Esei Migrasi Penduduk f2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Kajian Geografi

Tempatan

Tema : Petempatan dan


Perkembangannya

Faktor yang
mempengaruhi migrasi

Hasil Kajian

Bandar Bayan Baru merupakan salah satu penempatan yang giat


dan pesat membangun di Pulau Pinang. Ia juga adalah salah satu
kawasan yang mempunyai penduduk yang tinggi. Dalam kajian saya,
memandangkan Bandar Bayan Baru adalah satu penempatan yang agak
padat, pola migrasi penduduk menunjukkan perpindahan dari bandar ke
bandar dan perpindahan dari luar bandar ke bandar.

Pola migrasi dari bandar ke bandar dalam kajian saya


menunjukkan penduduk berhijrah kerana disebabkan peluang
pekerjaan, kemudahan asas yang baik dan lengkap dan mengikut
keluarga berpindah ke Bandar Bayan Baru . Dari pemerhatian saya,
pusat institusi pengajian tinggi seperti Kolej INTI juga mendorong
pergerakan penduduk yang terdiri daripada pelajar. Pola migrasi dari
luar bandar ke bandar pula dipengaruhi oleh kemudahan asas di Bandar
Bayan Baru dan peluang pekerjaan yang terdapat di sini atau
kawasan-kawasan yang berdekatan dengan kawasan kajian.

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk di


kawasan kajian adalah peluang pekerjaan yang banyak, kemudahankemudahan asas yang lengkap, pusat pendidikan yang baik untuk
pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran.

Perkembangan kegiatan ekonomi dan sosial telah menjadikan


Bandar Bayan Baru berkembang dari sebuah kawasan perumahan biasa
kepada satu kawasan perumahan elit yang pesat dengan aktivitiaktiviti komersial, industri dan sosial. Sebagai contoh, banyak kedai,
pasaraya, restoren telah dibuka menawarkan pekerjaan dan perniagaan
kepada penduduk. Saya berasa amat bertuah kerana kawasan ini berada
berdekatan dengan kawasan sekolah saya. Saya yakin dengan peluang

pekerjaan yang banyak, masa hadapan generasi muda di Bandar Bayan


Baru akan lebih terjamin.

Bandar Bayan Baru merupakan satu kawasan yang membangun


dengan cepat. Di sini bukan sahaja mempunyai kemudahankemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik serta jalanraya dan
kemudahan infrastruktur, pusat pendidikan, pusat perubatan dan
komersial yang canggih. Ini mendorong migrasi penduduk ke Bandar
Bayan Baru . Memandangkan saya bersekolah di SMK Bukit Jambul
sudah 2 tahun, saya bersyukur bersekolah di sini kerana kawasan
persekitarannya yang mempunyai kemudahan-kemudahan yang canggih
dan sistem jalanraya yang cekap yang memudahkan saya pergi dan balik
dan sekolah.

Bandar Bayan Baru merupakan salah satu pusat pendidikan di


Pulau Pinang dengan adanya Kolej INTI,SMK kluster Bukit
Jambul,SMK Sungai Nibong,Sekolah cina Kwang Hwa dan SJK Shih
Chung . Di samping itu, ia juga terletak berdekatan dengan Universiti
Sains Malaysia . Ini mendorong migrasi terutama dikalangan pelajarpelajar yang akan tinggal Bandar Bayan Baru secara sementara untuk
tempoh yang singkat. Selain daripada itu, kawasan ini mempunyai
sekolah-sekolah rendah dan menengah yang mempunyai prestasi dan
disiplin yang baik contohnya SMK Kwang Hwa yang telah dinobatkan
menjadi Sekolah Kluster. Oleh itu, saya beruntung kerana bersekolah
di tempat yang menyediakan persekitaran pembelajaran yang positif dan
juga mempunyai pilihan universiti yang banyak untuk melanjutkan
pelajaran kelak.
Dasar dan pentadbiran kerajaan yang sentiasa prihatin tentang
keselesaan penduduk juga mendorong migrasi penduduk ke Bandar

Bayan Baru . Kerajaan juga banyak memberi tumpuan pembangunan di


kawasan ini dengan menjaga persekitaran di Bandar Bayan Baru
sebagai kawasan perumahan yang selesa, harmoni dan baik. Kerajaan
juga berusaha menjadikannya sebagai pusat ekonomi, sosial dan
komersial yang pesat membangun. Saya berasa berasa bertuah kerana
negara ini dipimpin oleh kerajaan yang prihatin terhadap keselesaan dan
kemudahan rakyat. Oleh itu, saya amat berterima kasih dan menghargai
usaha-usaha kerajaan ini.

Rumusan

Secara rumusannya, pola migrasi di Bandar Bayan Baru


kebanyakannya melibatkan migrasi bandar ke bandar dan luar bandar ke
bandar. Kemudahan asas yang lengkap dan moden, peluang pekerjaan
yang luas, mengikut keluarga dan melanjutkan pelajaran telah banyak
mempengaruhi migrasi ke Bandar Bayan Baru .
Dengan adanya migrasi, ia berjaya mewujudkan masyarakat
majmuk yang berbilang kaum. Saya bangga menjadi anak Malaysia
yang hidup dalam komuniti Satu Malaysia yang maju dalam suasana
aman dan harmoni. Migrasi penduduk telah menaik tarafkan hidup
penduduk. Saya berterima kasih di atas usaha-usaha kerajaan
menjadikan Bandar Bayan Baru kawasan yang pesat membangun yang
menawarkan peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan kepada
penduduk.

You might also like