Perang Lubnan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

S E J A R A H K O N F L I K A S I A B A R A T S E L E P A S P E R A N G D U N I A K E - 2 | TH 20

303

1.0: Pengenalan
1.1: Latar Belakang Lubnan
Lubnan merupakan sebuah negara yang terletak di Barat Laut Asia iaitu di
sebelah timur Laut Mediterranean dan bersempadan dengan negara Syria dan juga
Israel. Lubnan juga turut dikenali sebagai Switzerland Timur Tengah disebabkan
oleh kemajuan kewangannya.

Dalam erti

kata yang lain, orang Lubnan ini

dianggap sebagai pedagang dan pengurus bank yang sangat berjaya serta bijak
mencari wang. Lokasinya yang berada di tepi Laut Tengah menjadikan negara ini
sebagai tempat persinggahan perdagangan lintas benua iaitu Asia, Afrika dan
Eropah. Negara Lubnan ini juga turut mempunyai panorama alam yang menawan
sehingga mampu menarik hati orang asing untuk berkunjung ke sana sehingga
ianya boleh dikenali sebagai Paris Timur Tengah kerana ia dapat menarik ramai
pelancong ke ibu negaranya iaitu Beirut. 1

Maka ekoran daripada hal inilah telah

menyebabkan ekonomi Lubnan mengalami kemajuan sejak mencapai kemerdekaan


daripada pihak Perancis pada tahun 1943.
Lubnan juga adalah merupakan kawasan yang didiami oleh manusia zaman
Neolitik yang telah wujud sejak 7000 tahun lalu. Pada awalnya, negara Lubnan ini
pernah dikuasai oleh beberapa buah kerajaan terdahulu seperti kerajaan Parsi, Rom,
Byzantine, Phoencia dan

juga Arab. Selepas itu, semasa zaman kegemilangan

empayar Uthmaniyah, Lubnan juga turut telah dikuasai oleh kerajaan Turki
Uthmaniyah. Walau bagaimanapun, selepas meletusnya Perang Dunia yang
pertama, kerajaan Turki Uthmaniyah telah mula mengalami kemerosotan dan
secara tidak langsung telah menyebabkan Lubnan telah diserahkan kepada kuasa
Barat

iaitu

Perancis.

Pada

tahun

1943,

Kerajaan

Perancis

telah

diberikan

kemerdekaan kepada Lubnan dengan dikenali sebagai Republik Lubnan. Bahasa


rasmi adalah bahasa Arab namun bahasa Perancis dan Inggeris dipertuturkan oleh
majoriti rakyat Lubnan.

Lubnan juga adalah antara negara yang mengamalkan

sistem kerajaan republik berparlimen di mana ianya diketuai oleh seorang Presiden
dan dibantu oleh Perdana Menteri. Berdasarkan Perlembagaan Lubnan, Presiden
Lubnan mestilah seorang yang beragama Kristian Maronite, Perdana Menteri adalah
1

FawwazTraboulsi. (2007). A History Modern Lebanon. Pluto Press: London. Hlmn 88

S E J A R A H K O N F L I K A S I A B A R A T S E L E P A S P E R A N G D U N I A K E - 2 | TH 20
303

seorang pengikut Muslim-Sunni dan Speaker Parlimen dilantik daripada pengikut


Muslim-Syiah.Di samping itu, negara Lubnan ini juga mempunyai satu keunikan
yang tidak dimiliki oleh negara-negara Arab yang lain iaitu ia diwarnai dengan
kepelbagaian masyarakatnya. Ini bermaksud, di Lubnan tidak hanya wujud dua
mazhab sahaja tetapi turut mempunyai beberapa agama dan juga puak. Penduduk
negara Lubnan majoritinya adalah terdiri daripada mereka yang beragama Islam
dan mereka terbahagi kepada beberapa mazhab iaitu Syiah, Sunni dan juga Druze
manakala penduduk yang selebihnya pula adalah terdiri daripada mereka yang
beragama kristian dan mereka ini juga turut terbahagi kepada beberapa mazhab
dan juga puak. Antaranya ialah seperti Maronite, Ortodoks Greek dan Katolik Greek.
Kepelbagaian corak dalam masyarakat di Lubnan ini telah bertambah apabila ramai
pelarian Palestin masuk ke Lubnan semenjak tertubuhnya negara Israel.
Sungguhpun Lubnan adalah merupakan sebuah negara yang mempunyai
penduduk yang terdiri daripada pelbagai agama, mazhab dan puak, namun secara
realiti ianya bukanlah sesuatu yang baik. Hal ini kerana keadaan yang aman di
Lubnan tidak dapat bertahan lama kerana akhirnya keadaan di Lubnan telah
berubah yang mana ia telah terlibat dalam pelbagai konflik bersenjata dan pelbagai
Pelbagai pergolakan terjadi yang mengorbankan banyak nyawa dan merosakkan
infrastruktur yang sedia ada. Buktinya semenjak dari tahun 1975 sehinggalah tahun
1990, negara Lubnan ini tidak pernah sunyi daripada pergolakkan. 2

Pergolakan

dalaman yang sering berlaku di Lubnan dalam tempoh ini adalah melibatkan
pertelingkahan di antara mazhab, puak dan juga agama. Selain itu, Lubnan juga
pernah terlibat dalam Perang Arab-Israel yang berlaku pada tahun 1948 dan tidak
terlibat dalam Perang Enam Hari dan juga Perang Yom Kippur. Salah satu daripada
konflik yang telah berlaku dalam negara Lubnan ialah perang saudara Lubnan yang
mana ia telah berlaku dalam suatu tempoh yang panjang iaitu dari tahun 1975
sehinggalah tahun 1990. Semenjak daripada bermulanya konflik tersebut, Lubnan
tidak lagi menjadi negara yang kerap dikunjungi dan disenangi pendatang asing
bahkan menjadi medan pertempuran.

Lois A.Aroian. (1984). The Modern Middle East and North Afrika. New York: Macmillan Publishing Company.
Halaman 418.

S E J A R A H K O N F L I K A S I A B A R A T S E L E P A S P E R A N G D U N I A K E - 2 | TH 20
303

1.2: Perang Saudara Lubnan 1982


Sebagaimana yang kita sedia ketahui, Lubnan telah mengalami beberapa siri
Perang Saudara yang telah bermula sejak dari tahun 1975 lagi dan secara amnya,
Perang Saudara Lubnan ini berlaku kerana kelompok-kelompok di negara itu sendiri
saling memperjuangkan kepentingannya dengan saling menyerang antara satu
sama lain. Prinsip mengalahkan dan menaklukkan seperti yang terjadi dalam
perang antara negara berlaku di negara itu dan sehingga tahun 1982, keadaan ini
masih lagi berlarutan.
Perang Saudara Lubnan 1982 adalah merupakan kesinambungan perang
saudara yang telah meletus sebelumnya dan perang ini telah berlaku pada 6 Jun
1982 iaitu apabila pasukan pertahanan Israel (IDF) menyerang selatan Lubnan.
Israel telah melancarkan serangan ke atas selatan Lubnan sebagai tindak balas
daripada usaha pembunuhan duta besar Israel ke London iaitu Sholomo Argov. Satu
lagi peristiwa yang telah dijadikan alasan oleh pihak Israel untuk menyerang
Lubnan adalah berkait dengan peristiwa di mana sebuah lori tenteranya telah
terlanggar periuk api di Lubnan. Melalui peristiwa tersebut, pihak Israel telah
menuduh rakyat Palestin telah mencabuli genjatan senjata. 3 Menurut Lois A. Aroian
(1984), walaupun tidak terdapat sebarang bukti yang menunjukkan peranan PLO
dalam peristiwa tersebut, namun pihak Israel telah mengambil kesempatan
daripada peristiwa tersebut untuk melancarkan pelanggaran ke atas Lubnan.
Terdapat beberapa faktor yang telah mendorong kepada tercetusnya Perang
Saudara Lubnan 1982 ini. Faktor-faktor ini juga adalah lanjutan daripada beberapa
siri perang saudara yang telah berlaku sebelumnya.

3 Lois A.Aroian. (1984). The Modern Middle East and North Afrika. New York: Macmillan Publishing Company.
Halaman 429.

S E J A R A H K O N F L I K A S I A B A R A T S E L E P A S P E R A N G D U N I A K E - 2 | TH 20
303

2.0 : Faktor-Faktor Berlakunya Perang Saudara Lubnan 1982


Terdapat beberapa faktor yang telah mendorong kepada tercetusnya Perang
Saudara Lubnan 1982 ini. Faktor-faktor ini juga adalah lanjutan daripada beberapa
siri perang saudara yang telah berlaku sebelumnya iaitu pada tahun 1975.

a) Sejarah Masyarakat Lubnan (Hasil Kolonialisme)


Selepas kejatuhan Empayar Turki Uthmanniyah, Lubnan yang sebelum ini beada di
bawah kekuasaannya terpaksa diserahkan kepada Perancis melalui sistem mandat
yang telah diperkenalkan. Maka melalui perjanjian Skyes- Picott pada tahun 1916,
secara rasminya Lubnan telah diletakkan di bawah kekuasaan Perancis. Ketika
Perancis menguasai Lubnan, pihak kerajaan Perancis telah bertindak untuk
memberikan kawasan Gunung Lubnan dan wilayah di sekitarnya kepada golongan
Maronites yang mana golongan ini adalah merupakan antara kelompok kristian
yang terbesar di Lubnan4 dan pada masa yang sama juga, masyarakat Druze dan
juga Islam di Lubnan juga turut menduduki pergunungan tersebut.

Oleh itu,

berdasarkan kepada hal ini, apabila dilihat dari sudut perlembagaan Perancis,
golongan Maronite ini telah diberikan kuasa oleh Perancis untuk memerintah
Lubnan. Hal ini kemudiannya telah menyebabkan golongan kristian Maronite yang
menguasai Lubnan pada ketika itu enggan untuk berkongsi kuasa dengan saudara
Arab mereka yang beragama Islam. Tambahan lagi golongan Maronite ini memiliki
sentimen keagamaan yang tinggi yang sememangnya telah diwarisi sejak zaman4

Mohammad Redzuan Othman. (1991). Timur Tengah dan Afrika Utara Moden (Edisi Terjemahan Bahasa
Malaysia). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn 417.

S E J A R A H K O N F L I K A S I A B A R A T S E L E P A S P E R A N G D U N I A K E - 2 | TH 20
303

berzaman malah semenjak dari awal kedatangan Islam ke Lubnan lagi. Selain itu,
golongan ini juga pernah bersatu dengan tentera salib dari Eropah untuk
menyerang kawasan tersebut yang pada mulanya berada di bawah kekuasaan
Syria.
Selain itu, golongan kristian Maronite juga tidak mahu menerima idea PanArabisme yang menyeru kepada semangat nasionalisme Arab sebaliknya golongan
ini telah berjaya mewujudkan semangat Lubnanisme dalam kalangan golongan
Kristian Lubnan yang mana mereka menganggap diri mereka sebagai bangsa
Lubnan dan bukannya Arab. Pada tahun 1943, satu perjanjian tidak bertulis yang
dikenali sebagai National Pact telah dimeterai di antara semua puak dan kaum di
Lubnan. Walau bagaimanapun, perjanjian tersebut lebih memberikan kelebihan
kepada pihak Maronite sendiri. Pihak muslim kemudiannya telah menuntut supaya
bancian

dilakukan

supaya

pemerintahan

dibahagikan

mengikut

demograf

penduduk. Namun malangnya golongan maronite telah menolak usul tersebut.


Keadaan ini sekali gus telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan
penduduk asal muslim yang merupakan penduduk majoriti di Lubnan sejak dari dulu
lagi. Rasa tidak puas hati akhirnya mendorong kepada berlakunya pergolakan
antara penduduk Lubnan itu sendiri. Selain daripada berlakunya perbalahan antara
golongan kristian Maronite dengan masyarakat Islam Lubnan, pertelagahan juga
turut

berlaku

dalam

kalangan

masyarakat

Islam

Lubnan

itu

sendiri

iaitu

pertelagahan antara Islam Sunni dan juga Syiah. Pertelagahan sedemikian berlaku
apabila puak Sunni semakin terpinggir dari aspek politik dan juga ekonomi. Maka,
kewujudan keadaan sedemikian telah menjadikan keadaan di selatan Lubnan
menjadi semakin tegang.

b) Jurang Ekonomi
Salah satu lagi faktor yang telah menyebabkan tercetusnya perang saudara Lubnan
ini adalah disebabkan oleh kewujudan jurang dalam bidang sosioekonomi.
Sekiranya dilihat dari aspek ekonomi ini, orang-orang yang memperolehi manfaat
dari kemajuan ekonomi Lubnan dan hidup dalam kemakmuran dan kemewahan
pada umumnya berasal daripada kelompok kristian. Sementara bagi pihak kaum
muslim pula, mereka perlu berjuang lebih keras lagi untuk terus membebaskan diri
5

S E J A R A H K O N F L I K A S I A B A R A T S E L E P A S P E R A N G D U N I A K E - 2 | TH 20
303

daripada

belenggu

kemiskinan

hidup.

Dasar

pemerintahan

yang

telah

diperkenalkan oleh pihak Perancis yang pada ketika itu lebih kepada menjaga
kebajikan bagi

kaum maronite

khususnya. Golongan ini juga turut sama telah

diberikan kesempatan untuk memperolehi pendididkan yang lebih baik sehingga


lahirnya golongan-golongan yang terpelajar dan mampu untuk memegang jawatan
dalam bidang ekonomi. Ini menyebabkan kaum muslim yang rata-ratanya adalah
penduduk majoriti di bumi Lubnan ini terus ketinggalan dan sekali gus telah
menjadikan mereka tercicir daripada kemajuan ekonomi Lubnan.
Keadaan ini menjadi semakin teruk lagi apabila sistem ekonomi liberal turut
dilaksanakan di Lubnan yang mana melalui pelaksanaan sistem ekonomi ini, negara
tidak banyak campur tangan dalam bidang ekonomi tetapi sebaliknya ekonomi
adalah bergantung kepada mekanisme pemasaran. Melalui pelaksanaan sistem
tersebut, pemilik-pemilik modal akan dapat menguasai ekonomi dengan sesuka hati
dan menyebabkan mereka yang kurang mampu terpinggir dalam bidang ekonomi.
Oleh itu, disebabkan oleh jurang ekonomi ini maka ia telah membangkitkan rasa
tidak puas hati dan telah membawa kepada meletusnya perang saudara di Lubnan.

c) Masalah Kewujudan Pasukan Tentera Lubnan


Kepelbagaian

mazhab,

puak

serta

agama

yang

wujud

di

Lubnan

menyebabkan sering berlakunya pergolakan dalam negara tersebut. Ekoran


daripada penguasaan golongan kristian Maronite di Lubnan telah mendorong
penduduk Lubnan yang beragama Islam untuk bangun menentang kerana
keengganan golongan Maronite untuk berkongsi kuasa pemerintahan. Oleh itu,
setiap mazhab atau kaum tersebut masing-masing telah menubuhkan pasukan
ketenteraan yang berasaskan kepada kaum dan juga persoalan agama. Kewujudan
pelbagai

pertubuhan

milita

ataupun

pasukan

tentera

ini

di

Lubnan

telah

menyebebkan keadaan Lubnan semakin tegang kerana petelingkahan antara partiparti serta pertubuhan-pertubuhan pasukan tentera ini.
Sebagai contohnya, penubuhan Lebanese National Movement (LNM) atau
juga dikenali sebagai Pergerakan Nasional Lubnan pada tahun 1969. Pasukan
ketenteraan LNM ini telah dipimpin oleh Kamal Jumlat yang mana beliau adalah
6

S E J A R A H K O N F L I K A S I A B A R A T S E L E P A S P E R A N G D U N I A K E - 2 | TH 20
303

merupakan seorang Muslim Druze dan pertubuhan ini dianggotai oleh puak Muslim
seperti Syiah, Sunni dan juga Druze. Tujuan penubuhan parti ini adalah sebagai
salah satu daripada usaha yang dilakukan oleh Kamal Jumlat untuk mewujudkan
orde sosioekonomi yang lebih adil di Lubnan dan juga sebagai usaha untuk
mencapai persefahaman kebangsaan 5. Parti ini telah berpihak kepada Organisasi
Pembebasan Palestin atau PLO. Pada masa yang sama juga, Lebanese National
Movement (LNM) ini juga turut sama menerima bantuan kewangan berserta senjata
daripada negara-negara Arab yang lain seperti dari Libya, Iraq dan juga Yaman.
Pada tahun 1976, Lebanese National Movement (LNM) telah menguasai 80 peratus
negara Lubnan.
Sementara itu pada tahun 1975 pula, sebuah lagi pasukan ketenteraan yang
dinamakan sebagai Lebanese Front juga telah ditubuhkan yang mana ia adalah
merupakan sebuah pertubuhan ketenteraan yang dianggotai oleh kumpulan Kristian
Phalangist dan juga parti Kataib. Lebanese Front ini dianggotai oleh keluarga
Gameyel dan yang kemudiannya telah dibantu oleh Israel. Pada tahun 1982, Bashir
Gamayel telah dilantik untuk mengetuai Lebanese Front ini. Penubuhan pasukan
ketenteraan yang berasaskan agama dan juga puak ini menjadikan perang saudara
Lubnan menjadi semakin sengit. Hal ini kerana tujuan penubuhan Lebanese Front
ini adalah untuk menentang Lebanese National Movement (LNM).
Selain daripada pertubuhan-pertubuhan seperti yang telah disebutkan di
atas, satu lagi parti atau pertubuhan yang wujud di Lubnan pada ketika itu adalah
pertubuhan Phalangist yang mana pertubuhan

ini adalah merupakan satu

pertubuhan yang secara majoritinya dianggotai oleh orang kristian Maronites dan
pertubuhan ini telah diketuai oleh Bachir Gemayel. Bachir Gemayel adalah
merupakan seorang pemimpin daripada golongan Maronites yang sememangnya
terkenal

dengan

sikap

kekejamannya

dan

beliau

juga

pernah

membunuh

pesaingnya. Parti Phalangist adalah sebuah pertubuhan yang bersekutu dengan


pihak Israel. Buktinya, semenjak daripada tahun 1976 lagi, pihak Israel telah
memberikan latihan ketenteraan, bekalan senjata dan juga turut memberikan
5

Mohammad Redzuan Othman. (1991). Timur Tengah dan Afrika Utara Moden (Edisi Terjemahan Bahasa
Malaysia). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn 418.

S E J A R A H K O N F L I K A S I A B A R A T S E L E P A S P E R A N G D U N I A K E - 2 | TH 20
303

pakaian seragam kepada parti Phalangist ini. Matlamat utama penubuhan Parti
Phalangist ini adalah untuk menyingkirkan sebarang kuasa asing yang wujud di
Lubnan terutamanya pelarian Palestin. Oleh itu, dengan menerima bantuan
daripada Israel, maka ini telah menambahkan lagi ketegangan yang sedia adal di
Lubnan pada ketika itu. Kerjasama dan persefahaman yang wujud antara Phalangist
dan pihak Israel ini telah menjadikan Parti Phalangist ini telah menjadi pusat kepada
perancangan Israel.6
Di Lubnan, bukan sahaja berlaku perbalahan dan konflik antara golongan
kristian dengan muslim malahan, pertelingkahan antara sesama Islam juga turut
berlaku. Contohnya pertelingkahan yang berlaku antara Islam Sunni dan juga Syiah
yang mana pertelingkahan atau perbalahan ini adalah berpunca daripada keadaan
puak Sunni yang semakin terpinggir dalam bidang politik dan juga ekonomi.

d) Masalah Pelarian Palestin


Semenjak tercetusnya Perang ArabIsrael pertama iaitu pada tahun 1948, maka
banyak rakyat palestin yang telah keluar daripada negara Palestin dan Lubnan
adalah merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan pelarian Palestin
tersebut. Pelarian Palestin ini tinggal di khemah-khemah pelarian yang terletak di
selatan Lubnan. Dianggarkan bahawa lebih daripada 110 000 orang pelarian
Palestine berada di Lubnan semenjak Perang Arab-Israel 1948. Jumlah pelarian
Palestin di Lubnan ini semakin meningkat selepas tahun 1967. Kewujudan pelarian
yang bilangannya semakin meningkat di Lubnan telah menyebabkan kebimbangan
kepada golongan Maronite di Lubnan. Golongan Maronite ini bimbang sekiranya
peningkatan jumlah pelarian yang memasuki Lubnan ini berterusan ia akan
membentuk satu entiti politik yang kuat akan menyokong masyrakat muslim di
Lubnan. Tambahan lagi pihak Palestine Liberation Organization (PLO) yang pada
ketika itu turut memainkan peranan penting dalam merekrut pejuang Palestine dari
kalangan pelarian Palestin yang tinggal di Lubnan.

Mohammad Redzuan Othman. (1991). Timur Tengah dan Afrika Utara Moden (Edisi Terjemahan Bahasa
Malaysia). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn 417.

S E J A R A H K O N F L I K A S I A B A R A T S E L E P A S P E R A N G D U N I A K E - 2 | TH 20
303

Pada tahun 1975, bilangan atau jumlah pelarian Palestin ke Lubnan menjadi
semakin ramai dan keadaan ini telah semakin mengukuhkan kedudukan PLO di
Lubnan. Keadaan ini semakin membimbangkan golongan kristian Maronite yang
sememangnya mahukan dominasi mereka berterusan di Lubnan. Oleh itu, bagi
mengekang

isu

tersebut,

golongan Maronite

(Phalangist) telah

menjalinkan

kerjasama dengan Israel bagi mengekalkan dominasi mereka berterusan di Lubnan.


Sementara di pihak Israel pula, telah bersetuju untuk membantu golongan maronite
kerana melalui kerjasama tersebut, Israel akan dapat mewujudkan satu bentuk
penguasaan ke atas sumber airnya. Hasrat Israel ini hanya akan dapat dengan
mengukuhkan

kembali

kedudukan

golongan

maronite

di

Lubnan.

Daripada

kerjasama tersebut, maka Israel telah melancarkan serangan demi serangan ke


atas pendudukan rakyat Palestin di Lubnan dan sekali gus telah membawa kepada
operasi Litani yang mana melalui operasi ini, Israel mahu mengusir PLO dari
kawasan sungai Litani yang mana kawasan tersebut dianggap sebagai sempadan
negara mereka dan penguasaan ke atas kawasan tersebut sekaligus akan
membolehkan Israel berkuasa ke atas pengawalan sumber air.

e) Campur Tangan Syria


Pada Januari 1976, serangan yang dilakukan ke atas khemah pelarian Tel alZatar yang dilakukan oleh pasukan Kataib dan daripada peristiwa tersebut, maka
Gamayel dan pemimpin-pemimpin maronite yang lain telah mengisytiharkan
bahawa bermulanya perjuangan orang kristian Lubnan untuk menentang rakyat
kristian

dan

juga

muslim

Palestin.

penentangan

ini

kemudiaannya

telah

diperluaskan lagi sehingga ke khemah pelarian Damur yang juga terletak di selatan
Beirut. Maka, melalui serangan yang dilancarkan ke atas khemah-khemah pelarian
tersebut, pemimpin-pemimpin kiri Lubnan serta Palestin telah melihat tindakan
yang dilakukan oleh golongan maronite tersebut sebagai permulaan kepada

S E J A R A H K O N F L I K A S I A B A R A T S E L E P A S P E R A N G D U N I A K E - 2 | TH 20
303

pembahagian Lubnan7. Pada masa yang sama juga, peristiwa ini juga telah
membawa kepada campur tangan Syria. Syria pada mulanya memihak kepada
Palestin mengikut perjanjian Palestinian Front. Pada peringkat awalnya, tentera
pembebasan Palestin yang telah disokong oleh Syria telah memasuki Lubnan
dengan tujuan untuk menjamin keselamatan masyarakat Palestin. Syria juga
berusaha untuk mewujudkan perdamaian antara kumpulan kanan dan juga
kumpulan kiri. Walau bagaimanapun, pemimpin golongan maronite iaitu Kamal
Jumblat telah menentang usaha Syria yang telah bertindak sebagai orang tengah
dalam persengketaan antara kumpulan kiri dan kanan di Lubnan. Campur tangan
Syria dalam ketegangan yang berlaku di Lubnan ini juga turut didorong oleh faktor
untuk memastikan Elias Sarkis

menjadi presiden Lubnan yang baru. 8 Akhirnya,

pada akhir bulan Mei 1976, Elias Sarkis telah dilantik menjadi presiden Lubnan
dalam tempoh enam tahun.
Pada Jun 1976, kekecohan yang berlaku

di Lubnan menyebabkan golongan

maronite hampir mengalami kekalahan dan keadaan ini telah menyebabkan


presiden Suleiman Frangieh telah meminta Syria untuk camput tangan. Pada masa
yang sama juga, pelabuhan Beirut yang terletak berdekatan dengan Syria juga
adalah merupakan pelabuhan di mana Syria menerima sebahagian besar bekalan
untuk rakyatnya.

Akhirnya, Syria telah bertindak balas dengan memungkiri

persefahaman yang telah dijanjikan melalui perjanjian Palestinian Front untuk


memihak kepada orang-orang Palestin dan telah beralih arah kepada menyokong
kerajaan yang pro- Maronite.
Pada bulan Jun juga, presiden Syria pada ketika itu iaitu Hafz al- Assad telah
mengambil keputusan untuk mengukuhkan kedudukannya di Lubnan. Oleh itu,
beliau telah menghantar tenteranya ke Lubnan tetapi bukan untuk tujuan
membantu rakyat Palestin tetapi sebaliknya adalah untuk menentang mereka. Hafz
al-Assad telah memutuskan bahawa peranan Syria sebagai orang tengah tanpa
mempunyai sebarang tindakan tidak akan dapat mengekalkan kepntingan Syria dan
juga tidak akan dapat membantu dalam menyelesaikan masalah di Lubnan. Tentera
7

Mohammad Redzuan Othman. (1991).Timur Tengah dan Afrika Utara Moden (Edisi Terjemahan Bahasa Malaysia).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn 418.

8Ibid; hlmn 418.


10

S E J A R A H K O N F L I K A S I A B A R A T S E L E P A S P E R A N G D U N I A K E - 2 | TH 20
303

Syria kemudiannya telah melancarkan serangan dan menggempur khemah pelarian


Tel al- Zatar selama 51 hari dan gerila Palestin telah mengalami kekalahan teruk.
Ini menyebabkan pada 13 Ogos 1976 khemah Tel al- Zatar mengalami kejatuhan
dan pada pertengahan bulan November 1976, tentera Syria telah berjaya
menguasai Beirut Tengah.9 Selepas memasuki Lubnan, tentera Syria ini juga turut
menduduki kawasan Tripoli dan juga Lembah Bekaad dan juga telah mengalahkan
Lebanese National Movement (LNM) dan ketenteraan Palestin.10 Campur tangan
Syria ini juga turut mempunyai agenda politiknya yang tersendiri dan selain itu, ia
juga adalah bertujuan bagi mengelakkan kemungkinan untuk diserang oleh Israel.
Oleh itu, daripada peristiwa ini, dapat dilihat bahawa penglibatan atau campur
tangan Syria telah menyebabkan keadaan di Lubnan ini menjadi semakin rumit
apatah lagi tindakannya menyerang khemah-khemah pelarian adalah sama seperti
tindakan yang telah dilakukan oleh pihak Israel.

f) Penyembelihan Sabra dan Shatila


Faktor ini adalah merupakan salah satu faktor yang terpenting dalam siri perang
saudara Lubnan 1982. Peristiwa penyembelihan Sabra dan Shatila ini telah berlaku
pada bulan September 1982 dan bertempat di Beirut Lubnan. Peristiwa ini juga
telah disifatkan sebagai penghapusan kaum (Genocide) dan perkara ini dianggap
sebagai

perkara

biasa

dalam

perang

saudara

tersebut.

Semasa

peristiwa

penyembelihan Sabra dan Shatila ini berlaku, Lubnan pada ketika itu sedang berada
dalam perang saudara yang rumit yang mana perang saudara ketika itu adalah
melibatkan pakatan antara Israel dan juga Parti Phalangist dan kumpulan bersenjata
menentang pihak Muslim Lubnan termasuklah PLO. Peristiwa ini telah menyaksikan
seramai 100 000 nyawa yang telah menjadi mangsa korban daripada peristiwa
penyembelihan tersebut.
Pihak PLO ini kemudiaannya telah mendapatkan kebebasan daripada Perdana
Menteri Lubnan untuk menggunakan Lubnan sebagai pangkalan operasinya untuk
9

Mohammad Redzuan Othman. (1991).Timur Tengah dan Afrika Utara Moden (Edisi Terjemahan Bahasa
Malaysia). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn 419.

10

AsadGhanem. (2010). Ethnic Politics in Israel. London & New York : Routledge. Hlmn 215.

11

S E J A R A H K O N F L I K A S I A B A R A T S E L E P A S P E R A N G D U N I A K E - 2 | TH 20
303

melancarkan serangan ke atas Israel. PLO telah melancarkan serangan yang


berterusan ke atas negara Israel. Sebelum peristiwa ini, pihak PLO telah menjadikan
Lubnan sebagai tapak untuk melancarkan serangannya ke atas Israel Utara dan
tindakan PLO ini telah dijadikan alasan oleh pihak Israel untuk melancarkan
serangan balik kepda pihak PLO yang berada di Lubnan. Pada peringkat awal
serangan Israel, serangan telah dimulakan dengan pengepungan bandar Beirut di
Lubnan. Pada masa yang sama, Israel juga turut melancarkan pengeboman tanpa
henti di Beirut. Walau bagaimanapun, kebanyakan pejuang PLO telah biasa dengan
kawasan-kawasan di bandar Beirut dan ketika pengeboman dari pihak Israel
berlaku, kebanyakkan mangsanya adalah merupakan orang-orang awam. Serangan
dan pengeboman dari pihak Israel terus berlaku tanpa penghujung dan akhirnya
telah membawa kepada campur tangan pihak Amerika Syarikat yang ketika itu
diketuai oleh Presiden Reagan. Pihak Amerika Syarikat telah masuk campur dalam
pergolakan tersebut ekoran daripada tindakan Israel yang telah menggunakan bom
api untuk mengebom bandar Beirut.
Hasil daripada campur tangan Amerika Syarikat dalam pertikaian tersebut, ia
telah membawa kepada perjanjian perletakkan senjata yang mana ia telah ditaja
olh pihak Amerika Syarikat sendiri. Berdasarkan kepada perjanjian perletakan
senjata yang telah ditandatangani tersebut:

Pihak

meninggalkan Lubnan di bawah penguasaan antarabangsa.


Israel pula telah bersetuju untuk tidak terus mara ke Beirut dan juga berjanji

Palestine

Liberation

Organization

(PLO)

telah

bersetuju

untuk

akan menjaga serta menjamin keselamatan orang awam yang tinggal di


khemah-khemah pelarian.
Berikutan dengan perjanjian yang telah dipersetujui tersebut, akhirnya pada
tarikh 1 September 1982, pengunduran pejuang Organisasi Pembebasan Palestin
(PLO) daripada Lubnan telah pun lengkap dan pada 10 September pasukan
antarabangsa yang menyelia pengunduran tersebut seperti Amerika Syarikat,
Perancis dan Itali juga telah berundur.
Selepas pengunduran pihak PLO daripada bumi Lubnan, Bachir Gameyel telah
dilantik untuk menjadi presiden Lubnan yang mana beliau telah dilantik pada 23
Ogos 1982 iaitu ketika beliau berusia 34 tahun. Perlantikan Bachir Gameyel sebagai
12

S E J A R A H K O N F L I K A S I A B A R A T S E L E P A S P E R A N G D U N I A K E - 2 | TH 20
303

presiden Lubnan telah mendapat tentangan daripada segelintir masyarkat Lubnan


pada ketika itu. Hal ini kerana Bachir Gameyel sememangnya terkenal dengan
kekejamannya bahkan beliau juga pernah membunuh pesaingnya. Pada masa yang
sama juga, musuh-musuh politiknya turut menyatakan bahawa adalah tidak sesuai
untuk mengadakan pilihan raya ketika berada di bawah cengkaman Israel. 11 Selain
daripada itu juga, penentangan terhadap perlantikan Gameyel sebagai presiden
Lubnan juga adalah disebabkan oleh kekhuatiran bahawa beliau akan menggunakan
kedudukannya itu untuk menghapuskan golongan kiri.
Malangnya pada 14 September 1982, Bachir Gameyel telah terbunuh bersamasama dengan beberapa orang penasihat tertingginya dalam satu letupan bom.
Kematian beliau ini telah dipercayai telah dilakukan oleh musuh-musuh dalam parti
politiknya sendiri.12 Ekoran daripada peristiwa pembunuhan beliau, maka ia telah
menimbulkan kemarahan Pasukan Phalangist. Kejadian ini juga sekaligus telah
mendorong pasukan Phalangist untuk membalas dendan ke atas kematian Bachir
Gameyel. Kemarahan ini semakin menjadi-jadi apabila menteri pertahanan Israel
ketika itu iaitu Ariel Sharon telah meletakkan tanggungjawab pembunuhan Bachir
Gameyel ke atas penduduk Palestin. Tuduhan tersebut semakin menjadikan Parti
Phalangist yang sememangnya memusuhi oarng Palestin semakin marah sekaligus
menyebabkan mereka sekali lagi telah beergabung atau berkerjasama dengan
pihak Israel untuk membalas dendam terhadap orang Palestine. Secara tidak
langsung, kejadian ini telah menimbulkan keadaan huru-hara dan telah membuka
peluang kepada pihak Israel untuk mencerobohi Beirut Barat bagi memperkukuhkan
kedudukannya di Lubnan. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa pihak Israel telah
mencabuli pengunduran pejuang palestin (PLO) yang telah dipersetujui oleh
Amerika Syarikat sebelumnya dengan memasuki kawasan Beirut serta merta. Israel
telah bertindak mengepung kawasan petempatan utama rakyat palestin di Lubnan.
Selepas pembunuhan peristiwa pembunuhan presiden Lubnan iaitu Bachir
Gameyel ini, pihak pengintipan Israel telah mendakwa bahawa masih terdapat
seramai 2000 orang anggota PLO yang masih berada di khemah Sabra dan Shatila
11

Mohammad Redzuan Othman. (1991).Timur Tengah dan Afrika Utara Moden (Edisi Terjemahan Bahasa
Malaysia). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn 430.

12

Ibid; hlmn 430.

13

S E J A R A H K O N F L I K A S I A B A R A T S E L E P A S P E R A N G D U N I A K E - 2 | TH 20
303

iaitu khemah bagi pelarian palestin. Maka, Israel Defense Force dan juga perti
Phalangist telah bersepakat untuk sama-sama mengusir pejuang PLO untuk keluar
daripada kem pelarian orang palestin di Sabra dan Shatila. Melalui kerjasama
kedua-dua pihak, pihak IDF akan memainkan peranannya untuk mengawal
sempadan kem dan membenarkan tentera Kataib untuk memasuki khemahkhemah pelarian untuk menjalankan pembersihan. Semasa tentera daripada parti
Phalangist ini memasuki khemah pelarian tersebut, mereka telah menyembelih
kesemua orang yang menduduki kem tersebut termasuklah kaum wanita, kanakkanak dan juga golongan orang tua. Dalam tempoh masa dua hari sahaja telah
dianggarkan bahawa seramai seribu orang yang telah menjadi mangsa kepada
operasi pembersihan yang dilakukan oleh tentera Kataib.

3.0: Kesan Perang Saudara Lubnan


a) Israel menguasai Lubnan
ekoran daripada perang saudara Lubnan ini telah menyaksikan penguasaan Israel
keatas Lubnan dalam suatu masa yang singkat. Kerjasama yang terjalin antara
pihak golongan kristian Maronite dan Israel telah membolehkan lagi pihak Israel
untuk mengukuhkan kedudukannya di Lubnan. Sebagaimana yang dapat dilihat
pada tahun 1985, Israel telah mengambil balik balik kedudukan tetap di Lubnan dan
dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukannya, proses tersebut telah diselangselikan dengan dengan beberapa serangan bom singkat. Pada masa yang sama,
pengasas dan ketua South Lebonan Army

iaitu Major Saad

Haddad yang juga

merupakan sekutu utama Israel telah menggerakkan tenteranya ke satu per tiga
kawasan selatan negara Lubnan dan tindakan beliau ini adalah selaras dengan
rancangan Israel untuk mewujudkan satu kawasan jaluran keselamatan di kawasan
tersebut.

b) Kesan Sosioekonomi
Pada akhir tahun 1987 sehingga awal tahun 1988, Lubnan mengalami hampir
kegagalan dalam hampir segala bidang. Pembunuhan dan penangkapan tebusan
14

S E J A R A H K O N F L I K A S I A B A R A T S E L E P A S P E R A N G D U N I A K E - 2 | TH 20
303

terus meningkat, letupan bom berlaku dengan meluas menyebabkan kematian lebih
ramai rakyat. Para ahli ekonomi ada menyatakan tahun tersebut sebagai masa
kejatuhan

yang

hampir

menuju

kesempurnaan

kerana

pemerintah

tidak

menjalankan tugas dan saling menuduh kepentingan antara satu sama lain.
Tambahan lagi pasukan militer Lubnan yang berpecah belah dan tidak mampu
untuk berbuat apa-apa.
Perang Saudara Lubnan yang berlangsung dari tahun 1975 hingga 1990,
dianggarkan seramai 150 000 hingga 250 000 orang terkorban, hampir sejuta orang
cedera, dan sekitar 900 000 lagi melarikan diri dan keluar dari Lubnan secara besarbesaran. Mangsa-mangsa penculikan sekitar pertengahan tahun 1980 yang mana
ketika itu berlangsungnya gelombang nasionalisme Arab akhirnya dipulangkan
kembali ke Barat pada Mei 1992 termasuk juga para tawanan yang berasal dari
Barat yang ditahan oleh gerakan jihad Muslim milik Hizbullah. Pihak Israel
melepaskan 51 orang tahanan Lubnan dengan pertukaran informasi mengenai
korban atau pasukan Israel yang ditahan di Lubnan. Pemerintahan lumpuh,
prasarana hancur dan korban jiwa.
Walid Junblat seorang yang berasal dari kaum Druze, sebagai menteri yang
bertanggungjawab terhadap rakyat mulai melakukan gerakan sosial di kawasan
Lubnan. Sebuah program yang bertujuan untuk melindungi dan mengembalikan
semula warga yang menderita hasil dari peperangan. Walid Junblat menjalankan
programnya ke seluruh pelosok Lubnan terutama di daerah-daerah konflik akibat
perang saudara 1975-1990. Program tersebut berjaya membangunkan semula
pemukiman yang hancur dan mengumpulkan rakyat untuk pulang ke daerah asal
mereka. Namun, sebaliknya bagi warga Palestina yang menetap di wilayah Selatan
Lubnan. Pemerintah memutuskan untuk mengurangkan kem-kem pelarian yang
ingin dibangunkan, dengan menghadkan seramai 50 000 pelarian Palestin yang
berhak menjadi warga negara Lubnan, termasuk kesamarataan hak sebagai warga
negara Lubnan. Kerana program pemerintah untuk jangka masa panjang adalah
untuk menjadikan Lubnan sebagai negara yang berkuasa atas kawasannya dan

15

S E J A R A H K O N F L I K A S I A B A R A T S E L E P A S P E R A N G D U N I A K E - 2 | TH 20
303

kawasan tersebut meruoakan hak dari warga negaranya sesuai dengan apa yang
terkandung dalam isi PerjanjianTaif seksyen I. Prinsip-prinsip Umum. 13
Dalam bidang ekonomi, Perdana Menteri Rafk Hariri pada tahun 1992
melakukan beberapa perubahan dalam mengubah atau membaik pulih keadaan
ekonomi selepas perang saudara tersebut. 14 Antaranya ialah membangun Solidere
di Beirut iaitu sebuah perusahaan saham pemerintah yang dibangunkan untuk
menguatkan semula keadaan ekonomi Lubnan setelah sekian lama. Selain itu, Rafk
Hariri turut mengembangkan aspek pengangkutan dan infrastruktur masyarakat.
hubungan dengan Perancis dan Amerika Syarikat juga dijalinkan semula. Dengan
melaksanakan sistem ekonomi laissez-faire untuk menarik minat para pelabur luar
negara ke dalam ekonomi Lubnan. Hasilnya, PDB per kapita Lubnan naik mendadak
sehingga 353% pada tahun 1990an.

b)Pembentukan Nasionalisme Hizbullah


Parti Hizbullah merupakan pergerakan sosial dan politik kaum Lubnan yang
ditubuhkan pada tahun 1982. Sekitar tahun 1980, Hizbullah menentang organisasi
AMAL dan terlibat dalam beberapa penculikan orang Barat. Kelahiran gerakan ini
disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor utama iaitu pembantaian 2000 orang
pelarian Palestin oleh Israel pada tahun 1982. Selain itu juga disebabkan oleh
pembatasan sosial dan politik terhadap masyarakat Syiah yang berlarutan di
Lubnan, serta pengaruh revolusi Islam Iran, dan perpecahan gerakan Syiah di
Lubnan. Hizbullah menjadi parti yang memimpin perolehan suara dalam pilihan raya
1992, dengan perolehan hampir 10% kerusi pada undang-undang Lubnan. 15
Disebabkan

majoriti

penduduk

Lubnan

ialah

Muslim

Syiah,

Hizbullah

merupakan kuasa politik terbesar Lubnan. Aktiviti kebajikan yang dijalankan,


13 Barclay, Sarah. (2007). College Of Arts and Sciences CUREJ College Undergraduate Research Electronic
Journal Consociationalism in Lebanon. Pennsylvania: University of Pennsylvania. Hlm 79.

14 Winslow, Charles. (1996). Lebanon War & Politics In A Fragmanted Society. London: Routledge. Hlm 278.
15 Traboulzi, Fawwas. (2007). A History Of Modern Lebanon. London: Pluto Press. Hlmn 547.

16

S E J A R A H K O N F L I K A S I A B A R A T S E L E P A S P E R A N G D U N I A K E - 2 | TH 20
303

termasuk menguruskan hospital, sekolah dan stesen televisyen mengukuhkan lagi


kedudukan Hizbullah dalam politik Lubnan. Walaupun menerima bantuan Syria,
gerakan Islam pimpinan Syaikh Hasan Nasrallah itu tidak dipengaruhi Syria ataupun Iran, negara yang bertanggungjawab menubuhkan dan menyokong
gerakan itu sejak awal penubuhannya seperti yang diperlihatkan oleh sebahagian
media.

Dalam

demonstrasi

yang

digerakan

oleh

Hizbullah,

Syaikh

Hasan

menegaskan sikap Hizbullah yang mahukan Lubnan merdeka.


Hizbullah tidak mahu bergantung kepada Syria, dan tindakan Hizbullah bukan
ditentukan oleh Syria. Hubungan Hizbullah dengan Syria juga bukan selamanya
harmoni, terutama semasa pemerintahan Hafez al-Assad, yang menggunakan
Hizbullah hanya untuk mengimbangi Israel. Menurut Syaikh Hasan, Lubnan juga
berterima kasih kepada Syria kerana membantu mengekalkan keamanan Lubnan.
Hizbullah merupakan satu-satunya entiti yang telah menewaskan Israel melalui cara
ketenteraan, dan melalui kegiatan kemasyarakatannya dan politiknya telah muncul
sebagai kuasa politik popular dan penting di Lubnan. Sikapnya yang konsisten
menentang Israel dan pengaruh Amerika berbeza sekali dengan pimpinan dunia
Muslim Sunni yang berkompromi dan dikooptasi, dan kemudian menjadi mangsa
Washington.
Dari sudut politik, Hizbullah bersikap realistik terhadap penubuhan negara
Islam bermodelkan Iran di Lubnan yang berbilang kaum dan agama. Bagaimanapun,
parti ini mengukuhkan sokongan terhadapnya melalui pelbagai aktiviti yang
membolehkannya diterima masyarakat plural Lubnan. Emil Lahoud sendiri pernah
berkata Hizbullah diiktiraf oleh sebahagian besar rakyat Lubnan sebagai gerakan
pembbasan nasional. Menurutnya, Lubnan bebas daripada penjajahan Israel kerana
Hizbullah.
Kekuatan Hizbullah juga menjadikannya satu kuasa digeruni oleh Israel.
Semasa penaklukan Israel, militia Hizbullah yang jauh lebih kecil bilangannya
berdepan dengan dua kuasa ketenteraan; tentera Israel dan Tentera Selatan Lubnan
(SLA) yang disokong Israel. Setelah tidak mampu menghadapi serangan Hizbullah,
perdana menteri Israel ketika itu, Ehud Barak memutuskan untuk mengundukan
tentera Isral dari selatan Lubnan, kawasan yang dinamakan "zon keselamatan" oleh
Tel Aviv. Tentera Israel berundur ke kawasan kecil itu pada 1985, akibat tentangan
17

S E J A R A H K O N F L I K A S I A B A R A T S E L E P A S P E R A N G D U N I A K E - 2 | TH 20
303

bersenjata berterusan daripada Hizbullah. Aktiviti Hizbullah juga membawa kepada


pengunduran tentera Amerika dari Lubnan pada awal 1980-an.
Satu kejayaan besar Hizbullah yang disambut baik oleh rakyat Lubnan ialah
kejayaan mendesak Ariel Sharon membebaskan 429 tahanan dan mengembalikan
jenazah 59 pejuang Hizbullah, dengan menukarkan mereka dengan seorang rakyat
Israel dan mayat tiga tentera Israel. Peristiwa ini dirayakan oleh sekumpulan rakyat
Lubnan. Hizbullah menangani politik Lubnan dengan agak bebas daripada pengaruh
Syria dan Iran, walaupun kedua pihak masih menjadi penyokong utama gerakan itu.
Pemimpin Syria hari ini, Bashar al-Assad dikatakan mengagumi tokoh Hizbullah itu.
Hizbullah telah melalui banyak transformasi sejak penubuhannya pada 1982. Kuasa
besar dunia, Amerika Syarikat mengklasifkasikan gerakan ini sebagai teroris, tetapi
Eropah membezakan sayap militia Hizbulah dengan kegiatan politiknya. Sebagai
sebuah parti politik, walaupun terdapat bebeapa kelemahan, Hizbullah berjaya
membezakan dirinya daripada parti lain dalam banyak hal. Sikapnya yang
pragmatik mengetepikan perbezaan kaum dan agama untuk kepentingan ramai
membolehkannya bekerjasama dengan parti lain, termasuk parti Kristian. Hizbullah
kini merupakan parti yang paling berpotensi untuk mendepani perubahan di
Lubnan. Kejayaannya membebaskan Lubnan daripada penaklukan Israel, aktiviti
kemasyarakatan yang berharga untuk rakyat Lubnan memperlihatkan kesungguhan
dan kesediaan parti ini untuk menyumbang kepada pembangunan Lubnan. Banyak
bukti menunjukkan Hizbullah akan berperanan lebih besar dalam masa depan
politik Lubnan.

c) Perjanjian Tripartite
Pada akhir tahun 1985, sebuah pertemuan Tripartite dijalankan di Damaskus
yang bertujuan untuk menghilangkan masalah sektarian yang berlaku di Lubnan.
Perjanjian ini diadakan oleh tiga pemimpin militer Lubnan, Eli Hobeika dari LF, Walid
Junblat dari PSP, dan Nabih Berri dari AMAL. 16 Pertemuan tersebut menghasilkan
beberapa keputusan iaitu, kesamaan

perwakilan sektarian antara kaum Kristian

16 MacQueen, Benjamin. (1999). Political Culture and Conflict Resolution in the Arab World; Lebanon and Algeria.
Victoria: Melbourne University Press. Hlmn 44-46.

18

S E J A R A H K O N F L I K A S I A B A R A T S E L E P A S P E R A N G D U N I A K E - 2 | TH 20
303

dengan Muslim, kemudian abolisi politik sektarian dengan masa peralihan, dan yang
terakhir adalah keseimbangan baru pada hak prerogatif presiden terhadap perdana
menteri dan kabinetnya. Dalam perjanjian itu juga disebutkan bahawa Lubnan akan
tetap kekal sebagai negara Arab berkenaan dengan identitinya. Selain itu, hak
mengundi masyarakat Lubnan yang dikurangkan kepada 18 tahun dari 21 tahun
asalnya. Kemudian mendirikan Senat yang bertanggungjawab mengurus persoalan
dalam hal ehwal melibatkan konstitusi, pindaan, naturalisasi, deklarasi perang dan
perdamaian antara kaum di Lubnan. Serta yang terakhir, perjanjian ini membuka
kembali hubungan bilateral antara Lubnan dengan Syria. 17
Meskipun persetujuan Tripartite mendapat sambutan yang agak baik dari
pelbagai pihak, namun presiden terpilih iaitu Amin Gemayel menolak rancangan
tersebut. Amin Gemayel menentang persetujuan tersebut kerana menganggap
kelayakannya masih agak lemah. Gemayel juga menyatakan bahawa salah satu
syarat perjanjian tersebut akan melemahkan posisinya pada saat itu, kemudian
penghapusan politik sektarian di Lubnan akan menutup sistem politik demokrasi
yang akan membawa kepada sekularisasi. Pada bulan Februari, Gemayel memaksa
parlimen supaya persetujuan tersebut ditolak. Persetujuan tersebut akhirnya
menemui jalan buntu kerana tidak dipersetujui dan menjadi salah satu dasar dari
pembentukan Perjanjian Taif.18

Perjanjian Taif 1989


Perjanjian
berlangsung

Taif

selama

1989
15

menandakan

tahun

di

berakhirnya

Lubnan.

perang

Rancangan

ini

saudara
muncul

berlangsungnya perundingan pada Mei 1989 di Casablanca, Morocco.

yang

setelah
19

Dalam

perundingan tersebut, keputusan yang mencakupi permasalahan yang sedang


dihadapi di Lubnan. Meskipun tahun berikutnya konflik ini masih berlaku namun
17 Traboulzi, Fawwas. Op. Cit, hlmn 226.
18 Ibid hlmn 226-227.
19

MacQueen, Benjamin. Op. Cit, hlmn 44-46.

19

S E J A R A H K O N F L I K A S I A B A R A T S E L E P A S P E R A N G D U N I A K E - 2 | TH 20
303

tidak seteruk konflik-konflik sebelumnya. Salah satu isi perjanjian tersebut adalah
mengubah perwakilan umat beragama di parlimen menjadi seimbang antara kaum
Muslim dan Kristian. Hal ini dilakukan dengan menambah sembilan kerusi baru bagi
kaum Muslim, yang mana tiga kerusi adalah untuk kaum Muslim Shiah. Menetapkan
108 (yang kemudian menjadi 128) anggota dewan perwakilan dengan perwakilan
yang adil antara kaum Muslim dan Kristian dengan masing-masing mendapat 64
kerusi. Kedua, kerusi Presiden tetap menjadi milik kaum Kristian Maronite. Ketiga,
menghapuskan hak Presiden untuk mengangkat Konsul secara peribadi. Keempat,
mengangkat Konsul dengan Perdana Menteri yang diangkat oleh Dewan dan
dipimpin oleh Presiden. Melalui perjanjian ini juga Syria diharapkan dapat menarik
pasukannya dari Lubnan setelah keadaan politik beransur pulih. 20
Perjanjian Taif akhirnya ditandatangani pada 22 Oktober 1989 di Taif, Arab
Saudi, yang kemudian disahkan pada 4 November 1989 di Landasan Udara Qulayat
(Utara Tripoli).21 Melalui perjanjian tersebut, Rene Muawad dilantik sebagai Presiden
pada 5 November 1989.22 Pada saat persidangan tersebut, wakil kaum Kristian
seramai 31 orang dan 31 orang kaum Muslim dari 71 anggota parlimen pilihan raya
1972 yang selamat. Disebabkan oleh peperangan yang berpanjangan, tidak ada
pemilihan umum yang dilaksanakan sejak tahun 1972, menetapkan anggota
parlimen selama 17 tahun dengan komposisi yang sama. 23 Wakil dari Syria tidak
hadir tetapi Syria mendapat status sebagai negara pemerhati kerana pengaruh dan
hubungannya dengan Lubnan pada masa lalu.
Tujuan Perjanjian Taif adalah untuk menghapuskan dominasi daripada kaum
Kristian Maronite seperti yang tertulis dalam Pakatan Nasional, dan memberikan
kedudukan yang sama rata kepada kaum Kristian dan Muslim dalam kabinet
pemerintah. Keseimbangan ini diterapkan dalam sistem pengedaran kerusi Parlimen
20

Ibid; hlmn 47.

21

Winslow, Charles. Op. Cit, hlmn 264.

22

Ibid.

23 Haughbolle, Sune. (2010). War And Memory In Lebanon. New York: Cambridge University Press. Hlmn 67.

20

S E J A R A H K O N F L I K A S I A B A R A T S E L E P A S P E R A N G D U N I A K E - 2 | TH 20
303

dan jabatan-jabatan penting yang lain. Kerusi Presiden diserahkan kepada kaum
Kristian Maronite. Presiden merupakan kekuatan kepala pemerintahan, pemelihara
keutuhan, kemerdekaan, kesatuan wilayah dan konstitusi pemerintahan Lubnan.
Kedudukan Perdana Menteri sebagai ketua dari kabinet diisi oleh kaum Muslim
Sunni. Kedudukan Ketua Dewan Legislatif yang dijabat oleh kaum Shiah mendapat
tugas dari Presiden untuk memimpin perundingan parlimen dan memberitahu
hasilnya kepada Dewan Legislatif.
Beberapa bulan sebelum diadakan Persidangan Perjanjian Taif tersebut,
Presiden Amin Gemayel yang mana jabatannya berakhir pada September 1988
mengangkat Michel Amoun seorang Kristian Maronite dengan jabatan komander
Pasukan Bersenjata Lubnan agar kerusi kepimpinan tidak jatuh ke atas tangan kaum
Sunni. Tindakan tersebut menimbulkan kemarahan Salim al-Huss yang sedang
menjabat kerusi tersebut sehingga tamat tempoh kepimpinannya pada tahun 1990.
Keberadaan dua pemimpin dalam satu pemerintahan menimbulkan perselisihan
faham yang menjadi konflik.
Peristiwa tersebut membawa kepada pertemuan di Taif untuk mencari
penyelesaian masalah tersebut. Hampir semua badan menyetujui isi perjanjian
tersebut, kecuali Michel Aoun yang menolak salah satu isi perjanjian mengenai
kewujudan Syria di Lubnan. Michel Aoun kemudian mengisytiharkan perang
terhadap Syria untuk menyingkirkan pasukan Syria dari Lubnan dengan secepat
mungkin. Melalui pengaruh militernya, Michel Aoun mengerahkan pasukan meriam
dan menyerbu kampus-kampus pasukan Syria. Hampir seribu orang terkorban dan
ratusan tempat tinggal hancur akibat perang tersebut. Pada mulanya, tindakan
Michel Aoun itu mendapat sokongan dari kaum Kristian dan Muslim, akan tetapi
tindakan itu yang meragut banyak nyawa yang tidak berdosa membuat seluruh
rakyat Lubnan mengecam tindakan tersebut. Pada awal tahun 1990, Michel Aoun
tidak hanya berperang dengan Syria tetapi juga pasukan bersenjata kaum Kristian
Maronite yang menganggap Michel Aoun akan mengancam masa depan Lubnan
dalam prosesnya menuju negara yang damai. Perselisihan antara Michel Aoun dan
seluruh masyarakat Lubnan berakhir pada akhir Oktober 1990. Ketika perhatian
seluruh dunia tertumpu kepada krisis perang Iraq-Kuwait, pasukan darat dan udara
Syria melancarkan serangan ke atas Lubnan. Michel Aoun kemudian melarikan diri
ke suaka di kedutaan Perancis ketika pasukan Syria telah mengepungnya.di satu
21

S E J A R A H K O N F L I K A S I A B A R A T S E L E P A S P E R A N G D U N I A K E - 2 | TH 20
303

pihak yang lain, Amin Gemayel yang menjadi tokoh utama penyebab peperangan
Syria dengan Michel Aoun telah mengasingkan diri ke Swiss, Perancis sehingga
tahun 1990.
Dengan kekalahan Michel Aoun, unsur ketenteraan sedikit demi sedikit
dikurangkan untuk mengelak timbulnya konfrontasi. Di bawah presiden Ilyas Harwi,
seorang Kristian Maronite pro Syria yang sebelum ini merupakan anggota majlis
nasional mulai merestorasi kuasa militer Lubnan. Banyak yang berpendapat bahawa
keputusan-keputusannya yang tidak melibatkan unsur ketenteraan telah mengakhiri
perang saudara dan menyatukan parti-parti politik di Lubnan. Latar belakang Ilyas
Harwi yang berasal dari golongan bebas membuatkan hampir seluruh masyarakat
menyokongnya, walaupun ada beberapa keputusan yang menjadi kontroversi
kerana condong ke Syria, namun tetap menjadikan Lubnan sebuah negara yang
bebas dari masalah konflik untuk beberapa tahun.

4.0: Penilaian
Secara

keseluruhannya,

kami

menilai

bahawa

kesemua

faktor

yang

menyebabkan meletusnya perang saudara Lubnan 1982 ini adalah merupakan


faktor jangka panjang dan ia juga adalah kesinambungan daripada siri perang
saudara Lubnan yang telah berlaku pada sebelum ini iaitu pada tahun 1975. Dan
22

S E J A R A H K O N F L I K A S I A B A R A T S E L E P A S P E R A N G D U N I A K E - 2 | TH 20
303

daripada apa yang kami dapati, kami sekali lagi menilai bahawa kejadian perang
saudara Lubnan ini telah berlarutan selama beberapa tahun disebabkan oleh
kelemahan kerajaan Lubnan ini sendiri. Daripada sini juga, kami melihat ia adalah
merupakan kelemahan utama yang menyebabkan siri Perang saudara ini sukar
untuk diselesaikan. Pada masa yang sama kami juga menilai bahawa kerajaan
Lubnan pada ketika itu juga terlalu bergantung kepada kuasa ataupun bantuan
daripada luar dan keadaan ini begitu jelas apabila golongan kristian Maronite yang
berkuasa di Lubnan pada ketika itu dengan mudahnya telah menjalinkan hubungan
kerjasama dengan pihak Israel untuk menentang golongan muslim Lubnan yang
juga merupakan orang-orang yang senegara dengan mereka. Tindakan untuk
meminta bantuan daripada pihak Israel ini sememangnya bukan suatu tindakan
yang bijak kerana di sebalik kerjasama tersebut, piak Israel juga turut mempunyai
motif ataupun agendanya sendiri iaitu untuk meluaskan penguasaannya di bumi
Lubnan. Melalui tindakan tersebut juga, tindakan golongan kristian Maronite untuk
meminta bantuan pihak luar untuk menyelesaikan masalah dalaman Lubnan juga
secara tidak langsung telah menunjukkan kelemahan sebenar dalam pentadbiran
negaranya. Maka daripada hal ini, kita sebagai generasi pada masa kini perlu
mengambil iktibar daripada Perang Saudara Lubnan ini agar kita tidak sewenangwenangnya

mengambil

jalan

yang

mudah

dalam

permaslahan apatah lagi jika ianya berkait dengan

menyelesaikan

sesuatu

negara kita tanpa berfkir

panjang. Selain itu, adalah penting bagi kita untuk sentiasa bertolak-ansur sesama
kita walaupun kita adalah daripada bangsa atau agama yang berbeza agar ia tidak
akan mendatangkan impak yang negatif terhadap negara.
Satu lagi perkara yang jelas dapat kami nilai daripada peristiwa perang
saudara Lubnan ini ialah daripada pihak Israel itu sendiri. Apa yang dapat kami
perhatikan dalam faktor-faktor tercetusnya perang saudara Lubnan ini, pihak Israel
sentiasa cuba untuk mencari peluang untuk menguasai Lubnan dan menghapuskan
orang-orang Palestin yang melarikan diri ke Lubnan. Buktinya, pihak Israel sering
menjadikan

setiap

peristiwa

yang

berlaku

di

kawasan

lingkungannya

ada

mempunyai kaitan dengan orang-orang Palestin dan keadaan ini jelas menunjukkan
bahawa sememangnya Israel mahukan bangsa palestin ini untuk dihapuskan.
Perkara ini dapat dibuktikan melalui kata-kata menteri pertahanan Israel

yang

mana beliau telah mengatakan:


23

S E J A R A H K O N F L I K A S I A B A R A T S E L E P A S P E R A N G D U N I A K E - 2 | TH 20
303

kita tidak akan memberikan sebarang tanda untuk sebuah negara Palestin, apatah lagi
simbol sebuah negara (Mohammad Redzuan Othman, 1991)

Sebagai salah satu contoh yang dapat kita lihat ialah alasan yang digunakan
oleh pihak Israel untuk melancarkan serangan ke atas Lubnan Selatan pada 6 Jun
1982 yang mana alasan yang digunakan oleh Israel ialah serangan tersebut adalah
sebagai tindak balas tindak balas daripada usaha pembunuhan duta besar Israel ke
London iaitu Sholomo Argov. Berdasarkan kepada sumber yang kami perolehi,
dalam peristiwa tersebut duta Israel tersebut telah mengalami kecederaan yang
parah namun tidak terdapat sebarang bukti yang menunjukkan bahawa peristiwa
tersebut mempunyai kaitan dengan orang Palestin ataupun pihak Palestine
Liberation Organization (PLO) sebaliknya ia dipercayai merupakan serangan yang
dilakukan oleh dua orang warganegara Jordan dan juga seorang Iraq. 24 Sungguh pun
peristiwa ini tidak mempunyai kaitan dengan orang-orang Palestin namun menteri
pertahanan Israel pada ketika itu iaitu Ariel Sharon tetap telah mengaitkan peristiwa
tersebut dengan orang-orang Palestin. Demikian juga halnya dengan dalam
peristiwa pembunuhan Bachir Gameyel yang merupakan sekutu kuat dengan pihak
Israel semasa berlakunya Perang Saudara Lubnan.

5.0: kesimpulan

24

Mohammad Redzuan Othman. (1991). Timur Tengah dan Afrika Utara Moden (Edisi Terjemahan Bahasa
Malaysia). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn 429.

24

S E J A R A H K O N F L I K A S I A B A R A T S E L E P A S P E R A N G D U N I A K E - 2 | TH 20
303

Secara kesimpulannya, perang saudara yang berlaku di Lubnan ini telah berlaku
dalam satu tempoh masa yang lama dan sepanjang berlakunya perang saudara ini,
ia telah menyebabkan ramai nyawa yang telah terkorban dan pada masa yang
sama juga, ia telah menyebabkan berlakunya kemusnahan infrastruktur di bumi
Lubnan itu sendiri. Selain itu, sentimen keagamaan yang begitu kuat terutamanya
dalam golongan kristian Maronite di Lubnan menyebabkan meraka enggan
berkongsi kuasa pemerintahan dengan golongan muslim yang juga adalah
merupakan penduduk majoriti di Lubnan. keadaan ini telah membuka peluang
kepada kuasa luar untuk mengambil peluang memasuki Lubnan dan seterusnya
menambahkan lagi keadaan huru-hara yang semenangnya sudah sedia wujud.
Keadaan ini akhirnya telah menjadikan Lubnan ini sebagai sebuah negara yang
penuh dengan konflik dalam suatu tempoh masa yang lama.

6.0. BIBLIOGRAFI:
25

S E J A R A H K O N F L I K A S I A B A R A T S E L E P A S P E R A N G D U N I A K E - 2 | TH 20
303

Barclay, S. (2007). College of Arts and Science CUREJ- College Undergraduate Research
Electronic Journal-Consociation in Lebanon. Pensylvania: university of Pensylvania.
Ghanem, A. a. (2010). Ethnic Pollitics in Israel. London & New York: Routledge.
Haughbolle, S. (2010). War and Memory in Lebanon. New York: Cambridge University Press.
Lois A. Aroian, R. P. (1984). The Modern Middle East and North Africa. New york: Macmilllan
Publishing Company.
MacQueen, B. (1999). Political Culture & Conflict Resolution in The Arab World; Lebanon and
Algeria. Victoria: Melbourne University Press.
Othman, m. R. (1991). Timur Tengah dan Afrika Utara Moden (Edisi Terjemahan Bahasa
Malaysia).KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rose, J. (2004). The Myth of Zionism. London: Pluto Press.
Traboulzi, F. (2007). A History of Modern Lebanon. London: Pluto Press.
Winslow, C. (1996). Lebanon War and Politicals in A Fragmanted Society. London: Routledge.

26

You might also like