Pengurusan Panitia TMK

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT INFANT JESUS 1, MELAKA.

(Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 4)

CARTA ORGANISASI
PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) 2015

PENGERUSI
GURU BESAR
(PUAN KAMARIAH BINTI MOHD. DAWAM)

NAIB PENGERUSI 2

NAIB PENGERUSI 1

NAIB PENGERUSI 3

GPK HAL EHWAL MURID


( PN. ZAITON BINTI AHMAD )

GPK PENTADBIRAN
( ENCIK GOH SENG MUI)

GPK KOKURIKULUM
( PN. HJH. SITI NORAISHAN)

KETUA PANITIA
( CIK FARAH ANIS BINTI ISMAIL)

SETIAUSAHA
(CIK FARAH ANIS BINTI ISMAIL)

AHLI JAWATANKUASA

1. Cik Farah Anis Binti Ismail

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT INFANT JESUS 1, MELAKA.


(Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 4)

PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)


SENARAI JAWATANKUASA
(2015)

PENGERUSI

Puan Kamariah binti Mohd. Dawam


(Guru Besar)

NAIB PENGERUSI 1:

Encik Goh Seng Mui


(GPK Pentadbiran)

NAIB PENGERUSI 2:

Puan Zaiton binti Hj. Ahmad


(GPK HEM)

NAIB PENGERUSI 3:

Puan Hjh. Siti Noraishan binti Abd. Aziz


(GPK Kokurikulum)

KETUA PANITIA

Farah Anis Binti Ismail

SETIAUSAHA

Farah Anis Binti Ismail

AJK

Farah Anis Binti Ismail

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT INFANT JESUS 1, MELAKA.


(Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 4)

PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)


SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
(2015)
BIL
.

NAMA GURU

KELAS

4 Merah
1

Farah Anis Binti Ismail

4 Biru
5 Merah

TUGAS / PERANAN

Ketua Panitia
Menguruskan hal-hal panitia
Membuat perancangan untuk panitia
Penyelaras program-program panitia

5 Biru

*** Guru yang terlibat sebagai jurulatih akan bertanggungjawab untuk :


1. Menghadiri mesyuarat di semua peringkat sama ada peringkat kawasan,
negeri atau kebangsaan.
2. Bertanggungjawab mengurus dan menyediakan fail dan laporan.
PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
(2015)

MATLAMAT PANITIA TMK (Berdasarkan SPI Bil. 4/1986)


Berikut adalah antara beberapa matlamat / tujuan yang dikenal pasti untuk panitia
mata pelajaran TMK:
1. Merancang dan menyelaraskan pengurusan mata pelajaran TMK.
2. Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
3. Berusaha memperbaiki dan mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif
mengikut perkembangan pendidikan semasa yang boleh mendorong
mewujudkan perkembangan intelek dan rohani murid sejajar dengan Falsafah
dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan.
4. Memperbaiki prestasi murid dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam)
dalam mata pelajaran TMK berpandukan atau berasaskan kepada
prestasi/sasaran yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.
5. Mewujudkan semangat bekerjasama antara panitia mata pelajaran dengan
persatuan atau kelab akademik.

OBJEKTIF PANITIA TMK

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT INFANT JESUS 1, MELAKA.


(Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 4)

1. Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan


pembelajaran.
2. Berikhtiar selain berusaha untuk mendapatkan strategi dan teknik mengajar dan
boleh menolong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap
pelajaran.
3. Membaiki prestasi para pelajar dalam peperiksaan serta ujian berdasarkan
sasaran GPMp yang ditetapkan.
4. Guru-guru TMK perlu memastikan murid-murid dapat capai objektif mata
pelajaran TMK Sekolah Rendah iaitu:
i. mendengar dan memahami pengucapan dengan teliti serta menghayati
pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;
ii. Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam
pelbagai situasi;
iii. Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah,
mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara;
iv. Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan bukan sastera dengan
menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk
memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis;
v. Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya
pembelajaran berterusan;
vi. Memperkembang ingatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan
penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis;
vii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan
berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses
penulisan yang sesuai dan betul;
viii.
Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa,
dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan
menulis;
ix. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan
karya bukan sastera;
x.
Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat
patriotik, dan semangat kewarganegaraan.

PERANAN PANITIA BAHASA MELAYU (Berdasarkan SPI Bil. 4/1986)


Berikut adalah antara perkara yang perlu dicapai oleh panitia, sejajar dengan
peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas:
1.

Memastikan semua ahli panitia menggunakan sukatan pelajaran dan huraian


sukatan pelajaran (Tahun 6), Dokumen Standard Kandungan dan Prestasi
(Tahun 4 dan 5) dan Dokumen Standard Kandungan serta Panduan
Perkembangan Pembelajaran Murid (Tahun 1 3) yang terkini sebagai panduan.

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT INFANT JESUS 1, MELAKA.


(Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 4)

2.

Menyediakan kerangka/format dan menyelaraskan rancangan mengajar


antara guru dalam sesuatu darjah dan antara darjah.

3.

Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku-buku rujukan


atau bahan-bahan bacaan tambahan dan alat/bahan bantu mengajar yang
sesuai dengan keperluan pembelajaran murid dan kegunaan guru untuk
dibekalkan di pusat sumber sekolah.

4.

Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan berasaskan sekolah


yang disediakan bagi tiap-tiap darjah dan menubuhkan bank soalan.

5.

Menyelaras skema pemarkahan untuk peperiksaan pertengahan/akhir tahun.

6.

Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan murid dalam tiap-tiap


peperiksaan berasaskan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk
mengatasi kelemahan-kelemahan murid dan pengajaran guru.

7.

Merancang dan menjalankan aktiviti perkembangan staf peringkat panitia


dalam hal-hal profesional keguruan.

8.

Merancang aktiviti-aktiviti panitia bagi tujuan meningkatkan prestasi murid


dari semasa ke semasa.

9.

Menentukan bilangan minimum latihan-latihan yang diberi dari segi jenis serta
kepelbagaian. Memastikan latihan bertulis disemak dengan konstruktif dan
kemas kini serta kesalahan dalam latihan bertulis ditegaskan untuk dibuat
pembetulan.

10.

Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-kurangnya sekali


sepenggal dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara ad hoc jika perlu
untuk memikir dan membincangkan antara lain masalah-masalah atau isu-isu
yang berkaitan, seperti masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah
mengajar serta mencari penyelesaian kepada masalah-masalah atau isu-isu
tersebut. Mesyuarat-mesyuarat ini dianggap rasmi dan perlu diadakan agenda
dan minit mesyuarat dicatatkan dalam format yang sesuai dan diadakan ruang
untuk tindakan. Setiap mesyuarat hendaklah mengesahkan minit mesyuarat
yang lepas dan pihak-pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan
terhadap sesuatu keputusan hendaklah memberikan laporan tentang
kemajuannya. Salinan minit mesyuarat hendaklah disampaikan kepada Guru
Besar, Penolong Kanan dan setiap ahli panitia untuk makluman dan tindakan.

11.

Bekerjasama dengan persatuan akademik bagi meningkatkan prestasi


pembelajaran murid.

12.

Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan


panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan atau
sekelompok.

13.

Bekerjasama dengan panitia-panitia lain dalam usaha membantu dan


memajukan murid-murid yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu.

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT INFANT JESUS 1, MELAKA.


(Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 4)

14.

Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyedia dan


mengedarkan minit mesyuarat, menyelenggarakan fail-fail panitia, menyediakan
laporan dan rekod, surat menyurat dan perkara-perkara lain.

15.

Membantu Guru Besar menyediakan perancangan jangka pendek dan jangka


panjang yang dimuatkan dalam blue print akademik sekolah.

16.

Membantu guru baru dalam hal-hal ikhtisas.

17.

Membantu guru berusaha menyediakan bahan bantu mengajar dengan


mengadakan bengkel dalam kalangan guru dan memastikan penggunaannya
dengan berkesan.

18.

Menyediakan anggaran perbelanjaan panitia untuk dikemukakan kepada


Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

TUGAS KETUA PANITIA


Berikut adalah beberapa tugas Ketua Panitia:
1.
2.

Mengetuai panitia sekolah serta menganggotai Jawatankuasa Kurikulum


Sekolah.
Melantik seorang ahli panitia sebagai Setiausaha Panitia.

3.

Mempengerusikan mesyuarat panitia dan memastikan minit mesyuarat


disediakan dan disampaikan kepada Guru Besar, Penolong Kanan dan juga
semua ahli panitia.

4.

Merancangkan segala aktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan


pencapaian mata pelajaran berkenaan.

5.

Memastikan kesemua aktiviti yang dirancangkan dapat dijalankan dengan


sempurna.

6.

Berhubung erat dengan semua ahli panitia untuk mendapat tahu tentang
kemajuan-kemajuan yang dicapai, masalah-masalah yang dihadapi dan langkahlangkah yang harus diambil untuk memperbaiki mutu pengajaran dan
pencapaian.

7.

Memberi perhatian kepada semua keputusan ujian dan peperiksaan untuk


menentukan keadaan pencapaian murid.

8.

Bertanggungjawab ke atas pengelolaan dan perolehan bahan-bahan


seperti sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, buku teks, buku
rujukan/majalah, alat/bahan bantu mengajar, analisis keputusan dan kertas
soalan ujian/peperiksaan, jadual dan nota siaran pendidikan, surat-menyurat,

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT INFANT JESUS 1, MELAKA.


(Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 4)

rekod perkembangan staf, rekod kegiatan dan perkembangan terbaru dalam


mata pelajaran berkenaan.
9.

Melengkapkan diri dengan perkembangan yang terbaru dalam mata


pelajaran berkenaan melalui bacaan, menghadiri kursus atau mesyuarat yang
berkaitan. Ketua Panitia haruslah menunjukkan kepimpinan yang dinamis dan
inovatif sebagai teladan kepada ahli panitia.

10.

Menguruskan persediaan soalan peperiksaan sekolah dan menetapkan


pembahagian kerja berkaitan.

11.

Bekerjasama erat dengan guru perpustakaan bagi memperolehi bukubuku mata pelajaran berkenaan untuk perpustakaan sekolah.

12.

Memastikan segala alat dan bahan kegunaan guru direkod, dikemaskini


dan dijaga dengan baik, di samping mewujudkan sistem yang memudahkan guru
menggunakannya.

13.

Mengkaji, meneliti, membincang dan mengambil tindakan ke atas laporan


Nazir Sekolah.
14. Menyediakan satu laporan tahunan mengenai keadaan pengurusan serta
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran.

You might also like