramai 46 orang dan 33 orang masing-masing interaktif untuk kursus FP101. Oleh itu semua barisan
bersetuju dan amat bersetuju menyatakan BBM berasaskan pensyarah amnya dan pensyarah kursus FP101 khususnya
multimedia interaktif dapat membantu P&P yang berpusatkan perlu bergerak menghasilkan bahan P&P yang berasaskan
pelajar. Ini kerana timbulnya kesedaran pelajar tentang multimedia interaktif agar sesi pembelajaran dapat
kepelbagaian tahap pemikiran antara pelajar. BBM ini mampu disempurnakan sebaik mungkin dan tercapai objektif dalam
memberi kebebasan kepada pelajar untuk mentelaah pelajaran menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan kepada
secara individu tanpa had.
Rajah 1 : Persepsi pelajar terhadap penggunaan BBM berasaskan multimedia
interaktif untuk kursus FP101.

58

[2] Aplikasi Multimedia Dalam Pendidikan. Dicapai pada 11 Oktober 2012


daripada http://ihashimi.aurasolution.com/
aplikasi_multimedia_dalam_pendidikan.htm
[3] Saridah binti Hussein (2006), Keberkesanaan Penggunaan Perisian
Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran Lokus Dalam Dua
Matra Terhadap Pelajar Tingkatan Dua, open University Malaysia
[4] Rozinah Jamaludin (2002), Teknologi Pengajaran, Kuala Lumpur :
Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd
[5] Yusup Hashim (2007), Media Pengajaran Untuk Pendidikan dan Latihan.
Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd
[6] Lee Tien Tien, Kamisah Osman, Pembinaan Dan Keberkesanan Modul
Multimedia Interaktif Dengan Ejen Pedagogi Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Elektrokimia, Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah
UKM
[7] Siti Fatimah Ahmad, Ab. Halim Tamuri, Persepsi Guru Terhadap
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia
Dalam Pengajaran j-QAF, Journal of Islamic and Arabic Education
[8] Norfadzlan Bin Zakaria, Supli Effendi Rahim, Keberkesanan
Penggunaan Modul Multimedia Dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

pelajar. Multimedia interaktif ini menjadi media perantara


pelajar dan pembelajaran disamping pensyarah sebagai
fasilitator. Oleh itu multimedia interaktif adalah idea yang
baik dalam mempelbagaikan kaedah bagi membantu
meningkatkan konsentrasi pelajar semasa di dalam bilik
kuliah.
Kajian ini mengilhamkan pensyarah untuk menghasilkan
inovasi pada P&P agar menjadi proses yang menarik dan tidak
membosankan khususnya pada kursus FP101. Pensyarah perlu
membina suatu modul multimedia interaktif yang sistematik
berdasarkan sukatan pelajaran serta memenuhi keperluan
pelajar.
RUJUKAN
[1]

Ismail Zain (2002), Aplikasi Multimedia dalam Pengajaran, Kuala


Lumpur: Sanon Printing Corporation sdn Bhd.

59

You might also like