Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty

uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasd
fghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzx
cvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq
Guru coklat mag
wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui
[Type the document subtitle]
opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfg
hjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxc
vbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq
wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui
opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfg
hjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxc
vbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq
wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui
opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfg
hjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbn
mqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwert
yuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopas
Edisi 1

Compaq

Edisi 1

Mr. Chocolate Jacques Torres

Tips mengelakkan coklat berpeluh

Resipi coklat marshmallow cornflakes

Promosi coklat pada golongan mana yang efektif. Dewasa atau kanakkanak?

2|Halaman

Edisi 1

Jacques Torres atau lebih dikenali sebagai Mr. Chocolate di


kalangan masyarakat Amerika merupakan usahawan coklat yang
dikenali ramai di negara Amerika. Kejayaan beliau tercipta dari
coklat jenama beliau iaitu Jacques Torres Chocolate yang mana
pada tahun 2008 telah menjana keuntungan tahunan melebihi
$10 juta (RM30467854.06) - Sumber dari www.usatoday.com.
Menarik tentang beliau, beliau hanyalah seorang perantau dari
Perancis yang mencari rezeki sebagai seorang chef di bumi Amerika tetapi mendapat tuah
untuk membangunkan perniagaan coklat jenama beliau sendiri dan perniagaan tersebut
semakin berkembang maju dari hari ke hari.

Tentang Jacques Torres

Umur: 53 tahun (2012)


Pencapaian: Pada tahun 1986, Torres telah dinobatkan sebagai pemenang termuda
anugerah Meilleur Ouvrier de France. Pada ketika itu, beliau berusia 26 tahun.
Keluarga: Telah mengahwini Hasty Torres pada tahun 2007. Hasty Torres merupakan
pemilik Madame Chocolat di Beverly Hills.
Tempat tinggal: Tinggal di dalam bot di Liberty State Park.

Sejarah kejayaan Jacques Torres


Beliau bermula sebagai seorang chef pastri di restoran Ritz-Carlton, Palm springs pada
tahun 1988. Kemudian, beliau berpindah ke New York dan memulakan kerjaya sebagai chef
di salah satu restoran terkemuka di sana. Selepas banyak menimba pengalaman sebagai
seorang chef di New York, beliau memasang hasrat untuk membuka perniagaan coklat
jenama beliau sendiri.
Dengan cita-cita yang tinggi dan modal perniagaan yang sedikit, beliau melancarkan jenama
coklat beliau, Jacques Torres Chocolate di gudang yang telah diubahsuai.
3|Halaman

Edisi 1

Dengan bantuan dari 2 orang rakan perniagaan, beliau telah berjaya menjana pendapatan
tahunan mencecah sehingga $1 juta (RM3046785.41) pada tahun 2003.
Pada tahun 2008 pula, pendapatan tahunan perniagaan coklat beliau mencecah sehingga
$10 juta (RM30467854.06) dan angka tersebut semakin meningkat setiap tahun.

Faktor kejayaan Jacques Torres


Usaha yang lebih untuk mendapatkan hasil yang terbaik
Jacques Torres bukan sahaja mereka bentuk coklat, tetapi beliau juga membuat coklat
tersebut dari biji koko. Dari keunikkan rasa coklat ciptaan beliau dan kualiti yang tinggi,
beliau telah menjenamakan coklat beliau di pasaran coklat-coklat mewah.

Minat yang tinggi dalam seni pembuatan coklat adalah faktor utama kejayaan
Kebanyakkan usahawan coklat meletakkan wang sebagai objektif utama tetapi Torres
mempunyai objektif yang bertentangan. Beliau berpendapat,
Membuat coklat ialah satu cara hidup. Bukan profesion.
Ini menunjukkan bahawa kejayaan perniagaan coklat beliau terhasil daripada minat yang
tinggi dalam seni pembuatan coklat. Bukan kerana wang semata-mata.

Berani mengambil risiko


Beliau juga tidak takut untuk memulakan perniagaan walaupun beliau tahu akan risiko yang
bakal beliau hadapi. Petikan daripada kata-kata beliau, Dengan segala tekanan yang
datang bersama, saya sangat gembira yang saya telah melakukannya.

Prinsip Jacques Torres


Saya sukakan kebebasan melakukan perkara yang saya rasakan betul. Saya percaya pada
diri sendiri. Jika saya melakukan kesilapan, kesilapan tersebut pastinya kesilapan saya.

Moga perkongsian mengenai Jacques Torres ini memberi inspirasi kepada anda.
4|Halaman

Edisi 1

Pernahkah anda menghadapi masalah coklat


berpeluh? Apabila keluarkan coklat dari peti sejuk, tibatiba anda lihat coklat yang anda buat tersebut seolah-olah
berpeluh.
Pada tips pembuatan coklat kali ini saya akan kongsikan
kepada anda cara untuk mengelakkan/mengurangkan
coklat berpeluh.
Sebelum itu, anda perlu tahu sebab coklat tersebut
berpeluh dan kesan daripada masalah tersebut.

Faktor coklat tersebut berpeluh


Coklat berpeluh disebabkan berlakunya proses kondensasi pada permukaan coklat tersebut.
Dipersekitaran bilik mengandungi wap air. Apabila wap air tersebut bersentuhan dengan
permukaan yang sejuk, fasa wap air tersebut akan bertukar dari gas ke cecair. Disebabkan
proses penukaran fasa tersebut, coklat menjadi seolah-olah berpeluh.

Kenapa kita perlu elakkan coklat tersebut dari berpeluh?


Permukaan coklat yang berpeluh akan menghasilkan permukaan coklat yang melekit dan
berpasir. Masalah tersebut juga boleh menyebabkan berlaku perubahan rasa pada coklat
tersebut. Justeru, akan mengurangkan kualiti coklat tersebut.

5|Halaman

Edisi 1

Bagaimana cara untuk mengelakkan coklat dari berpeluh?


Terdapat 2 solusi untuk mengatasi masalah coklat berpeluh.

Simpan coklat tersebut didalam bekas tertutup sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Cara ini memerlukan sedikit pemerhatian. Selepas keluarkan bekas tersebut dari peti sejuk,
bekas tersebut perlu diletakkan pada suhu bilik dalam keadaan tertutup (coklat masih
berada didalam bekas). Selepas beberapa minit, anda akan lihat bekas tersebut mula
berpeluh. Perkara yang perlu anda lakukan ialah biarkan bekas tersebut habis berpeluh
sebelum membuka penutup bekas tersebut dan mengeluarkan coklat.

Balut coklat dengan pembalut aluminium


Seperti coklat Cadbury disebelah, kita dapat lihat coklat
tersebut dibalut dengan pembalut aluminium. Cara ini
digunakan oleh Cadbury untuk mengekalkan kualiti coklat
mereka.
Untuk cara balut coklat berbentuk bar dengan kertas
aluminium, boleh lakukan carian diinternet.
Jika coklat tersebut berbentuk bulat dan sebagainya, boleh
tonton video tutorial istimewa di http://blog.gurucoklat.com/cara-membalut-coklatdengan-kertas-aluminium/

Sampai disini sahaja perkongsian tips pembuatan coklat. Moga perkongsian tips pembuatan
coklat kali ini memberi manfaat kepada anda.

6|Halaman

Edisi 1

Pada segmen resipi pilihan kali ini, saya ingin


kongsikan kepada anda resipi coklat marshmallow
cornflakes.
Sedikit gambaran mengenai coklat tersebut,
terdapat elemen rangup dan kenyal dalam coklat
tersebut. Kepada yang suka makan marshmallow,
coklat ini menjadi pilihan mereka.

Bahan-bahan yang diperlukan


1. Coklat kompaun yang telah dicairkan.
2. Marshmallow yang telah dipotong kecil.
3. Cornflakes yang telah dihancurkan.

Cara-cara membuatnya
1. Buat kelongsong coklat seperti didalam
gambar.

2. Masukkan marshmallow kedalam kelongsong


tersebut.

7|Halaman

Edisi 1

3. Taburkan cornflakes kedalam kelongsong.

4. Penuhkan acuan dengan coklat, ratakan


permukaan acuan dan keraskan didalam peti
sejuk. Inilah hasil selepas dikeluarkan dari peti
sejuk.
5. Sedia untuk dihidangkan.

Troubleshoot
Jika acuan coklat anda kecil, potong marshmallow menjadi lebih kecil sehingga boleh
dimuatkan di dalam kelongsong (Tidak terkeluar-keluar seperti didalam gambar) supaya
mudah untuk meratakan permukaan coklat.

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

8|Halaman

Edisi 1

Pada ruangan tips perniagaan kali ini, saya ingin


kongsikan golongan mana yang perlu anda
promosikan coklat jenama anda.
Seperti sedia maklum, kanak-kanak lebih menyukai
coklat berbanding orang dewasa. Tetapi, adakah
mereka mempunyai kuasa untuk membeli? Sudah
tentu tidak kerana kanak-kanak mengharapkan wang dari orang dewasa untuk membeli
coklat yang mereka gemari.
Dari analisis, kedua-dua golongan ini mempunyai pros dan kontra yang tersendiri. Jom kita
lihat analisis dibawah

Kanak-kanak
Pros

Kanak-kanak merupakan penggemar coklat yang utama.


Mempunyai kuasa viraliti untuk menyebarkan coklat jenama anda. Ingat! Kanakkanak ialah golongan yang jujur dan berpengaruh. Jika mereka menyukai coklat
jenama anda, mereka akan memberitahu rakan-rakan mereka yang lain dan
mempengaruhi mereka.

Cons

Kanak-kanak tidak mempunyai kuasa untuk membeli.

Dewasa
Pros

9|Halaman

Edisi 1

Mempunyai kuasa membeli yang tinggi.


Mudah dipengaruhi oleh anak-anak mereka.

Cons

Golongan yang kurang menggemari coklat.

Jadi, daripada analisis di atas, kita dapat rangka strategi untuk mempromosikan coklat
jenama kita.

Strategi promosi
Kanak-kanak
Banyakkan memberi sample percuma kepada kanak-kanak. Jika coklat jenama anda sedap,
mereka akan memberitahu rakan-rakan mereka yang lain dan mempengaruhi ibu bapa
mereka untuk membeli coklat jenama anda.

Dewasa
Banyakkan promosi coklat yang dipek untuk dijadikan hadiah kerana kebanyakkan orang
dewasa membeli coklat untuk dihadiahkan kepada orang. Bukan untuk diri sendiri.

Sampai disini sahaja perkongsian tips perniagaan coklat. Moga perkongsian tersebut dapat
memberi idea baru dalam pemasaran coklat jenama anda.

Terima kasih kerana membaca.

Oleh Editor Guru Coklat Mag


Khairul Akmal Ibrahim
http://www.gurucoklat.com
http://blog.gurucoklat.com

10 | H a l a m a n

You might also like