Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

1.

0 DEFINISI KONFLIK
Perang dan keamanan merupakan konflik dunia moden sekarang. Konflik
dalaman sesebuah negara akan memberi kesan kepada keamanan, kestabilan
dan sosial kepada sesebuah negara tersebut. Sehubungan itu, banyak negara
moden sekarang cuba ubtuk mengelak kewujudan dan perkembangan konflik
dengan cara menguruskan sesuatu konflik yang mampu dan berpotensi
mewujudkan krisis.. Chamil Wriya(1989), mendefinisikan konflik sebagai
pertentangan dan perbezaan pendapat atau objektif atau pendirian antara dua
atau lebih pihak yang punyai prinsip yang berbeza. Boleh dilihat krisis adalah
satu konsep yang berbeza dengan konflik. Hobbes berpendapat bahawa konflik
antara individu adalah bersifat semula jadi. Ini kerana setiap individu akan
Menurut peraturan semula jadi atau primitive. Namun melalui aspek
permuafakatan dan sifat bertoleransi akan membentuk persetujuan dan
penyelesaian yang dapat meminimumkan risiko pertelingkahan dan
menghasilkan keputusan yang dapat menjaga kepentingan bersama.

2.0 SEJARAH NEGARA YUGOSLAVIA


Apabila Sarajevo menjadi sebahagian daripada wilayah Turki Uthmaniyah
pada 1463, ia turut mempunyai hubungan dengan agama Islam. Ia terus berada
di bawah kuasa Turki Uthmaniyyah selama kira-kira 400 tahun. Sepanjang
tempoh yang cukup panjang ini,Slavs yang mempunyai hubungan dengan
mazhab Kristian yang dipanggil Bogomiis dan tinggal di kawasan BosniaHerzegovina,telah memeluk Islam dengan kerajaan kerelaan hati mereka sendiri.
Dengan itu, umat Islam muncul muncul di Bosnia,di tengah-tengah Semenanjung
Balkan. Berikutan dengan Perjanjian Berlin pada 1878,Bosnia telah diberikan
kepada Empayar Austria Hungry,walaupun ia masih sebahagian daripada
kawasan Turki Uthmaniyyah. Namun akhirnya ia telah ditawan pada 1908 dan
Bosnia tidak lagi berada di bawah pemerintahan Islam. Orang Islam melihat
pemergian Turki Uthmaniyah dengan penuh kesedihan kerana mereka telah
membayangkan penganiyaan yang dahsyat yang bakal diterima di bawah sistem
pemerintahan baru.
Bosnia merupakan kawasan yang menimbulkan konflik antara gereja
Katolik dan Ortodoks, ini kerana Bosnia terletak di antara negeri Byzantium dan
Frankish. Masa yang sama telah muncul,gereja di antara kedua-dua gereja besar

ini pada penghujung abad ke-14 dan awal abad ke-15,penganut gereja Bosnia ini
telah memeluk agama Islam secara beramai-ramai.

Di sinilah bangsa atau orang Islam Bosnia terbentuk berasaskan kaum dan
linguistik Bosnia-Slav dan melalui asimilasi budaya Islam.Konflik politik dan
ketenteraan di antara negara Eropah dengan Empayar Othmaniah mengancam
penduduk di kedua-dua belah sempadan yang memisahkan negara Islam dan
Kristian. Abad ke-17 dan ke-18 wujud peperangan di antara Austria dan Venetian
yang berada di satu pihak dan Empayar Othmaniyah di satu pihak lagi,tentera
yang berperang bagi kedua-dua belah pihak terdiri daripada orang Islam Bosnia,
Serb,Croat dan Montenegro,ini menyebabkan Empayar Othmaniyah telah
berundur dari Bosnia. Penghapusan kaum yang paling dahsyat telah disaksikan
oleh Eropah.

3.0 LATAR BELAKANG KONFLIK


Perang di Bosnia Herzegovina,yang lebih dikenali sebagai Perang Bosnia,
adalah sebuah konflik senjata antarabangsa yang berlaku pada Mac 1992 hingga
November 1995. Perang ini melibatkan beberapa pihak. Menurut penilaian
Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk Yugoslavia dahulu,konflik ini melibatkan
Bosnia, dan Republik Persekutuan Yugoslavia(kini Sebia dan Montenegro), dan
juga Croatia. Menurut Mahkamah Keadilan Antarabangsa, Serbia memberi
sokongan ketenteraan dan kewangan kepada angkatan tentera Serb yang terdiri
daripada Tentera Rakyat Yugoslav, Menteri Dalaman Serbia, dan Angkatan
Pertahanan Kawasan Serb. Croatia memberi sokongan ketenteraan kepada
tentera Croat untuk mengisytiharkan diri mereka sebagai Komuniti Croatia
Herzeg-Bosnia. Tentera kerajaan Bosnia pula diketuai oleh Tentera Republik
Bosnia-Herzegovina. Perkara ini telah mengubah objektif dsn kesetiaan beberapa
kali dalam beberapa peringkat dalam perang ini.
Oleh kerana perang di Bosnia- Herzegovina adalah kebarangkalian
daripada ketidakstabilan etnik yang besar dalam Yugoslavia pada masa itu, dan
berikutan daripada campurtangan negara jiran,Croatia dan Serbia dan
Montenegro, ia telah menyebabkan perbahasan yang berpanjangan samada
2

konflik ini adalah perang saudara atau perang pencerobohan. Kebanyakkan


orang Bosnia dan Croat, ahli politik barat dan organisasi hak asasi manusia
menyatakan bahawa perang itu adalah perang pencerobohan oleh pihak Serbia,
manakala orang Serbia pula mengaggapnya sebagai perang saudara.

Sebuah perbicaraan telah diadakan di Mahkamah Keadilan


Antarabangsa,berikutan daripada pengeluaran saman daripada BosniaHerzegovina pada tahun 1993 menentang Serbia dan Montenegro mendakwa
berlakunya pembunuhan kaum di sana. Mahkamah Keadilan Antarabangsa(ICJ)
membuat keputusan pada 26 Februari 2007 dan menentukan bahawa perang itu
bersifat antarabangsa,meskipun Serbia bertanggungjawab untuk pembunuhan
kaum yang dilakukan oleh tentera Serb daripada Republik Srpska. ICJ juga
menyimpulkan lagi bahawa,pihak Serbia telah gagal untuk mengelakkan
pembunuhan kaum yang dilakukan oleh tentera Serb daripada berlaku dan
mereka juga gagal untuk menghukum mereka yang melakunya,terutamanya
Jeneral Ratko Mladic, dan membawa mereka ke muka pengadilan. Walaupun
terdapat bukti pembunuhan, pengepungan Bandar, aktiviti perogolan besarbesaran, pemusnahan etnik dan penderaan di kem dan pusat tahanan yang
dikendalikan oleh tentera Serb yang berlainan.

4.0 PUNCA PUNCA KONFLIK


Faktor-faktor terjadinya konflik di Bosnia-Herzegovina disebabkan oleh
pengisytiharan kemerdekaan oleh Croatia dan Bosnia daripada Serbia,
pengiktirafan Eropah ke atas kedua-dua buah negara tersebut, dan perang
Croatia-Serbia yang walaupun singkat tetapi bersifat ganas dan kejam.
Keganasan telah meletus pada april 1992 apabila kaum Bosnian Serbs bertindak
ekoran daripada undian Bosnia untuk mencapai kemerdekaan. Mereka ini
bertindak dengan menyerang Sarajevo dan kawasan lain iaitu kebanyakannya
terdiri daripada Bandar bermajoriti kaum muslim. Pihak Serbs menuntut supaya
Bosnia digabungkan bersama Serbia.
3

Peperangan secara pantas maletus dan mangambil tindakan yang bersifat


etnisi dan membabitkan kaum muslim, Serbs dan Croats berkonflik sesama
mereka untuk menakluiki wilayah Bosnia tersebut. Rentetan daripada peristiwa
tersebut, beribu-ribu penduduk muslim lelaki dikeluarkan secara paksaan dan
kemudiannya dibunuh. Selepas itu, pasukan Pertahanan PBB UNPRFOR, yang
telahpun ditubuhkan di Croatia bertujuan untuk mengekalkan keamanan dan
mencari jalan penyelesaian bagi mengakhiri perang Serbia- Croatia sebelum ini
telahdiperbesarkan dan ditugaskan ke Bosnia dengan tujuan mencegah
keganasan lebih lanjut pihak Serbs.
Selain itu, sikap golongan Serbs yang berhasrat menguasai semua etnik di
Yugoslavia telah mencetuskan konflik. Golongan Serbs memaksa etnik di
Yugoslavia supaya menggunakan bahasa Serb dan menganut Kristian Othodoks.
Golongan Serb juga menggembar-gemburkan propaganda yang mana mereka
akan manjadi mangsa penindasan pope, umat islam, keturunan Croat dan
Albania. Gembar-gembur ini hebat mengatakan orang Bosnia hendak
menubuhkan sebuah negara Islam Fundamantalist di Bosnia. Ketua golongan
Serb iaitu Slobodan Milosevic adalah orang yang bertanggungjawab
mencetuskan konflik dengan menyebarkan dakyah kononnya mereka akan
dimusnahkan oleh pihak musuh.
Dengan ini, para pemimpin golongan Serbs telah berjaya menanamkan
perasaan ketakutan dikalangan orang Serb keseluruhannya. Dakyah-dakyah
tersebut telah menyakinkan rakyat Serbia bahawa mereka terpaksa
mampertahankan diri. Oleh itu, golongan Serb telah memperbesarkan tentera
mereka, dengan membeli senjata dan menjalankan latihan peperangan.
Manakala, Bosnia pula tidak sekali-kali berniat hendak menakluki sesiapa. Umat
islam di Bosnia-Herzegovina juga tidak pernah bercita-cita menubuhkan negara
islam Fundamentalist.
Slobodan Milosevic juga bercita-cita tinggi untuk menjadi bangsa Serbs
sebagai satu bangsa yang kuat dan berkuasa. Milosevic dikenali sebagai
pemimpin nasionalis Serbia yang mahu mewujudkan Negara Serbia Raya. Beliau
bermain dengan sentimen nasionalisme dan perkauman Serbia. Milosevic telah
berjaya menawan hati rakyat Serbia dengan wawasan untuk mewujudkan
gagasan Serbia Raya, suatu wawasan politik yang menggabungkan semua
wilayah tradisi Serbia, bukan sahaja di Serbia malah di Croatia dan BosniaHerzegovina.
4

Wawasan ini yang membawa kepada peperangan di Bosnia pada ketika


dahulu. Beliau tidak pernah menhiraukan untuk mencapai bagaimana untuk
mencapai cita-citanya. Beliau dan ketua-ketua golongan serbs yang
bersefahaman dengannnya telah meniupkan semangat keunggulan orang Serbs.
Seterusnya, orang-orang Serbs pun diperigatkan supaya bersiap sedia
mempertahakan diri dan keluarganya dari dijajah. Mereka juga ditiupkan dengan
semangat kepahlawan bangsa dan betapa mustahaknya mereka hidup di sebuah
negara yang kuat dan terhormat. Konflik yang tercetus pada asasnya adalah
berpunca dari satu ego dan perangai keagungan bangsa Serbs dan cita-cita
mereka untuk menakluki kaum lain yang berjiran dengan mereka.

4.0 KONFLIK SEMASA


Negara bersekutu Yugoslavia dibahagikan kepada enam republik
berasaskan etnik yang berbahasa Slav iaitu Serbia, Croatia, Bosnia, Slovenia dan
Montenegro. Bibit-bibit persengketan etnik di wilayah ini bermula sebelum
penubuhan Yugoslavia lagi. Pada 28 Jun 1914, segolongan pemuda Serb telah
membunuh Putera Mahkota Austro-Hungary, Duke Ferdinand dan isterinya,
Sophia. Tndakan ini merupakan faktor tercetusnya perang dunia pertama yang
turut menhancurkan empayar Austo-Hungary dan negara-negara jirannya.
Dalam keadaan ini, sebuah negara baru ditubuhkan iaitu Yugoslavia. Semangat
dan revolusi komunisme pada masa tersebut hasil daripada kejayaan perjuangan
pekerja-pekerja Rusia telah mempengaruhi golongan pekerja-pekerja dan kaum
intelek Yugoslavia dan mencegah daripada berlakunya pemusuhan sesame
sendiri. Pada tahun 1921, Yugoslavia telah diisytiharkan menjadi negara yang
mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Sistem ini berpanjangan sehingga
bermulanya perang dunia kedua mangakibatkan Yugoslavia dilanggar oleh pihak
Jerman pada 6 April 1941.
Tito dan ahli-ahli parlimen komunis dan raktyat Yugoslavia memberontak
menentang tentera Jerman. Pada masa yang sama, di Yugoslavia tercetusnya
pareng saudara di antara pelbagai etnik. Keadaan ini menyebabkan Yugoslavia
menerima kerosakan yang teruk dan lebih kurang 1.75 juta dari 15 juta rakyat
telah terkorban pada tahun 1945, Yugoslavia telah diisytuharkan sebagai sebuah
negara bersekutu di bawah pimpinan Tito yang memerintah sacara diaktor.
5

Beliau berjaya mengekalkan perpaduan semua etnik. Disamping itu, beliau


berjaya mewujudkan sedikit kestabilan dan lemakmuran.
Pada athun 1974, Tito telah menggubal satu perlembagaan baru untuk
Yugoslavia bagi mewujudkan pemerintahan presiden bersama. Tito mati dalam
tahun 1980 dan kuasanya telah diambil oleh Milosevic. Beliau gagal
mengekalkan perpaduan dan kerjasama di antara etnik di Yugoslavia. Keadaan
ini menyebabkan perasaan tidak puas hati merebak. Seterusnya, sikap tidak
mempercayai dan syak wasangka di antara etnik yang telah diwarisi sejak
zaman berzaman kembali menyemarak. Hal ini menjadikan ekonomi serta
industri di Yugoslavia semakin merosot dan inflasi semakin meningkat. Keadaan
ini menjadi lebih teruk apabila pelbagai etnik terutamanya pihak Serbs menuntut
kuasa autonomi yang lebih.
Oleh itu, Yugoslavia berpecah belah dan gagal berfungsi sebagai negara
persekutuan. Hal ini demikian kerana rakyat yang pelbagai etnik lagi dapat
berkerjasama. Kehancuran fahaman komunis juga turut menyebabkan
pepecahan tersebut. Pada tahun 1991, rakyat Bsnia-Herzegovina menyertai
pilihanraya bebas yang pertama iaitu majoritinya mengundi untuk keluar dari
Yugoslavia dan membentuk sebuah negara bebas merdeka. Namun, keadaan
yang lebih teruk ialah sikap golongan Serb yang berhasrat menguasai semua
etnik di Yugoslavia dengan memaksa mereka menggunakan bahasa Serbs dan
manganut agama kristian Othodocks.
Golongan Serbs juga menggempar-gempur propaganda kononnya mereka
akan menjadi mangsa penindasan Pope, umat islam, keturunan Croat dan
Albania. Dakyah berkenaan diperhebatkan dengan gempar-gempur kononnya
orang bosnia hendak manubuhkan sebuah islam fundamentalist di BosniaHerzegovina. Akibat dari dakyah tersebut, golongan Serbs memutuskan bahawa
mereka hendak bertindak untuk mencegah umat islam Bosnia dan Presiden Alija
Izetbegovic daripada menubuhkan sebuah negara islan fundamentalist ala-Iran.
Pihak Serbs juga menganggap bahawa tindakan umat islam Bosnia itu akan
menjadi satu ancaman besar kepada seluruh Eropah. Dakyah yang telah
mengakibatkan berpuluh ribu tentera simpanan Serbia dikerahkan masuk ke
Bosnia.
Golongan Serbs berharap menerusi tekanan tentera ini, orang Bosnia akan
terpaksa meninggalkan kebebasan dan tanah air mereka. Peperangan di BisniaHerzegovina meletus pada 6 April 1992. Tentera simpanan rumah-rumah orang
6

awam, keretapi, dan bas kepunyaan rakyat bosnia yang beragama islam dan
Roman Katholik. Bagaimanapun, apabila pihak yang dizalimi berjaya menahan
keganasan tersebut, golongn Serb seterusnya memulakan tekanan secara
ekonomi. Mata wang dicetak secara berleluasa dan tanpa kawalan serta jaminan
semata-mata untuk membiayai perbelanjaan tentera Nasional Yugoslavia (YNA).
Tindakjan tersebut telah merosakkan ekonomi Bosnia-Herzegovina. Bosnia yang
merupakan negara yang berdaulat dan diiktirafkan oleh PBB tela diragut
kekejaman dan kezaliman daripada golongan Serb.

5.0 AKTOR AKTOR YANG TERLIBAT


Didalam konflik di bosnia, terdapat beberapa aktor yang memainkan
peranan yang cukup aktif. Aktor-aktor ini boleh dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu, aktor dalaman dan aktor luaran. Aktor-aktor ini termasuklah aktor
negara bukan negara. Aktor-aktor yang terlibat dalam proses hubungan interaksi
dan tawar menawar ini termasuklah organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) , Perjanjian Atlantik Utara (NATO), individu-individu
seperti pemimpin dan warganegara nagara-nagara tertentu, kumpulan-kumpulan
tertentu dan pelbagai lagi aktor yang boleh disenaraikan.
Aktor dalaman yang terlibat dalam konflik di Bosnia ini iailah puak Bosnia,
Serbia dan Croatia. Sikap puak Serb yang berhasrat untuk menguasai semua
etnik di Yugoslavia dengan memaksa mereka untuk menggunakan bahasa serb
dan menganut Kristian Othodocks telah membawa kepada konflik ini. Golongan
Serb juga telah membuat propaganda bahawa mereka akan ditindas oleh
penindasan Pope, umat islam , keturunan Croat dan Albania. Puak serb

mengatakan bahawa orang Bosnia akan menubuhkan sesebuah negara islam di


Bosnia yang akan memberi ancaman kepada seluruh Eropah.
Di antara aktor luaran yang terlibat sewaktu konflik di Bosnia ialah
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). PBB telah menghantar tenterannya
dengan menggunakan nama Pasukan Perlindungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu pada Mac 1992 apabila puak pengganas serb telah malakukan
pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Bosnia-Herzegovina. Pasukan ini
telah dianggotai oleh 23 549 anggota tentera daripada seluruh dunia
termasuklah dari Itali dan Malaysia untuk mengawasi pencabulan genjatan
senjata, menyampaikan bantuan kemanusian dan menyediakan infrastruktur
pemindahan pelarian Mac 1992. Kemunculan pasukan-pasukan ini tidak
menampakkan keberkesanan apabila puak serb terus mengganas berikutan
kebenaran tidak rasmi yang diberikan oleh PBB. Perindingan damai yang
diaturkan juga tidak mendapat perhatian puak itu.
Sikap PBB yang terlalu tunduk kepada desakan kuasa besar seperti
Amerika Syarikat dan Rusia menyulitkan lagi keadaan di Bosnia dan memberi
kuasa kepada Serb untuk bertindak. Lebih membubarkan keadaan, PBB
membuat kepada keputusan mengadakan sekatan senjata ke atas semua
wilayah Yugoslavia tetapi membiarkan puak Serb memiliki senjata dan perbuatan
ini dikecam hebat oleh negara-negara dunia yang menyifatkannya ia ibarat
memberi lesen membunuh kepada Serb. Walaupun kini PBB dikatakan berjaya
mendesak pihak-pihak bertelingkahan di bekas Yugoslavia untuk mengadakan
genjata

senjata bagi merintis jalan kearah pendamaian, apa yang nyata imej, kreadibliti
dan kepercayaan negara kecil kepada PBB sudah tercemar. Konflik Bosnia
mendedahkan pembelaan sewajarnya daripada badan dunia itu jika mereka
ditindas.
Aktor seterusnyayang terlibat di dalam konflik Bosnia ialah Organisasi
Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Penglibatan tentera NATO dalam misi
Implementation Force (IFOR) di Bosnia-Herzegovina bermula pada 20 Disember
1995, iaitu apabila PBB melepaskan tanggungjawab mengekalkan keamanan di
sana kepada NATO. Sebenarnya NATO berasa terpanggil untuk meneruskan
usaha-usaha untuk menyelesaikan konflik di Bosnia berdasarkan daerah tersebut
8

terletak di Eropah. Tambahan pula, PBB mengalami masalah kos ketenteraan


yang tinggi semasa beroperasi di Balkan untuk masa berpanjangan.
IFOR diberi masa selama setahun untuk melaksanakan tugas aspek-aspek
ketenteraan berdasarkan kepada Perjanjian Damai Dayton yang telah
ditandatangani pada 14 Disember 1995 di Paris,Perancis. Pada peringkat awal
pelaksanaan, IFOR mempunyai anggaran kekuatan tentera lebih 60 000 orang
anggota tentera.
Stabilisation Force (SFOR) ataupun Pasukan Penstabil telah manggantikan
IFOR bermula pada 12 Disember 1996. Misi SFOR ialah untuk mewujudkan
suasana yang selamat seperti dalam Perjanjian Damai Dayton untuk
membolehkan pilihanraya diadakan dan pemindahan penduduk ke tempat asal
dapat dilaksanakan sepenuhnya. Pada peringkat awalnya, SFOR mempunyai
kekuatan lebih kurang separuh daripada kekuatan IFOR, iaitu dilanggarkan
seramai 32 000 orang anggota tentera. Di antara mandate SFOR ialah
menentukan pihak bertelagah mematuhi aspek ketenteraan Perjanjian Damai
Dayton, membaik pulih prasarna dan memulih semula aktiviti ekonomi yang
terjejas akibat peperangan dan menempatkan semula pelarian perang dan
rakyat yang tersisih.
Aktor seterusnya yang muncul dalam meredakan konflik Bosnia ialah
Negara-negara Persidangan Islam (OIC). Pada dasarnya, terdapat tiga bidang
yang dapat dilakukan untuk membantu Bosnia. Ia adalah penyelesaian konflik,
pertahanan Bosnia dan juga menyediakan pelbagai bantuan untuk penyusunan
semula negara Bosnia. Dalam mencari penyelesaian kepada Bosnia, OIC telah
memainkan pelbagai peranan . Pertamanya, ia sentiasa memberi tekanan
kepada kuasa-kuasa besar untuk membantu bagi menamatka perang Boisnia,
sebagai contoh, setelah zon selamat PBB iaitu ZEPA dan Srebenica ditakluk oleh
tentera Serb, OIC telah sebulat suara mengatakan bahawa genjata senjata PBB
tidak sah dan seterusnya terbatal. Setiap negara OIC mempunyai pengaruh
kepada negara-negara besar terutamanya sebagai ahli Majlis Keselamatan PBB.

6.0 USAHA USAHA PENYELESAIAN KONFLIK BOSNIA


Bagi menyelesaikan konflik Bosnia ini, beberapa usaha damai telah cuba
diusahakan oleh pelbagai pihak termasuklah dari pihak PBB, dan A.S. Lima usul
pendalaman utama telahpun ditawarkan sebelum dan semasa Konflik Bosnia
9

berlaku oleh diplomat European Community (EC) dan Pertubuhan Bangsa


Bangsa Bersatu(PBB) sebelum konflik tersebut diselesaikan oleh Perjanjian
Dayton pada 1995.

6.1.1 Carrington-Cutileiro
Usul pendamaian Carrington-Cutileiro,yang dinamakan sempena
pengarangya Lord Carrington dan duta Portuguese Jorge Cutileiro,telahpun
menghasilkan Konferens Pengamanan EC pada bulan Februari 1992 bagi tujuan
mengelakkan Bosnia-Herzegovina daripada terlibat dalam peperangan. Ia
telahpun mencadangkan perkongsian kuasa antara semua etnik pada tahap
pentadbiran dan pengurangan kuasa kerajaan pusat. Walau
bagaimanapun,semua daerah Bosnia-Herzegovina akan diklasifikasikan kepada
Muslim,Serb atau Croat di bawah usul tersebut, dan tidak ada satu etnik majority
yang ketara. Pada tahap permulaanya,usul tersebut diterima oleh ketiga-tiga
pihak(Kerajaan Bosnian,Serbs dan Croats), tetapi ketua Bosnian Muslim Alja
Izetbegovic telahpun membatalkan perjanjian tersebut.

6.1.2 Vance-Owen
Pada awal Januari 1993,wakil khas PBB Cyrus Vence dan wakil EC Lord
Owen memulakan perundingan cadangan pengamanan bersama denga ketua
puak-puak Bosnia yang berperang. Cadangan tersebut kemudiannya dikenali
sebagai Vence-Owen peace plan yang melibatkan pembahagian Bosnia kepada
sepuluh semi-autonomi kawasan dan menerima sokongan daripada PBB. Pada
5May, perhimpunan Bosnia Serb yang haram membantah usul Vence Owen dan
pada 18 Jun,Lord Owen mengisytiharkan bahawa usul tersebut telahpun mati.
Pada 1 April,Cyrus Vance mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai wakil
khas Sekretariat Agong PBB.Beliau digantikan oleh Menteri Perhubungan Luar
Negeri Norweign Thorald Stoltenberg pada 1Mei.

6.1.3 Owen-Stoltenberg

10

Pada lewat Julai,wakil-wakil dari puak-puak yang berperang di BosniaHerzegovina memasuki sesi perundingan baru. Pada 20 Ogos, mediator PBB
Thorvald Stoltenberg dan David Owen memperkenalkan peta baru Bosnia yang
akan dipisahkan kepada tiga negara kecil mengikut tiga kumpulan etnik. Puak
Bosnia Serb akan diberi 52peratus daripada kawsan Bosnia-Herzegovina, Muslim
diberi 30peratus manakala Bosnia-Herzegovina Croats akan menerima
18peratus. Pada 29 Ogos 1993,Bosniaks menolak usul tersebut.

6.1.4 Contact Group


Antara bulan Februari hingga Oktober 1994,Contact Group yang diwakili oleh
Amerika Syarikat,Russia, Perancis, Britain dan Jerman mengambil satu langkah
yang kukuh terhadap perundingan penyelesaian konflik di Bosnia-Herzegovina.
Ini dikenali sebagai usul Contact Group, dan tekanan yang kuat dikenakan yang
kuat dikenakan ke atas Bosnian Serbs untuk menerima usul tersebut apabila
Federal Republic of Yugoslavia dikenakan embargo di sungai Drina.

6.1.5 Perjanjian Washington


Perjanjian Washington merupakan perjanjian keamanan yang dibuat antara pihak
yang berperang iaitu Croats of Bosnia and Herzegovina dan Republik of Bosnia
dan Herzegovina(kerajaan yang didominasi oleh Bosniaks), ditandatangani di
Washington dan Vienna pada Mac 1994. Ia ditandatangani antara Perdana
Menteri Bosnia Haris Silajdzic,Menteri Perhubungan Luar Negeri Croatian Mate
Granic dan Presiden Herzeg-Bosnia Kresimir Zubak. Di bawah perjanjian
ini,wilayah percantuman yang ditahan oleh Croat dan Bosnia akan dibahagikan
kepada sepuluh bahagian dan ini akan menubuhkan Federation of Bosnia and
Herzegovina. Sistem pembahagian ini dilakukan demi mengelakkan dominasi
sesuatu kumpulan etnik ke atas kumpulan etnik lain.

7.0 SITUASI DAN PENYELESAIAN DI BOSNIA


Kegagalan PBB mendisiplinkan puak Serb kerana tindak tanduknya di
Bosnia menerusi sekatan dan amaran pengertian yang lebih bermakna terhadap
doktrin realis,iaitu negara atau masyarakat yang membuat apa sahaja untuk

11

memastikan konsep survival negara itu teus terjamin. Satu satunya alternative
untuk menamatkan kempen pembersihan etnik besar-besaran di Bosnia ialah
menerusi campur tangan kuasa kuasa besar seperti Organisasi Perjanjian
Atlantik Utara(NATO). Sudah terlalu lewat untuk proses perundingan selepas
pelbagai kezaliman dan ancaman yang dibuat oleh puak Serb terhadap orang
islam Bosnia.
PBB sepatutnya mengambil tindakan yang lebih drastic dari awal lagi bagi
membendung kempen pembersihan etnik oleh puak Serb. Sebagai sesebuah
negara yang berdaulat yang diikitiraf oleh PBB,Bosnia wajar diberi peluang untuk
mempertahankan diri dari ancaman luar. Bosnia perlu dilengkapi dengan
kelengakapan senjata untuk berperang. Ini bagi mengimbangi kekuatan yang
dimiliki oleh puak Serb yang mempunyai kelengkapan senjata untuk berperang.
Ini bagi mengimbangi kekuatan yang dimiliki oleh puak Serb yang mempunyai
kelengakapan senjata yang cukup lengkap. Serb seringkali mencabar NATO dan
A.S untuk bertindak . tetapi mereka dan NATO gagal megotakan janji untuk
bertindak. Ini menjadikan puak Serb lebih berani.
Walau23bagaimanapun segala alternatif ini dilihat seolah-olah PBB
bersengkongkol dengan pengganas pengganas Serb dalam pembersihan etnik
Islam di Bosnia. Misalnya VOPP ynag dicadangkan merupakan satu resepi ke arah
malapetaka kerana ia membenarkan pemerintahan berbentuk Apartheid. Usaha
PBB mewujudkan kawasan selamat hanya membantu puak Serb meneruskan
kegiatan menghalau etnik Islam Bosnia dari rumah-rumah mereka,seolah-olah
seperti kem-kem buangan bagi orang Islam Bosnia.
Maka tindakan ketenteraan pula boleh dibahagikan kepada 2 peringkat
iaitu campur tangan ketenteraan secara terhad atau penuh. Campur tangan
ketenteraan terhad termasuklah memansuhkan sekatan ke atas orang Islam
Bosnia(membolehkan mereka berunding sama kuat dengan puak Serb atau yang
akan memperhebatkan depot senjata Serb. Campur tangan penuh ketenteraan
pula melibatkan proses menghentikan peperangan di semua pihak,
mengembalikan wilayah wilayah yang diduduki secara tidak sah,dan
meletakkan wilayah Bosnia dalam perlindungan PBB.

Namun pengambilan tindakan secara ketenteraan telah menimbulkan


persolan pada ketika itu, antaranya ialah sasaran yang jelas untuk serangan. Ini
12

adalah kerana kebanyakan kubu kuat Serb telah berada dalam wilayah Bosnia,ini
sekaligus akan menyukarkan pihak PBB untuk mengenal pasti penceroboh yang
sebenar. Pihak tentera pula dilaporkan tidak bersetuju dengan sebarang campur
tangan penuh ketenteraan jika terdapat matlamat p matlamat politik yang jelas
dan kesugguhan politik untuk menyokong tindakan sedemikian apabila ia telah
dilancarkan. Ini adalah disebabkan, tindakan ketenteraan akan menyebabkan
kematian yang tinggi,dipihak tentera mahupun orang awam. Ini sedikit mampu
menggugat keyakinan masyarakat terhadap operasi ketenteraan.

6.0 KEJAYAAN MENYELESAIKAN KONFLIK BOSNIA


General Framework Agreement for Peace di Bosnia dan Herzegovina,yang
juga dikenali sebagai Perjanjian Dayton,Persetujuan Dayton,Protokal Paris
ataupun Perjanjian Dayton-Paris, merupakan satu perjanjian keamanan yang
dibuat di Wright-Patterson Air Force Base berdekatan dengan Dayton,Ohlo pada
bulan November 1995. Perjanjian ini kemuadiannya ditandatangani secara sah di
Paris pada 14 Disember 1995. Tindakan ini telahpun menamatkan perang di
Bosnia yang berlaku selama tiga setengah tahun.
Walaupun konsep Perjanjian Dayton telahpun mula diperdebatkan di arena
antarabangsa sejak 1992, namun perbincangan tentangnya hanya menyusul
setelah kegagalan misi-misi pengamanan, Operasi Storm oleh milliter Croation
pada Ogos 1995,tindakan ketenteraan kerajaan ke atas Republika Srpska
bersama Operation Deliberate Force oleh NATO. Ia juga dijalankan atas alas an
pembunuhan beramai-ramai yang dijalankan di zon selamat di Srebrenica serta
ketidakpuasan hati terhadap ketua kerajaan serta milliter golongan Bosnian
Serbs sebelum International Criminal Tribunal for the Former Yugoslavia(ICTY).
Pada bulan September dan Oktober 1995,banyak kuasa-kuasa besar di dunia
bersama sama menubuhkan Contact Group yang mana bertanggungjawab
memberi tekanan kepada ketiga-tiga pihak di Bosnia;Serbs,Croats dan Muslim
untuk menghadiri persidangan di Dayton,Ohlo.

Persidangan tersebut berlangsung dari 1 november sehingga 21


November 1995. Antara actor utama dalam persidangan tersebut adalah
13

Presiden Serbia, Slobodan Milosevic, Presiden Croatia Franjo Tudman, dan


Presiden Bosnia Alija Izetbegovic bersama sama dengan Menteri Perhubungan
Luar Negeri Bosnia, Muhamed Mo Sacirbey. Persidangan tersebut diketuai oleh
Setiausaha Kerajaan Amerika Syarikat Warren Christopher, dan seorang
perunding Richard Holbrooke bersamaan dengan dua Pengerusi bersama iaitu
Cari Bildt yang juga merupakan Wakil Khas EU serta Igor Ivanov, Timbalan
Menteri Perhubungan Luar Negeri Russia. Wakil milliter dari UK adalah Col
Arundell David Leakey bertanggungjawab menjadi penasihat sah kepada
kerajaan Bosnia ketika berlakunya persidangan tersebut.
Bosnia cuba untuk melaksanakan penswastaan bagi sektor dalam
negaranya tetapi malangya tidak begitu Berjaya. Perbankan Bosnia mula
berkembang pada tahun 2001 kerana terdapat pelaburan-pelaburan daripada
daripada bank bank asing,terutamanya daripada Eropah Barat yang mula
menguasai perbankan di Bosnia. Dua masalh yang paling besar bagi Bosnia ialah
deficit akaun semasa negara itu yang tinggi dan masalah pengangguran. Bosnia
juga mengalami masalah rasuah yang amat tinggal di kalangan ahli kerajaannya
yang menyebabkan ekonomi dalam negaranya tidak seimbang dan tiada
penguatkuasaan jenayah yang kuat. Ini mengakibatkan pelbagai kegiatan
meggelapkan duit berlaku dan jenayah sukar untuk dikesan. Bosnia juga
mengalami masalah penyeludupan dadah secara berleluasa terutamanya
penyeludupan ke negara negara Eropah barat. Kegiatan ini amat sukar dikesan
kerana sistem perundanganya yang tidak kukuh.
Pembahagian politik di Bosnia dan Herzegovina serta struktur kerajaannya
telahpun dipersetujui sebagai sebahagian perlembagaan yang membuat Annex 4
dari General Framework Agreement yang diputuskan di Dayton. Keputusan
penting mengenai penngarisan Inter-Entity Boundary Line, dimana kebanyakkan
senarai tugasan dirujuk kepada Annexes. Keputusan tersebut telahpun
mengamanahkan sejumlah organisasi antarabangasa untuk memantau,menyelai
dan memastikan komponen dalam perjanjian dipatuhi. NATO led IFOR
bertanggungjawab untuk menimplemetasikan aspek ketenteraan dalam
perjanjian dan menggunakannya pada 20 Disember 1995 untuk mengambil alih
kuasa UNPROFOR.

14

Rujukan
Diakses pada 28 April 2015. Diperolehi daripada google web:
https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/bk.html
Diakses pada 26 April 2015. Diperolehi daripada google web:
http://www.infoplease.com/country/bosnia-and-herzegovina.html
Diakses pada 20 April 2015. Diperolehi daripada google web:
http://www.fbihvlada.gov.ba/english/
Diakses pada 29 April 2015. Diperolehi daripada google web:
http://www.state.gov/p/eur/ci/bk/
Diakses pada 1 Mei 2015. Diperolehi daripada google web:
http://www.history.com/topics/bosnian-genocide
Diakses pada 3 Meil 2015. Diperolehi daripada google web:
http://www.britannica.com/EBchecked/topic/1365562/Bosnian-conflict

15

You might also like