Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim

Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim


Temenggung Johor
Tempoh pemerintahan
Didahului oleh

19 Ogos 1841 - 10 Mac 1855

tiada

Diikuti oleh Temenggong Sri Maharaja Wan Abu Bakar


Sultan/Maharaja Johor (De facto)
Tempoh pemerintahan
Didahului oleh

10 Mac 1855 1862

Sultan Ali Iskandar Shah (Sultan Johor)

Diikuti oleh Maharaja Abu Bakar (Maharaja Johor)


Pasangan

1. Inche Ngah

2. Engku Long Muda


3. Tengku Andak
Putera-puteri
1. Abu Bakar
2. Ungku Muhammad Daeng Ibrahim
3. Ungku Abdullah
4. Ungku Abdul Rahman
5. Ungku Abdul Majid
6. Ungku Muhammad Khalid
7. Ungku Daud
8. Ungku Besar
9. Ungku Pah
10. Ungku Khadija
11. Ungku Zaharah
12. Ungku Nong Hawa
Keluarga diraja

Wangsa Temenggung

Ayahanda

Temenggung Abdul Rahman

BondaInche Yah
Agama

Sunni Islam

Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim (8 Disember 1810 - 31 Januari 1862) ialah
Maharaja Johor/de facto Sultan Johor ke-20, sebuah negeri di selatan Semenanjung
Malaysia, antara tahun 1855 dan 1862. Beliau tidak memakai gelaran sultan untuk
menghormati Sultan Ali.

Isi kandungan [sorokkan]


1 Latar belakang
2 Pemerintahan
3 Mangkat
4 Keturunan
5 Sistem Kangcu
6 Keluarga
6.1 Isteri
6.2 Anak Lelaki
6.3 Anak Perempuan
7 Lihat juga
8 Rujukan
9 Pautan Luar
Latar belakang[sunting | sunting sumber]
Daeng Ibrahim dilahirkan di Pulau Bulang, Kepulauan Riau, anak kepada
Temenggung Abdul Rahman dan isteri pertamanya, Inche Yah, dan menerima
pendidikan swasta di Singapura. Beliau juga dikenali dengan panggilan Daeng
Ronggek, Tengku Chik dan Daeng Kechil.

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]


Pada tahun 1833, Daeng Ibrahim menggantikan abangnya sebagai Tengku
Temenggong Sri Maharaja, dan berkhidmat di bawah dua Sultan, iaitu Sultan
Hussain Shah dan Sultan Ali.

Walaubagaimanapun, secara rasminya beliau telah memegang jawatan ini pada 19


Ogos 1841. Majlis perlantikan beliau yang diadakan di New Harbour, Singapura,
telah disaksikan oleh Gabenor Bonham dan Bendahara Tun Ali dari Pahang.

Pada 10 Mac 1855, Sultan Ali memeterai sebuah perjanjian dengan pihak British di
Singapura. Dalam perjanjian ini, Sultan Ali bersetuju untuk memindahkan semua
kuasanya di Johor kepada Daeng Ibrahim, Temenggungnya, kecuali Kesang yang
terletak di sebelah tebing utara Sungai Muar di daerah Muar. Dengan itu, Daeng
Ibrahim menjadi pemerintah Johor dengan gelaran "Maharaja Johor". Antara lain,
perjanjian itu mengiktirafkan Sultan Ali sebagai Sultan Johor, tetapi gelarannya tidak
boleh diwariskan kepada keturunannya.

Sebagai Maharaja Johor, Daeng Ibrahim mengasaskan pentadbirannya di Tanjung


Puteri atau Iskandar Puteri yang kemudian digelarkan Johor Bahru oleh anaknya,
Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, pada tahun 1866. Beliau mewujudkan suatu
sistem pentadbiran kerajaan yang teratur and tersusun. Baginda memperkenalkan
"Sistem Kangcu" pada tahun 1833 untuk memajukan perusahaan ladang lada hitam
dan gambir di Johor.

Mangkat[sunting | sunting sumber]


Baginda mangkat pada 1 Februari 1862 di Teluk Belanga, Singapura dan
dimakamkan di Makam Temenggong, Masjid Teluk Belanga.

Keturunan[sunting | sunting sumber]


Moyang beliau adalah Sultan Abdul Jalil IV yang memerintah Johor selepas 1699.
Keturunan beliau yang mula memakai gelaran Temenggung adalah Temenggung Tun
Abdul Jamil (mangkat selepas 1762) iaitu anak kepada Bendahara Tun Abbas
(mangkat selepas 1736) cucu kepada Sultan Abdul Jalil.

Temenggung Tun Abdul Jamal telah beristerikan Raja Maimunah iaitu saudara
perempuan kepada Daing Kemboja. Daripada perkahwinan ini lahir 3 orang
cahayamata iaitu Daing Chelak, Daing Kechil dan Engku Muda (mangkat 1806).

Sistem Kangcu[sunting | sunting sumber]


Rencana utama: Sistem Kangcu
"Kangcu" ialah bahasa Cina untuk "Tuan Sungai". Melalui sistem ini, Daeng Ibrahim
membawa orang-orang Cina dari Singapura ke Johor untuk mengerjakan ladang
lada hitam di sepanjang Sungai Johor. Orang-orang Cina diberikan "Surat Sungai"

yang merupakan surat kebenaran untuk menetap dan mengusahakan pertanian di


Johor. Kawasan perladangan dikenali sebagai "kangkar", iaitu perkataan bahasa
Cina untuk "kaki sungai". Setiap kangar diketuai oleh seorang kangcu yang
memerintah dan memungut cukai untuk kerajaan Johor.

Keluarga[sunting | sunting sumber]


Isteri[sunting | sunting sumber]
Daeng Ibrahim mempunyai tiga isteri, iaitu:-

Inche Ngah
Engku Long Muda
Tengku Andak (anak perempuan ketiga kepada Sultan Abdul Rahman Muazzam
Shah, Sultan and Yang di-Pertuan Besar Lingga-Riau.
Anak Lelaki[sunting | sunting sumber]
Daeng Ibrahim mempunyai tujuh anak lelaki:-

Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, Sultan Johor (anak Inche Ngah)
Ungku Muhammad Daeng Ibrahim
Ungku Abdullah Daeng Ibrahim, Ungku Sri Paduka Pemangku Raja
Ungku Abdul Rahman Daeng Ibrahim (anak Engku Long Muda)
Ungku Abdul Majid Daeng Ibrahim, Ungku Sri Paduka Pemangku Raja
Ungku Muhammad Khalid Daeng Ibrahim
Ungku Daud Daeng Ibrahim
Anak Perempuan[sunting | sunting sumber]
Daeng Ibrahim mempunyai lima anak perempuan:-

Ungku Besar Daeng Ibrahim


Ungku Pah Daeng Ibrahim
Ungku Khadija Daeng Ibrahim
Ungku Zaharah Daeng Ibrahim
Ungku Nong Hawa Daeng Ibrahim

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Sultan Johor
Sejarah Johor
Kesultanan Lingga-Riau
Rujukan[sunting | sunting sumber]
Laman web Christopher Buyers
Pautan Luar[sunting | sunting sumber]
Penyandang Terdahulu

Sultan Johor ke-20

1862 1895 Penyandang Kemudian


Sultan Ali

Sultan Abu Bakar

[tunjuk] l b s
Johor Salasilah Kesultanan Johor Johor
Kategori: Sultan Johor

You might also like